takdir yang membawa kita ke sini |
Hujan petang itu turun dengan lebat. Mencurah-curah ke bumi. Aku lewati pantai itu seorang diri meredah hujan lebat itu. Airmataku mengalir. Mengalir deras. Syukur, hujan telah selamatkan aku. Hujan telah sembunyikan airmata aku yang jatuh seperti air hujan.
Aku berhenti. Berdiri menghadap laut. Inginku teriak. Melepaskan segala yang terbuku. Sakitnya bila patah hati. Sakitnya bila dikhianati. Sangat sakit. Aku hela nafas perlahan-lahan. Aku ingin menjerit sepuas hatiku. Namun, niatku terbantut apabila aku menoleh ke sebelah kiri, satu susuk tubuh yang amat aku kenali. Duduk di atas batu. Hujan yang tadi turun dengan mencurah-curah, semakin reda. Aku memberanikan diri menegur susuk tubuh yang aku kenali itu. Debar hatiku hanya Allah yang tahu. Aku memang terlalu mengenali dia. Semakin hampir. Aku cuba berdehem."Ehem.." Dia menoleh ke arah aku. Dia seolah-olah terkejut.
"Eh, awak Nurul Izzah?"
"Ya.. Dan apa awak buat kat sini Adam?"
Aku memerhati di sekeliling kalau-kalau Adam datang berteman.
"Saya seorang je kat sini Nurul Izzah. Dan awak pulak?"
"Saya pun sama. Apa yang membawa awak menjejak ke pantai ini?"
"Takdir kot."
Aku berhenti. Berdiri menghadap laut. Inginku teriak. Melepaskan segala yang terbuku. Sakitnya bila patah hati. Sakitnya bila dikhianati. Sangat sakit. Aku hela nafas perlahan-lahan. Aku ingin menjerit sepuas hatiku. Namun, niatku terbantut apabila aku menoleh ke sebelah kiri, satu susuk tubuh yang amat aku kenali. Duduk di atas batu. Hujan yang tadi turun dengan mencurah-curah, semakin reda. Aku memberanikan diri menegur susuk tubuh yang aku kenali itu. Debar hatiku hanya Allah yang tahu. Aku memang terlalu mengenali dia. Semakin hampir. Aku cuba berdehem."Ehem.." Dia menoleh ke arah aku. Dia seolah-olah terkejut.
"Eh, awak Nurul Izzah?"
"Ya.. Dan apa awak buat kat sini Adam?"
Aku memerhati di sekeliling kalau-kalau Adam datang berteman.
"Saya seorang je kat sini Nurul Izzah. Dan awak pulak?"
"Saya pun sama. Apa yang membawa awak menjejak ke pantai ini?"
"Takdir kot."
Adam tersenyum memandang aku. Dia mengesot sedikit badannya dan menyuruh aku duduk di sebelahnya.
"Erm..takdir? Saya dah lama sangat tak datang ke sini."
"Saya pun. Saya datang kerana takdir." Sekali Adam mengulang ayatnya. Aku hanya senyum.
"Awak manis kalau terus tersenyum. Teruskan tersenyum."
Aku jadi malu mendengar pujian Adam.
"Erm..jom kita jalan-jalan kat sana".
Aku terus bangkit. Berjalan mendahului Adam. Ya, Adam seorang teman yang aku kenal dari zaman sekolahku lagi. Kami belajar di universiti yang sama. Dan kami terpisah oleh masa dan cita-cita. Aku tinggalkan dia kerana cita-cita aku. Dan dia tinggalkan aku kerana cita-cita dia. Dan hari ini kami dipertemukan sekali lagi di sini. Di pantai yang banyak mengukir kenangan manis antara kami. Apa yang menjarakkan kami bukanlah kerana mengejar cita-cita. Tetapi kerana perasaan. Sukar untuk aku ungkap bila mana aku mendapat tahu Adam sudah punya kekasih hati semasa kami menghadiri majlis konvokesyen kami. Dan aku seperti biasa, berlagak tenang walaupun hatiku seperti ditoreh-toreh. Sakit.
"Nurul Izzah.."
Aku menoleh ke belakang. Adam berjalan perlahan. Dia seperti punya masalah. Dan aku juga seperti dirinya, punya masalah. Tapi, bila bersama Adam aku cuba untuk sembunyikan segala kekeruhan. Entah. Aku seolah mendapat satu suntikan semangat baru apabila aku melihat dia tadi. Jujur.
"Awak kenapa?"
"Tengok sini..!"
Aku mendapatkan Adam. Adam memegang seekor anak ketam. Diletakkannya di atas tangan.
"Ketam ni kegemaran awak kan Nurul Izzah?
Aku senyum.
"Isk..kesian nak makan anak ketam ni. Kecik sangat. Tak ada isi."
"Ok..saya akan cari ketam besar untuk awak. Bapak ketam ok."
Aku senyum lagi,
"Awak lepaskan anak ketam tu."
"Kenapa?"
"Kang kena sepit ketam baru tahu!"
Adam senyum.
"Ouchhhhh!"
Aku mendapatkan Adam yang terduduk.
"Awak kenapa?!"
Aku pegang tangan Adam. Aku periksa jarinya. Dia tiba-tiba ketawa kecil.
"ohhh..main tipu eh. Jahat!"
"hahaha..sayang juga awak kat saya."
"eh, tak ada sayang-sayang ok. Awak tu ngada-ngada." Aku cuba berdalih.
"abis tu kenapa pipi awak tiba-tiba merah?" Adam mengusik aku. Aku kelu.
"tengok..terus tak tahu nak cakap. hahaha"
Adam ketawa besar. Ya, aku malu. Sangat-sangat malu. Aku terus tinggalkan Adam yang masih ketawa. Aku percepatkan langkahku. Derap tapak kaki Adam berlari di belakang dapat aku dengar. Aku berhenti dan duduk di satu batang pokok yang tumbang di situ. Aku duduk menghadap laut. Kesejukan makin terasa. Inilah bahananya bermain hujan. Ah, sekali sekala. Aku mengomel sendiri.
"penatnya!.." Adam duduk di atas pasir. Dia menguis-nguis pasir dengan ranting kayu. Aku hanya memerhati.
"Awak ke sini sebab apa Nurul Izzah?" Soalan dari Adam memang sudah ku duga. Lama aku diam. Jujurnya aku tak tahu jawapan apa harus aku bagi. Kerana sebelum kaki aku menjejak pantai ini tadi aku mengharapkan sesuatu berlaku. Dan apa yang aku harapkan memang betul-betul berlaku.
"Saje je." Aku menjawab ringkas.
"Saje? Dengan baju yang basah. Mata yang merah?"
Aku terperangkap dengan jawapan sendiri.
"tak penting kot jawapan untuk tu.."
"penting untuk saya." Adam memandang aku. Pandangan yang berlainan pada aku.
"Dan awak kenapa ke sini?" Aku sengaja bertanya soalan yang sama.
"Kerana Nurul Izzah" perlahan suara Adam. Tapi mampu mengetarkan seluruh jiwaku apabila namaku di sebut seperti itu. Aku diam.
"Saya ke sini kerana awak. Saya dah lama tunggu awak. semasa majlis konvokesyen tu sengaja ada-adakan cerita yang saya punya kekasih hati. Saya nak tengok reaksi awak. Dan ternyata awak bijak sembunyi rasa. Tapi sebenarnya ada satu dalam diri awak yang awak tak boleh sembunyikan dari saya. Senyum awak. Masa saya bagitahu pasal saya punya kekasih hati tu, awak senyum. Tapi nipis. Masa awak datang jumpa saya tadi, senyum awak manis. sangat manis. Seperti senyuman awak sebelumnya ini." Adam menarik nafas perlahan. Aku hanya terdiam. Dan aku sebenarnya kelu untuk bicara mendengar pengakuan Adam. Terbit rasa lega dalam hati bila mendengar kekasih itu hanya rekaan.
"Dan saya sebenarnya sangat sakit hati bila mendapat tahu dari mak yang awak dah ada seseorang. Saya hanya mampu berdiam dan memendam. Sehinggalah ke saat ini." Adam sambung lagi tapi suaranya perlahan.
Aku duduk di atas pasir di sebelah Adam. Adam menjarakkan sedikit tubuhnya dari aku. Belum sempat aku bersuara, Adam terlebih dahulu mengatur bicara.
"Nurul Izzah, bersama dengan awak adalah perkara cukup indah dalam hidup saya selama ini"
Aku hanya diam. Dan apa yang ingin aku luahkan sebentar tadi pun aku sudah lupa. Adam melukis sesuatu di atas pasir. Aku hanya memerhati. Adam melukis ketam. Aku timbuskan pasir ke atas lukisan ketam Adam itu. Aku terus berlari dan meninggalkan Adam yang masih terpingga-pinga. "eiii jahat!!!!' Aku mendengar teriakan Adam. Adam berlari mendapatkan aku. Dan akhirnya aku terpaksa mengalah apabila Adam menarik tanganku. Tangan kananku di genggam kemas oleh Adam. "Nakal". Adam membisik lembut ke cuping telinga ku. Aku senyum. Adam juga turut tersenyum.
13 comments
Haaa kispen ceria macam ni buat I rasa bersemangat nak kerja walaupun sleepy! Ngeee:)
Haha... ngeeee...terima kasih untuk ketam atas kispen ini.. hrap ini permulaan yg baik..chewahhhh.. :)
Huish.
someone is getting laid , tonite !
hahahahahha !
berpisah kerana cita2 ? hmm~ =)
-HEROICzero
takdir menemukan mereka kembali :D
auww. cik ketam cik ketam. jom masuk dalam kuali mot. mot nak wat masak lemak cili api.
"mot macam tak caya si adam tu sanggup tak ber gefren sbb tunggu izzah. sesuatu yg tak logik" otak mot pk
"ha ah. ntah2 adam tu ntah dah bapa kali putus cinta. tu yg bawak diri kat tmpt tu alih2 terjumpa si izah yg sememangnya kuchewa tak ber boifren" hati mot berbisik.
"ye. ye. kite pon pk camtu" kaki tangan badan mot semua bersuara serentak.
rasa macam cercanggah je dengan otak Mot fikir..
logik jek kalau macam tu..
kekeke
thanks semua....senyum2 baca komen amamot & Api.. :) nampaknya x menjadi..heheh..*xpe..cuba lagi tulis dan tulis
:)
manis gila ni tak boleh baca byk2 takut kena kencing manis :)
*teringin nak ke pantai tangkap anak ketam :)
@Khairul Antasha
apa yang tak menjadi?
ehem
eeeeeeeeeee jahat... kalau aku jumpa adam... aku tumbuk muka dia... huh...
berani dia huru-harakan hati aku... alasan tak boleh terima tahu.... eeeeeeeeeeeeeee...
ps: asal aku sentap? ok aku rasa kispen ni berjaya buat aku mcm bengang jugalah dengan perangai lelaki 'Adam' tu... eeeeeeeeeee
ape la adam tamau terus terang dr awl..nasib izzah x kawin lain hehe