Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, March 15, 2012

Kisah Di Waktu Hujan

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
reenapple


Nak dengar satu cerita tak…
Ada 1 hari hujan… lebat giler… then aku nampak ada seorang perempuan… actually a girl.. huhu. Aku rasa dia nak p kat bus stop seberang sana tapi disebabkan hujan yang lebat giler so dia tunggu kat bawah 1 bangunan tu. Mana tao hujan lebat sekejap je kan. Bus stop kat seberang sana pulak, pergh… jangan duk citer la. Penuh dengan orang, nak nak bila lepas pukul 5..

Girl tue berdiri tau. Asal dia berdiri?? Aku pom tak tao. Haha

Outfit girl tue aku rasa dia pakai baju kurung hijau lembut , bertudung putih sambil memeluk erat sekeping @ sebuah fail?(aku bab-bab penjodoh bilangan ni K.O ) agaknya dia nak elakkan dari fail tu basah kot. Let’s assume that she still a student. Dan entah .. tetiba datang dari mana, seorang mamat.. eh silap seorang lelaki kot. Dia berdiri sebelah girl tue sambil pegang payung. Dan lelaki tue pom bercakap dengan girl tue, “Awak, meh saya tolong hantarkan awak kat bus stop seberang sana.”

Girl tue pun pandang lelaki tue dengan pandangan yang pelik. Dalam hati girl tue cakap(maybe la), “Eh.. dia ni sape? Kenal pun tak, tetiba nak bagik pertolongan. Nie mesti ada niat lain.” Girl tue pom menjawab, “Eh..tak pe la. Tengah tunggu member.”

Lelaki tue pun menjawab, “Aik, takkan tunggu member 1 jam kot? Dari hujan mula sampai la sekarang, tak nampak pun macam awak tunggu member awak. Tak pe, saya cuma nak tolong hantarkan awak kat bus stop kat sana. Kesian tau.”

Dan girl tu pun pandang sebelah kiri dia, ada seorang perempuan jugak macam dia. Tunggu nak p bus stop seberang sana. “Hurm… budak perempuan tu pun macam nak p bus stop seberang sana jugak. Apa kata awak tolong je dia?”

Lelaki tu pun pandang budak perempuan yang 1 lagi kemudian pandang semula kat girl tu sebelum cakap, “Err.. dah saya nak tolong awak hari ni. Awak nie mesti jenis yang berhati-hati. Tak pe, saya cuma nak tolong awak je. Itu je, tak de niat lain buat masa sekarang.” Dengan penuh senyuman dan sopan-santun lelaki tu cakap. Hehe

Then, girl tu pandang lelaki tue. Lepas tue dia tengok pulak jam kat tangan dia. Pas tu, lelaki tue cakap, “Haa.. nie mesti awak belum solat asar lagi kan? So, macam mana? Saya just hantarkan awak kat bus stop seberang sana dengan payung je. Then lepas tue, saya blah la. Tak de niat jahat apa ke.”

Girl tue dengan perasaan yang tak seikhlas pun terima la pertolongan lelaki itu. Itu pun selepas 15 minit lelaki tu menunggu dengan berhemah penerimaan girl tu. Then lelaki itu hantarkan girl tue ke bus stop seberang sana dengan payung dia. Aku tengok dorang jalan dua-dua tapi macam girl tue menjauhkan sikit diri dia dari lelaki tue. Yeela takot tersentuh. Hoho.

Dan bila diorang sampai kat bus stop. Bas datang, dan girl tue pun naik bas tu selepas ucap terima kasih kat lelaki tu. Lelaki tu just senyum je. Tapi lelaki tu tak blah terus dari bus stop, dia tunggu je bus tue beredar dulu. Dan kat situ, aku nampak 1 senyuman terukir kat muka lelaki tu.

Agak-agak korang apa yang berlaku lepas tue??

15 comments

March 15, 2012 at 9:16 PM

hahaha..

aku cuba menebak ye cik reenapple..


1) follow bus tu

2) esok tunggu situ lagi, boleh approach. pompuan da tmakan budi, mesti nak berborak punya.

3) laki tu cakap dalam hati "jerat dah mengena. tak sia-sia tunggu sejam 15 minit"

4) bercinta.


nice :)

Anonymous
March 15, 2012 at 9:39 PM

Dapat rasakan lelaki ini sudah berjaya mengorak langkah pertama. seolah sudah lama dia memerhatikan gadis tu. haha

March 15, 2012 at 9:41 PM

Don't talk to stranger....berani siot girl tu terima pelawaan balak tu, buatnya kena calit ke apa....naya je!

March 15, 2012 at 9:53 PM

pompuan tu berenti kja, cari kja tempat lain.
lelaki itu kecewa, cari mangsa baru, sebenarnya laki tu dah kawin, cuma nak cari calon untuk jadi yang no 3.

March 15, 2012 at 11:32 PM

mungkin tu mangsa pembunuhan.

atau mungkin lelaki tu ejen FBI.



-___-" I'm a negative thinker. Haha.

March 16, 2012 at 1:21 AM

mohon jangan kasik jawapan negatif sangat boleh? huhuhu

March 16, 2012 at 2:03 AM

dia suka kot dengan pompuan yg dia tolong tu? hahahaha...

ps: sekeras-keras kerak nasi.. lembut gaklah...

March 16, 2012 at 9:44 AM

ala. takde kesudahan ke? lagi dasyat cerita ni

"ala. dia boleh tanya kita plak apa yg bakal terjadi. ni kispen berepisod ke" hati mot penuh curiga

"tak. aku tak rasa kispen episod sebab takde angka satu kat ujung tajuk kispen ni. aku bajet dia mintak idea kite untuk create cerita lain ni. takpon mungkin titibe dia nak wat jadi episod" otak mot explain

"aku pon rasa camtu. kite jangan bagitau apa terjadi. kite simpan je dalam ati. ssshhhhh." hati mot sependapat

"ha ah. ssshhhh. jgn bagitau reenapple ni kite nye ending kan.

March 16, 2012 at 9:52 AM

Waaa kawan aku ke y karang ni

hehe

aku teka eh

die akn tggu pempuan ty esok

bunga2 cintaaaaa

March 16, 2012 at 11:48 AM

insist btul nak tolong :)

ngorat hehe..

reenaple :) sy suka gaya penceritaan. selamba gitu hehehe..

March 17, 2012 at 1:08 AM

gua syak mamat tu dah lama usha gurl 2 la.

**tunggu dan lihat apa kesudahannya. haha^^

March 18, 2012 at 1:37 PM

reen!!!
buat kispen teka teki ya! hehehe..

lelaki tu stalker perempuan tu! hahaha

March 19, 2012 at 4:55 PM

ntah2 laki tu mmg ikut pompuan tu x? kot la dah lama usha hehe..

lebih kurang dgn cite yg sy buat tp sy punya versi pompoan..yg ni mcm versi lelaki..mcm comel je hehe

March 20, 2012 at 11:19 AM

agak agak abang bro la...lepas ni lelaki tu akan usya lagi pompuan tu...

May 31, 2012 at 4:12 PM

hehehe. comel

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...