Ichigo datang dari keluarga bangsawan atau kerabat di raja. Ichigo adalah keturunan ke 4 dari warisan nenek moyangnya. Ichigo amat mementingkan peraturan sehingga dia tidak tahu bahawa peraturan itulah yang menjadi musuh dalam hidupnya. Dia seorang yang berhobi pelik iaitu suka berjalan malam. Suatu malam dia telah menyaksikan seorang gadis yang di rogol oleh seorang pegawai yang mabuk... dan demi untuk menyelamatkannya dari membunuh diri. Ichigo sanggup menjadikan wanita itu isterinya atau gundiknya atau apa sahaja asalkan wanita itu tidak membunuh diri. Wanita itu pula adalah seorang pekerja di rumah agam Ichigo bekerja sebagai penjaga dan pengurus kebun dan taman.
"Hisana... aku tahu kamu kecewa dalam hidup kamu... dan kamu rasa tak ada apa yang akan menyelamatkan maruahmu.."
"Ya... biar saya cabut saja nyawa saya dari badan..."
"Jangan... sungguh pun kamu tidak lagi berharga pada sesiapa...jangan kau akhiri hidupmu dengan penuh kekesalan... jika kau mahu mati sekalipun biarlah bermaruah..."
"Ooh Tuan Ichigo... saya tidak semulia tuan... biarlah saya mati saja..."
Hisana hampir sahaja menikam dirinya dengan belati tajam itu kerana tak sanggup lagi hidup menanggung malu. Namun ketangkasan yang ada pada Ichigo sempat menahan dan memegang belati itu hingga melukakan tapak tangannya.
"Tuan Ichigo!!!" jerit Hisana melihat tangan Ichigo yang luka parah kerana memegang belati dari mengenai tubuhnya.
"Arggghhh.. bisa sungguh belati ini Hisana... aku harap kamu jangan mempersiakan hidup kamu... aku berjanji akan mengambil kamu dan membela nasib kamu..."
Hisana menangis bila hari hari yang berikutnya menjadi hari bersejarah bagi dirinya. Menyarungkan kimono termahal dan menjadi puan dalam rumah yang dulunya dia pernah menjadi hamba membasuh setiap inci kekotoran dalam rumah itu.
"Tuan Ichigo... saya memperhambakan diri saya pada tuan... hidup dan mati saya adalah untuk tuan..." kata Hisana sejurus selepas Ichigo menyarungkan cincin di jarinya.
"Hisana.. tiada yang lebih baik dalam hari hari kehidupan aku dari menjadikan kamu suri dalam ruang hati aku hari ini... dan aku juga tidak pandai mencari ruang luka bagi senyuman kamu itu melainkan aku merelakan diri ini turut merasai apa yang kamu rasa.." Ichigo tersenyum lantas mengucup dahi Hisana dengan penuh kasih dan sayang. Tubuh Ichigo yang tinggi dan tegap itu didakap erat oleh Hisana bagaikan mendapat pelindung kehidupannya yang malang dulu.
"Selepas menerima kamu Hisana, aku bersumpah di hadapan kubur ibu bapaku bahawa ia akan menjadi kali terakhir aku melanggar peraturan, dan dari masa itu, tidak kira apa yang berlaku, aku akan mengikuti dan mempertahankan peraturan hingga ke akhir." tambah Ichigo lagi mengesat airmata yang bercucuran dari kelopak mata Hisana.
*********************************
Namun panas tak sampai ke petang... matahari yang menyinar pagi yang cuba digapai tangan takkan dapat menghalang mendung yang berarak menutupi suasana yang pada sekelip mata sahaja sudah di selubungi kegelapan.
Hubungan Ichigo dan Hisana mendapat tentangan dari kaum kerabatnya yang tidak mahu anak yang di kandung oleh Hisana mewarisi keturunan bangsawan Ichigo yang berpengaruh di istana itu. Mereka merancang satu pertemuan Hisana dengan pegawai yang merogolnya dan pada satu keramaian sahaja Hisana telah dapat meracuni pegawai tersebut dengan arak yang di bubuh racun. Pegawai itu mati serta merta.
Satu pengadilan telah dibuat dalam keluarga bangsawan dan kerabat Kurosaki tersebut dengan bukti bukti yang ada maka Hisana telah di sabitkan kesalahan. Dia telah diadili dalam rumah itu dan semua keputusan adalah di tangan ketua keluarga bangsawan iaitu bapa bapa saudara Ichigo.
"Ichigo... kami menyuruh pihak berkuasa menangkap dia kerana telah meracuni seorang pegawai yang dipercayai pernah memperkosa dia dan kami tahu anak yang di kandung itu bukan dari keturunan bangsawan ke 4 Kurosaki. Kami rasa dengan kesalahan yang begitu hanya hukuman mati sahaja yang menunggu Hisana. Jika kamu mahu membebaskan Hisana kamu harus menceraikan dia." kata ketua keluarga bangsawan Kurosaki.
"Tuan Ichigo... tuan telah berkata pada saya jika mahu mati... matilah dengan bermaruah. Saya harap tuan tidak menghalang niat saya untuk itu kali ini..." kata Hisana yang mahu mati dengan maruahnya.
"Dan apabila kamu telah dihukum mati, aku hanya ternganga. Aku telah bersumpah kepada roh ibu bapa aku untuk mengikuti dan mempertahankan peraturan, atau janjiku pada Hisana untuk melindungi zuriatnya. Aku bingung juga ...yang mana satu yang perlu aku ikut dan kotakan?"
***************************************
Ichigo menyertai tentera untuk melarikan diri dari hidup kesepian selepas Hisana dihukum bunuh kerana meracuni pegawai yang merogolnya.
Ichigo tidak menoleh ke belakang lagi. Baginya hidup lampaunya tidak bererti lagi. Apa pun kelebihannya sebagai keluarga bangsawan tidak memberi makna sedikit pun... jika hidup Ichigo mahu terus berbakti dan jika mati... Ichigo hanya mahu mati dalam penuh kehormatan.
Menyertai barisan pertahanan udara Nippon. Ichigo telah terpilih mengetuai serangan ke Asia Pasifik sebagai Kamikaze. Cukup 6 bulan berlatih menerbangkan pesawat pejuang sempurnalah satu pasukan elit seramai 20 orang yang menganggotai Kamikaze. Mereka bersumpah di hadapan maharaja untuk tidak akan gagal dalam serangan pertama mereka dan nyawa jadi taruhan jika mereka di sebaliknya.
"Ayah dan ibuku... Aku telah kerap kali melanggar peraturan... entahku tidak mahu tahu... kali ini aku bersumpah dengan darah dan nyawaku tidak akan melanggar peraturan dan setia pada maharaja...."
"Dan aku akan melaksanakan tugas aku untuk menghancurkan kekuatan tentera Berikat di Asia Pasifik."
Begitu sumpah yang dilafazkan oleh Ichigo Kurosaki di kubur ibu bapanya sebelum dia melaporkan diri di ketumbukan tentera Jepun di bandar Kyoto di Tokyo.
26 comments
Abang Bro, terbaekkk! Satu study yang penuh info..serius saya membayangkan watak Ichigo itu adalah seperti ken watanabe...boleh sambung lagi kan?!
wa. ichigo ni rupanya yang takluk malaya.
"aku lebih suka jebat" otak mot cakap
"jebat jahatla. tuah la best." hati mot berbisik
"maknanya ko seangkatan ngan ichigo" otak mot balas
"ye la kami telah bersumpah taat setia pada raja tau" hati mot jerit
"tapi kan jebat kata raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah. tuah pon jahat gak. bunuh sahabat sendiri" otak mot bebel
"sebab jebat jahat. ah. malas nak gaduh ngan ko. wateber" hati mot bengang
banyak liku kehidupannya..
abang bro!
saya sgt suka cerita ini! :DDD
;)
**hanya senyuman mampu diberikan padamu abg bro.
ada sambungan ke?hihi
first of all tq kerana sudi baca genre serius ni...haha...cool ya...
yang paling menariknya.. betapa baiknya hati ichigo menyelamatkan maruah seorang gadis golongan pekerja.. bagaimana pun perkahwinan mereka tidak berakhir baik.
*genre mcm ni memang susah nak tulis ni. mesti buat research byk ni kan abg bro?
stail ini abang bro..
prolog di dalam epilog cerita.. =)
LW - Ken Watanabe?okey gak tu ...tapi abang bro lak terbayangkan Takeshi Kaneshiro...haha
haha Mot...bukan Ichigo yang takluk Malaya cuma dia tersesat ke hutan Malaya...ni citer prequel sebelum nya...TQ co0mment Mot...really appreciate it...
hana ahmad - TQ sudi singgah dan baca...
Ladybird - memang banyak yang perlu di tempuhinya sebagai keluarga bangsawan...haha citer je kan...
adik TH - yes I'm glad you like it..I turn the story in my point of view...not so bad kan?tq baca...
stalker hebat - dan senyuman juga yang abang bro bagi untuk kamu sudi baca...
zati embong - haha nak sambungan nya?camner ha?cam citer star wars lak nanti haha....tq baca ye...
sis NA - memang abang bro termenung panjang buat citer ni..banyak keluh kesah abang bro sendiri kat dalam nya..TQ baca...
APi - tq APi ...abang bro cuba beri dan kongsi bersama pembaca...TQ baca ye...
yeah, ofcoz i like it..:DD
abang bro, dah lama tak buat monolog sebelum menulis cerita..:D
haha..abang bro sekarang facing the ugly truth...TH tahu kan?
lalala...nantiler kalau abang bro berperasaan dalaman abang bro buat juga...lama dah tak bermonolog tu...
1st... bahsa kamu bagus.
2nd... ending sakit tapi ada 1 juta pelbagai ragam makanya aku terimapakai ending sebegini.
ps: sebetulnya yana tak tahu nak komen apa. menghayati hasil tulisan dari awal hingga akhir.
TQ bos...saya akan berusaha dengan lebih lagi di lain kali haha...
Sian isteri die tu
Iffah Affeefah - TQ baca...
Dalam kepala aku dah terbayang macam-macam anime dah. Nice!
thepinpin - ye anime tu salah satu dari inspirasi abang bro...