Nong Andy
Badanku letih. Aku tak larat nak mengulangkaji pelajaran. Penat berkerja sambilan di Clarence homegrill sebuah western food restaurant. Ramai pula pelangan. Mengigil kakiku kerana penat terkejar-kejar ke hulu ke hilir melayan kerenah pelangan yang pelbagai itu. Semua ni salah Rafie.. kalau dia tak kalahkan pointer ku semua ni tak perlu aku lalui. Selama ni aku hanya buat kerja sampingan mudah di rumah-kupas kulit bawang putih untuk kilang pembuat sos. Tapi bayaran yuran bertambah sebab aku hilang kelayakan 25% diskaun yuran pengajian.. jadi aku terpaksa kerja keras untuk dapatkan duit extra. Aku tak mahu susahkan Mak!
“Ranie.. Ranie..” Shira kejutkan aku. Aku menguap berkali-kali.
“Kenapa?” Tanyaku tanpa memandangnya. Rasa mengantuk sangat.
“Kenapa kau selalu mengantuk dan letih sekarang?”
“Er.. aku letih tak cukup tidur. Aku buat kerja sambilan..” sahutku sambil menguap lagi.
“Kalau macam ni teruk lah.. macam mana kau nak belajar? Asyik letih je..” ah! Betul tu.. kalau pelajaran aku merosot sebab terlalu banyak buat kerja sambilan semesta depan aku tentu kalah lagi oleh Rafie! Ini tak boleh jadi.. Aku bingkas dan pergi ke bilik air. Membasuh muka ku.
“O.k.. dah segar. Jom kita sambung buat revision..” Ujarku bersemangat. Shira tersenyum. Aku tak akan kalah dengan mudah! Aku tak akan kalah pada si budak kaya itu!!
Tapi bila balik rumah aku terpaksa menyiapkan pula bawang-bawang yang sedia untuk di kupas. Aku mengeluh! Demi wang.. aku akan habiskan malam ini juga!
***
“Gedebuk” macam nangka busuk aku jatuh. Mataku berpinar-pinar. Kedengaran suara orang riuh rendah samar-samar. Aku tak larat membuka mata. Dunia terasa berpusing-pusing. Aku seperti di awang-awangan. Bila aku membuka mata aku sudah berada di bilik yang berwarna serba putih. Surga? Oh.. tidak! Melihat tanganku di cucuk hos kecil dan air tergantung menitis setitik demi setitik dari kantung jernih itu menyedarkan aku yang aku berada di hospital. Tapi nampaknya aku berada di wad persendirian.
“ Eh.. Ranie! Kau dah sedar..” shira masuk dengan senyum lebar.
“ Aku pengsan ke?” Soalku walaupun aku sudah tahu yang aku pengsan.
“Aku di Hospital mana ni..?”
“SMC.. Rafie yang angkat kau tadi! Dia terus bawa kau ke mari..” Jawab Shira sambil sengih lagi.
“Rafie tu aku tengok.. risau sangat tadi… Macam nak nangis pun ada!” Dup! Jantung aku tiba-tiba berdebar aneh. Jadi Rafie yang angkat aku? Dia tak benci aku? Dia risau? Dia…
“Dia mana? Aku nak ucapkan terima kasih..”
“Dia dah balik.. dia suruh aku teman kau!” aku mengeluh. Aku tak mahu kalah pada Rafie.. tapi kenapa dia pula yang hantar aku ke sini. Malulah aku terpengsan depan dia.. Ah! Ini semua dia punya pasal!! Benci!!
“Kau rehatlah.. ya! Kami dah bagitau keluarga kau.. nanti Rafie bawa mereka datang” Kata Shira padaku.
Aku tertegun. Dia bawa mereka datang? Gulp!
***
Semesta berikutnya aku hampa lagi. Rafie tetap di atas. Aku tetap di tangga ke dua. Airmataku meluncur laju. Sakit sungguh hatiku. Letih sungguh aku buat kerja sambilan untuk menampung kos pengajian. Mak pula kerap jatuh sakit. Kesian dengan Acik adik lelakiku.. dia menawarkan diri berhenti sekolah supaya dapat menampung kos pengajianku. Tak mungkin aku mengorbankan Acik untuk diri sendiri. Tak apa.. hanya tinggal 2 semesta lagi sebelum kami gred. Aku akan bertahan!
“Nah.. jangan macam ni..” Aku mendongak.
Sapu tangan itu ku sambar. “Puas hati kau..!” Kataku sambil mengesat airmata.
“Tak.. aku tak puas hati” Jawab Rafie tenang.
Aku tentang dia dengan wajah sakit hati.
“Masih tak puas hati lagi permainkan nasib orang miskin?” Kataku dengan nada tajam.
Rafie tarik nafas berat. Dia tatap aku dengan pandangan lembut.
“Kalau kau terima cintaku.. baru aku puas hati” kata-kata Rafie buat aku terpana.
***
Aku berfikir-fikir. Terbayang-bayang wajah Rafie dan kata-katanya itu macam keset yang di rewind berkali-kali. Jadi Rafie bersungguh-sungguh mahu aku membalas cintanya? Erm.. tiba-tiba aku tersenyum simpul. Kalau begitu lebih baik aku terima cintanya.. jadi mungkin aku tak perlu susah payah hidup susah! Aku akan pergunakan dia… Dia kan anak orang kaya!
“Rafie… Aku akan terima cintamu!” Rafie terkejut. Dia kelihatan gugup.
“Aku akan terima cintamu dengan satu syarat!” kataku lagi.
“Syarat? Syarat apa?”
“Kau mesti tolong biayai pengajian aku…” kataku selamba.
“Hah?”
“Kau nak ke tak nak?” Tanyaku angkuh. Mentang-mentang dia sukakan aku! Aku mula la ambil kesempatan. Tapi aku rasa ini jalan paling mudah..
“Kau akan jadi girlfriend aku kalau aku biayai pangajian kau?” Tanyanya lagi minta kepastian.
“Erm.. ya!” Aku angguk yakin.
“Kau ni sebenarnya jualkan cinta kau dengan aku ke?” Tanyanya jengkel. Gulp! Rafie terasa pula. Aku tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Er.. bukan macam tu. Kau kan kaya.. banyak duit. Takan kau nak berkira sangat dengan kekasih.. kau cintakan aku ke tak ni?” Wajahnya muram.
“Baik.. aku akan biayai yuran pengajian kau…” Aku senyum lebar. Yes!
“Jadi.. mulai sekarang aku akan jadi girlfriend kau dengan rasminya.. jom kita belajar sama-sama!” Ajak ku sambil tarik dia ke kelas.
***
Kami sudah dalam semesta terakhir. Walaupun aku sudah tidak perlu kerja sambilan untuk membayar yuran pengajian tapi nampaknya aku masih tak boleh kalahkan pointer CGPA Rafie. Aku memang kecewa. Tetapi tak apalah sebab sejak jadi kekasihnya, hidupku tidak lagi seteruk dulu. Kami sudah boleh menyimpan sedikit wang untuk masa depan adik-adik yang lain. Rafie selalu datang ke rumah dan bawa macam-macam hadiah. Rumah kami sudah ada tv.. ada sofa. Semua Rafie yang belikan. Mudah sungguh kalau ada boyfriend orang kaya ni.. aku patut cari boyfriend kaya dari dulu lagi!
“Habis belajar ni kau nak buat apa?” tanya Rafie padaku. Aku senyum simpul. Tak lama lagi kami akan konvo. Tak sangka akhirnya aku akan dapat apa yang aku impikan.
“Mestilah cari kerja.. lepas tu cari duit banyak-banyak untuk kasi sekolah adik-adik yang lain” Kataku yakin. Rancangan itu sudah aku set lama dulu!
“Jadi.. impian kau dah tercapai..” Katanya dengan nada sayu.
Aku memandangnya hairan.
“Kenapa kau macam sedih pula?” Dia menarik nafas berat.
“Aku.. nak berpisah dengan kau!” Aku tersentap! Tidak percaya..
“Tapi kenapa?”
“Sebab impian kau sudah tercapai.. dan kau tidak perlukan aku lagi.
Aku tahu kau bukan benar-benar cintakan aku.. kau cuma mahu bantuan kewangan untuk masalah yuran pangajian. Aku tak mahu orang yang tidak cintakan aku… jadi kita berpisah saja!” Aku ternganga.
“Tapi.. tapi..”
“Sudah Ranie.. aku tak mahu dengar apa-apa! Lagi pun orang tuaku sudah tetapkan jodohku! Dia sudah tunangkan aku dengan gadis pilihannya.. jadi selamat tinggal!” Rafie pergi.
Setitis demi setitis jatuh berjuraian. Aku terpana. Mengesat air hangat yang mengalir di pipiku dengan rasa terkejut. Aku sedang menangis? Aku pandang telapak tanganku yang basah dek airmata! Menahan rasa sebak yang membuatku tersedu sedan…
***
Selepas hari convocation aku tidak pernah melihat Rafie lagi. Aku mula sedar yang aku telah jatuh cinta dengan Rafie. Selama ini aku angggapkan yang aku hanya pergunakan dia untuk kepentinganku saja. Tapi setelah menjadi ‘kekasihnya’ sepanjang 2 semesta terakhir. Mr. wrong itu mula menjadi mr. right untuk ku. Aku teringat kata-katanya ketika aku tanyakan kenapa dia sukakan aku..
“Kau ingat tak… dulu ada seorang budak lelaki kena buli oleh sekumpulan budak samseng.. Kau telah selamatkan budak tu.. kau dengan baju tekwando telah membelasah ke tiga-tiga pembuli tu.. sebenarnya budak yang kau selamatkan tu adalah aku..” Aku terlompong mendengar jawapan Rafie. Rupanya budak kecil yang pernah aku tolong ketika aku berumur 11 tahun itu adalah Rafie?
“Tapi kenapa dulu kau kecil sangat? Macam budak darjah satu..” Tanyaku sambil mendongaknya yang kini tinggi lampai. Rafie tertawa.
“Yalah.. dulu aku ketot jer.. tapi sekarang kenapa kau pula yang ketot!” Dia ketuk kepalaku. Aku rasa tercabar lantas menunjuk kan kakiku.
“Awas.. kaki pendek ku ini boleh sampai ke muka mu tahu!” Gertak ku. Rafie ketawa dan memohon ampun padaku. Sedar-sedar saja aku ketawa sendiri mengingatkan kenangan itu. Akhirnya hatiku di balut sayu dan sebak. Airmata segera ku tahan. Apa pun Rafie dan aku sudah berpisah. Aku kena terima hakikat itu dan melangkah ke depan dengan tabah!
***
Aku gembira. Pakcik Wan kata ada kerja kosong di syarikatnya. Sesuai dengan kelulusan aku. Dia suruh aku datang temuduga.
“Ranie.. selamat datang dan menjadi ahli keluarga syarikat kami” Pakcik Wan mengalu-galukan kedatanganku. Temuduga itu setakat untuk cukupkan syarat prosedur saja.
“Terima Kasih Pakcik..” Ujarku ceria.
“Jadi.. esok dah mula kerja?” Aku mengangguk yakin. Pakcik Wan tersenyum gembira melihat anggukanku.
“Sebenarnya Ranie.. Pakcik ada sesuatu nak bincang dengan Ranie..” aku terkejut. Apa pula hal yang pakcik wan nak bincangkan dengan aku.
“Macam ni.. Pakcik berkenan sungguh dengan Ranie.. sudah puas pakcik fikir fikir.. pakcik buat keputusan nak lamar Ranie.. jadi..”
“Hah!? Tapi pakcik.. saya terlalu muda untuk pakcik. Walaupun saya mirip macam bekas kekasih pakcik.. tapi saya tak boleh terima cinta pakcik..” Kataku dengan nada takut. Aku Kalut. Pakcik Wan ketawa berdekah-dekah.
“Pakcik memang berkenan dengan Ranie.. Tapi bukan untuk pakcik! Tapi untuk anak pakcik lah..” Jelasnya sambil menyambung ketawanya. Aku jadi malu bercampur lega.
“Er.. itu.. Saya tak boleh putuskannya sekarang. Lagipun saya tak kenal anak pakcik.. lagi pun hal macam ni kena jumpa bincang dengan mak saya juga..” Jawabku perlahan.
“Jadi.. macam mana.. Pakcik akan jumpa mak kamu.. hari ni pun boleh..” Aku terkejut lagi. Kenapa pakcik wan ni macam asyik tergesa-gesa saja.(Sebenarnya penulis yang tergesa-gesa nak habiskan cerita)
“er..er.. “
“Bawa pakcik jumpa mak kamu ya..” Lambat-lambat aku mengangguk setelah di desak oleh Pakcik Wan.
***
“Apa?” Lagi kejutan. Rupanya Pakcik Wan bekas kekasih Mak? Mak angguk.
“Kami tak ada jodoh.. mak pun tak sangka yang kami akan berjumpa lagi.. Jadi terpulanglah pada kau
Ranie. Sama ada nak terima atau tidak lamaran Pakcik Wan kamu itu..” Aku termanggu. Terbayang wajah Rafie. Hatiku sebenarnya masih pada Rafie.. Tapi Tak mungkin lagi antara aku dengan Rafie sebab dia telah pun di jodohkan oleh orang tuanya. Tentu jodohnya itu gadis kaya yang setaraf dengannya. Bukan gadis miskin macam aku. Aku mengeluh…
“Baiklah mak.. kita terima saja pinangan tu!” kataku memutuskan. Mak senyum lebar. Dia segera memaklumkan pakcik Wan.
“Pakcik wan kau cakap esok dia nak kau berkenalan dengan anaknya..” aku angguk tanpa perasaan. Aku akan redah saja suratan takdir ini. Esoknya aku pakai cantik-cantik. Bukannya aku teringin sangat memikat bakal suamiku itu. Cumanya biarlah aku yakin dengan diri sendiri. Mudah-mudahan dia seorang yang penyayang dan boleh bertolak ansur. Doaku dalam hati. Dengan dada sedikit berdebar aku mengetuk pintu bilik pejabat di mana kononnya bakal suamiku itu berada.
“Masuk…” pintu terkuak.
“Ranie? Apa kau buat sini..?” Rafie duduk di meja itu sambil memandangku dengan pandangan bingung.
“er.. aku.. aku..” Sebenarnya aku terkejut. Rafie adalah tunang aku ke? Dia anak pakcik Wan?
“Baik kau keluar.. kejap lagi tunang aku sampai. Aku tak mahu buat kecoh di sini..”katanya menghalauku.
Aku tiba-tiba di serbu rasa marah.
“Oh..! Jadi kau memang dah tak mahukan aku lagi la?” tanyaku dengan nada marah. Geramnya!!
“Bukan.. tapi kau yang tak pernah cintakan aku. Kau datang ni buat apa? Kalau nak tagih balik cintaku.. ia sudah terlambat..” Katanya lagi. Aku bertambah marah.
“Jadi.. aku sudah terlambat! Tapi.. tapi.. pernah tak aku cakap yang aku tak cintakan kau!” kataku separuh menjerit! Rafie terdiam. Bibirku bergetar menahan sebak.Airmata gugur dengan laju!
Rafie mendekat. Airmataku di kesatnya.
“Jadi kau sebenarnya cintakan aku?” Tanyanya perlahan. Suaranya lembut. Aku mendongak. Memandangnya dengan airmata yang masih berlinangan. Aku mengangguk!
“Aku.. aku sangat sayangkan kau!” kataku.
“Sayang saja?”Desaknya.
“Kau ni!” Ketus ku marah tapi sebenarnya malu.
“Tak cintakan aku?”Desaknya lagi.
“Mestilah aku cintakan kau!!” Marahku.
“Kata cinta tapi marah-marah..” marah Rafie kembali.
Aku memuncungkan mulut.
Menahan rasa malu. Tapi dia senyum.
“Baiklah.. kalau macam tu mari kita jumpa ayah..”
“Hah?” Dia tarik tanganku.
“Tunggu.. tunggu..” tapi Rafie tidak peduli. Dia terus tarik aku hingga aku berlari-lari anak mengikut rentak langkahnya.
“Cepat.. ikut aku!” Rafie tarik aku ke bilik ayahnya. Tanpa mengetuk, pintu bilik Pakcik Wan di rempuhnya.
“Ayah.. Rafie taknak bertunang dengan gadis pilihan ayah tu. Rafie nak gadis pilihan Rafie.. maafkan Rafie ayah…” Rafie gengam tanganku erat. Sebelum sempat Pakcik Wan berkata apa-apa.Dia bersuara lagi.
“Ayah.. kenalkan ini Ranie.. pilihan hati Rafie. Tolonglah terima dia.. Rafie tak boleh hidup tanpa dia..” Aku dan pakcik Wan berpandangan. Nampaknya Rafie masih tak tahu yang akulah tunangnya.
“Oh.. begitu ya?” Akhirnya Pakcik Wan bersuara. Aku menahan senyum.
“Ya Ayah.. harap ayah putuskan pertunangan Rafie dengan gadis tu..” Kata Rafie lagi dengan yakin.
“Emn.. baiklah kalau begitu. Jadi Ranie.. macam mana? Rafie nak putus tunang dengan kau..” Pakcik Wan pandang aku sambil menahan senyum.
“What?” Rafie pandang aku dengan Pakcik wan silih berganti. Aku tak dapat menahan ketawa.
“Ayah cakap.. Kau betul ke nak putus tunang dengan Ranie? Sebab Ranie adalah tunang pilihan ayah..”
Rafie menepuk dahinya dan jatuh terduduk. Dia kemudiannya pandang aku dan ketawa. Aku angkat bahu dan turut ketawa.. jadi akhirnya aku dah jadi tunang si Mr. Wrong tu…
-Tamat-
15 comments
sungguh rasa tercabar kalau aku jadi si rafie tahu...
mujur happy ending... gangster gila betul si ranie tu perghhhh sponsor further study... hak hak hak....
bila part kahwin pulak?
kakaka..
walaupun macam tipikal tapi tetap kacak cerita ni.. =)
hehehehe.... nak gelak je aku baca part yang last tu.. huuhu..
*terbaik.. =)
APi hahaha...betul tipikal tapi tetap kacak....nice NA...
:)
happy ending..
best nih NA
Happy ending....kispen yg suntuk semangat aku nak keje hari ni..hik!
Sorry 'suntik'
wa.. bestnya kalau cintaku juga begini :P
@Bidadari Syurga
hehehe,
sekali sekala watak pmpuan kena ganas sikit ye tak?
@APi
hahaha.. byk kan kisah mcm ni :)
part kawin? hehehe... xde yg best part kawin, jadi x tulis hehehe..
@reenapple
reenaple,
part last je? he... thanks sudi baca :)
@EL MARIACHI
abg Bro,
kacak? hehehe.. kacak mcm si Fariz hehe..
@marcella
marcella,
aku suka happy Ending :)
tak suka kisah sedih2..
realiti hidup x best..
fantasi kasi best2 lah ahahaha..
@Lady Windsor
lady windsor,
aku pun tgh cari semangat kerja ni hehehe...
suntik? heee...... suntik tu kasi tambah semangat aku tu :)
thanks sudi baca n komen.
@LadyBird
Ladybird,
fantasi boleh la buat mcm ni.
realiti xde..