Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Tulisan EL MARIACHI. Show all posts
Showing posts with label Tulisan EL MARIACHI. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Bersemi Cintaku Fateha

12:01:00 AM | | Best Blogger Tips
 gambar hiasan google

"Fahmi!!! Tolong perlahankan sikit radio tu...mak nak mengajar budak mengaji ni. "

Entah bila pula ibuku menjadi guru dan rumahku sudah menjadi tempat untuk budak budak kecil mahupun orang dewasa untuk mentelaah dan mengaji. Aku yang selama ini duduk di asrama hanya tahu bila aku pulang ke rumah pada hujung minggu.

Surah itu juga menjadi pembuka ...surah itu juga menjadikan pintu hati aku bagai di ketuk ketuk...Aku yang mendengar kelembutan suara nya dan sedapnya suara  orang yang mengaji tu...Puji hati aku selepas aku kecilkan volume radio ke minimum..Aku yang sebelum ini hanya release tension berkhayal dengan lagu Pearl Jam aku sahaja dalam bilik aku...

Sebagaimana orang yang akan mengambil peperiksaan memang berada dalam keadaan  pressure . Aku rasa sakit kepala kerana berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Dan juga aku selalu rasa tidak cukup tidur. Namun segala rasa runsing aku hilang dengan alunan suara merdu tersebut..Perasaan bengang tadi hilang . Betul juga cakap orang tua tua..Kalau kita baca surah al Fatihah ini tujuh kali tentu Insyallah segala penyakit dapat di tawarnya.

Mulanya aku tak mengendahkan sahaja semuanya...Apa sangatlah bacaan surah tersebut.Tetapi bila sudah lima hari terlantar di asrama aku tidak mendengar kelembutan suara tu aku jadi tidak tentu arah dan tidak keruan. Jadi kerap kali aku berjaga hingga ke di inihari pun aku hanya terjegil jegil menunggu pagi dan aku pasangkan radio . Dan aku terpana juga bila mendengar suara orang membacakan doa tersebut hampir sama macam yang aku dengar ..Yang lembut merdu dan mendamaikan hati itu....

Tak boleh jadi..aku lantas menelefon dan bertanya pada ibu aku siapa yang selalu mengaji surah al Fatihah semasa mak aku mengajar mengaji. Dengan selamba ibu aku menjawap .

"Esok kau balik kau jumpalah tuan punya suara tu..." lantas ibuku memberi salam dan meletakkan telefon.

Hatiku berdebar debar menunggu akan esok menjelma untuk pulang ke kampung seperti biasa selepas solat Jumaat tengaharinya...Lantaran hanya suaranya aku pernah dengar macam mana pulak dengan orangnya. Terus aku pun terlena hingga ke pagi...Dalam pada awal pagi itu aku terkejut juga kerana aku bermimpi pula bertemu orang yang aku ingin jumpa tersebut.

Dan pada pagi hari minggu setelah aku berada di rumah tanpa mungkir janji maka sampai dalam dua tiga murid ibuku..Semuanya budak kecil...mana pula juga orang yang bersuara lembut tu..Dia tak datang ke..Ahhhh... ibuku mahu aku berteka teki pula...

"Dia datang...tapi lambat sikit mungkin selepas dia menyediakan sarapan lah tu..."kata ibuku lantas mengakhiri pertanyaaan dan persoalan dalam kepala aku.

Aku pun tanpa di minta membawa sejug air ke tempat ibuku dan duduk membaca suratkhabar menanti dan menanti...

"Assalamualaikummmm..."suara itu memberi salam.

"Waalaikumsalam Fateha..." ibuku menjawap salam.

"Alhamdulillahhh...." lafazku bila aku berpeluang melihat orang yang bersuara sama seperti dalam mimpiku....Rehal kayu itu hati aku dan al quran itu engkau wahai Fateha.

Tuesday, December 25, 2012

Redup Sinar Matamu - Musim 3 - Part 3 (Akhir)

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

Jikalau sebelum ni aku dapat melihat sendiri kecurangan kekasih hatiku itu .lantas aku pun terus pulang ke rumah dengan rasa kesal... Hatiku tak tenang...Selagi aku tidak dapat meluahkan isi hatiku itu kepada Yati...Dan dengan berat hati aku  menelefon Yati malam itu juga.

"Hello......"
"Nak cakap dengan siapa ye?"
"Yati ke tu?Ini Mizi lah Yati"
"Oowwh Mizi ingat kan siapa tadi...Sorilah Yati sibuk ni nak siapkan tugasan...Ada apa Mizi call ni"
"Tak ada apa Yati...Cuma teringat nak call saja..."
"Ye? Mizi apa khabar?"
"Mizi okey saja..."
"Tapi betul Mizi ...Yati sibuk ni...Esok ajelah kita cakap ye"
"Sorri Mizi..."
"Tak apa...Mizi faham"

.......................................................................

Di manakah tempat aku berdiri lagi sekarang ni di hati Yati ?
Nada suara seolah olah tidak senang dengan panggilan aku tadi?
Salah kah aku ingin memujuk rayu dia
Bukan kah dia sudah mengakui aku kekasihnya?
Kenapa cepat benar dia berubah...
Aku mesti berterus terang dengan dia...Aku sudah tidak sabar menunggu esok lagi
Perkara ini aku harus selesaikan malam ni juga...

"Hello..boleh cakap dengan Yati?"
"Sebentar ya..."
"Mizi ...Maaf sangat sangat Yati sibuk ni..."
"Yati maaf mengganggu malam malam begini...Mizi mahu berbicara sebentar..."
"Ada apa yang penting sangat ni Mizi?Sampai tak boleh tunggu esok..."
"Yati...Hati Mizi pedih.."
"Haaa? apa maksud Mizi?"
"Mizi sudah berada di KL...Sudah hampir 2 bulan...Dan Mizi tinggal berdekatan dengan tempat tinggal Yati...
Malah Mizi pernah ternampak Yati..."
"So?apa masalah nya?"
"Yati...Mizi sudah tahu semuanya..Tak perlulah Yati sembunyikan lagi...Mizi nak ucapkan selamat berbahagia sahaja..."
"Sebenarnya Yati pun nak beritahu Mizi tapi serba salah..."
"Cukuplah Yati..Mizi faham..."
"Yati doakan Mizi jumpa dengan perempuan yang lebih baik dari Yati...maafkan Yati... Mizi..."
"Okeylah...selamat malam Yati...terimakasih atas segalanya ye..."
"Maafkan Yati... Mizi..."

...........................................

Senang sungguh berpisah dengan satu panggilan telefon...
Seolah apa yang dibina selama ni tak ada makna lansung
Semua janji janji tak terlaksana
Semua harapan hancur sudah...
Takdir yang menentukan segalanya...
Bila hati tidak lagi menyinta
Hanya kata kata hampa yang mampu diluahkan
Tiada lagi harapan semalam
Berkecailah sebuah impian

...................................................................

Aku terpaksa memilih haluan sendiri...
Aku takkan akan tersungkur dan tewas dengan cinta Yati...
Aku teringat semasa waktu zaman kecil dulu
Sewaktu cinta itu perasaan suci ...

"Mizi...Yati rindukan awak..."
"Rindu?Apa erti rindu?"
"Rindu tu ertinya rindu kat awak...kat anak sungai ni...kat kampung ni..."
"Yati harap Mizi tak berubah yer...walau kita berjauhan..."

"Tidak Yati..Mizi tak akan berubah..Sama seperti kampung kita ni...Anak sungai ni...Redup pepohon rendang ni...Semuanya menggambarkan tentang diri Yati..
Redup sinar mata Yati sama macam redup pepohon kat sini..'

Sehingga kini pohon redup itu tetap rendang dan melindung sinaran panas matahari
noktah...
titik...

Tuesday, December 18, 2012

Redup Sinar Matamu - Musim 3 - Part 2

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips



Mizi - okey jugak kau punya offer tu Sham...boleh aku timba pengalaman kat tempat orang

Sham - ye lah Mizi...takkan kau nak terperuk kat kampung?jomlah ke bandar sekali sekala...kau boleh duduk rumah aku...bayar ajelah yang kau mampu...sebab abang aku ke luar negeri...tak ada siapa nak jaga rumah kat bandar tu...kau dengan aku pun bukan orang lain...sepupu aku juga...

Mizi - terimakasihlah Sham...aku rasa aku nak uruskan pasal sekolah aku dulu...aku rasa nak ambik sekolah private kat bandar dan kerja part time

Sham - bagus Mizi...dengan cara ni kau bolehlah study dengan aku...aku pun takde kawan kat sana...

Mizi - kau study kat mana?

Sham - aku baru je second sem kat University Malaya....

Mizi - University Malaya?

Sham - haaa... kenapa?

Mizi - takder saja tanya...

Sham - mesti ada apa apa ni...


***************************************

Sham - macam mana kau punya part time kat University Malaya tu?dapat ke?

Mizi - dapat...aku ambik Mass Comm...

Sham - long way to go...aku harap kau tekad...dan nekad...

Mizi - ye apa sahaja untuk ini...

Sham - oh iye keja part time pun ada kosong kat 7E...dalam kampus jugak...kau nak ke?

Mizi - semuanya macam kebetulan je....

Sham - apa Mizi?

Mizi - tak de apa...


*********************************************

apa kah semuanya suratan atau kebetulan?aduhhh...nggak bisa aku mengerti semua ini...kenapa tiba tiba sahaja Allah seperti ingin menemukan aku dan Yati? apa sebelum ini aku dan dia sering berjauhan...namun setelah berdekatan begini aku rasa kaku...Mizi masih belum memberitahu akan kedatangan nya ke kota pada Yati...mungkin Mizi ingin memberi kejutan buat Yati?mungkin Mizi lebih suka membiarkan Yati dan tidak mahu menganggu tanggungjawap Yati sebagai pelajar sedangkan dia bekerja sambil belajar...bermodalkan duit keluarganya...Mizi lansung tidak mempunyai perasaan untuk memberitahu Yati akan keadaan dirinya...kali ini biarlah semua itu di tanggungnya...

Namun pada suatu hari sedang dia menyusun barang barang di kedai...sempat jugak dia terdengar perbualan dua orang ...salah seorang nya perempuan dan Mizi amat kenal akan suara itu...

"ehhh...you ni...kata nak jumpa mak I...jomler ambik dia kat Puduraya..."

"seganlah...nanti apa kata mak you?"

"apa nak segankan...bukan ke dah kawan lama...steady pulak tu...."

Mizi cepat cepat menyorokkan dirinya di sebalik rak rak barang...hatinya berdegup kencang...mungkin inilah yang ingin ditunjukkan pada Mizi...satu kecurangan...

"jangan lupa tau....malam ni...lepas kelas you ambik I kat hostel..."

"ye lah yelah....jangan marah sayang..I gurau je...Yati.."

hahhhh!!!!memang benar itu Yati...getus hati Mizi...


****************************************

Mizi - maaf Amri ...saya ada hal malam ni...nak pegi Puduraya ambik saudara datang dari kampung...

Supervisor Amri - okey..esok datang awal sikitlah Mizi...

Mizi - okey aku datang kul 6...esok takder kelas...


********************************

pukul 8 tepat...Mizi berada di platform n013 untuk bas ekspress dari Utara...Mizi berjalan mundar mandir bagaikan tanpa tujuan...akhirnya dia memilih untuk duduk di satu sudut yang agak tersorok...

Mizi melihat dari jauh...telatah sepasang remaja yang agak membekukan hatinya..salah seorangnya ialah Yati...memang itulah Yati...di manakah redup matamu Yati...di manakah kehidupan aku yang kau bawa...inikah pengertian cintamu...aku tak mahu meliohat lagi semua ini Yati...dan Mizi memutuskan tiada pa lagi yang mahu di tunggunya...Mizi melangkah longlai....Mizi tak menduga...sungguh tak menduga...

Tuesday, December 11, 2012

Redup Sinar Matamu - Musim 3 - Part 1

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Waktu keputusan SPM pun telah di umumkan...dengan penuh debaran Mizi melangkah masuk ke bilik guru dan berjumpa dengan guru kelasnya ditemani kawannya Ariff dan Mazlan.

"Sabar Mizi...aku tahu kita bertiga mesti boleh masuk Universiti punya..."kata Ariff yang begitu confident

"Entahlah Ariff aku punya Maths tak bagus macam kau..."

"Takper Mizi kan English dan Lukisan kau serta Sejarah dan Geografi kau tu bagus?"tambah Mazlan pula melihat Mizi sedikit down...

"Apa pun aku terima....aku dah cuba yang terbaik..."

Setelah mengambil result sementara dari guru mereka....mereka beredar ke court bola keranjang...

"Alhamdulillah !!!aku berjaya dapat gred satu..."kata Ariff seperti menjerit

"Aku pun sama Ariff!!!Syukurrr!!!Mizi kau macam mana?"pintas Mazlan

Mizi tersenyum kelat..."Aku dapat gred dua saja..."

Ariff dan Mazlan terdiam seakan memberi ruang pada Mizi untuk berkata kata...dan mereka berdua nampaknya tidak gembira seperti tadi.

"Kau okey ke Mizi..."tanya Ariff

"Kau rasa aku okey ke tak?...hehehe aku okeylah...dont worry..."

Dalam hati Mizi memang berkecamuk bagai kaca terhempas ke batu...manakan tidak kedua orang rakan baiknya itu sudah menempah tempat dan mendaki ke menara gading tapi nampaknya dia yang tercicir pula...

*******************************************

"Apa macam macha..result kau okey ke...?" tanya Arul sejurus melihat aku duduk bersendirian di kantin.

"Tak berapa bagus lah Arul..."senyum Mizi bagai di paksa paksa.

"Ahhh..kau cepat sangat mengalah macha..macam pasal girlfriend kau dulu tu...tahu tahu dia sebenarnya lost contact aje dengan kau macha..."kata kata Arul memberi semangat.

"Macha..kau tengok aku ni...kelulusan SPM aje..aku jadi despatch..kau tahu..aku kena sara mak aku, bapak aku dan nenek aku...walau aku tak kerja best tapi aku rasa happy sebab aku dah buat apa yang patut aku buat..."

"Kalau aku pun tak mengalah dengan kehidupan ..apa lagi kau macha..perjalanan kau masih jauh lagi macha..."

"Arul..aku memang dah agak...lebih baik aku mintak pandangan dari kau dari orang lain pasal kehidupan ni..." balas Mizi sambil ketawa .
 
*******************************************

Sebelah malamnya pula Mizi menelefon Yati yang sudah pun belajar tahun satu di Universiti Malaya KL...oleh kerana asramanya disediakan kemudahan telefon maka selalu juga Mizi menelefon Yati...

"Hello Assalamualaikum Yati..."

"Waaalaikumsalam...Mizi ye...Yati dengar keputusan SPM dah di umumkan...bagaimana Mizi?"

"Nampaknya tak kesampaian hasrat Mizi untuk menemui Yati di Universiti sana...Mizi hanya dapat gred dua dan hanya layak ke tingkatan 6 sahaja..."

"Ye ke...tak apalah Mizi...bersyukurlah dapat sambung sekolah tingkatan 6... "

"Tapi Mizi akan berjauhan lagi dengan Yati..."

"Jangan risau sayang...biar jarak dan waktu memisahkan kita namun Mizi tetap dekat di hati Yati..."

"Mizi harap pun begitu juga..."

Tuesday, December 4, 2012

Redup Sinar Matamu - Musim 2 - Part 5 - Akhir

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips
Aku kini sudah pun melupakan Yati...Aku tak mahu ingat lagi pasal dia. Remuk hati aku dan perasaan aku koyak rabak sebab dia .Aku sudah anggap gadis yang bernama Yati yang mempunyai sinar mata yang redup itu sudah tidak mahu ada apa apa hubungan dengan aku lagi dan aku membuat keputusan untuk memutuskan sahaja hubungan kami dalam surat yang lepas ...


"Mizi...Mizi kejap...ada surat kau ni macha.."panggil Arul terkocoh kocoh bila aku melintas bilik pejabat sekolah untuk memasuki dewan peperiksaan pagi itu.

"Ada surat?bila kau dapat?minggu lepas?Sabtu?" Aku sendiri tanya aku sendiri jawap...aku terkejut bila menerima surat Yati di pagi sebelum aku masuk ke dewan peperiksaan SRP...mujurlah mata pelajaran peperiksan hari itu senang untuk di jawap semudah ABC...

"Macha...aku dah kata..it aint over till its over..." Arul tersenyum lantas menggeleng gelengkan kepalanya dan bersiul siul lagu tamil sambil beredar...

"Bila masa kau kata camtu kat aku...takde pun..."hatiku mula berbunga bunga...berseri seri macam pokok bunga kena siram air lepas kering kontang layu.

surat Yati pada ku...


Mizi yang disayangi,

betapa hancurnya hati Yati bila menerima surat Mizi baru baru ini...
untuk pengetahuan Mizi ,mengapa Yati tak menghantarkan surat pada Mizi ialah kerana sejak sebulan lalu Yati berpindah asrama lain kerana asrama Yati sudah terbakar...semua alamat Mizi dan surat surat Mizi yang di simpan di dalam locker tidak dapat di selamatkan...separuh dari blok asrama hangus di dalam kebakaran itu...semua penghuni terpaksa berpindah asrama yang jauh dari sekolah sementara menunggu asrama lama di baik pulihkan...

Mizi..sampai hati Mizi ingin memutuskan dan mengakhirkan hubungan kita...Yati amat merindui Mizi setiap saat..dan Yati dapat rasakan Mizi pun serupa juga di sana...Mizi mesti merasakan seperti yang Yati rasakan...hampir sebulan selepas pindah semula ke asrama lama setiap hari Yati menunggu kehadiran surat Mizi kerana Yati tak ada menyimpan alamat Mizi untuk Yati kirimkan surat...Yati sedih kerana tidak dapat memaklumkan pada Mizi keadaan Yati...Yati selalu berdoa agar suatu hari Yati akan dapat juga surat dari Mizi.

memang Yati menunggu selama ini surat dari Mizi sampai ke pangkuan Yati...namun apa boleh buat...sebahagian dari sekolah dan asrama hangus di jilat api...Namun bila Yati terima surat dari Mizi tempoh hari...alangkah sedihnya hati Yati kerana Mizi ingin memutuskan hubungan yang telah kita jalinkan sekian lama...usahkan nak memutuskan hubungan ini...untuk melupakan Mizi walau sedetik pun tak mampu Yati lakukan...


Mizi yang Yati sayangi...maafkan lah Yati...Yati tidak sanggup untuk memutuskan hubungan kita...marilah kita sambung kembali ikatan suci kita...jika selama ini Mizi menantikan kata kata ini...dalam surat ini Yati katakan dengan sejujur jujur hati Yati bahawa...Yati sayangkan Mizi, Yati kasihkan Mizi dan Yati cintakan Mizi...

Yati harap hubungan kita kembali seperti dulu kerana Yati tahu Mizi juga amat menyayangi Yati...Mizi..jika ada kesempatan Mizi datanglah ke asrama Yati ini dan lihatlah sendiri keadaan asrama sekolah Yati jika Mizi tak percaya pada kata kata Yati dan di samping itu kita boleh bertemu menghilangkan rindu kita berdua...

Yang menyintaimu...
Yati

*************************************************************************

baru sahaja 30 minit masa peperiksan berjalan aku sudahpun menyerahkan kertas jawapan dan memohon untuk balik dari pegawai pemeriksaan kerana aku mahu ke bandar bertemu Yati hari itu juga...setelah ku baca surat Yati aku tidak sabar lagi untuk menemui Yati...Aku tahu waktu itu Yati masih berada di sekolah dan aku ingin bertemu dengan Yati...perjalanan mengambil masa dalam 20 minit menaiki bas dan akhirnya aku sampai di hadapan sekolah Yati dan meminta izin untuk bertemu Yati dari pengawal di pagar sekolah...seorang pengawal masuk ke perkarangan sekolah dan ke asrama perempuan mencari Yati...dalam masa 10 minit Yati keluar bersama pengawal tersebut...

"Yati..."



menitis airmataku melihatkan senyuman Yati yang melambaiku dari jauh...seorang gadis yang menyayangiku,mengasihiku dan menyintaiku...


Tuesday, November 27, 2012

Redup Sinar Matamu - Musim 2 - Part 4

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

Aku tak boleh teruskan hidup sebegini.Aku tak boleh terus terusan asyik termenung sahaja...pagi petang siang malam apa yang aku fikirkan hanya tentang Yati...Sehingga aku tak mampu lagi mengingati tentang hal lain...begitu sarat sekali apa yang kutanggung...akhirnya aku gagahkan diriku untuk mencoret surat untuk Yati...surat yang terakhir...Ya... yang terakhir kerana aku rasa aku perlu berdiri di atas realiti. Di atas dunia yang nyata. Bukan angan angan lagi.

Tiba satu ketika aku merasakan yang aku tidak mengenali apa sebenar kemahuan diriku atau Yati...Di manakah destinasi hubungan kami berdua...Aku telah berfikir sewajar wajarnya dan membuat pertimbangan dengan berkali kali...Bahawa jika seseorang itu tidak mahu memberi khabar berita pada seseorang yang mahu tahu khabar beritanya..maka tentulah secara logiknya orang itu mahu melupakan orang tersebut...

Setelah yakin dengan keputusan itu aku membuat satu lagi langkah wajar dengan bertanya pada orang ketiga yang boleh di percayai...Mana mana orang yang boleh dipercayai di dalam hidupku...Hanyalah seorang despatch di sekolah itu yang selalu menghantar surat suratku ke pejabat pos...Kerana pernah juga despatch itu bertanya kepada aku...siapa orang yang selalu dikirimkan surat tu...

"Must be special lah ini sarikei...yang kau hantar surat ni brader..."kata Arul seorang despatch di sekolah tersebut.

"Mestilah...kau sorang je tahu pasal ni Arul...than you must keep this as a secret..."

*******************************************

"Arul I have to ask you la brader..."
"Whats that la macha?Kau nampak serius je...Ada surat kau nak mintak aku tolong kirim ke?"
"Yes...And maybe this is the last surat aku kasi kau kirim..."
"Why like that la macha?"
"I think she wants a break of our relationshiplah Arul"
"Kau sure?"
"Yes sure...dah 99 hari dah aku tunggu dia balas surat aku..."
"Kau tipu dey...baru je sebulan..aku tahu lah aku yang kirim ke pejabat pos..."
"Saja aku nak tambah cerita la dey...hahaha..."
"Well, frankly speakinglah brader...I think you do the right thing..."
"Thank you Arul..." lantas aku hulurkan surat yang terakhir buat Yati...surat memaklumkan bahawa tiada lagi ikatan seperti dahulu antara aku dan dia.

*******************************************

Surat kepada Yati yang terakhir...


Yati yang di sayangi...

Mizi harap Yati berbahagia hendaknya di sana...tentang diri Mizi memang tiada lagi musim indah seperti mana masa lalu...yang ada hanyalah keperitan hidup seorang sahabat yang dilupakan...tidak berniat Mizi menyindir Yati jika itu yang Yati fikirkan...

maafkan Mizi Yati...jika Yati tersinggung dengan kata kata Mizi dalam surat ini...dalam surat ini tak ada yang lain kecuali perasaan hati seorang sahabat untuk sahabatnya yang pernah di sayangi dan di rindui...atas sebab itu juga Mizi tak sanggup lagi berdolak dalih lagi akan perasaan Mizi sekian lama...

mungkin Yati mempunyai alasan tertentu untuk tidak lagi mengutus surat buat Mizi...sebagai manusia yang menyedari hakikat kehidupan ini...tentang hati manusia bila bila boleh berubah Mizi faham akan tindakkan Yati pada Mizi...

untuk tidak memanjangkan lagi kandungan surat ini dengan kata kata yang menyesakkankan perasaan antara kita berdua...maka dengan kehadiran surat ini adalah yang terakhir dari Mizi...

Mizi harap Yati berbahagia selamanya tanpa Mizi...Mizi tidak meminta apa apa dari Yati sebab cukuplah apa yang Yati beri pada Mizi selama ini...

dan Mizi rela mengundur diri dari hidup Yati maksudnya selepas ni kita tidak ada apa apa hubungan lagi.semua kenangan manis itu akan Mizi simpan dan abadikan dalam kenangan...

selamat tinggal Yati ku sayang...
selamat berbahagia di masa hadapan mu...


Mizi

Tuesday, November 20, 2012

Redup Sinar Matamu - Musim 2 - Part 3

9:00:00 AM | | | | Best Blogger Tips

Susahnya aku nak pertahankan long distance relationship ini...Namun kalau hati tu dah setia memang tak ada apa halangannya...jarak?jauh?masa? Semua itu  tak menjadi bebanan pun pada orang yang asyik antara satu sama lain....Aku akui memang banyak dugaannya...sama macam yang aku hadapi sekarang..Aku terpaksa berkorban perasaan bila Yati sudah tidak mengutus surat padaku lagi...namun aku tetap setia dan entah sampai bila...Aku masih berharap Yati kembali ke pangkuanku seperti hari hari yang lalu...

Sudah lebih sebulan...akhirnya aku pasrah...Memang di hatiku masih mengingati Yati...namun aku kesepian tanpa surat surat Yati...sedangkan si cantik Farah pula sangat pandai mengambil hatiku...

"Mizi...rasanya dah sebulan awak berkeadaan begini...bolehkah awak ceritakan apa yang merunsingkan hati awak tu? awak tak mahu cari pengganti ke..."

"Wooohhoooo....tak boleh Farah...saya tak mahu awak salah sangka...saya dengan awak cuma kawan...saya tak pernah anggap awak yang seperti awak fikirkan tu..."

"Saya faham... saya gurau saja...tapi kalau betul pun apa salahnya kan..? Kita sama sama senasib...saya sunyi dan awak pun sepi...?"

"Mungkin betul saya sunyi dan sepi...tapi sepi itu sendiri sudah jadi teman pada saya sejak sebelum awak kenal saya lagi Farah...Cukuplah awak asyik melayan perasaan awak tu...Saya hargai awak sebagai sahabat...Jangan minta lebih dari itu kerana saya tak kan beri..."

"Kenapa hati awak ni keras sangat Mizi...?"

"Memang hati saya macam ni...Saya tak punya hati untuk orang lain...maaf Farah...jangan buat saya tak selesa berkawan dengan awak..."

"Ke awak tak mahu mengaku..?"

"Awak nak saya mengaku apa lagi Farah...maafkan saya... bolehkah awak terima kenyataan dan jangan lagi mengharapkan apa apa balasan dari saya..saya tak mahu cakap lagi...tolong fahami saya...perasaan awak tu tak ada salahnya...tapi saya tak pernah memikirkan untuk menerima sesiapa lagi dalam hati ini... "

"Mizi..."

"Sudahlah Farah...Saya tak mahu menghiris perasaan awak...tapi cuba terima kenyataan dan jangan lagi mengharapkan apa apa dari saya...saya tak pernah anggap awak lebih dari seorang sahabat..."

Farah terdiam dan mula tunduk...dia memang keterlaluan terhadap aku..dia memaksa sesuatu yang tak pernah ada di hati aku ...dia memaksa aku untuk menerima dirinya...sedangkan satu ikatan tak pernah bisa terjadi jika hanya bertepuk sebelah tangan... Farah meminta lebih dari ku...sedangkan dia tahu hati ku hanya pada Yati yang jauh di mata...Entah apa yang membuat Farah terlampau mendesak aku..Hinggakan dia tak peduli lagi samada dia di kata syok sendiri...

Dan aku mula menjauhkan diri dari Farah. Mungkin hanya di situ sahaja hubungan kami berdua. Sesuatu hubungan persahabatan yang jujur telah Farah calarkan dan tak mungkin lagi terjalin sekuat dahulu. kini kami hanya kawan sekelas yang cuma bertegur sapa atas dasar kawan sahaja.

Tuesday, November 13, 2012

Redup Sinar Matamu - Musim 2 - Part 2

9:00:00 AM | | | | Best Blogger Tips

Kosong...aku rasa jiwaku kosong...Bahkan setiap hari penuh siksa aku menanti dan menanti... khabar berita dari Yati.Namun terisi juga segala kekosongan itu dengan hadirnya Farah.

"Yati...mampukah aku bertahan?mampukah aku merpertahankan kesetiaan dia padamu Yati?sedangkan sudah lama tak ku terima surat surat kau padaku...apa kau dah lupakah padaku Yati?

"Awak...awak tak pegi makan ke?"

"Kenapa Farah...awak nak belanja ke?"

"Dah beli pun...ni haaa...kuih ...kenapa awak suka duduk sorang sorang kat sini ?"tanya Farah kerana Mizi asyik menyendiri sahaja di bangku court basketball lapang yang sesekali susasana segar di tiup angin...

"Saya dapat ketenangan kat sini Farah..."sambil memandang pada Farah yang berdiri di hadapannya...Angin mengelus rambut ikal gadis itu menutupi dahinya dan sinaran matahari pula di lindungi oleh redup pepohon rhu yang tumbuh berdekatan...cuaca memang sedikit panas tapi agak nyaman...

"Apa yang berat sangat..sampai jiwa awak tak tenang?apa yang awak fikirkan Mizi?...girlfriend ke?"

"Saya memang dah biasa sorang sorang macam ni...keluarga saya selalu berpindah randah...saya tak ramai kawan...baik saya macam ni saja..."

"...dan awak takut nak rapat dengan seseorang...sebab takut berpisah kan?"

"Apa maksud awak cakap macam tu Farah..."

"Sama macam awak saya pun baru berpindah kat sini...cuma saya mahu menggembirakan hati saya dan tak mahu ingat perkara yang tak menggembirakan hati saya..."

"Senyumlah sikit Mizi...awak asyik bermuram sahaja..apa tak ada apa yang boleh menggembirakan hati awak ke?"

"Ada...tapi...ahhh...lupakan saja..."

"Lupakan saja...tapi boleh kah awak lupakan?"




"Cantik lukisan ni Mizi...perempuan ni pun cantik..."puji Farah pada lukisan Mizi yang tergantung di bilik lukisan...

"Masa ujian hari tu...saya lukis lukisan potret...lepas tu cikgu nak gambar tu buat hiasan dalam bilik lukisan ni..."

"Apa lagi keistimewaan awak yang awak rahsiakan Mizi"

"Rahsia...?"

"Awak pandai simpan rahsia awak Mizi...walau saya dah bukakan jalan bagi awak luahkan apa yang tersirat...tapi awak masih melipat kemas rahsia awak tu..."

"Awak masuk Kelab Seni Kreatif ni sebab nak tahu rahsia saya ke?...pandai ker awak melukis...hehehhe?"

"Awak jangan pandang sebelah mata kat saya Mizi...saya dapat A1 dalam sabjek lukisan..."

"Kalau macam tu...TRIAL SRP ni kita tengok siapa lagi HEBAT!!!"

"Itu takder hal Mizi...jangan cakap saya tak pernah warning awak...hahahhaha"


*******************************************

Tuesday, November 6, 2012

Redup Sinar Matamu - Musim 2 - Part 1

9:00:00 AM | | | | Best Blogger Tips
Agak lama juga selepas aku bertemu dengan Yati. Masa berlalu terlalu pantas. Yati yang belajar disekolah asrama telah mendapat tawaran masuk ke MRSM setelah mendapat keputusan cemerlang. Sedangkan aku hanya belajar di sekolah biasa.Surat surat dari Yati sudah tidak aku terima sekerap dulu. Mungkin Yati sibuk dengan tanggungjawabnya sepagai pelajar yang aktif dan penuh dedikasi.

Sedangkan aku hanya bertemankan kesepian dan ternanti nanti akan kehadiran surat dari Yati...Hari demi hari...Minggu demi minggu...Bulan berganti bulan...Apa yang akan terjadi kalau berterusan begini?


Hari berganti hari...minggu berganti minggu...Aku masih menanti surat surat dari Yati...Namun tak kunjung tiba mungkin Yati di landa kesibukan dan tanggungjawapnya sebagai pelajar...Ke mana sahaja aku pergi dibawanya surat surat Yati...gambar Yati...Di kala sendiri aku membaca kembali surat surat tersebut...Aku selalu menyendiri...termenung ...Rakan rakan memang sudah faham sikap aku..dan tak pernah mempersoalkan apa yang aku lakukan...

"Takder orang duduk sini?"

"Takder..."

"Boleh saya duduk sini..."

"Duduklah.."

Itu sahaja perkenalan antara aku dan budak baru yang masuk ke kelas 3 Teknik 2...Setelah diperkenalkan tadi oleh guru puan Fauziah...Nama budak baru itu ialah Farah Nadia Begum Binti Mohammad... Dan oleh kerana aku duduk dihadapan dan tiada siapa yang mahu duduk sedekat itu dengan meja guru maka tempat di sebelahku memang kosong...

"Orang kata awak suka termenung...kenapa?"

"Eehhh..awak dah siasat pasal saya pulak ke?"

"Ye saya dah siasat pasal awak sebab saya duduk sebelah awak...awak seorang pendiam,tak banyak cakap,awak pandai dalam matapelajaran Lukisan dan English...awak juga selalu dapat markah tertinggi dalam sejarah dan geografi..."

"Wahhhh...awak boleh jadi detektif kalau macam ni...apa lagi yang awak tahu?'

"Ini surat siapa?"

"Sibuklah!!!bagi balik surat tu Farah...!!!"

"Surat girlfriend ye?"

"Maaf...surat ni terjatuh masa awak bangun ambk beg tadi...saya tak baca pon..."

"Aahhh..sudahlah..."

"Mizi..saya minta maaf...saya cuma bergurau saja"

******************************************

"Awak nak apa lagi Farah?Awak nak malukan pulak saya kat kantin ni...depan semua orang?"

"Maaflah Mizie...awak tahu tak awak sudah banyak bercakap hari ni sebab saya usik awak..."

"Hemmmm...Okey saya pun minta maaf sebab keterlaluan tadi...Harap awak hormat pada barang barang kepunyaan saya..Okey"

"Okey...lain kali saya tak sibuk lagi...hahahha.."

Manis juga gadis yang benama Farah itu pada pandanganku...Iyalah bukankah dia keturunan anak mami Penang...Hidung mancung,kulit putih bersih,matanya bulat bercahaya... Rambutnya panjang dan ikal berombak ombak...

"Aduhhhh...kenapa aku ni...tetapkan lah hati aku...aku hanya ada Yati dalam hidupku...tapi kenapa dia sudah lama tak mengirim surat buat aku?Yati..Kau bagaikan ombak...aku bagaikan pantai dan dia bagaikan karang di lautan sepi... "

Tuesday, October 30, 2012

Redup Sinar Matamu - Part 5 (akhir)

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Pada hujung tahun 1984 tak silap aku masa tu hari raya . aku balik ke kampung untuk menyambut hari raya haji di sana...mulalah aku berharap agar orang yang aku mahu jumpa akan menunggu kehadiranku...

Sudah 2 hari aku berada di rumah datuk ku...aku hanya duduk di luar kerana ada tetamu yang asyik datang berkunjung....masih ingat aku pada bangku di bawah pohon manggis itu...aku menghampiri tempat itu sambil termenung sendiri duduk dibangku...

Tiba tiba dan dari jauh aku mengamati seorang gadis manis yang berambut panjang melepasi bahu
dia berjalan sekejap ke tengah dan sekejap ke tepi bagaikan malu malu bila aku memandangnya...
wajahnya tersenyum memandangku...aduhhh...lembut sungguh senyumannya...Yatiii...detak hatiku berkata

"Mizi...apa khabar?"mukanya merah padam menahan malu dan bagai aku terdengar debaran di dadanya sama dengan debaran di dadaku...

"Baik Yati...Yati seorang aje ke...mana Tini tak ikut sama...?"tanyaku sambil mataku tak berkelip memandang Yati...

Sudah menjadi anak dara sunti rupanya gadis bermata redup ini...sedangkan aku pun ketara juga dengan suaraku yang sudah pecah dan tiada lagi suara ke anak anakan...kami masing masing sudah menjejak remaja...

"Yati ...betulkah apa yang Yati tulis kat dalam surat tu?"

"Mizi tak percaya?betul Mizi...Yati tak akan mempermain mainkan Mizi..."

"Berbeza betul Yati sekarang ye..nampak lebih dewasa...meningkat remaja..."

"Mizi apa kurangnya...suara dah lain dan dah tumbuh misai pun...hehehehe..." dan lantas Yati mencubit pipiku...geram atau sangat rindu untuk mencubit segala tempat yang sempat dia cubit di muka ku...

"Haissshhh...dah le tu...malu ler Mizi orang nampak nanti Yati..."
"Geram Yati tengok muka Mizi ni..hehehe...rasa nak cubit cubit..."di cubitnya aku lagi...

"Ades...adess...dahler Yati...eh sakitlaaa...karang Mizi cubit Yati pulak karang"

"Hahahahaahahaha...rasakan...geram Yati tengok Mizi yang Yati dah lama tak jumpa ni"Yati ketawa gembira ...ceria sungguh wajahnya...

Pertemuan hari itu banyak dihiasi oleh pandang memandang,senyum dan ketawa sahaja hingga ke petang...burung burung berkicau riang seolah olah menambahkan lagi keriangan mereka berdua...

"Mizi masuk sekolah mana bila sekolah Menengah nanti?"

"Mizi tak pandai macam Yati...masuk sekolah biasa biasa je..."

"Apa lak tak pandainya...Mizi kurang rajin jer...bukannya Yati pandai sangat...dan Yati tahu Mizi amat berbakat dalam lukisan dan fasih berbahasa Inggeris...itukan kelebihan Mizi... "

"Asalkan Mizi rajin balas surat Yati dah le kan Yati..."

"Nakalnyer...Yati cubit lagi kang...hahahaha..." 


Sinaran matahari yang menyinari nampak berbalam balam dari jauh dan di sulami dengan teduhan pokok pokok di sekitar. Redup damai dan membahagiakan.


Tuesday, October 23, 2012

Redup Sinar Matamu - Part 4

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

Yati dan musim musim kenangan indah telah pun berlalu... Kini aku hanya menanti detik detik yang mengakhiri akan satu perjalanan tahun yang sepi demi mengejar waktu. Aku lelah dengan semua ini. Bagiku penantian adalah penyiksaan. Entah bila aku akan bersama dengan Yati semula. Hanya surat surat dari Yati yang menjadi peneman sepiku.

Surat Yati yang ke 2...

Mizi yang ku rindui ...
biar seharian Yati bersedih hati tapi bila Yati teringat pada Mizi maka hilanglah perasaan itu
apa khabarmu Mizi...gambar Mizi tu Yati tatap berkali kali tanpa jemu...apakah perasaan Yati ini ye?terlalu mudakah kita Mizi untuk memahaminya?apa layakkah kita berperasaan begini?rindu ini sudah bertukar pada sayang...

Sering bila lagu 'Can't Fight This Feeling' yang Mizi tujukan pada Yati itu berputar di radio Yati sering tersenyum sendiri...tambahan bila mendengar lagu yang mendayu dayu dan membuai perasaan Yati itu...Yati sedar yang Yati juga melayan perasaan Yati dan semua itu memberi semangat buat Yati menghadapi tekanan hidup dan juga menjalankan tanggungjawab Yati sebagai pelajar...

Mizi yang ku sayangi...
Yati mengaku perasaan sayang sudah lama ada dalam hati Yati terhadap Mizi.. .namun Yati menidakkannya, menafikannya,tidak mengendahkannya... tapi bila berjauhan begini hanya Mizi lah di dalam ingatan Yati...cuma itulah yang Yati mahu Mizi tahu... Yati sayang pada Mizi...bukan sayang seorang kawan kepada kawannya... bukan juga sebab kita ada hubungan persaudaraan... namun ada yang lebih dari itu...maaf Mizi... pengakuan ikhlas dari hati ini meminta di ucapkan... meminta dilafazkan...meminta difahami oleh Mizi...

Hati Yati ini takut juga,resah juga, bimbang juga andai Mizi berperasaan di sebaliknya...sedihlah hati Yati,remuklah hati Yati ini jika Mizi menolak perasaan ini... bagaimana hendak Yati menghadapi dunia ini esok hari jika itu terjadi...tak sanggup rasanya...

Mizi... terzahir sudah perasaan Yati terhadap Mizi... jika Mizi berperasan sama terhadap Yati maka balaslah surat ini secepat mungkin ye Mizi...

Terlalu asyik bercerita tentang perasaan Yati...Yati ingin kongsikan sekali kegembiraan ini dengan Mizi... keputusan penilaian darjah 5 sudah pun Yati terima... Yati mendapat keputusan 5A dan bermakna sedikit hari lagi Yati akan masuk ke sekolah asrama penuh... Yati rasa memang gembira namun bila mengenangkan terpaksa berjauhan sekali lagi dengan Mizi kerana sekolah yang Yati kena pergi tu dekat Teluk Intan...makin berjauhan kita Mizi... itu yang membuat Yati sedih walaupun sepatutnya Yati gembira kerana cita cita sudahpun dalam genggaman Yati...

Hanya surat dari Mizi sahajalah yang akan membuat Yati kembali gembira... Yati akan kirimkan surat dari Teluk Intan berserta alamatnya sekali...

Mizi...
Hati Yati...fikiran Yati hanyalah pada Mizi sahaja sekarang...

Sahabatmu Yati...



balasan aku pada surat Yati...


Yati...

Jika rindu bertukar sayang... biar segelap manapun malam... biar sedingin manapun pagi... biar sehangat manapun terik matahari... namun jika di dalam jiwa sudah wujud perasaan sayang... semua itu akan kita lalui demi orang yang kita sayang.

Yati... untuk meredakan rasa bimbang,resah,risau di hati Yati tak ada kata kata lain juga yang mampu Mizi ucapkan dalam lembaran pertama warkah ini... warkah ini juga dari dalam hati Mizi...Iya Yati... sepertimana perasaan Yati pada Mizi... Mizi juga menyayangi Yati...

Tatkala menerima warkah Yati tempohari sudah Mizi fahami segala galanya...biarlah terlalu cepat kita meperkatakan semua ini...biarlah kita yang melayani semua perasaan ini...kerana jika kita tidak mengendahkannya kita juga menipu diri sendiri...umpama sinaran bulan yang dilindungi awan di malam hari....ia akan tetap menyinari...hingga segenap alam terang akan disinarinya...

Sebagaimana Yati...gambar Yati jugalah dalam dakapan Mizi sebelum melelapkan mata...mahu sahaja Mizi agar bermimpi setiap malam akan Yati...

Yati...
Tahniah juga Mizi ucapkan pada Yati kerana berjaya dalam pelajaran..dan tahun ini pula giliran Mizi menghadapi peperiksaan penilaian tersebut...usahlah Yati bimbang pada Mizi...sejauh manapun Yati dari Mizi tapi Mizi tetap mengngati dan merindui Yati selalu...tak pernah sedetik pun Mizi lupakan Yati ....

Mizi doakan Yati akan sentiasa berjaya dalam pelajaran...di samping mengejar cita cita kita sama sama memupuk rasa sayang ini ye Yati...moga ianya akan sentiasa mekar dalam hati kita...

Mizi sahabatmu...

Tuesday, October 16, 2012

Redup Sinar Matamu - Part 3

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips
#1 | #2


Yati kini berada 20 kilometer jauhnya dari tempat aku menetap...Begitu terasing rasanya bila berjauhan dari Yati...Entah apa pula perkhabaran dari dia...Ingin rasanya aku pulang ke kampung untuk bertemunya...Dalam minggu pertama aku menerima surat dari Yati sejak aku pindah ke pekan.

Surat pertama Yati...

"Mizi sahabatku...
Aku di sini seperti biasa alhamdulillah sihat cuma rindukan kau Mizi...aku selalu teringat pada kau...teringat bahawa masa masa kita balik dari sekolah kau sering menghiburkan hati aku kerana kau tahu bila aku pulang sahaja ke rumah maka kesedihanlah yang ada menemani aku...

Mizi...surat yang pertama ini memang ingin menyatakan rasa rindu padamu sahabatku...aku tak tahu hubungan kita ini berlandaskan apa kerana kita masih muda dan bersekolah lagi...cuma cukuplah aku beritahu kau adalah orang yang sangat istimewa dalam hidupku...

Aku rasa bertuah kerana mempunyai seorang sahabat yang begitu memahami dan mengambil berat tentang diri aku...Mizi...tak ada yang sepertimu dalam dunia ini...

Aku rasa kau tahu keputusan penilaian darjah 5 akan keluar dalam masa terdekat ini...doakanlah kejayaanku Mizi...kerana aku sangat sangat mengharapkannya...dan jika aku berjaya aku akan dapat peluang masuk kesekolah asrama dan itulah cita citaku disamping dapat mengejar cita cita aku juga dapat melepaskan diri dari rasa kesedihan aku dan juga akan dapat meringankan bebanan keluarga aku...

Mizi, berikanlah aku sekeping gambar kau untuk aku jadikan tatapan dikala aku rindu pada kau...dan aku juga ada sertakan dalam surat ini gambar aku untuk kau walaupun kau tak minta...aku harap kau sudi terima gambar aku yang tak cantik itu ye Mizi...

Sekianlah dulu Mizi..aku harap kau balas surat aku ini...kalau kau tak balas aku akan bersedih lagi...balas ye Mizi...

Sahabatmu,
Yati


Selesai sahaja aku membaca surat Yati yang begitu harum beraromakan bedak wangi yang aku ingat akan jenamanya Sweet Honesty...Akan aku ingat sampai bila bila harumannya..sama seperti yang Yati mengharumkan hari hari indah kami di awal sewaktu sessi pagi persekolahan bersarapan bersama.Tanpa rasa ragu ragu aku terus mencoret apa yang aku rasa dalam hatiku pada sekeping kertas untuk tatapan Yati.

Surat balasan aku pada Yati

Yati sahabatku,

Yati aku sangat gembira bila dapat surat dari kau...hidup aku terasa sunyi di sini walaupun ada kawan sana sini...begitu aku terasa kehilangan bila aku tinggalkan kampung dan terlebih lagi meninggalkan kau... aku pun tak tahu kenapa...aku juga rindu pada kau sama macam kau rindu pada aku...

Yati..aku juga sering teringat masa masa kita berdua pergi sekolah dan balik sekolah tu...seolah olah masa tu kita berdua tak ada masalah...dan aku juga kalau boleh mahu kau dapat melupakan kesedihan kau walaupun seketika...sebagai sahabat itulah yang aku mahu supaya kau gembira dalam hidup kau...kerana aku dan kau masih muda...sepatutnya kita mengejar cita cita dan menikmati hidup sebagaimana orang lain...

Yati, aku memang berharap dan berdoa selalu agar kau berjaya dalam pelajaran... memang itulah yang aku selalu pohonkan setiap kali aku berdoa dalam solatku...dan aku harap kau pun juga begitu Yati...kenanglah aku dalam doamu...

Yati, terimakasih kerana sudi memberi gambar kau buat tatapan aku...kalau kau kata dirimu tak cantik siapakah lagi yang hendak aku katakan cantik dalam dunia ni yang sudi menjadi sahabatku? memang aku tak pernah memuji kau cantik namun ketahuilah Yati memang aku tak punya ayat dan aku sering hilang kata kata bila aku terpandang wajah kau...kalau bunga mawar tu cantik dan harum...cantik lagi dan harum lagi kau dalam hati aku...ahhh..entah dari mana datangnya idea ni...mungkin sebab aku tak berhadapan dengan kau baru aku berani cakap macam ni...

Yati, dalam surat ni aku ada sertakan juga gambar aku buat tatapan kau...ambillah dan simpan baik baik ye...

Yati, sekianlah buat kali ini Yati...Insyallah aku akan terus membalas surat suratmu...membuat aku bersemangat dalam hidupku juga Yati...

Sahabatmu,
Mizi



Saturday, October 13, 2012

Jatuh Lagi...

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips



"Jatuh lagi...apalah minah kat atas ni asyik jatuh saja kain dia...aku pun tak tahu siapa punya..." Mendiami flat atau apartment memang begitulah tak pernah sunyi dari perkara perkara yang kadang kadang melucukan juga menyakitkan hati. Sudah dekat setahun mendiami ground floor itu dan di atas tingkat  ada hostel perempuan. Sudah nama pun perempuan tak mungkin diorang nak claim baju jatuh. Nasib baik baju yang jatuh kalau pakaian dalam? Aku rasa diorang gantung baju dalam kat dalam bilik mandi kot.

Tapi hari tu betul betul mencabar kelakian aku. Siapa punya seluar dalam nama Martini ni.? Colour purple lagi... Hoi tak senonoh lansung perangai... !

"Ada lagi ke kain jatuh? Hahaha..."

Tuesday, October 9, 2012

Redup Sinar Matamu - Part 2

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Yati akur dengan nasibnya...Keluarganya menghadapi dilemma di ambang perpecahan....Pernah Yati memikirkan untuk lari saja dari rumahnya itu...Tak tertanggung rasa derita di hatinya apabila ayah dan ibunya asyik bertengkar siang dan malam...Bagaikan tidak ada kesudahan kerana ayahnya tidak mahu melepaskan atau menceraikan ibunya walau pun ibunya pernah meminta supaya dilepaskan.

Fikirannya asyik terganggu...Yati tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajarannya walaupun dia di antara pelajar yang terbaik di sekolah....Hanya kerana dia tepaksa berjaga di waktu malam sampai ke pagi menolong ibunya membuat kuih untuk menyara kehidupan....Ayahnya sudah tidak bekerja lagi lantaran sudah berhenti dari pekerjaannya seorang askar kerana kes memukul orang awam...

Dalam pada waktu itu aku pula mahu berpindah ke rumah ku yang sudah siap...Maka tinggallah Yati dan kawan kawanku di kampung. Semasa aku bersiap siap mengemas itu ini untuk berpindah, dari jauh ku lihat Yati berdiri di bawah pokok manggis bersama adiknya Tini. Pemandu lori dan kelindannya sibuk memunggah barang barang untuk di masukkan ke dalam lori...Aku turut mengangkat barang apa yang aku boleh angkat...

Dalam pada aku sibuk sibuk itu aku nampak Yati mengesat sesuatu di matanya...Aku pun menghentikan apa yang kulakukan dan menghampiri mereka...Memang jelas nampak Yati baru mengesat airmata bila aku sampai di sisinya...

Andainya aku boleh berbuat apa apa jua ...memang aku tak mahu meninggalkan dia...Di saat itu dia masih memerlukan kawan seperti aku...Kawan yang sudi berkongsi suka dukanya...Walau tak dapat mengubah keadaan namun cukuplah untuk ku berikan semangat agar dia terus tabah menghadapi hidupnya...Sejak peristiwa di marahi dan di maki oleh bapanya...Aku dan Yati menjadi kawan baik...Pergi sekolah bersama dan pulang sekolah juga bersama...Antara aku dan Yati sudah terjalin satu perasaan percaya mempercayai dan di situlah mulanya Yati memberitahu segala kepedihan yang di rasakannya di dalam hatinya selama ini.

"Jangan menangis Yati..kalau aku ada masa aku datang melawat kau dan kawan kawan di kampung ni..."kataku seperti memujuk Yati

"Kau jangan lupa tulis surat kat aku ya Mizi...aku akan tulis surat kat kau...kau balas ye..." suara Yati hampir ke dalam dan hampir aku tak dengar...mungkin sebab menahan sebak di dadanya...

"Iya...aku janji aku balas surat kau...lagi pun bukan jauh sangat antara kampung ni dengan pekan itu... ...aku akan datang ke sini kalau ada masa..."

"Aku harap begitulah, Mizi... aku harap kau tak lupakan aku..."sayu dan sendu bunyi ungkapan nya...lalu airmata Yati terus membasahi pipinya...

"Yati...aku akan datang jumpa kau dan aku tak akan lupakan kau...dan kawan kawan kita ...aku harap kau belajar lah sungguh sungguh sampai kau dapat masuk asrama penuh...aku doakan kau berjaya dalam peperiksaan penilaian tahun ini Yati...semoga cita cita kau tercapai..." sambil menghulurkan tangan kepadanya...Namun Yati menyandarkan pula kepalanya ke dadaku...Aku kaget...Tak sempat aku menolak atau menghindar dari dia berbuat begitu...

"Jangan lupakan aku Mizi..." lafaznya perlahan dan airmata pun mengalir membasahi pipinya lagi...

- Episod -
Redup Sinar Matamu [ #1 ]

Tuesday, October 2, 2012

Redup Sinar Matamu - Part 1

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Yati...Wajah lembutnya sentiasa menguntum senyuman...Rambutnya lurus paras bahu umurnya baru 11 tahun...Renungan matanya jauh...Bila dia bersama sama kawan kawan lain nampak dia macam mengelamun sendirian...Aku cuba mengorek rahsianya namun apa yang aku tahu bila aku datang ke rumahnya...Keadaan di dalam rumahnya begitu sunyi...Hampir aku tak tahu siapa yang ada di rumah nya...Mana kah ibunya...Manakah ayahnya...Manakah perginya kaum keluarga yang lain...Kecuali adiknya Tini...Tini juga sering tiada di rumah kerana selalu berada di rumah opahnya...Amat sunyi sekali di rumah Yati...Suasana penuh hampa diiringi dengan bunyi cengkerik dalam kebun getah...Yang bunyinya mengikut tiupan angin...Masih bisakah kita semua ingat bagaimana bunyinya?

"Kenapa kau suka bersendirian ?Kau tak sunyi ke duduk begini....?"tanyaku suatu hari balik menemani Yati pulang dari sekolah.

"Ahhh..bahkan sunyi itu sendiri teman ku yang sejati..."jawapnya lantas dia terus menghilang ke belakang rumahnya.

Aku,Min dan Along sempat merancang untuk mandi sungai...Kami mahu pergi bertiga namun bila Yati tahu dia ingin turut serta...Tempat yang kami nak pergi mandi tak berapa jauh pun dari rumah...Dalam berjalan dalam masa 15 minit kami pun sampai ke tempat yang di tuju...Nak jadi hal masa seronok mandi sungai tu..adik Yati...Tini hampir lemas dibawa arus sungai yang agak deras...Dan nasib baik aku sempat menyelamatkan keadaan...Dengan rasa bersyukur dan ketakutan Yati mengucapkan terimakasih dan aku dipeluknya lama lama...Dan aku tahu dia menangis semahu mahunya bagi meredakan tekanannya...Aku dan kawan kawan lain berjanji tidak memberitahu sesiapa akan hal itu.

"Terimakasih Mizi ..."

Kami pun balik ke rumah selepas itu seperti tiada apa apa yang berlaku...Namun setibanya sahaja Yati di rumah dia di marahi oleh bapanya kerana tidak memberitahu mereka keluar ke mana...Kami hanya diam membisu sahaja dan menyesal kerana kami pula Yati di marahi begitu...

Baru aku tahu apa yang selama ini bermain di fikiran Yati...


Monday, September 24, 2012

Farreal Dubeus

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Entah bagaimana aku mahu memulakan cerita aku ini. Segalanya bermula pada hari-hari yang suram dan kelam. Aku sama sekali tidak menyangka mesyuarat pada pagi tersebut mengubah segala galanya dalam hidupku.
 
"Encik Farreal...awak didapati menggelapkan wang syarikat. Segala peruntukan syarikat telah pun awak gunakan atas nama awak sendiri. Pihak syarikat telah kerugian sebanyak satu juta. Kami terpaksa memanggil pihak berkuasa untuk menyiasat kes ini. "

"Kenapa pula perlu awak memusuhi saya?" soalku pada kekasih hatiku.

"Itu tidak lagi penting, sekarang apa yang penting... saya mesti jaga nama baik saya dan status. Sekarang awak di dapati bersalah dan akan dihukum selama 3 tahun... kita putus."

Konspirasi antara para pegawai tersebut telah menjatuhkan aku. Bagai mimpi ngeri aku telah dijatuhkan hukuman penjara. Dan walaupun bukan salah aku, aku telah didapati menggunakan wang syarikat untuk kepentingan peribadi membeli dan menjual saham kepada saingan pihak syarikat.


Tiga Tahun Kemudian...
"Encik Farreal Dubeus... dari Malaysia? Tapi wajah awak tak macam orang Melayu.." soal seorang pegawai di lapangan terbang Heathrow, London yang mahir berbahasa Melayu.

"Mungkin... kebetulan saya perlukan kelebihan itu untuk mengembara ke seluruh pelusuk dunia ini"
"Untuk apa encik..?" 
"Untuk mentauhidkan Allah..."

Ya... Allah telah mengeluarkan aku dari dunia yang penuh kemaksiatan dan kekejian. Allah beri aku masa berfikir. Kini aku mahu kembali ke jalan Allah. Aku tak akan berpaling lagi. Untuk merasa kemanisan iman itu kelak, haruslah merasai kepahitan hidup terlebih dahulu. Segala harta apa aku miliki, telah aku jual ke semuanya untuk dijadikan perbelanjaan serta keperluan dalam perjalanan mencari keredhaan Allah.

"Ini sahajakah barang barang encik...?" soal seorang anggota keselamatan yang memeriksa aku di lapangan terbang tersebut.

"Iya.. itu sahaja... sepersalinan baju dan sebuah gitar kapok usang..."
"El Mariachi?" ujar pegawai tatkala melihat pada gitar yang tertera tulisan dengan nama tersebut. 
"Bisa panggil aku El sahaja..." Aku mungkin akan lama juga di lapangan terbang ini sebelum aku meneruskan perjalanan aku ke UAE. Dan selepas itu aku mungkin akan berlegar-legar di bumi Arab itu untuk kesekian lamanya.


Monday, September 17, 2012

Daerah Bernama Sepi

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
"Cinta memang tak selalu berimu kebahagiaan, tapi tanpa cinta hidupmu pasti penuh dengan kesedihan..."


Bau kuat rokok kretek menusuk hidungku yang melekat pada baju di kamar itu menandakan wak Mangil ada di dalam rumah itu. Dan baju security guard kugantung sebelah menyebelah. Menghuni di rumah sewa bangsa India itu setelah berpindah dari rumah kongsi. Bagus juga aku dapat berpindah dekat sini daripada asyik kena bagi darah kat nyamuk setiap malam. Silap haribulan aku boleh kena sakit demam denggi. Mahu berminggu aku menghuni di hospital.

Di kamar berbau rokok kretek itulah aku melepaskan lelah setelah kerja shift malam di kilang sarung tangan berhampiran. Aku tetap bersyukur walau hanya hidup sebatang kara di daerah yang sama sekali tidak pernah aku mimpikan itu. Aku hanya berulang alik menggunakan motor yang juga motor syarikat. Berkongsi dengan sepuluh orang lagi pengawal yang bertugas jauh di kilang yang hanya balik dan tak pernah selalu bertemu. Walau balik jika cuti pun mereka terus ke kampung bercuti menemui anak bini. Sedangkan aku? Akulah penghuni setia di rumah sewaan syarikat itu. Sudah hampir tiga bulan dan aku rasa selesa hidup begitu. Lantaran tak ada yang mahu bekerja shift malam al maklumlah semua sudah berkeluarga sedang hanya aku masih bujang.

"Wak ..kenapa kau tidur sini apa kau gaduh dengan bini lagi ke?" tegurku memulakan bicara dengan wak Mangil. Muka wak Mangil agak serius namun seserius manalah wak Mangil tu. Kerja wak Mangil sebagai pemandu van dan dia akan ke hostel itu bermalam jika ada pengawal yang mahu di hantar ke post yang agak jauh.

"Untung kau wak...ada dua bini aku seorang pun takde..." kataku lagi bila ku lihat wak Mangil masih diam.

"Sama aje satu ke dua masalahnya berganda kau tau..." wak Mangil bersuara.

"Lapar aku wak ...jom ke gerai janda tu..ngeteh dan sarapan?"

---------------------------------------------------------------

"Kau ada kelulusan Jamian..kenapa kau pilih kerja ni.."tanya wak Mangil sejurus menghirup kopi di kedai kak Mas.

"Ahhh..aku dah bosan wak..biarlah..asalkan hati aku senang...lagipun padaku kerja ini jujur tulus ikhlas dan tak pernah menyusahkan orang..."jawapku. Aku memang sudah bosan dengan hidup kepura puraan di kota. Aku sudah bosan asyik berlakon sandiwara sedangkan hatiku meronta ronta. Menjawat kerja di institusi bank di kota menemukan aku dengan Wak Mangil ini. Dan akhirnya aku bebas dari jadi pegawai kerani songlap duit kontrak seorang pelanggan yang berpangkat Dato. Kerja pengawal keselamatan yang ku sandang kini memang menuntut kesabaran. Manakala ramai yang memandang rendah dengan kerja kami...namun kami tetap menjalankan tugas dengan penuh tanggung jawab hari ini dan esok dan mungkin selamanya. Mungkin aku ingin mensucikan jiwa aku di sini. Di pekan kecil daerah sepi ini.

"Kalau kau fikir macam tu baguslah...rezeki ni Allah yang bagi...mana mana pun ada...Insyallah.."

-------------------------------------------------------------

"Asyik makan maggi sahaja tak elok Jamian.." tegur kak Mas yang masih menawan walaupun berstatus janda dalam umur 30' an. Suaminya terkorban semasa bertugas sebagai tentera di Mogadishu tak lama dulu. Aku hanya senyum. Membiarkan segala telahan kak Mas. Aku termenung menatap suratkhabar dan sambil mendengar deruan kereta dan kenderaan yang lalu yang hanya ada sebuah dalam setengah jam. Aku damai dan tenang di daerah itu yang tiada hiruk pikuk seperti di kota.

"Kau berjambang dan berjanggut ni akak teringat kat seorang pelakon tu Aman Graseka namanya..hahaha.." lontar suara kak Mas lantas masuk ke dalam kedai meninggalkan aku terpinga pinga. Ku sapa janggut di dagu. Owwhhh... dah panjang benar..hehehe...berapa lama aku tak tengok cermin lantaran kerja malam dan tidur siang.

Dalam hidup ini tak banyak yang kita boleh ubahkan kerana bagaikan roda..orang yang kita temui itu... itulah juga. Sikap manusia yang tamak haloba tak pernah mengenal tempat dan masa. Sikap manusia yang hanya mementingkan harta yang Allah bagi sedangkan semuanya tak di jalankan ke atas keredhaan Allah. Aku akan hanyut dan terus hanyut jika aku tak menemui jalan pulang...

"Ambik lah abang...mak kasi..." Farhana anak tunggal kak Mas yang comel menghantar tupperware berisi nasi dan lauk tengahari itu.

"Kau ni dah macam kena loteri ni Jamian..hahahaha..." ketawa wak Mangil terbahak bahak memecah sepi dan sunyi rumah sewaan itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...