Memang sudah nasib Armand. Bila sahaja tiba di kota Uganda ibunya terus memasukkan dia ke sekolah asrama. Hampa sungguh Armand mahu duduk bersama ibunya.Di asrama itu bercampur antara lelaki dan perempuan. Maka ada seseorang budak perempuan yang amat menarik perhatiannya. Nama budak perempuan itu ialah Megawati. Tak tahu apa jenis keturunan akan perempuan itu namun semua yang masuk dalam asrama semestinya keturunan pribumi.
Sama seperti Armand. Kecantikan akan si Megawati ini amatlah manarik dan tiada cacat celanya. Jika Armand terkenang akan Megawati akan muncul lah figura Megan Fox yang amat di minatinya.
Puas dia menegur namun gadis kecil itu tidak sedikit pun menunjukkan sebarang respon. Apakah dia bisu kalau bisu takkan dia masuk sekolah asrama.
Maka segala ikhtiar di cari oleh Armand untuk menghampiri gadis kecil tersebut. Armand sering bergaya rambut ala Justin Bieber...
Maka mungkin oleh kerana kesungguhan Armand. Dia terjumpa akan seseorang yang amat pelik dalam asrama itu. Nama nya Miguel Bain. Dia melihat akan Miguel yang punya pesona hingga hampir keseluruhan gadis mahupun cikgu perempuan suka dan selalu berada di samping nya.
"Apa rahsia kau Miguel?"tanya Armand mahu tahu.
"Oowhhh...kamu mahu tahu rahsia aku? Syaratnya kamu harus mendapatkan celana dalam gadis yang kau suka itu padaku.Setelah itu baru aku beri kau ayat ayat pengasih...Dan aku akan mandikan kau dengan air limau tiga hari berturut turut..."
"Tersangat susah syarat syarat itu..Huh!!!Aku rasa baik aku lupakan sahaja...Silap silap aku pula di tangkap warden memasuki dorm perempuan?"
"Kau terlalu cepat menyerah Armand...Begini..Aku terangkan caranya. Surau kita akan di tutup tepat jam 11 malam. Aku rasa jika waktu itu kamu mahu solat sudah terlambat. Kamu ikut akan rombongan budak laki laki ke pekan dan kamu bikin mereka percaya kamu tersesat. Kamu balik lewat dan... Nah..Warden akan membenarkan kamu menggunakan surau di sebelah bilk mandi perempuan. Aku sudah tahu akan setiap budak perempuan akan menyidai celana dalam mereka selepas mereka habis period...Kamu ambil sahaja celana yang bernama Megawati itu dan kamu tidak akan silap. Mereka menyidai celana mereka dengan nama mereka."
"Hhahahaha..aku tak sangka sungguh mastermind kau Miguel."
"Hey!!! Kau mahu ikut atau tidak kataku?"
"Kau amalkan ayat ini setiap kali kau berjumpa gadis yang kau suka itu..."
"Marcu luluh ketih asih sih telasih..."
Khabar terkini Armand demam kerana terkejut sebab di tegur oleh sesuatu di dorm perempuan pada awal 3 pagi...Oleh kerana untuk menutup malu dan melindungi airmukanya dia bercerita yang dia terjumpa hantu di dorm perempuan. Sebenarnya dia terserempak dengan warden yang juga membenarkan dia mengambil air wuduk di surau wanita. Selepas itu kelibat Armand tidak kelihatan lagi dia sekolah asrama tersebut.
Armand sekali lagi telah lari...kali ini dia lari dari asrama.
12 comments
mwahaha...armand funny, kena tegur warden terus demam terkejut,..abg bro cemane dapat idea nak letak doa pengasih jawa tu...hihi
hahahaha!!!
mentera tu blh pakai tak abg el?
:D :D :D
*salin mantera*
-HEROICzero
LW..try buat kispen lawak kau hadooo? tu yang termasuk jampi serapah tu...
khairul antasha - bahaya ni silap pronounce khadam lain yang datang...dont try this at home...hahaha...
heroiczero - at your own risk...hahaha...
Sampai lari asrama tuuuu. Teruk dia punya malu. Kahkah
thepinpin - tq baca...Armand memang suka lari...dulu lari dari kampung haha...
ahahaha... Armand memang suka lari.. eh.. =.=
*celana tu apa???
reen - celana tu seluar dalam atau panties...haha...
errrrr...
hahahah...
apalah armand ni..
hahaha.. lucu la kispen ni abg bro :)
nama megawati tu macam best. teringat sorang pelajar perempuan yg popular kat sekolah dulu nama megawati hehehe.. popular mcm megan fox tu hehehe..