Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, March 21, 2012

Twitter

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Vee


DIA suka twit. Dah banyak kali aku cakap, jangan twit...jangan twit, dia twit juga. Dia buat juga benda yang aku tak suka. Aku bukan anti teknologi, malah aku pun techmaniac sebenarnya. Kalau boleh aku nak technology bangunkan satu perisian supaya aku boleh berinteraksi dengan orang dalam televisyen, boleh bercumbu mesra dengan mana-mana wanita cantik yang aku tengok dalam tv.

Aku suka tengok Lindsay Lohan tu, walaupun badannya berbintik macam berkulat, tapi aku suka tengok dia yang bodoh keluar masuk penjara. Aku suka dan aku wish one day nanti technology maju supaya aku boleh berbicara terus dengan dia. Berbalik kepada perempuan yang suka twit ini, aku bukan halang dia twit sesama geng dia, tak..aku tak halang pun tapi aku bengang sebab dia twit benda yang bodoh. Bodoh alang, bodoh gila babi, bahkan aku rasa babi lebih cerdik dari dia.

Dah korang cuba bayangkan kalau setakat twit macam ni:
"...aku masak nasi, malas nak masak lauk, goreng bilis je lah...haishh!"

Tak ke bodoh tu namanya. Kadang kala tahap bodoh dia mengalahkan lintah bendang. Semua benda nak ditwitkan..dowh! Aku pernah hangen sebab dia pernah twit bagaimana aku penetrate masa main dengan dia..gila kan...benda dalam kain pun nak twit..aku tahu dia tak twit direct tapi tetap memalukan.

Dia twit begini:
"..ahh puas tau main subuh subuh morning gini..."
Damn stupid!

Kalau korang cek kamus, twit tu maksudnya memang bodoh kan...sah-sahlah pentwit ini adalah bodoh..dan dia ini kelulusan luar negara tapi kegilaannya terhadap kerja twit mengalahkan pekerja asing yang jadi buruh kasar di Malaysia ni.

Setiap jam dia dengan twitternya. Aku balik kerja, dia sengeh depan hpnya yang canggih, aku tahu dia layan twitter. Aku nak tidur malam pun dia masih layan twitter. Aku malas dah nak ambil tahu apa yang dia twitkan. Sebab aku dah ada 'kerja' lain nak buat.

"Sayang, I ada meeting dan kursus di luar daerah selama dua minggu..so jaga diri tau.."
"Oh ya ke, kenapa tak beritahu awal-awal? Boleh I ambik cuti dan ikut U tau dear."
"Ek tak pe, kalau boring atau sunyi, U boleh twit kan..twitter kan ada.."
"Oh ya, apa-apa hal cek kat twitter tau..muahh!"
Kucupan hangat sayang dia singgah di pipi aku. Dia tak tahu aku nak pergi bercuti dengan bini baru aku yang tak akan sekali-kali menghadap twitter!

Dia nak twit berjuta kali dalam sehari, lantaklah..sebab aku pun akan sibuk semasa keluar berkursus ini, aku sibuk sebab nak 'ajar' bini yang baru aku nikahi ini bagaimana menjadi 'pentwitter' yang excellent setiap kali ingin 'twitter' dengan aku....hahaha!

19 comments

March 21, 2012 at 9:39 PM

lain dari yang lain

March 21, 2012 at 9:50 PM

selmat aku tak suka twitt... ahahah. Aku suka blog je.. keh keh keh,.=P

March 21, 2012 at 10:17 PM

kahkahkahkahkah, amekaw!

March 21, 2012 at 10:21 PM

tadi aku tengok dia twit emosi giler..
aku rasa dia follow bini baru kau kot..
kakaka

March 21, 2012 at 10:57 PM

Aku ok jer dgn twitter tapi kalau twit benda bodoh bangang macam tu, memang poyo!

March 21, 2012 at 11:20 PM

hahaha..

nak pinjam ayat amamot jap,
gila kentanglah kispen ni..:DD

macam real sungguh ni..:D

March 22, 2012 at 7:49 AM

ajaran yg bagus tuk bini sebegini :P..

March 22, 2012 at 7:51 AM

wah gua bernasib baek.gua langsung ta layan twitter.

**ai bukan retis yu nak twit2 nie.peace!!

March 22, 2012 at 7:55 AM

ye...abang bro pun tak reti twitter dan bukan retis hahaha...

March 22, 2012 at 8:03 AM

Hahahahaha... Win!

March 22, 2012 at 12:06 PM

tak suka tweet, facebook dan sewaktu dengannya

lebih sukakan perbualan sebenar :D

cute story :D

March 22, 2012 at 3:00 PM

haha. "giler kentang" lagi.

"eleh. memang la laki dia cari bini baru yg tak pandai dunia IT. sebab takut rahsia terbongkar" otak mot perli

"ha ah kan. kalau tak sure jadi cam suman. sure bini dia main poke2 ngan dia pastu update kat twitter i baru poke my luv" hati mot sokong

"pastu bini baru lak kata jom kita main osom jom" otak mot lak sampuk

March 22, 2012 at 3:07 PM

adoilahai... akak ni buta twitter. so akaun dah off. senang. blog retilah...

ps: zaman teknologi tolong jgn teknologikan dunia dan akhirat di bawah satu landasan... bagus citer ni. pendek tapi realiti ada ja berlaku... geng sparrow lagi? haish...

March 22, 2012 at 3:08 PM

@Amamot
alah... cenggana amamot boleh hafal semua watak utama sparrow ni? eeeeeeeeeeeee... aku mcm jeles... takda org hafal citer aku ke? *poyo aja nak jeles dengan anak buah sendiri...* hahahahaha...

March 22, 2012 at 4:47 PM

amek.. kawen baru terus..


utamakan keluarga..heboh nk tweet, laki terabai..

pasni blh tweet
"hubby i da nikah lain.. grrrr"

March 22, 2012 at 4:52 PM

@Bidadari Syurga

"dulu kan cikgu mot ada kata orang lebih mudah mengingati 1 kejahatan berbanding ngan 10 kebaikan yang kita buat" otak mot bagi alasan

"betul. betul. watak yang cik CB buat tak da yang jahat2. tu yang kita nak ingat tu" hati mot lak pujuk

"ha ah. tapi ada gak. zain ngan alisya yg gatal. paling mot ingat iskandar yang kentut kecik besar masa tgh karang cerita pasal kuda ajaib" otak mot pancing lagi

"opps. dengan bomoh itam yang ngeri titiba ada kat sebelah" hati mot lak menambah

March 22, 2012 at 10:19 PM

Erm real life begitu

Ending tu agk errr

March 23, 2012 at 5:56 AM

"...dan dia ni kelulusan luar negara tapi kegilaannya terhadap kerja twit mengalahkan pekerja asing yang jadi buruh kasar di Malaysia ni"

Kemain mengutuk bini ye. kekeke

March 26, 2012 at 12:05 AM

haha tuit la lg smpi abaikan tanggungjwb kt suami..cik abg pn cri lain ler..tp syok jugak lyn twitter ni huhu ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...