Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Saturday, March 17, 2012

Airmatanya Sudah Lama Kering

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips



Dia Momoe Yamaguchi. Dia di lahirkan tidak seperti kanak kanak lain...Dia istimewa...Dia cuba menjadi sehabis baik namun dia tetap istimewa dan sangat istimewa.

Ibu bapanya mengambil keputusan untuk meninggalkan Momoe di rumah neneknya di pekan kecil Osaka. Di situ dia belajar berdikari dan membantu menanam sayur dari neneknya.

"Nek..kenapa awan tu bergerak ? Ke mana mereka nak pergi..."

"Oowhhh...mereka tak pergi mana mana ...bukan kah setiap ciptaan tuhan tu ada tugas masing masing ...Awan tu bawa hujan untuk tanaman tanaman kita...Sekarang ni mungkin pergi ke ladang atau kebun orang lain untuk menabur hujan bagi tanaman mereka... "

"Kalau macam tu..saya akan tanam sayur banyak banyak nek...biar awan tu datang siram hujan kat tanaman kita dan kumpul duit banyak banyak...nanti bila kita sudah cukup duit kita boleh pergi rumah ayah dan ibu di kota nek?"

Neneknya mengangguk anggukkan kepalanya dan tersenyum. Sudah banyak perubahan pada diri Momoe. Walaupun di segi perubatan Momoe di kesan sebagai kanak kanak yang mengalami masalah Autisme namun hari demi hari Momoe semakin banyak berkomunikasi dengan neneknya. Berbeza pada saat awal ia di beri di bawah jagaan neneknya. Begitu pendiam dan menyendiri.Dia hanya tahu menangis dan menangis kerana sebagai ganti percakapan dengan neneknya.

"Nek apa bezanya tanam sendiri dan beli di kedai?"

"Sama saja ..cumanya kalau beli di kedai kita ada orang yang kita gajikan untuk membuat kerja kita...macam pekedai akan membeli dari kita...pembeli pula akan membeli dari pekedai..."

"Jadi kita yang mula mula lah nek.."

"Iya..dan kita harus berbangga dengan peranan kita..kerana tanpa kita tak bermakna gelaran gelaran mereka itu"

Satu hari neneknya dikhabarkan akan datang ayah dan ibu nya ke kampung untuk memberi wang perbelanjaan. Mereka datang menaiki kereta. Mereka melintasi kebun Momoe dan neneknya. Namun hari itu hanya Momoe sahaja yang berada di kebun kerana neneknya menunggu akan kehadiran mereka di rumah. Momoe berhenti kerja dan berehat di depan kebun yang mengadap jalan. Banyak sungguh pula kereta yang lalu lalang pagi itu. Dan dia terlihat akan nombor plate kereta. Dia tahu siapa mereka...dia mengejar kereta itu...

"Abang..itu dia..."si isteri menyuruh si suami memberhentikan kereta untuk mengambil dia yang berlari lari mengejar dari belakang.

"Aahhh biarkan saja..." bunyi nada suara si suami yang begitu tidak acuh sahaja kerana anak itu hanyalah anak tirinya.

Dia terus mengejar kereta itu hingga ke rumah neneknya. Sampai sahaja kereta itu di perkarangan rumah dia memanggil neneknya dari jauh.

"Nenek...nenek...ayah dan ibu datang!!!Cepat nenek..cepat.." tanpa melihat kiri kanan dia melintas masuk ke arah rumah . Entah bagaimana satu kereta datang dari arah berlainan dengan agak laju juga . Siapa pun tak menduga apa yang terjadi sehingga kereta tadi telah menekan brek secara tiba tiba dan melanggar dia...Dan dia tercampak ke tepi. Kereta itu berhenti dan dia terbaring di jalan.

Dia tahu dia akan pergi di hari yang indah itu...Dia melihat awan yang begitu cantik berkepul kepul bergerak di atas langit. Dia tak menangis. Airmatanya sudah lama kering....

32 comments

March 16, 2012 at 9:11 AM

ala. mati ke. kalau tak mati tak leh ke.

"orang tgh syok baca. eksiden lak. jom kita rephrase balik perenggan last tu nak" otak mot bagi cadangan

"tak yah nak rephrase sangat la. biar bapak tiri dia nyesal. sbb bunuh orang. mesti seumur idup trauma tu" hati mot marah

"tu kalau dia insaf. kalau dia jenis hati kering cam serial killer camne" otak mot berang

"nanti kite buat 1 kispen sebagai sambungan dari kispen ni nak? aku dah terasa nak mengarang ni" hati mot bagi cadangan

March 16, 2012 at 9:48 AM

sedihnya..


kurang ajar betul..


budak autism ni bijak sebenarnya. cuma kadangkala mereka berada dalam dunia sendiri. bergantung pada tahap.. rasanya momoe ni mild je..

sedih..sob..sob..

March 16, 2012 at 9:49 AM

Abg bro sedih sgtttt

waaaaa

March 16, 2012 at 9:53 AM

Abg bro boleh buat sequel momoe revenge...

March 16, 2012 at 10:06 AM

sedih.

bila ia dikaitkan dgn awan, makin lah sedih... hmmmmm

March 16, 2012 at 1:23 PM

kejam!xpatut biar budak 2 lari je.

March 16, 2012 at 5:08 PM

sedih nyerrr... jgnlah mati... X(

March 16, 2012 at 8:16 PM

mot! sila sambung hehehehe..


Abg Bro,
dah tusuk hati aku.. sob..sob..

*ada tgk movie bruce will layan kes budak autism- wah! best betul la movie tu. masa tu baru tau apa bezanya budak istimewa tu dgn budak lain.

Anonymous
March 16, 2012 at 10:31 PM

Autism . mereka istimewa :). nice one

March 17, 2012 at 1:05 AM

komen juri:

oke.nice.u can make it more interesting.keep it up.

**tetibe je.tapi kenape kne mati.sad ending.sobsob--'

March 17, 2012 at 1:28 AM

kenapa mesti mati...? kalau aku jumpa ayah tiri dia aku tumbuk muka dia... penggunaan ayat dalam ni sagt2 bagus untuk tumbesaran kanak2 yg istimewa ni.. aku dapat rasa pelengkapnya kasih sayang di situ...

ps: kekadang mati bukan penamat cerita... bahkan ia adalah permulaan kepada manusia yang hidup selepas meliaht setiap satu kematian yang ada di hadapan...

aaahhh... aku harap barangkali rasa cinta dan sayang naluri seorang ibu tidak tertutup dek kerana cinta yang baru...

March 17, 2012 at 1:29 AM

@Amamot
adeh... aku dah terbayangkan mot menukar rangkap akhir kamu abg bro..hahahahaha

March 17, 2012 at 1:40 AM

aduh...
abang el..
cerita ini merobek hati saya..
terasa saya pula yang berada dalam jiwa momoe..
T_T

March 17, 2012 at 11:21 AM

cerita sedih T_T

March 17, 2012 at 11:24 AM

adess, cita sedih lg.. huhu

March 18, 2012 at 10:10 PM

uwaaa sedih ni..dapat rasa perasaan momoe yg disisihkan tu..kalo pnjg lg mesti best T_T

March 19, 2012 at 2:04 PM

TQ U'alls sebab sudi baca dan komen...abang bro dapat rasakan yang korang semua berjiwa penyayang dan tersentap bila watak momoe di matikan...TQ...muchas gracias...

March 19, 2012 at 6:44 PM

Mot - haha sila lah Mot buat sequel nya..mesti terbaik tu...

March 19, 2012 at 6:45 PM

Marcella - masa buat kispen ni pun abang bro ada 2 story... satu happy dan satu sedih yang ni...hemmm...post jugak yang ni...

March 19, 2012 at 6:46 PM

Iffah - ya...hati tersentuh setiap kali tengok kanak kanak macam ni cuba berbicara dengan kita...

sumpah sedihhhh tak tahannn...

March 19, 2012 at 6:47 PM

LW - tak sanggup nak hitamkan watak suci ni..huuuu...tak tahannnn...

March 19, 2012 at 6:47 PM

Khairul Antasha - haaa? awan ? Awan Nano? sedih lagi kalau buat nama Hafiz..huwaaa...

March 19, 2012 at 6:48 PM

zati embong - betul ..sumpah kejam dan tak ada perasaan bapak tiri dia tu hati kering...huwaaa...

March 19, 2012 at 6:49 PM

momoe khun - itulah takdirnya ..

March 19, 2012 at 6:49 PM

NA - tusuk ye...nanti abang bro buat tusuk tusuk lagi..huwaaa...

eh itu citer Mercury Rising kan?

March 19, 2012 at 6:50 PM

Sparrow - yes...really nice for us to think how lucky we are...

March 19, 2012 at 6:51 PM

stalker hebat - kena matikan watak tu sebab nak memperlihatkan kemanusiaan dalam diri kita manusia...

March 19, 2012 at 6:52 PM

bos BS - ye ternyata ada juga antara kita yang tak melalui zaman kanak kanak riang...ada yang camni...sedih..huuu...

March 19, 2012 at 6:53 PM

adik TH - kamu punya jiwa besar kalau kamu boleh menghayatinya...

March 19, 2012 at 6:54 PM

Asrul Ilham Sany - ye sedih sangat...sampai sekarang terbayang masa jumpa kanak kanak autism tu..sangat istimewa..

March 19, 2012 at 6:54 PM

deksnamai - abang bro pun sedih ni..huuu..

March 19, 2012 at 6:55 PM

eera sheera - tak sanggup nak panjangkan kisah ni..macam phrase awal tu...dia cuba jadi yang terbaik...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...