Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti kan kamu
Sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
**************************
Nazmi : “Kau suka lagu ni?”.
Didie : “Suka. Suka sangat. Kau suka?”
Nazmi : “Aku hanya suka lagu ni bila aku dengan kau sahaja”.
Didie : “Maksud kau? Kau sukakan aku?”
Nazmi : “Ishhh…Aku sukakan lagu ni la. Kau jangan nak perasan sangat ya”.
Didie : “Hihihi…Marah? Aku baru nak bergurau. Jangan lah mengelabah”.
Nazmi : “Bila masa pula aku gelabah. Jangan nak kenakan aku ya, Die”.
Didie : “Hurm...Gurau sikit pun nak sentap tau kau ni. Nyampah aku”.
Senyap...
Didie : “Kalau aku mahu kahwin dengan kau, kau mahu tak?”
Nazmi : “Aku terima saja kalau sememangnya kau jodoh aku. Sudah lah, mari pulang”.
Nazmi menghulurkan tangan. Cuba membantu Didie untuk bangkit. Bukan kerana Didie tidak mampu untuk bangkit sendirian, tetapi ianya bagaikan sudah menjadi satu tabiat. Hanya dengan cara sebegitu sahaja dia dapat menyentuh kelembutan kulit mulus Didie. Dan dengan cara sebegitu jualah dia dapat menggenggam jari-jemari runcing milik Didie. Genggam erat, genggam kemas. Bagai tidak mahu lepas.
**************************
29 September…
Nazmi : “Die, lepas ni mungkin kita tak dapat sebegini lagi”.
Didie : “Kenapa pula?”.
Nazmi : “Kau sendiri sudah maklum bukan ayahku askar”.
Didie : “Jadi apa masalahnya?”.
Senyap…
Didie : “Mahu pindah kemana pula kali ni?”. Mula mengerti.
Nazmi : “Sabah”.
Didie : “Kau mahu?”.
Nazmi : “Ikutkan hati, sungguh aku tidak mahu. Tetapi, aku juga tidak mampu untuk membangkang”.
Didie : “Boleh aku tahu bila?”
Nazmi : “Paling lewat, hujung minggu depan”.
Didie : “Dan baru sekarang kau mahu beritahu aku?”.
Nazmi : “Aku juga baru dikhabarkan tadi”.
Didie : “Aku disini bagaimana?”
Senyap…
Didie : “Siapa aku dimata kau Nazmi?”.
Masih senyap… Bungkam…
Nazmi : “Maaf, aku penat. Mari kita pulang”.
Seperti kebiasaan, tangan dihulurkan. Menanti sambutan agar tangan yang menggapai kelak bisa saja digenggam erat. Biar dia dapat menyalurkan perasaan sayangnya terhadap gadis itu melalui garis-garis yang berada di telapak tangan saat genggaman bersatu.
Didie : “Sekurang-kurangnya, tunggulah selepas tamat peperiksaan SPM. Boleh lah yaa…”. Cuba memujuk.
Nazmi : “Akan aku cuba pujuk ayahku”. Menggangguk bagai memberi harapan. Atau mungkin lebih tepat, menenangkan hati si gadis yang kian resah untuk menghadapi perpisahan. Tangan yang bersatu semakin diperkukuhkan genggamannya.
**************************
05 October
Nazmi : “Die…”.
Didie : “Ermmm…”.
Nazmi : “Esok aku sudah mahu berangkat”.
Sunyi…
Nazmi : “Kau ok?”.
Sepi…
Nazmi : “Jangan macam ni Die… Sampai bila kau mahu terus berdiam. Aku tetap kena pergi”.
Didie : “Kau sayang aku?”.
Nazmi : “Die, please…”.
Didie : “Answer me”.
Nazmi : “Kau ni kenapa Die? Esok aku dah berangkat dan hanya soalan tu yang kau mahu perkatakan dengan aku?”.
Didie : “Aku cuma mahukan kepastian”.
Nazmi : “Kepastian apa?”.
Didie : “Kepastian tentang perasaan aku ni, Mi.Aku tahu yang kau sedar aku sayangkan kau lebih dari seorang kawan bukan?”.
Nazmi : “Jadi? Kau mahu aku balas perasaan kau? Begitu?”.
Didie : “Aku sama seperti teman-teman kau yang lain ya?”.
Nazmi : “Sudah lah Die. Tolong jangan persoalkan tentang perasaan. Aku tak mahu calarkan hubungan kita yang sedia ada ni. Ni ada hadiah buat kau. Mungkin pemberian pertama dan terakhir dari aku. Tapi kau kena janji dengan aku satu perkara”.
Didie : “Apa dia?”.
Nazmi : “Buka bila saja aku sudah berangkat ke Sabah. Boleh bukan?”.
Dan Didie hanya mengangguk. Lesu.
**************************
08 October
Ternyate sejak pemergian Nazmi, Didie berubah menjadi gadis yang pasif. Gelak tawanya yang riang semakin hilang bagai turut dibawa terbang ke Sabah. Tiada lagi kelibat dirinya dan Nazmi duduk bersantai di taman seperti hari-hari kelmarin. Dan pemberian Nazmi kepadanya beberapa hari yang lalu masih terletak cantik di atas meja soleknya. Tidak terusik, tidak tercuit. Akhirnya…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…
Assalamualaikum buat gadis yang sentiasa bertakhta di hati ini…
Didie… Aku harap kau baik-baik saja selepas ketiadaan aku. Usah terkejut dengan pemberian aku ni. Niat aku cuma satu… merungkai sesuatu yang tak pernah aku sendiri rungkaikan. Atau mungkin lebih tepat lagi, aku tidak punya kekuatan untuk cuba merungkainya. Maaf… Barangkali sudah terlambat untuk aku berterus terang dengan kau tentang perasaan aku selama ni. Kau mahukan kepastian bukan? Dengan cara ini sahaja aku mampu untuk meluahkan segala rasa yang terbuku di hati.
Die… Kau kawan aku… Kau teman aku… Aku sayangkan kau… Bukan sekadar sayang sebagai seorang kawan… Malah lebih dari itu… Ya Die.. Aku sayangkan kau lebih dari mereka, kawan-kawanku yang lain… tapi aku cuba kawal perasaan aku dari terusan bercambah… Kerana aku takut. Aku takut untuk berpisah dengan orang yang aku sayang saat aku tak bersedia untuk kehilangannya. Kau mengerti bukan…?
Arghhh…Aku tak tahu mahu tulis apa lagi. Aku harap kau faham apa yang aku cuba sampaikan. Semoga kebahagiaan sentiasa berada di sampingmu. Jujur, aku sayangkan kau, Die.
>Nazmi Farhan<
Mata digenangi mutiara jernih yang menanti detik membasahi pipi. Seulas senyuman terukir. Didie sendiri tidak pasti akan perasaannya kala itu. Sedih dengan pemergian Nazmi ataupun gembira kerana segala persoalan telah terjawab. Apa yang pasti, rindunya kepada Nazmi kian mencengkam. Dan perasaannya terhadap Nazmi kian mendalam. Malam itu, Didie hanyut dibuai kenangan indah bersama Nazmi ditemani alunan lagu Terukir Di Bintang nyanyian Yuna.
15 comments
kisah cinta terpisah lagi
"biarla. terpisah ke tersambung ke. janji they love each other" otak mot makan eskrem
"bukan masalah terpisah. wat la kispen yg takde sedih langsung" hati mot bebel
"kalau ko pandai sangat ko buat sendiri. dari aritu ko asyik bebel pasal orang nye kispen" otak mot cekak pinggang
"eh. ko pon ada bebel tau. ko ngan aku sama je suka bebel suka komen" hati mot hangin satu badan
hehe.dugaan tu mot.. :)
BBB,sekurang-kurangnya dah terjawab kan segala persoalan. :)
sedih.sedih.sedih.
sudah terukir di bintang..
tak mungkin hilang..
jangan kau persoalkan lagi..
apa rasa dalam hati..
perginya hanya kali ini..
dia akan kembali nanti.. =)
kesiann... huhuhuhuhu.. cinta jarak jauh hebat dugaannye..
hehehe biar lah . best apa kispen sedih2 ? utk diingat semula , hidup ini aturan nya begitu . kisah nya macam2 . bukan sekadar yang indah saja .
menarik , bbb . =)
-HEROICzero
ala..tetiba nk happy ending..eh ke ada sambungan ni?
SPM? Oh.. kejap je tu. nanti 1-2 tahun jumpa laki lagi ensom tus lupa kat Nazmi hehehe...
* Tapi 'rasa' yg pernah ada tu sgt indah seaklipun 'rasa' itu sudah berlalu :p
aduh.... terpisah...
rasanya isi surat Nazmi lebih kepada jawapan rasa cinta.. cuma sebagai lelaki, dia mahu Die tahu hati dia selama ini. andai ada jodoh dia mahu die jadi segala2nya...andai tiada.. dia mahu Die tahu, terima dan tumpang kebahagiaan adalah perkara terbaik buat dia dan juga Die saat terpisah cenggini..
ps: penggunaan bahasa yang matang dan berkesan untuk baca.. dipendekkan kata... tulisan semakin matang dan saat menulis dpt rasa jiwanya...
sedih la pulak. *nangis*
nazmi farhan - nazmi faiz = adik beradik?
Nape la kispen sedey je dua tiga hati ni...:(
sedih..
tak pe dik. nanti ko masuk universiti, jumpa la tu..cinta monyet je tu..hehehe..
Tertnye juga spe y tulis
cite simple tapi sedih
ckop meruntun jiwa
sedih...
tapi, cerita dia best..
rileks je layan lagu Yuna ni..rasa macam naik perahu kat Venice...