Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, March 12, 2012

Perempuan Cantik

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Moozlee


Dia masih menangis. Menangis dan terus mengalirkan air tangisnya tanpa rasa simpati. Hatinya masih diguris dan digilis. Digiling dan bagaikan dianjingkan perasaanya ketika itu. Dia keliru mahu menyalahkan siapa. Lelaki itukah atau perempuan itu? Dia buntu. Dia tidak menyangka kata-kata mudah mahu menggelapkan jiwa batunya. Kata-kata yang mungkin sekadar perlian belaka.

Aku juga tak tahu mengapa dia menangis sedemikian rupa. Aku masih mempersoalkan tangisannya itu. Perlukah dia menangis? Perlukah dia memberi peluang untuk tangisnya mengalir? Aku tak mengerti. Dia kan kental. Lalu bagaimana dia mahu mempersetankan kata-kata yang saja meniti bibir aku? Bukan sahaja, cuma aku saja berkata begitu. Sakit hatinya diriakkan dari raut wajah berkerut. Aaku cukup rapat dengannya, tapi masih belum dapat merasai sepenuhnya keperitan yang dia alami.

Dia masih termenung. Membiarkan dirinya menangis. Menangis di hadapan insan yang selalu memberinya kekuatan. Tapi kekuatan itu bagaikan tak cukup kerana seorang perempuan cantik. Perempuan cantik itulah yang merosakkan hubungannya bersama kekasih yang didamba dalam siang dan malamnya. Perempuan cantik juga menyebabkan kekasihnya memutuskan untuk berpisah. Dan bersama perempuan cantik itu jugalah kekasihnya menagih kasih dan mengkhianati cinta bersama. Perempuan cantik jugalah punca dia tak keruan selama ditinggalkan. Kerana perempuan cantik jugalah dia merasa diri dipinggirkan bagaikan di jalanan. Kerana perempuan cantik, dia merasa dirinya terlalu hodoh untuk menggenggam percaya sang kekasih kembali. Perempuan cantik menyebabkan dirinya teraniaya, tertipu, terduduk, terbiar.

Aku melihat dia menangis. Aku tiada mempunyai daya pujuk yang tinggi. Aku sebaliknya membiarkan dia menenangkan diri sendiri. Benar, perempuan cantik itu memang cantik. Perkataan itu pernah sekali meniti bibir aku. Tapi aku harap dia memandang enteng kerana itu hanyalah kenyataan sarkastik semata-mata. Mungkin aku lupa, dia punyai sensitiviti yang tinggi dengan perempuan cantik itu. Lantas dia menyangka kenyataan itu adalah benar belaka. Aku kesal. Aku bagaikan memujuknya dari hati ke hati. Aku harap dia mengerti. Suatu hari perempuan cantik yang menganjingkan perasaan wanita lain akan dianjingkan juga. Atau lebih parah lagi. Ingat, anjing dibalas anjing.

Dalam hati aku bisikkan kepadanya kata-kata yang tak mampu terungkap.

"Bezanya, perempuan cantik tak punya percaya aku. Perempuan cantik tak punya hormat aku. Perempuan cantik tak punya kasihan aku. Dan perempuan cantik takkan pernah punya hati aku. Sementara kau ada semua itu."

9 comments

March 12, 2012 at 9:23 PM

"Sementara kau ada semua itu.."

wah..... dia ni lelaki ke pempuan?

March 12, 2012 at 10:05 PM

Perempuan itu cantik.. =)

mesti 'aku' itu ada perasaan pada 'dia'??? err... aku rasa macam salah je.. =)

March 12, 2012 at 11:18 PM

suha paham kenapa dia menangis..kerna suha juga tak punya kecntikan sprti pmpn cntik yg lain (^_^)

March 13, 2012 at 8:55 AM

Nong Andy ; mungkin lelaki, mungkin perempuan. Atau kedua-duanya sekali.

reenapple ; sebenarnya 'aku' tu sayang sangat kat perempuan cantik tu. tak taulah ada perasan ke tidak -_-

suha ; dalam setiap perempuan ada kecantikannya sendiri kan? :)


Terimas kerana sudi baca! Weehee :)

March 13, 2012 at 10:15 AM

wah. napa tak paham ni

"ko memang lembab pepagi buta ni. napa tak baca waktu ptg ke. tghari ke" kata otak mot sambil makan coklat

"sukati la nak baca skang ke jap lagi" hati mot sentap

"tak paham diam2 suda. baca je takyah komen" otak mot sambung makan

"sukati la. diaorang takde kata pon kalau tak paham jgn komen kat sini. bluekkk" hati mot lari dan lari lepas campak pc boss ni ke lantai

March 13, 2012 at 10:12 PM

deep juga cerita ni..

nice nice.. =)

March 14, 2012 at 9:43 AM

suka ayat last tu.. :)

nice!!

March 14, 2012 at 10:04 PM

lelaki,jgn mudah terpesong hnya kerana kecantikan wanita. smpai masa, apa yg d lepaskan belum tentu akan berada di situ menunggu kamu.

March 20, 2012 at 11:26 AM

perempuan cantik? perempuan kurang cantik...abang bro baca komen korang ajelah ye...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...