Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, March 14, 2012

Bahagia Tak Terkata

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Moozlee


"Sayang, nanti kahwin I nak kek pelangi okay?"
"Pelangi?"

"Yelah yang, pelangi. Ada 7 tingkat lepas tu ikut warna pelangi. Lepastu tu dia punya cream dekat luar tu pun nak belang-belang macam pelangi jugak." Dia menerangkan sambil tangannya ligat bergerak.

Aku senyum. Dia kelihatan teruja dengan majlis ini.

"I nak tukar baju sanding lapan belas kali okay."
"Nanti awak juga yang penat sayang. Lapan belas kali." Aku tergelak dengan kenyataannya.
"Takpelah, kahwin sekali je." Dia muncungkan bibirnya. Tanda protes.

Tapi lelaki boleh empat kali sayang. Hehehe. Kenyataan ini tersembul dari dalam hati cuma.

Aku hanya mendengar celotehannya melakar perkahwinan idamannya bersama-sama jejaka idamannya, aku. Aku akan warnakan lakaran itu semampu aku. Aku akan warnakan dan aku akan simpankan ia di dalam hati dan kenangan aku. Kenangan paling berwarna dalam hidup aku.

"Sayang, I nak guest tu setiap satu dapat calendar book kita okay?"
"Kita ada calendar book, sayang?" Aku mengerutkan dahi. Meminta kepastian.
"Kita tempah lah calendar book tu. Haihh you ni." Dia memandang aku dengan mulut becoknya.
"Calendar book tu nak ada muka I." Dia mematikan percakapan saat melihat busana pengantin dalam majalah.

"Hmmmm?" Aku mengangkat kening sebelah.
"And of course with you, sayang." Dia memberikan aku senyuman lagi.
"Tema kaler biru okay sayang. Tak nak hijau. Hijau lame sayang, kakak I dah buat dulu. So nanti dia cakap kita tiru dia."

"Tapi awak tahu kan hijau tu kaler feveret saya?\" Aku bercakap dengan nada merajuk.
"But in case, you nak hijau sangat. Kita buat lagi satu reception lah macam tu ye?" Dia memujuk aku sambil mempamerkan muka paling bahagia.

"By the way sayang, dekat sini ada ke orang buat cotton candy kaler biru? I nak bagi lah dekat budak-budak kecik nanti. Mesti diorang suka." Dia bercakap sambil mata terpejam mengenangkan kanak-kanak yang bahagia.

"Cotton candy, selalu pink sayang. Kenapa nak biru pulak?"

"Takpe, kita buat hijau okay? Mesti ada." Dia menganggukkan kepalanya ke arah aku dengan sebuah senyuman. Lagi. Dan lagi.

Aku ketawa kecil. Bijak awak curi hati saya. Dari awal perkenalan sampai ke hari ini.

"You, nanti buat dekat PICC lah eh. Senang sikit nak ajak ramai-ramai. Biarlah tetamu selesa sikit nak datang majlis kita nanti ye?" Dia masih dengan senyuman yang mekar. Bagai mawar yang sedang mekar.

Aku hanya tersenyum dan mengangguk.

"Sayang, nanti majlis tu ada pengantin lelaki tak?" Aku bertanya dalam senyuman.
"Adalah, sayang. You lah." Dia menjawab sambil mengerutkan dahi.
"Habis, awak macam nak kahwin sorang-sorang je."

Dia memuncungkan mulut.

Aku masih tersenyum melihat dia. Bahu aku terhenjut-henjut menahan ketawa.

"Awak nak kahwin dengan saya ke nak kahwin dengan majlis ni aje?" Aku meneruskan pertanyaan, walau pertanyaan tadi tak dijawab.

"Sebab I nak you kahwin dengan perangai I sekali." Dia mengenyit mata ke arah aku dan terus bergegas ke arah kaunter butik perancang perkahwinan.

Aku menggeleng dalam senyuman. Bahagia. Tidak terkata.

17 comments

March 14, 2012 at 9:16 PM

kalau cinta.. memang sabar jer dgn segala perangai.. hehehe. tgk bertahan brapa lama?

* lelaki ada 4 kali kalau nak? ewah....!! kalau si dia baca. terguris rasa mcm terguris nya aku hihihi.. serius!

March 14, 2012 at 9:58 PM

ke penulis cerpen ni nk melangkah ke gerbang perkahwinan?hihi

March 14, 2012 at 11:00 PM

bahagianya. ;)

March 14, 2012 at 11:27 PM

aduh.... kemain borak.. hahahaha... mut ke baju pengantin tu? ;p

March 14, 2012 at 11:44 PM

ish,untungnyaaa. agak-agak kalau aku minta cenggini dekat future husband boleh dapat tak? kekeke

Anonymous
March 14, 2012 at 11:53 PM

ahhhh kuajaq ! tersenyum pula bila baca ending tu . keh3x


-HEROICzero

March 15, 2012 at 12:16 AM

errr... aku tak dapat selami rasa bahagia yang dimaksudkan itu.. heheh

tapi aku tumpang bahagia dengan keletah mereka.. sweet.. =)

March 15, 2012 at 2:16 AM

kahwin dengan perangai sekali..
itu suatu yang harus..
eh tidak wajib..
kalau tidak, ia takkan bertahan lama..

*mungkin..

March 15, 2012 at 9:02 AM

smg bahagia itu selama2nya..tp adakah hidup bahagia sentiasa? huhuhu

March 15, 2012 at 9:43 AM

wah. macam fairytale pon ada.
*terbayang princess yg cute mengomel sambil diperhatikan oleh prince yang kacak lagi menawan

"oit. oit. takyah nak berangan sangat" otak mot bising

"biarla. orang tu bahagia. suka tengok" hati mot balas

"ye. lepas kawin laki nya kata 'sayang. kita makan pasir je ye. i dah takde duit sebab semua simpanan i abis sbb nak realisasikan perkahwinan impian u'" otak mot tak puas ati

"issshh. cerita sedih salah. cerita ganas salah. fairytale pon salah gak" hati mot bagi sedas

"biarlah. ikut suka la. ni negara demokrasi tau. kita berhak tentukan arini selera kita nak cerita jenis apa"

March 15, 2012 at 10:25 AM

@Amamot
aku tak boleh blah dengan komen si amamot ni... kah kah kah...

March 15, 2012 at 11:02 AM

kenapa syg ja mesti 3?

March 15, 2012 at 11:49 AM

hahaha.. amamot, amamot..


untungla bakal suami orang yang mampu nak kawin kat PICC segala bagai..


selamat berbahagia..


aku senyum lebar je baca kispen ni :)

March 15, 2012 at 12:09 PM

hahahaha..baca komen amamot buat ketawa guling2..hahahahaha..

apapun, suka kispen ni. Manis!..ada je kot lelaki mcm tu dlm dunia ni. pasti ada... :)

bahgianya..

March 15, 2012 at 5:09 PM

ala. napa. tak best ke komen mot?

"ntah nya. kite dah komen sejujur mungkin dah kan" otak mot garu dagu

"ha ah. ce tgk cerita seniman bujang lapok tu. buat kain grand2 anak dah 3 tapi utang ceti tak abis bayar" hati mot kuis eskrem dalam mangkuk

"ye. ye. si sudin pon gadai cincin mak jeton sbb nak bagi hantaran tinggi" otak mot sokong

"tapi ni kan ke kispen. ni kan dunia kite reka sendiri. kite leh assume yg laki tu org kaya gile sampai not 100 pon wat kesat ingus je" kaki tangan dan badan mot lak nyibuk

"tak kire. tak kire. syoh. syoh. pi jauh2. ni dunia otak ngan hati mot je tau" otak ngan hati mot ikat kaki tangan dan badan mot dalam peti berkunci dan dilempar ke jurang mariana

March 18, 2012 at 1:41 PM

sweet..:)

*tergelak jap baca komen mot, ada2 je mot ni..hehehe*

March 20, 2012 at 11:21 AM

citer pasal kawin kawin ye...hemmm...abng bro baca korang ajela...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...