Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Saturday, March 24, 2012

Awak, Dia...

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips

Oleh APi



Awak,
dia selalu perhatikan awak..
dia curi curi tengok awak..
dia malu kalau awak nampak..
dia senyap senyap suka kat awak..

Awak,
dia ada tulis puisi untuk awak..
dia ada karang lagu untuk awak..
tapi orang kata cara dia lawak..
zaman sekarang cara tu sesak..

Awak,
malam malam dia nyanyikan lagu untuk awak..
petikan gitarnya seiring melodi yang rosak..
dia tahu awak tak tahu tapi dia yang nak..
sebabnya itulah luahan perasaannya pada awak..

Awak,
hari tu dia dah sedia nak bagitahu awak..
perlahan lahan langkah dia mendekati awak..
sempat dia petik bunga kertas nak bagi kat awak..
dah nak sampai tiba tiba perempuan tu peluk awak..

Awak,
awak tahu tak betapa hancurnya hati dia..
awak tahu tak berapa lama dia kuatkan diri untuk luahkan perasaan dia..
awak tahu tak melodi lagunya semakin sumbang rentaknya..
awak tahu tak? ah awak tak tahu perasaan dia..

Awak,
dia tengok saja awak pergi..
dia berdiri saja tengok awak melangkah kaki..
dia simpan saja bunga kertas tadi..
dia nyanyi saja lagu yang tak bermelodi..


14 comments

March 24, 2012 at 9:06 PM

oh... aku pernah alami situasi ini. Dan percayalah ia sangat menyakitkan... terlalu. =.=

Anonymous
March 24, 2012 at 9:47 PM

sabar la. cr la org lain.^^ dgn org lain pun bt la tektik yg sma

March 24, 2012 at 9:59 PM

Sgt menyakitkan

March 24, 2012 at 10:07 PM

Cinta tak mesti memiliki. Ah, klise kemain.

March 24, 2012 at 11:38 PM

Hmm...hati sakit!!!

March 25, 2012 at 12:52 AM

adoi...

March 25, 2012 at 12:58 AM

ini sakit. :'(

March 25, 2012 at 3:05 AM

Pedih pedih.....

March 25, 2012 at 3:10 AM

reenapple| ya, saya percaya.. =)

El-Janna| itu paku serpih namanya.. =)

Khairul Antasha| sangat sangat.. =)

Lavender Harum Wangi| yang klise itu kadang terlupa.. =)

Lady Windsor| nak buat macam mana kan.. =)

Bidadari Syurga| adeh.. =)

Amna.Qadeeja| nak ubat?

March 25, 2012 at 3:11 AM

The PinPin| luka disapu limau nipis memang pedih.. =)

March 25, 2012 at 9:06 AM

ah.. cinta tu buta betul!!! Oi hati! apasal ko nak dia juga hah? napa x fall aja dgn yg lain yg available hah? biasa ni.. x dgar ckp!

:p

March 25, 2012 at 9:11 AM

suka kat bunga kertas tu...bagi abang bro ajelah...haha...

March 25, 2012 at 7:54 PM

Nong Andy| kenmain degil itu hati ya.. =)

Abg Bro| kat rumah saya banyak abg bro.. ambik jela.. =)

March 27, 2012 at 10:38 AM

cinta tak berbalas?

"awak. dia cakap pasal sapa ek awak?" hati mot berbisik

"ntah la awak. mungkin awak akan paham kalau orang tu awak" otak mot jawap

"tapi kan awak. dia mati ke awak?" hati mot soal lagi

"ntah la awak. boleh tak awak jangan tanya kita awak" otak mot jawap lagi

"awak. rasanya dia laki ke pompuan awak?" hati mot tak putus asa

"ntah la awak. salah sorang mesti laki dan satu algi mesti pompuan. hahaha. kan awak" otak mot terus cabut lari

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...