Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, March 8, 2012

Kek Coklat

9:00:00 AM | Best Blogger Tips
"Untuk awak yang muka garang. Kenapa muka awak nampak garang? Eh, bukan nampak. Memang garang pun. Awak tahu, kerana muka garang awak tu buat saya tak keruan. Setiap hari saya ingin menatap muka garang awak tu walaupun cuma di dalam mimpi."

Aisya tenang membaca satu SMS masuk ke telefon bimbitnya. Satu SMS yang dipandang sepi. Bagi Aisya, pasti pengirimnya tersalah hantar. Aisya memfokuskan adunan kek coklat yang harus disiapkan secepat mungkin. Sekali lagi telefon Aisya berbunyi. Ada satu SMS masuk. Aisya hanya membiarkan. "Tengok la siapa yang menghantar SMS tu Sya..Mana tahu ada orang nak buat tempahan kek". Aisya akur dengan arahan maknya.

"Awak tahu, kalau awak senyum pasti wajah awak bertambah manis."

Aisya menyambung kembali mengadun kek coklat. "Apa ntah text gitu". Aisya mengomel sendiri. "Mak, bukan orang tempah kek la. Orang silap nombor kot. Angau!". Mak hanya tersenyum. Aisya menyambung kembali adunan kek yang belum siap. "Kek ni kalau dah siap esok pagi Sya kena hantar ke rumah makcik tu mak. Mak temankan boleh tak?" kata Aisya kepada maknya yang tengah menyiapkan kotak kek. Itulah punca pendapatan bagi Aisya dan maknya selepas ayahnya pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya setahun yang lepas. Dengan sedikit kepakaran dirinya dan dibantu oleh maknya, Aisya dan mak sudah mampu mengembangkan perusahaan kek mereka walaupun hanya beroperasi di rumah. Dengan tugas sebagai seorang pelajar, Aisya membahagikan masanya sebaik mungkin.

Aisya meneliti buku tempahan kek. Ada beberapa tempahan lagi yang belum siap. Ia akan disiapkan sehari sebelum kek tersebut di hantar kepada pembeli. "Alhamdulillah, masih ada lagi yang sudi beli kek ni". kata Aisya dalam hati. Telefon bimbit Aisya berbunyi lagi. Aisya bangun mendapatkan telefon bimbitnya yang diletakkannya di dapur. Ada satu SMS.

"Awak yang garang yang sedang membaca text ini sila jangan buat muka garang".


Kali ini Aisya senyum. SMS kali ini betul-betul buat hatinya seperti digeletek. Aisya meneleliti setiap SMS dari pengirim misteri tersebut. Setiap SMS pasti ada perkataan 'garang'. SMS untuk siapa sebenarnya. Akukah? Garang sangatkah muka aku ni? Aisya bertanya pada diri sendiri. Ah, pasti salah nombor. Aisya cuba menyimpulkan sendiri.

Hampir setiap hari SMS seperti itu masuk ke telefon bimbit Aisya.

"Awak, garang garang pun manis"

"Garang itu cantik. Untuk awak la. Orang lain tak."

"Orang garang memang liat nak reply sms eh?"


Ada banyak lagi SMS garang yang di hantar oleh pengirim misteri tersebut. Dan Aisya hanya sekadar membaca tanpa ada rasa untuk membalas setiap SMS tersebut. Pada Aisya, kalau betul dia maksudkan SMS tersebut untuk dirinya, si pengirim tak perlu untuk menghantar SMS sebegitu. Pengirim tersebut boleh call terus dan bercakap dengan aku. Aisya mengomel sendiri.

Sebelum pergi kelas Financial Accounting, Aisya harus menghantar beberapa tempahan kek kepada pelanggannya. Begitulah rutin Aisya. Ketika Aisya bergegas masuk ke kelas ada lagi satu SMS dari pengirim misteri tersebut.

"Cik Garang, saya nak order kek coklat 5, saiz medium, kek tu awak kena potong kepada saiz yang senang masuk mulut. Letak dalam bekas asing-asing. 5 bekas ok."

Aisya membaca SMS tersebut berulang-ulang. Dia nak main-main ke apa ni? Kali ini Aisya memberanikan diri untuk membalas SMS pengirim tersebut.

"Awak ni sapa? jangan main-main boleh tak?"

"Tak. Saya tak pernah main-main cakap yang awak ni garang."

"Pasal kek tu la. Bukan pasal garang tu."

"Kek tu betul la saya nak beli. Awak siapkan. Esok malam sebelum maghrib saya ambil"

"Eh..jap jap..awak ni gila ke apa?"

"Saya beli kek pun gila ke?"

"Masalahnya sekarang..awak ni betul ke?"


Aisya mendail nombor pengirim tersebut. Kerana kebiasaannya Aisya akan bercakap terus dengan pelanggan kalau ada yang ingin membuat tempahan kek. Tapi malangnya, pengirim SMS misteri tersebut tidak menjawab panggilan Aisya. Satu SMS masuk.

"Awak siapkan kek tu. Esok malam saya ambil di rumah awak cik garang."

Aisya akur. Aisya membalas SMS tersebut.

"Ok..kalau awak tipu saya, siap awak saya kerjakan."

"Garangnya. Hehehe"



Balik saja dari kelas petang itu. Aisya memulakan tugasnya untuk mengadun kek coklat yang ditempat oleh pengirim misteri tersebut. "Kek coklat Sya buat ni untuk sapa" tanya mak. "Untuk pengirim SMS misteri tu lah mak. dia nak 5. esok malam dia datang ambil. Sapa ntah. Sya pun tak dapat syak sapa". jawab Aisya sambil tangannya sibuk menyukat sukatan untuk gula dan tepung.

***

Dan malam itu Aisya menunggu dengan sabar pelanggan misterinya. Kek yang siap sudah di potong dan diletakkan ke dalam 5 buah bekas yang berlainan. Semangat ingin tahu sapa pengirim SMS misteri selama ini membuak-buak. Bukan kerana dia sudah jatuh cinta dan suka. Tapi dia sekadar ingin tahu siapa yang berani memanggilnya 'garang'. Pintu di ketuk. Tanpa salam. Aisya bergegas meluru ke pintu. Perlahan-lahan pintu di buka. Pemuda berbaju melayu biru muda dan berkopiah itu senyum memandang Aisya. "Errr awak yang text tu kan?"  Pemuda itu hanya mengangguk. Dia menggunakan bahasa isyarat. Aisya bungkam. Panik. Terkejut. Semuanya bersatu. Aisya cuba mengawal tingkah dia. Aisya memberi isyarat tangan menjemput pemuda tersebut masuk. Pemuda tersebut mengeleng kepalanya. Aisya serba tidak kena bila berhadapan dengan pemuda yang selama ini hanya menghantar SMS misteri dan malam ini sudah berada betul-betul  berada dihadapannya. Pemuda tersebut menghulurkan sampul. Aisya membuka sampul tersebut. Duit untuk kek. Pemuda tersebut memberi isyarat bertanyakan kek coklat yang ditempahnya. "Ya Allah, tenangkan aku". Aisya betul-betul tidak keruan. Aisya menghulurkan 2 bekas kepada pemuda tersebut. Selebihnya Aisya akan tolong bawa ke kereta pemuda itu. Pemuda itu senyum memandang Aisya. Aisya cepat-cepat mengalihkan pandangan. Ini kali pertama dalam hidup Aisya berinteraksi dengan insan sebegitu. Setelah segalanya selesai, pemuda tersebut menghadiahkan Aisya senyum untuk ke sekian kalinya sebelum enjin keretanya dihidupkan.

"Terima kasih cik garang. eh cik manis"

Satu SMS dari pengirim misteri tersebut. Aisya senyum.

"Nama awak siapa?"

"Muhammad Fiqri. Terima kasih untuk kek coklat tersebut Cik Nurul Aisya"

"Sama-sama Encik Muhammad Fiqri"
" Garang itu manis"
Aisya senyum.

11 comments

March 8, 2012 at 11:52 AM

wah. mot suka kek coklat.

"rasanya encik fiwri tu bisu la. kan. kan. sbb tu dia tak angkat phone kan?" otak mot garu kepala

March 8, 2012 at 1:31 PM

owh..abang bro suka kek blueberry my feveretttt...

March 8, 2012 at 4:06 PM

lepas ni cik garang kena belajar bahasa isyarat la pulak... :)

Anonymous
March 8, 2012 at 5:30 PM

hahahah menarik cerita ni . tak sangka . dia bisu rupa nya . =)


-HEROICzero

March 8, 2012 at 8:26 PM

am smiling (^_^)
laki cenggitu sgt sweet kan?hehe


cinta itu utk semua

March 8, 2012 at 8:56 PM

ni manis..

March 8, 2012 at 9:13 PM

:)

manis macam coklat moise :)

cik garang sila senyum slalu hehehe..

March 8, 2012 at 9:32 PM

oh.. garang itu manis.. =)

March 8, 2012 at 9:54 PM

haaaaaaaaaaaaaaaa.. terkejut aisya... tulah... mesti Fiqri tu hensem pasal tulah aisya terkedu... lalalalala.

March 9, 2012 at 2:19 AM

misteri itu indah..
ibarat dalam gelap ada irama harum mengasyikkan.. =)

March 9, 2012 at 8:34 AM

hmm kalau macam ni i nak jadi garanglah tapi manis kan..kan?

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...