Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Friday, March 16, 2012

Asmara

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Alia melentokkan kepalanya ke bahu suaminya Izman yang fokus menonton series House di televisyen. Izman menoleh sekilas ke arah isterinya. "Sihat tak ni sayang?" tanya Izman. Alia hanya tersenyum. "Kenapa nampak lemah semacam je ni.?" Izman memegang dahi isterinya. Kemudian di usap-usap lembut pipi isterinya. Alia masih tersenyum. Alia seronok diperlakukan sebegitu. "Alia sihat." Alia mengangkat kepalanya. Kali ini Alia merangkul leher suaminya dengan kedua-dua belah tangannya. Kali ini Izman pula yang tersenyum. Senyum nakal!

"Alia bahagia sangat sekarang" Alia merapatkan wajahnya ke wajah Izman. Hidung berlaga. "Abang pun bahagia dengan sayang" bisik Izman ke cuping telinga Alia. Alia senyum manja. Alia meleraikan pelukan. Kali ini mereka berpandangan. Sama-sama bersila di atas sofa. Izman capai tangan kanan Alia. Dicumbuinya manja. Berkali-kali. 

"Sayang ingat tak masa mula-mula kita kenal dulu? Cinta jarak jauh kita tu"
"Alia ingat. Semuanya hanya di depan skrin."
"Abang berharap sangat masa tu kita dapat rasai momen tu secara sah."
"Kan dah sah sekarang. Dah jadi kekasih halal abang pun"
"Tahu. Cuma abang takut abang tak mampu bahagiakan sayang. Tak mampu jadi superman sayang" 
Alia ketawa kecil mendengar nama superman yang terpacul dari mulut suaminya. Izman memicit manja hidung Alia.


"Abang superman, dan Alia heroinnya. Macam tu kan?"
"Ya sayang. abang superman yang tak boleh terbang. Sayang pulak heroin yang melemaskan abang."
"Eeeiii jahat. Mana ada melemaskan abang. Alia hanya lemaskan abang dengan kasih sayang, tapi abang masih lagi boleh bernafas."
"Ya sayang. Abang gurau je."

Izman menarik tangan Alia. Diletakkan tangan itu ke dadanya.

"Sayang, rasa tak degupan tu?"
"Rasa..apa makna degupan tu?"
"Abang haus."
Izman tersengih.
"Abang nak air apa? Alia buat sekarang."
Izman mengusap-usap janggut sejemputnya.
"Eem. Tak kisah. Apa-apa je"

Alia bangkit dan menuju ke dapur. Izman tersenyum lagi melihat isterinya, seorang wanita yang sederhana yang mampu mengetarkan jiwanya tanpa melihat wajah sebenarnya ketika itu.. Seorang wanita yang pada Izman cukup sempurna dalam kesederhanaannya. Alia muncul dengan minuman yang diminta Izman.

"Nah milo panas heroin abang" Alia menghulurkan cawan berisi milo panas kepada Izman. Izman sambut dengan senyuman manja.


"Tak panas sangat. Saja bagi nama milo panas heroin abang. Alia tak campur heroin dalam tu. Alia campur dengan kasih sayang je."

Izman meneguk sedikit. Wajah Izman mengerut. Alia rasa pelik melihat tingkah suaminya.
"Kenapa? Tak sedap ke?" tanya Alia.
"Sayang rasa ni.." arah Izman.

Alia meneguk sedikit.
"Ermm. Ok je sayang. Apa yang tak kena?"

Izman senyum. Alia meletakkan cawan di atas meja tamu. Paha Izman dicubitnya geram.
"Abang saja nak share minum dengan sayang. Minum dalam cawan yang sama"
"Eeiiii.. Alia ingat air Alia buat tak sedap.jahat!"

Kali ini satu lagi cubitan hinggap di paha Izman. Izman hanya mengaduh kecil. Tangan Alia dicapainya.


"Jari ni nakal sangat kenapa?Asyik cubit abang je?"
"Mana ada nakal. Siapa suruh abang nakal?"


Alia tiba-tiba memicit kepala dengan tangan kirinya.
"Kenapa ni sayang?" Izman panik. Alia masih diam. Masih lagi memicit kepalanya.
"Sayang ok tak??" Izman makin panik. Alia senyap. Kepala Alia mula lentok ke sofa. Mata Alia tertutup rapat. Izman meletakkan kepala Alia ke atas ribanya.


"Sayang bangun la. Jangan buat abang macam ni."

Mata Alia terbuka perlahan. Senyum. Terus di kucup pipi suaminya.


"Ohhhh.. nak kenakan abang ya.sayang jangan buat macam ni. Abang gelabah betul tadi tau" Alia masih senyum. Masih di riba suaminya. Alia merapatkan bibirnya ke cuping telinga Izman "Alia sangat sayangkan abang"

Izman bahagia mendengar ungkapan itu. Lafaz syukur dipanjatnya di dalam hati atas aturan Allah yang menyatukan mereka dengan ikatan yang mulia ini. Dikucupnya penuh kasih dahi Alia.

Izman merasa sejuta ketenangan yang tersirat dalam jiwa kerana menyakini janji Allah sebagaimana yang tertera indah dalam Surah Ar-Rum ayat 21, "Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya"

15 comments

March 16, 2012 at 9:35 AM

cerita abg bro penuh tragis. ingatkan cerita ni pon sama.

"aku syak kispen ni ada sambungan" hati mot berbisik

"bukti" otak mot layan

"ko baca tak bab dia kata 'sapa suruh abang nakal' tu" hati mot tunjuk

"ha ah. tapi. tak kot. kekadang ada gak kehidupan yang bahagia je camtu" otak mot backup penulis

"ye ke. bukti" hati mot tak puas ati

"ko nak bukti apa lagi. kan kispen tu dah jadi bukti. biarla dia nak wat citer hepi camni. aku suka je" otak mot balas garang

March 16, 2012 at 9:45 AM

Aiyo so sweet lomentik

nga pk spe y krg ni errr

npe mobile view xde nme pnulis ni


*br bkesempatan nk usha blog ni.lake da xmlawat

March 16, 2012 at 9:52 AM

Momentik! Terasa di syurga! :)

March 16, 2012 at 9:53 AM

ah..sweet..


adakah mereka pengantin baru??hehe..



best.

March 16, 2012 at 9:56 AM

Hwaaa seb baik happy ending..kalau sad ending gak memang minggu ni minggu sedih...:(

March 16, 2012 at 10:13 AM

Amamot - hehe..ada je kot bahagia mcm tu.. :D :D thanks amamot pembaca dan pengkomen tegar blog secret.. hehe..


Iffah - ohh..kispen ni bertindih..2 kispen serentak..mslh teknikal..thanks baca.. :D


Khairul Onggon - hehe.. yeehaaaa..sorga!


Marcella - pengantin yang tak berapa nak baru.. :D


Lady Windsor - haha..mmg saje buat happy.. :D

March 16, 2012 at 2:20 PM

akhirnya happy ending dari kairul antasha :)

March 16, 2012 at 3:10 PM

Nong Andy - Hehehe... akhirnya.. :D

March 16, 2012 at 3:20 PM

ohooo.aku tumpang bahagia pada diroang. ngeh ngeh

March 16, 2012 at 4:43 PM

Geli. .
Oh. Begini rasanya,

March 16, 2012 at 5:10 PM

auwww... saya tersipu2... *sambil tutup muka dgn tgn*

March 16, 2012 at 8:20 PM

memang betul2 asmara la mcm ni...

Anonymous
March 16, 2012 at 10:35 PM

Manja2 bersama milo :D

March 17, 2012 at 1:20 AM

amboi... jelesnya aku...

ps: nak hot coklat gak... jenama cadbury tau

March 20, 2012 at 11:12 AM

hemmm...satu lagi citer cinta orang baik baik...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...