Yuki
"Duhai kekasih pujaan hatiku... Dapatkah kau beriku satu arti..." Menyentuh wajahmu kekasihku hanya melalui saluran maya, pathetic aku rasa. Nun jauh di sudut hati, Amarah dan sebal menjadi tunjang dendam yang baru sahaja bermula.
Wall FB Seseorang...
"b, honey baru balik. b kat luar lagi yeah? taking care ok? miss me tak b?"
Aaaarghh...!!!, Kalaulah kita boleh berkawan wahai honey; Kedatangan honey buat pertama kalinya, minum petang. Betullah memang tak cantik manapun. Wajah? Senyumannya untukku? Aaaarghhh sakitnya hati. Aduh, lembutnya bicaramu; barangkali kerana itu kekasihku menikam hatiku dan beralih arah kepadamu. Terus sahaja aku capai pemukul baseball yang aku simpan kemas di tepi pintu berhampiran duduknya honey; sementara menunggu teh bancuhanku.
Aaaarhhh. Amat mudah lunturkan gadis lembut persis kamu rupanya wahai honey. Kulitmu yang licin, aduh pisau lipat di tangan mula menghiris lembut lapisan wajahmu yang menjadi dambaan kekasihku dahulu. Seumpama menyiang ikan salmon - hirisan halus mengembalikan aroma yang segar buat santapan hidung apabila percikan lemon mengena bersaksikan wasabi sebagai hiasan. Kalaulah kulitmu ini boleh bikin lekat di wajahku akan aku lakukan tahu? Agar senang aku mengambil alih kekasihmu - oooh tidah. Kekasihku sudah. Sorry.
Aaarghhh... Jemarimu yang menyentuh kekasihku wajar ku lumatkan. Danggggg! Berpisah jua kau jari dari tubuhmu. Pinjamkan ia padaku. Aku rindu belaian kekasihku yang semalam menjadi milikmu. Hah! Yang tinggal kini hanya badan dan kaki. Adik manismu yang duduknya antara bawahan pusat? Aaaarghhh aku lupa tentang itu. Sialan...! Rabak... Laju sahaja kayuhan baseballku mengena adik manismu. Sakitkah? Rabak sudah. Lagi sekali kamu hebat. Kalau saja aku mampu berikan adik manisku kepada kekasihku, mesti dia aku miliki selama-lamanya tanpa berkongsi denganmu.
Message to honey:
Maaf ya, Betullah kata kawan saya, muka awak serupa macam arwah kakak saya. Kita suka tgk muka awak. sebiji sgt. Maaf ya. Kita tak bermaksud nak buat awak terkejut. Cuma nak wat pelepas rindu. Pic kakak saya semuanya ayah saya dah buang. Satupun takda dalam simpanan. Hanya duduk dalam hati saya aja. Sudilah kiranya awak accept friend saya ni. Saya hargai sangat2. Menumpang rindu pada awak yang serupa dengan wajah kakak saya.
Seminggu lamanya tiada approval darimu honey. Aku kepingin sekali ingin jadi kenalanmu.
Reply from honey:
Ya ampun, sory sesangat, kalaulah saya boleh redakan kerinduan awak, mesti saya usahakan. kita appoved awak jadi kawan kita. dah jangan sedih-sedih lagi ya? Nama awak siapa? Saya sudi jadi kawan awak. Kita boleh bual panjang. Nanti awak ceritakan pasal kakak awak tu kalau tak keberatan. Cheer up okey? :)
Yes...! Thank a lot for being my new friend. Dam, u very soft person. i knew it, btw, My name is Yuki.
13 comments
TERBAIK ! TERBAIK ! TERBAIK !!!
wah,psiko abes.best.
Woohoo....kenapa dangggg sikit je tu. Kalau aku, cincang lumat aaa..
Wah Sparrow! hehe..
*Aku kena baca ulang baru boleh dapat sikit gambaran kisah ni. mlm ni otak aku lembab ke? heee... cara penyampaian bahasanya mcm biasa baca... er mcm cik bidadri? heee.. ada la sikit :)
haish... bertuah badan kalau dpt tulis mcm sparrow adik.
ps: aik... nong? cenggana akak plak? isk isk isk... seramlah wat citer cenggini. tak reti.
ceritanya perlukan penghayatan. berangan ke apa si yuki ni?
aku sepertinya tahu tentang kisah ini..
sebetulnya sama..
tapi aku tak pasti siapa dan di mana ataupun bila..
Ni ada udang di sebalik mee ke apa ni? K lampi.
hem saya sangat slow dengan citer camni...baca komen ajelah...
erk... macam aku pernah buat je dulu.. ehehehe
alamak. ngeri
"tu sebab la mot taknak ada fb. takut" kata otak mot
"nak takut apa. kalau kita tak buat salah sure orang tak marah kita" hati mot pujuk
"masalah nya menurut kajian. dah ramai orang yg psiko cam yuki cam yanti cam hilman cam kamal ngan karim tu" kata otak mot lagi
"ni semua kispen la. kispen. adoi la hai" hati mot bengang lagi
Cik Bidadari,
Bahasanya 'persis' kamu. Ceritanya tentu saja tidak hehehe..
Er kurg faham