senyumselalu
Aku duduk di taman ini sambil di temani oleh manusia-manusia yang lalu lalang di kawasan ini untuk melakukan aktiviti petang. Aku disini menantikan kehadiran sang kekasih hati yang disayangi tanpa jemu. Diriku ini seumpama pungguk yang merindukan sang bulan. Aku terlalu merindui kehadirannya disisiku. Ya, aku terAMAT merindui nya! Perasaanku tidak dapat disangkal lagi. Setiap petang, aku akan berkunjung disini untuk mengimbau kembali kenangan manis bersama si dia sewaktu ketika dahulu. Aku mengharapkan si dia akan datang kepadaku dan membawaku pergi bersamanya. Aku tidak sanggup untuk melalui ini semua lagi. Wahai kekasih hati, cubalah kau fahami isi hatiku ini…
Beberapa tahun yang lalu…
Nurin Hanis duduk setelah penat berkejaran ke sana ke mari. Sedang ralit melihat pemandangan di waktu petang, tiba-tiba dia ditegur oleh seseorang yang dia tidak kenali.
“Hai, saya Azman. Boleh saya duduk kat sini?” Aku memandang pelik ke arah lelaki tersebut. Aku hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakan.
“Saya selalu nampak awak kat sini setiap petang. Rajin awak bersenam. Saya pun tak selalu datang macam awak. Erm, nama awak apa?” tanya si jejaka tanpa berputus asa. Hati dia telah tertarik setelah melihat wanita itu buat kali pertama. Dia dapat merasakan ada sesuatu di dalam diri wanita itu.
Nurin memandang sahaja lelaki yang berada di sebelahnya itu. “Haish, nak tegur ke tak nie, kalo tak tegur nanti dia kata aku sombong plak, nak tegur takut.. muka macam orang miang je.. hurm” Nurin bermonolog di dalam hati. “Erm, tak pelah kalo awak keberatan nak kawan ngan saya. Saya mintak diri dulu ea. Assalamualaikum.” Hampa.. itulah perkataan yang paling sesuai untuk dirinya kala ini. “Eh, nanti la dulu. Saya baru je nak bagitau nama saya. Awak nie gelojoh la. Touching cepat sangat. Nama saya Nurin Hanis Alias. Selamat berkenalan.” Senyum. Bermula dari saat itu mereka mula berkawan dan menjadi lebih rapat.
*Segalanya bermula disini*
Setelah hampir setahun mereka berpacaran akhirnya Azman telah melamar Nurin untuk menjadi permaisuri hidupnya. Azman telah melamar Nurin di tempat yang sama sewaktu mereka berkenalan dulu. Akhirnya hari yang dinanti telah pun tiba. Dengan sekali nafas Nurin sah menjadi isteri kepada Mohd Azman bin Kamarudin.
“Hai sayang.. watpe tu? Asyik termenung je abang tengok dari tadi.” Sambil memeluk Nurin dari belakang.
“Eh, abang nie..terkejut Nurin tau. Nasib takde sakit jantung kalo tak, dah lama dah Nuirn k.o agaknya.” Tenang Nurin menuturkan ayat itu. Tanpa dia sedari suaminya terasa hati dengan kata-katanya sebentar tadi.
“Abang..” sambil menoleh ke arah Azman.
“Abang marah ea sayang cakap macam tu.. sayang mintak maaf ea.. kadang-kadang Nurin takleh nak kawal la mulut Nurin nie.. hee sory ea..” sambil memeluk erat pinggang suaminya.
“Lain kali sayang jangan cakap macam tu lagi ea. Abg tak suka la sayang. Kalo sayang takde nanti, sape nak teman abang gi taman tiap-tiap petang, sape nak gosok baju abang, sape nak jage makan minun abang, sape nak dodoikan abang tiap-tiap malam.” ayat yang terakhir itu diluahkan sekali dengan sengihan dan kenyitan mata. Muka Azman nampak sangat gatal. Nurin sangat malu, muka nya merah menahan malu.
“Eii, abang nie ade plak cakap macam tu. Malulah Nurin.”
“Apa nak malu, kita kan dah kahwn. Semuanya dah halal.” Senyum lagi.
“Jom tidur. Abang ngantuk la sayang..” senyum lagi tetapi kali ini dia mengheret Nurin ke katil. Malam itu merupakan saksi kepada percintaan mereka berdua.
Setelah hampir setahun mereka berkahwin akhirnya mereka di kurniakan dengan berita gembira. Nurin telah disahkan hamil 2 bulan. Azman sangat berhati-hati menjaga Nurin. Dia tidak akan membiarkan Nurin untuk membuat kerja sendiri. Selama tempoh kehamilan ini, Azman telah mengambil pembantu rumah untuk membantu Nurin. Nurin pun telah berhenti kerja atas nasihat suaminya.
“Abang.. kenapa termenung je nie? Ade masalah ke?” Nurin melabuhkan punggungnya di sisi Azman.
“Takda pape lah sayang. Abang ok je. Nurin macamana hari nie? Baby meragam tak?” tanya Azman lantas memegang perut Nurin.
“Nurin ok je. Hari nie baby jadi budak baik. Dia dengar kata mama dia.. hehe” Nurin tersenyum melihat gelagat suaminya. Dia senang diperlakukan sebegitu. Semenjak dia hamil, Azman sangat memanjakan dirinya. Semua kerja bibik yang lakukannya. Dia hanya memberi arahan sahaja.
“Erm, syg..kalo abang takde nanti.. sayang jaga baby baik-baik tau. Abang nak sayang bawak anak kita jalan-jalan setiap petang di taman syurga kita. Abang nak dia berada dekat dengan abang. Boleh sayang janji dengan abang?” Nurin sangat terkejut dengan kata-kata suaminya. Air mata tidak dapat di bendung lagi. Sambil teresak-esak dia berkata.. “Apa abang cakap nie? Kita akan membesarkan anak kita sama-sama. Nurin nak dia kenal siapa papa dia. Nurin tak nak dia kekurangan kasih sayang seorang papa. Abg, abg ada masalah ke? Kenapa tiba-tiba abang cakap macam nie? Abg dah tak sayang Nurin ke?”
“Jangan nangis sayang. Abg mintak maaf. Abg takda niat nak buat Nurin menangis. Abang cakap macam tu sebab kita tak tau bila ajal kita akan sampai. Kita hnya bersiap sedia je sayang. Jangan nangis lagi ea. Abang sayang sangat dengan Nurin. Abang pun tak sanggup kehilangan sayang. Abang mintak maaf sangat-sangat.” Azman memeluk erat tubuh isteri nya. Dia seperti mahu mengalirkan air mata pada saat itu.
Semasa Nurin sedang membelek pakaian kanak-kanak, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk.
“Assalamualaikum, siapa nie?”
“Waalaikumsalam, nie pn Nurin Hanis ke?”
“Ya, saya. Ada apa encik?” hati Nurin sudah berdebar-debar. Dia dapat merasakan sesuatu yang bakal terjadi kepada suaminya.
“Erm, saya Haikal. Saya kawan Azman. Saya ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada puan. Saya harap puan banyak-banyak bersabar ya. Suami puan terlibat dalam kemalangan jalan raya.” Badan Nurin terasa lemah, kakinya terasa lembik. Dia terus terjelupuk ke lantai, dia tidak kisah akan manusia yang memandang ke arah nya. Yang penting suaminya selamat. Nurin terus menuju ke kereta setelah di beritahu alamat hospital yang menempatkan suaminya. Tiba di hospital dia terus berjumpa dengan Haikal dan bertanyakan keadaan suaminya. Dia sangat risaukan suaminya sehingga dia terlupa tentang sesuatu iaitu anaknya.
“Ya Allah, Kau selamatkan lah suamiku. Lindunginya lah Ya Allah.” Rintih Nurin di dalam hati. Sedang Nurin melayan perasaannya tiba-tiba bahunya ditepuk oleh seseorang. Dia menoleh dan melihat mama, papa, ibu dan ayah berada di situ. Ibu terus meluru ke arah Nurin dan memeluknya dengan erat. Ibu berharap supaya Nurin tabah menghadapi semua ini. Nurin sudah teresak-esak di bahu ibunya.
Sedang ralit mereka berpelukan tiba-tiba pintu bilik kecemasan terbuka, keluar seorang doktor dan menghampiri mereka….
Berita yg baru diterima Nurin sangat berat. Nasib baik ibu dan mama berada bersebelahan dengannya kalau tidak sudah tentu dia jatuh menyembah bumi. Masih terngiang-ngiang setiap patah yang diucapkan doktor sebentar tadi..“Suami puan mengalami cedera yang teruk di kepala. Pihak kami sudah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkannya. Kami mintak maaf sangat-sangat puan. Kami harap puan bersabar la banyak-banyak. Saya mintak diri dulu.”
“Abang.. bangunlah.. Nurin rindu sangat kat abang. Anak kita pun rindu kat abang. Bangunlah bang…” Nurin menangis disisi katil suaminya.
“Hanis.. sudahlah nak.. jangan menangis. Kesian anak dalam kandungan kamu tu. Kita berdoa la banyak-banyak supaya Azman cepat sedar dan sembuh ye.” Ibu memeluk Nurin seerat-erat nya.
Sudah 5 hari Azman koma tidak sedarkan diri. Walaupun begitu, Nurin tetap setia menanti disisi Azman. “Abang, Nurin datang nie. Bangunlah bang. Dah 5 hari abg tido je, anak kita nie pun asyik menendang je perut Nurin cari papa dia. Abg tak nak cakap dengan Nurin apa-apa ke?” Nurin memegang tangan Azman dan dicium tangan itu berkali-kali. Tiba-tiba dia terasa tangan Azman bergerak-gerak. “Abang…abang.. Ya Allah abang..” Nurin sangat gembira. Dia ingin cepat memberitahu doktor perihal suaminya itu tetapi tangan nya pantas di halang oleh Azman. Azman memegang tangan Nurin, dia mahu berkata sesuatu pada Nurin. Nurin duduk semula sambil memandang suaminya.
“Syukur Ya Allah.. abang dah sedar.. terima kasih Ya Allah..”
“Nurin….”dengan payah Azman menuturkan kata-kata.
“Abang nak cakap sesuatu dengan Nurin. Abang nak Nurin jaga anak kita baik-baik ye. Abang takut abang tak sempat nak melihat wajahnya dan menjaganya sehingga besar. Nurin pilihlah nama yang sesuai abang tak kisah. Abang… abang rasa abg tak lama sayang. Abang…” dada Azman berombak kencang.
“Abang, apa yang abang cakap nie? Abang jangan banyak bergerak ye nanti Nurin panggilkan doktor.”
“Nurin percayalah.. hanya Nurin yang abang sayang dunia dan akhirat. Abang akan tunggu Nurin di sana. Abg akan sentiasa berada disisi sayang. Abang sayangkan Nurin sepenuh jiwa dan raga abang. Jaga anak kita ya sayang..”
“Abang….abang….abang bangun…jangan tingalkan Nurin bang.. doktor!!! Aduh.. Ya Allah.. sakitnya.. doktor!!!
“ABANG!!!!!”
“Akhirnya abang pergi tinggalkan Nurin setelah Nurin melahirkan anak kita. Abang pergi tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal pada Nurin. Abg pergi tanpa mengazankan anak kita. Abang hanya melihat anak kita beberapa minit je. Nurin redha bang dengan takdir yang telah ditetapkan olehNya. Nurin akan menjaga anak kita sebaik yang mungkin. Nurin akan mendidiknya menjadi manusia yang berguna dan patuh kepada agama dan org tuanya. Setiap petang Nurin akan membawa anak kita ke taman syurga kita dan setiap jumaat Nurin akan membawanya ke kubur abang untuk sedekahkan Yassin. Walaupun abg dah takda disisi kami tapi, Nurin mahu anak kita berada dekat dengan abang.” Nurin mengesat air mata yang mengalir di pipi nya. Sudah setahun Azman meninggalkan nya. Tetapi dia terasa baru semalam Azman pergi.
Dia melihat anak kesayangannya yang berlari-lari mengejar sesuatu. Wajah itu mirip sekali dengan papa nya. Mohd Aidil Hafizi itulah nama yang telah aku pilih. “Jom balik sayang.. esok kita datang lagi ye.”
TAMAT.
8 comments
Kenapa lukakan hati aku dgn kisah sedih ni...
uwaaaaa....
minta tisu....!
*hulur tisu kat NA*
kenapa makin teruk selsema aku ni?
em emm
err... aku dapat rasakan kesedihan yang dialami nurin Hanis itu.. heee...
semoga dia tabah menghadapi liku-liku kehidupan.. =)
hi I'm EL ...can I sit here...
hmm sedih. tak dpt bygkan mcm mana khilangn org yg dh jadi pelengkap rusuk
Api,
sob..sob..
terima kasih utk tisu itu.. :)
ah aku tak kuat baca cite mcm ni..
seolah terasa luka di hati nurin atas kehilangan tu..sob sob T_T
terima kasih atas komen2 dan sokongan yg telah diberikan..hee
this is my first cerpen..sebelum nie xpenah menulis pon..=)
thanks a lot..big HUG for u alls..
*senyumselalu*