Wanita tua di sel yang bertentangan itu ... Aku sangat mengenali dia. Bukan secara personal yang pasti. Mata ini ada dan sentiasa memerhati. Otak ini masih berfungsi dengan baik untuk mengimbas fotograf memori walaupun sudah bertahun akal ku mati.Aku masih ingat setiap garisan halus di wajah sayunya yang sentiasa dihiasi dengan senyuman dikala bersama 9 orang anak kecilnya. Tetap, wajah itu sayu. Kesayuan itu yang indah tentang dirinya.
Kotak-kotak dibentang dan di dirikan menjadi dinding beratapkan zink berkarat. Guni sahaja tirai mahligai kecil untuk anak-anaknya sebagai peraduan. Wanita itu menawarkan diri untuk menjadi penjaga istana demi keselamatan putera dan puterinya. Sanggupnya dia melelapkan diri di luar beralaskan kotak, berselimutkan guni. Mulianya hati wahai si ibu mengorbankan keselesaannya demi anak-anak. Namun dia hanya anjing pada manusia-manusia yang lalu-lalang. Sampah masyarakat. Sampah ? Bukan pada aku.
Setiap hari meneroka di celahan hutan konkrit demi hasil sebagai santapan. Menyara 9 orang anak bukanlah sesuatu yang mudah biarpun kau hidup dalam mewah. Inikan si pengemis. Manakan ada kertas bernilai seringgit pun padanya. Mata wang itu seolah tiada kewujudannya dalam hidup wanita itu Kadang-kala nasib menyebelahinya. Bila celaka, redhakan sahaja. Terpaksalah air longkang sahaja menjadi pembasah tekak yang kering dan bila malam menjelma, tangisan anak-anaknya kuat merayu untuk diberi makan.
Hatinya tidak tertahan melihat anak-anaknya sengsara dan pada hari itu tragedi berlaku....
"Saif ."
"Ye saya ..."
"Awak telah diikat jamin oleh kakak awak."
"Ehm ? Baiklah"
************************
Sudah hampir seminggu aku dikeluarkan dari penjara atas kesalahan merempit. Bermakna sudah hampir seminggu berlalu,hari aku ketemu wanita tua itu. Hari ini satu berita di kaca televisi menarik perhatian aku ketika sedang leka melayan anak buah ku yang juga ahli keluarga baru di ruang tamu. Seorang wanita tua telah dijatuhkan hukuman gantung atas kesalahan membunuh 8 orang anaknya dengan mencekik setiap seorang ketika mereka tidur. Kemudian mayat anak-anaknya di sorokkan dalam sebuah rumah kotak. Cuma anak kecilnya yang masih terselamat. Itu pada pandangan masyarakat.
Pada aku, wanita itu telah membuat satu pengorbanan yang besar. Mengorbankan 8 kebahagiaannya bukanlah sesuatu yang mudah bagi seorang yang bergelar ibu. Namun, ibu mana yang sanggup melihat kesengsaraan anak-anaknya.
Kalau aku bisa ceritakan hikayat si pengemis itu barangkali lupus segala keji yang bertakuk di celahan mata-mata masyarakat metropolis ini. Tetapi hendakkah mereka mendengar ? Lebih baik dikatup rapat sahaja bibir ini. Kejam itu kadang-kala memberi satu sinar pada insan lain yang lebih memerlukannya untuk satu kehidupan yang penuh kejutan. Kakak ku kini sudah mempunyai anak untuk dikasihi. Dan anak kecil ini, tidak perlu meneguk air longkang untuk menghilangkan dahaga.
13 comments
aku cuma terfikir.... kenapa yg last dibiarkan hidup? tapi aku dpt tangkap... ia seperti satu simbolik... hidup dalam sejarah yg perit, bisa jadikn manusia selepasnya hebat dan bertimbngrasa bila kena gaya n aturan yg betul tepat...
ps: bagus gak, sesekali sparrow wat story mcm ni.
Fuhhhh!... Aah kenapa yg last dibiarkan hidup...ada yg tersirat..
Tetap ada episod ganas... dalam bentuk syahdu.....pandai nyeee....
Patut mk die anta ke kebajikan
siapa kita nk tarik nyawa y tak tenilai harganye
Perghhh....sparrow muncul dgn nilai kemanusiaan yang sangat melimpah ruah namun akan jadi lebih rational kalau wanita itu tidak pernah mencabut nyawa yang lapan itu..ececehhh pandai plak aku mengkomen..hikhik!:)
ye yang ni abang bro senang faham dan hadam...haha...
tak terkata... rasa nak nangis pun ada--> aku memang kuat nangis haha!
setiap anak itu ada rezeki yg tuhan bahagikan utk mereka- aku pernah dengar ayat tu. hidup adakalanya memaksa manusia bertindak nekad!
*dlm realiti aku melihat ada org yg tiada pilihan tapi ramai juga yg punya pilihan tapi memilih hidup seperti pengemis-->sebab meminta-minta lebih mudah dari berusaha.
Ah... aku speechless nak cakap hal ini. pengorbanan ibu termata besar nilainya.. =)
bukankah yg paling besar boleh membantu si ibu tua ? knp pula dibunuh yer? :(
bila diceritakan tentang nilai kemanusiaan memang banyak versinya..
tapi pada aku ini hikayat yang bagus walau adanya ketidakadilan pada suatu sisi itu.. =)
Kebanyakan manusia ni bila dah senang punyalah bangga diri,sombong,riak,takbur,taknak tolong orang susah. Cuba kena dekat dia? Time tu baru tau langit tu tinggi ke rendah.
Ini umum. Tak semua macam tu.
cerita yang sedih
"sapa mereka? warganegara? anak 8? mana bapanya? jeng jeng jeng" hati mot bertanya
"kalau kita dapat bapak diaorang. kita cekik2 biar jadi cam anak2 nya. salah bapaknya la. tu pasal la anak jadi ramai" otak mot pk
"anak tu kan rezeki" hati mot balas
"ye tapi kita bukan ulat didalam batu yg boleh memamah pasir utk emngenyangkan perut" otak mot berang
"ulat makan pasir ke" hati mot menyirap
pendek, ringkas. tapi akan (dan telah) menerbitkan macam-macam persoalan dan keberangan. contohnya; di mana si ayah? kenapa perlu dibunuh? tiada usaha lain lagi?
pada aku, menamatkan riwayat si anak-anak kecil adalah satu-satunya jalan penyelesaian mencari kebahagiaan. sudah kehabisan ikhtiar.
aku suka cerita ni.