"Jangan paksa diri sangat"
"Ok mak".
"Sampai nanti, call ayah"
"Ok yah".
Fahmi merapatkan pipi ke wajah ayah dan ibunya. Tiada air mata mengalir. Tiada perasaan sedih pun, mungkin. Itulah perkara terakhir sebelum dia menaiki bas Kuala Tahan. Hari Rabu kelas sudah bermula, tanda tamatnya cuti Raya Cina. Fahmi bercadang untuk balik sehari lebih awal, supaya boleh menyiapkan dirinya untuk ke kelas. Lagipun, Kedah tu bukannya dekat. 7 jam perjalanan dari tempat asal Fahmi. Mau sembelit 3 hari duduk 7 jam straight.
Tiket menunjukkan seat nombor 26. Dah ada orang duduk kat seat sebelah tingkap. Kalau ikutkan hati, Fahmi nak saja humban orang tu ke luar tingkap. Tapi nasib baiklah dia ni jenis penyabar. Lagipun orang tu tengah tidur, dan ada janggut. Nampak macam alim. Nampak sajalah. Tapi apa yang Fahmi pelajari dalam hidup ialah, kita hendaklah sentiasa bersangka baik.
Seat tu sumpah tak selesa. Fahmi terbangun terlelap sebanyak 3 kali. Entah kenapa, sebelum pukul 1 pagi, Fahmi tak boleh tidur. Setibanya di Gombak, Fahmi terpandang ke kiri. Dia nampak UIA, sebuah universiti yang terkenal. Tapi bukan itu yang terlintas di fikirannya, tapi akan siapa yang sedang belajar di sana; seorang yang sedang berada dalam fikirannya..
Mengelamun.
Persimpangan ke Shah Alam merupakan pandangan terakhir Fahmi sebelum dia terlelap. Bangun saja, dia dapat lihat logo Ipoh yang disimbah cahaya hijau. "Aduyai.. lama lagi ni". Fahmi mengeluh. Perut sudah terasa lapar, dan mamat sebelah sudah melentokkan kepalanya di bahunya. Ini merupakan bahana bagi diri Fahmi. Kalau awek, dia tak kisah. Puaka sungguh perangai budak ni.
Sampai di Sungai Petani, Fahmi terbangun. Bingkas dia mengambil laptop dan beg dari tempat isi barang di atas. Takde teksi, jadi Fahmi naiki kereta tumpang. Pakcik kereta tu mesra. Tambah-tambah lagi dia pernah tinggal di kampung halaman Fahmi. Sampai saja di universiti, Fahmi menuju ke bilik. Dia menyiapkan diri, dan azan Subuh mula mengisi langit pagi.
Sesudah Subuh, Fahmi membuka bekalan yang dibawa dari rumah. Nasik lemak dengan sambal. Tanpa diduga, air mata mengalir ke pipi Fahmi. Tak cukup untuk buat matanya merah, tapi cukup untuk menggambarkan rindunya. Heh.
Fahmi sangka dia tiada perasaan. Dia silap.
15 comments
eh dah habis?
laa..
aku rasa mesti dia hantar sikit aja... nantilah aku tanya...
Betol punya kispen ni
haha
waaa... kisah pendek.. hehehe.
ha sudah abes kaa?
dia nak wat kisah 1001 malam kot
"ending nya apa?" otak mot garu kepala
"ler tak pandai baca ke? kan dia kata pasal sembelit tu" hati mot relax minum coco loco
"kang kalau aku cakap sesuatu yg tak manis kang ko majuk. ko dok je diam diam. biar aku tanya geng rahsia 7 penulis" otak mot cuba lari
errr...rasanya ada smbungan kot..
Encik Kanan aku suka kistot kau, kontot benar, baca senafas habes sudeh...
Ladywindsor
Maf maaf.. ni full sttory dia http://amirjohnson.blogspot.com/2012/01/bas-kuala-tahan.html hari tu salah hantar email..
kispen ter pendek :)
haha..ni bukan kata belum panas bntot,enjin xstart lg da abes ni.hihi.
@Amir
la ya ke?
tak habis lagi senapas..
nasib tuannya bagi link..
ok, pergi baca sana :)
lalalala
erkk...pendeknya kispen ni..
hemmm..real punya kispen ni...