Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Tuesday, March 27, 2012

"Smoke Till You Stroke, Sayang"

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
run aziluz


Langkah kaki sama derapnya. Tangan hayun ke depan ke belakang sambil genggaman terus kemas. Si lelaki pandang si perempuan, si perempuan pandang si lelaki. Dua-dua tersenyum bahagia menampakkan gigi dan warna kekuningan pada ruang antara setiap gigi. langkah dihenti di tepi tembok longkang.

Sekotak berwarna merah ditarik kemas dari poket kemeja si lelaki. Sebatang yang berwarna putih diketap bibir, kemas. Api dinyala. Sedut. Hembus. Sedut hembus. Sedut dalam-dalam. Bulatkan mulut. Hembus dengan bulut membulat ke arah si perempuan, lalu jari telunjuk menepuk sedikit bucu pada asap bulat dari mulut. lalu terbentuk asap bentuk hati dari mulut terus ke muka si perempuan. Si perempuan senyum. ketawa. Pipi merah.

Habis sebatang, sebatang lagi disedut hembus. Sedut hembus. Asap panjang dari hidung. Asap bulat. Asap bentuk hati. Senyum. Ketawa. Pipi merah. Batuk. Sedut. Hembus lagi.

"sayang, kau kisah aku merokok?" tanya si lelaki yang sedang sedut hembus sedut hembus.
"tak."
"kenapa tak kisah? kau suka aku mati cepat?"
"tak apalah. kalau kau mati cepat. aku pun ikut sama. sebab aku pun sedut asap dari kau juga."
"jadi kita boleh sehidup semati?"
"mungkin. smoke lah. smoke till you stroke, sayang."
lalu batang-batang yang putih-putih itu disedut hembus hingga ke batang terakhir.

* * * * *

Dua puluh tahun berlalu. langkah kaki sama derapnya seperti dulu. Tangan hayun ke depan ke belakang sambil genggaman terus kemas seperti dulu. Si lelaki pandang si perempuan, si perempuan pandang si lelaki. Dua-dua tersenyum bahagia menampakkan gigi dan warna kekuningan pada ruang antara setiap gigi yang semakin jarang ditelan usia. Langkah dihenti di tepi tembok longkang, tempat dulu-dulu.

Buat kesekian kalinya asap bentuk bulat keluar dari mulut si lelaki.Ddibelah sedikit bahagian atasnya dengan jari telunjuk, jadi bentuk hati lalu mengenai muka si perempuan. Buat kesekian kalinya lagi, pipi merah.

"sayang, kalau aku mati dulu, kau mahu kahwin lagi?" untuk kali ini si perempuan memula bicara.
"tentulah tidak. kan kita sehidup semati."
"tapi aku rasa masa aku makin dekat."
"tapi kau cuma sedut asap dari aku. bukan dari rokok ini."
"benar. aku perokok kedua yang risikonya sepuluh kaliganda."

Selesai berceramah pendek si perempuan rebah dengan mulut herot. Bila diperiksa selepas matinya, ada darah membeku di otak.

Sehari demi sehari si lelaki sunyi tanpa si perempuan. Tanpa bergenggam tangan menghayun ke depan belakang berjalan dengan derap sama ke tepi longkang. Tanpa muka penadah asap bentuk hati. temannya cuma batang-batang putih dari kotak merah yang disemat kemas dalam poket baju. Lalu disedut hembus sedut hembus batang-batang putih itu tanpa henti dan ditiup asap bulat, dan dipotong bahagian atasnya dengan jari telunjuk lalu jadi bentuk hati. Cumanya tiada muka si perempuan, lalu asap bentuk hati hilang dibawa angin.

Sepuluh hari kemudian, si lelaki sitemui rebah dengan mulut herot... dan bila diperiksa selepas matinya, seperti diduga ada darah membeku di otak.

7 comments

March 27, 2012 at 9:09 PM

kispen pesanan khidmat masayrakat ke ni?

March 27, 2012 at 10:30 PM

boleh guna pakai buat kempen ni.. =D

March 27, 2012 at 10:43 PM

Woohoo smart! Aku suka kispen ini, bagus kalau diberi sebagai Surat cinta kepada sesiapa yang merokok tahap tegar namun touching sangat kerana kedua-duanya sehidup semati...kalaulah Ada pasangan begini, nak aku jumpa...

March 28, 2012 at 11:23 AM

wow.

"ye ke orang yg bau asap rokok boleh mati" hati mot berfikir

"ye la. kan dia dah tulis kat situ" otak mot jawap

"tapi rasanya lebih ramai orang mati eksiden dari mati sbb asap rokok" hati mot tambah lagi

"dia mati sebab dia asyik tadah muka dia kat asap rokok tu" otak mot jawap lagi

"kalau kita jadi penulis sure kita akan ubah citer ni buat ni" hati mot bebel lagi

"jgn nak menggatal. biarla. kispen ni bagi pengajaran apa" otak mot sambut

"kejap je bebudak ni insaf. waktu lunch ke dinner kang tgk la. berebut bakar sebatang" hati mot berlalu pergi

March 29, 2012 at 12:55 PM

comeyl kispen niyh...ade pesanan yang disampaikan....

okeyhh..tak tahu nak cakap ape...
just sweet...

Anonymous
March 29, 2012 at 4:11 PM

Ni barulah osem.. sehidup semati katekan..haha

March 30, 2012 at 6:56 PM

perghh...
ini genre romantik cynical ke?
hehehe..:D
tapi, best..:D

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...