Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, March 5, 2012

Cinta Di Timbus Debu Sakura

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Ichigo Kurosaki sudah agak lama juga tinggal bermukim di kampung itu sejak tentera Berikat berjaya mengawal keadaan di sesetengah kawasan di Malaya. Sudah terlalu lama juga tentera Jepun menduduki Malaya. Namun Ichigo tidak pernah mengira detik waktu. Hanya satu impiannya supaya perang cepat berakhir. Ichigo sudah tidak mengira siapa benar dan siapa salah. Yang penting pada fikirannya semoga akan tiada lagi manusia menderita akibat peperangan.

Dia hidup bebas atas ehsan orang kampung. Kerana satu masa dia pernah menyelamatkan Soraya dari menjadi mangsa rogol tentera Jepun. Dengan pangkat kapten Ichigo terpaksa mendiamkan dirinya dari di hubungi oleh apa apa termasuk menyamar menjadi orang kampung .Pernah dia terpaksa berbalas tembakan bila terserempak dengan sekumpulan askar Jepun yang masuk ke kampung bertujuan merampas barang barang keperluan dari orang kampung. Ichigo juga terpaksa mempertahankan dirinya sendiri dan menembak mati musuhnya kerana belas kasihan pada seorang gadis yang mahu di jadikan hamba seks.

Ichigo tinggal di hujung kampung daerah Ulu Langat yang agak kurang kacau bilaunya berbanding daerah lain bersama Ikhsan abang saudara kepada Soraya. Dia selamat di situ lantaran kawasan itu sudah pun di pulihkan oleh pihak berkuasa Jepun yang bertempat di kem berhampiran daerah Dusun Tua dengan kawalan ketat sepanjang masa kerana kawasan tersebut juga di jadikan tempat raja yang memerintah Selangor waktu itu berlindung. Sementelah untuk merawat luka Ichigo ,Soraya selalu ke sana membekalkan ubat ubatan untuk pusat rawatan di kampungnya.

Setelah kapal terbangnya jatuh terhempas di Sabak Bernam dia berjaya melarikan dirinya berhari hari hingga sampai ke daerah itu. Kapal terbang perang Mitsubishi Zero Fighter itu telah meletup dan tidak akan ada orang pun akan menganggap pemandunya masih selamat.

Tatkala matahari pagi bersinar sang beburung terbang mencicipkan sesuatu di mulut mereka dan di bawa terbang ke atas dahan yang rapuh. Cukup untuk berlindung dalam panas dan hujan. Cukup untuk meneruskan hidup.

"Kau tahu Ichigo sekarang ini usahkan manusia...sedangkan beburung terbang pun terdengar seperti bercakap bahasa Jepun."kata Ikhsan pada Ichigo yang tersenyum menahan sakit bila Soraya membersihkan luka luka di badannya.

"Sampai bila mereka yang di tangkap itu akan menjadi buruh paksa San?"kata Soraya sambil memamah ubi kayu untuk di jadikan sarapan. Dia menjeling akan Ichigo yang kelihatan agak segak juga berbaju Melayu dan berjambang. Ichigo tidak sama seperti askar Jepun yang biasa di lihatnya. Ichigo agak tinggi susuk tubuhnya dengan jawatan pegawai Jepun yang betul betul berasal dari tanah besar Jepun berbanding askar Jepun lain yang agak rendah dan berasal dari Manchuria dan Formosa.

"Aku tak tahu Soraya ...mungkin itulah nasib mereka sebagai pejuang akhirnya tercampak ke landasan keretapi itu...namun aku percaya semua ini akan berakhir jua...Khabar yang aku terima blok komunis di Eropah sepeti Jerman dan Poland jua sudah di bom oleh pihak tentera Berikat ."

**************************************

"Soraya...aku harap kau akan tabah menghadapi hidup di masa hadapan..." Sayu juga kata Ichigo Kurosaki kepada Soraya.

"Kenapa Ichigo...perang sudah berakhir...kau sudah bebas dari melakukan apa yang kau tidak mahu...kau sudah bebas Ichigo..."balas Soraya yang kelopak matanya sudah di genangi airmata.

"Tidak...aku masih tidak bebas...Namun aku akan berbuat sesuatu yang akan membebaskan aku dari hidup terseksa ini..."

"Apa tak mungkinkah kau boleh kembali kepangkal jalan dan bina hidup baru?"

"Aku rasa tak boleh Soraya...Aku sudah mengambil banyak nyawa...Dan juga itu janji aku pada maharaja."

"Walau ada hati yang akan terguris atas perbuatan kau nanti...?"

"Itu tak mengapa...kau masih ada Ikhsan...dia akan menjagamu...aku hidup hanya sekadar untuk memberi peluang dan ruang untuk mereka yang mahu meneruskan hidup..."


******************************

Kapalterbang Avro Lancaster milik British telah melintasi ruang udara negeri Tanah Melayu. Kapalterbang itu kelihatan menggugurkan risalah kekalahan jepun dan duit matawang Jepun di atas kekalahan Jepun setelah dua kota Hiroshima dan Nagasaki di bom oleh Amerika dan sekutunya.

Ikhsan menjadi reporter di sebuah syarikat akhbar di ibukota setelah Jepun menyerah kalah. Soraya pula menyertai kumpulan jururawat di hospital untuk merawat pejuang pejuang yang tercedera.

"Tamat sudah pendudukan tentera Jepun di Malaya. Nampaknya seperti yang aku jangkakan Ichigo terpaksa membunuh diri kerana dia adalah salah seorang KAMIKAZE.. Kau tahu apa itu KAMIKAZE Soraya...? Mereka bersumpah di hadapan maharaja Jepun akan membunuh diri mereka sendiri jika gagal melaksanakan tugas tugas mereka."

"Itulah kesudahannya Ikhsan... aku pun tidak menginginkannya.. .aku bisa merawat lukanya namun aku tak bisa merawat hatinya.."

24 comments

March 5, 2012 at 9:04 AM

Abg Bro, kalau betul Ichigo ini wujud, gua nak cari dia...tolong..

mengesankan kispen ini..

March 5, 2012 at 10:18 AM

peh. lady nak boifren jepun ke?

"tiba2 abang bro ni wat kispen sejarah la plak" otak mot nangis guling2

March 5, 2012 at 12:29 PM

Mot, bukan nak boifren jepun tapi i suka dengan semangat kamikaze mereka termasuklah harakiri..

Anonymous
March 5, 2012 at 1:11 PM

lelaki yang berprinsip adalah lelaki yang hebat !


-HEROICzero

March 5, 2012 at 1:29 PM

HEROICzero,
yerp i second on you..setuju sangat!

March 5, 2012 at 9:45 PM

LW - memang wujudlah kalau dia pelakon Jepun ...dia macam Takeshi Kaneshiro tuuu...

March 5, 2012 at 9:46 PM

Mot - TQ Mot ikuti kispen sejarah abang bro ni...I really appreciate Mot...

March 5, 2012 at 9:47 PM

Heroiczero - memang susah nak buat tapi nak cakap semua orang boleh kan...?

March 5, 2012 at 10:20 PM

Baru ada can jengguk sini :)

Lady Windsor. harakiri tu maksud bunuh diri kan? hehe..

Abg Bro, wah.. ini memang kispen sejarah ni.. terngaga kejap aku membacanya :)

March 5, 2012 at 11:28 PM

ini barulah lelaki kental..
lelaki sejati yang mampu kota janji walau korbankan perasaan hati..

this is nice abg bro.. =)

March 6, 2012 at 5:20 AM

TQ NA...kispen sejarah Japan Attack Malaya...TQ for comment haha...

March 6, 2012 at 5:20 AM

APi- itu belum citer pasal Viking lagi tu ...siap bakar kapal lagi...TQ komen APi...

March 6, 2012 at 7:49 AM

kalau ada request memang abang bro nak buat sambungan bentuk prequel iaitu cerita sebelum Ichigo datang ke Malaya...

March 6, 2012 at 4:03 PM

akhirnya baca sudah... hurmmm tak terkata... kispen yang mengunakan fakta sebagai latarnya... memang cukup terkesan...

kamikazi ya...

March 6, 2012 at 8:40 PM

Abg Bro,

viking? oh.. aku ternanti-nantikan.. :)

itu cerita pirate kan? er.. salah?

March 6, 2012 at 9:07 PM

ye bos...jenuh study fakta dia ni hahaha...

March 6, 2012 at 9:11 PM

NA...Viking satu bangsa epic penakluk yang di segani kat Eropah dalam masa medieval...kena selak sejarah Eropah hahaha...

March 6, 2012 at 9:30 PM

selalu nampak movie viking.. tertanya-tanya. tapi mereka memang kaum yg ganaskan? terigin nak tahu kisah viking tapi xde masa nak godek.. lagipung kalau bahasa omputih haku kalah hehehe..

March 6, 2012 at 11:01 PM

@Anonymous
bagi aku ia seumpama brainwash... brainwash ok...

March 7, 2012 at 12:21 AM

Viking ni bangsa Moghul kan abg bro?

March 7, 2012 at 5:28 AM

Viking tu bangsa barbarian kat Eropah yang bangsa Moghul tu Genghi s Khan...

abang bro kena bukak kelas Sejarah le lepas ni...haha...

March 8, 2012 at 12:18 AM

bce cerpen ni teringat novel RAM, hatiku di harajuku hehe..

ternyata setianya pd raja lebih tggi dr cintanya utk sang kekasih ;)

March 8, 2012 at 1:12 AM

Eera Shera...Ramli Awang Murshid?waaahhhhh hebatnya...hahahaha...TQ comment Eera...

March 17, 2012 at 1:42 AM

nice story abang bro!
like this!! :D

tetiba macam nak berkenalan dengan ichigo...:)

lepas ni buat story happy ending boleh? :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...