Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Friday, March 9, 2012

Teman Siapa?

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Moozlee


"Awak, teman saya?" Zu memandang wajah tunangannya penuh mengharap dengan senyuman mekar.

"Errr..awak nak ke mana? Saya bukannya tak nak tapi.."

"Bola. Ok, paham." Zu memintas cakap tunangannya itu sebelum sempat dia menyudahkan ayat.

Kepala yang tak gatal digaru maha hebat oleh Zack. Bukan sekali dua dia menidakkan ajakan tunangannya. Bahkan sudah seratus dua kali. Tapi, ini kali yang ke dua ratus lapan puluh enam kali Zu memaafkan dirinya.

Jiwa dan raga telah Zu serahkan kepada Zack. Segala cinta dan rindu hanya milik Zack. Begitu juga Zack, segala kasih dan sayang dihamparkan di atas seluas padang nan menghijau. Sehijau cintanya terhadap sebiji bola yang bulat yang hanya pasrah ditendang dan diterajang.

Zu memberikan senyuman semanis kurma ke arah Zack. Menyatakan restunya dari dalam senyuman. Zack membalas senyuman Zu dengan sepenuh rasa direstui. Kemudian matanya mengarah ke arah bola yang sedari tadi dalam dakapannya. Senyuman paling indah dihadiahkan buat benda yang tiada bernyawa tiada perasaan itu.

Saat berganti minit, minit berganti jam. Jam berganti hari, hari berganti minggu. Perasaan Zu terhadap Zack tetap satu bahkan jitu. Sekian hari dinanti-nanti tanpa dihirau lagi. Bola tak berganti begitu juga kasut bola. Masih tetap yang sama. Masih yang setia. Cuma, Zack tersedar. Zu tidak lagi memintanya menemankan. Ke pasar malam, ke kedai buku, ke rumah orang-orang tua bahkan ke taman permainan. Apakah Zu sudah punya orang lain yang mennemaninya? Zack walang. Sudah sekarang dia mahu menyalahkan siapa? Mahu salahkan bola atau salahkan padang? Mahu salahkan kasut atau salahkan wisel? Salah siapa?

Zu pekakkan telinga, keraskan hatinya. Insan sekeliling mahukan kebahagiaannya. Ya, dengan meninggalkan Zack. Kalau Zu bahagia tanpa Zack di sisi, siapa pula yang bakal membahagiakan Zack? Dia tekad. Dia nekad menunggu Zack. Zu yakin Zack juga sedang menantikan dirinya. Cuma, ah. Dia sendiri tak tahu meyakinkan dirinya sendiri.

Hari berlalu dan tiap hari yang berlalu tak pernah menunggu. Tapi mereka saling menunggu. Menunggu dan menantikan kepastian. Zu menunggu sebuah kepastian yang Zack masih menyayanginya.

Zack tunggu apa lagi? Tak sayangkan tunangkah engkau? Ego letak tepi dahulu. Zack pesan kepada hatinya, ego sudah lama kuletakkan ke tepi. Cuma bola saja yang menjadi pemisah.

"Saya nak temankan awak." Zack menyapa tunangnya di bawah sepohon rimbun.

Zu mengangkat muka sekaligus mengakat kening sebagai signal pertanyaan.

"Ini mungkin kali yang terkira yang saya setuju nak temankan awak. Tapi sungguh kali ni saya nak teman." Zack duduk. Menjarakkan letak duduknya dengan Zu. Dan bola yang setia dikepit ke sana ke mari juga tak ditinggal.

Zu hanya memandang. Memandang dia. Masih sama. Dengan bolanya. Dia mengeluh dalam hati. Melontarkan sebuah senyuman rindu kepada Zack.

"Memang awak sekalipun takkan mampu nak pisahkan saya dengan bola. Saya dengan padang. Itu semua saya." Zack membuka bicara tanpa dipinta. Sambil tangannya menguis-nguis bola. Kalau dia di dalam pertandingan, sudah dikira foul.

"Tapi takde siapapun dapat pisahkan saya dari awak." Zack senyum penuh makna. Bola tersebut diserahkan kepada Zu sebagai tanda penyerahan jiwanya kepada Zu. Jiwanya adalah bola, telah diserahkan kepada Zu.

"Saya gembira. Awak dapat bezakan cinta saya dengan cinta dekat bola." Bola tadi dilontarkan semula kepada Zack.

Kalau tiada bola, tiadalah Zack. Tiada Zack, tiadalah Zu.

8 comments

March 9, 2012 at 9:06 PM

ok aku selalu argue nak lepak kedai mapley time fever melanda... hahahha rela duk rumah seminggu ok... huh...

ps: i like endingnya... teringat kat dia. aaarghhhh rindu...

March 9, 2012 at 9:33 PM

Ohhhhooo.... bola itu sumber kebahagian.. hehehe.. =)

*p/s ---> bidadari syurga teringat kat siapa?@_@

March 9, 2012 at 9:51 PM

@reenapple
oooo kwn lama yg dah jumpa DIA... :)

March 10, 2012 at 2:04 AM

'mahu salahkan bola atau salahkan padang? Mahu salahkan kasut atau salahkan wisel?'

sanggup salahkan benda tak hidup tu daripada salahkan diri sendiri haha. apapun aku suka ni.

March 10, 2012 at 5:03 PM

KALAULAH RAMAI GADIS DI LUAR SANA BERHATI SEPERTI ZU :')

March 10, 2012 at 9:20 PM

kalau hati sudah mahu, bola, padang, kasut, ego...semua ke tepi..yang penting adik manis abang sayang depan mata...

March 11, 2012 at 1:30 AM

mungkin sudah rukun bercinta..
penyerahan jiwa terhadap suatu perkara kena ada.. =)

March 12, 2012 at 11:38 AM

makan bola tido bola

"ye..kite suka makan coklat bola tu" hati mot berbunga riang

"coklat bola? tak penah dengar pon" otak mot ligat pk

"esok kite adiahkan kat awak" hati da otak mot jalan seiringan. buat pertama kalinya mereka dua2 ada persefahaman. COKLAT.

ahhh. out of topic la mangkak dua ekor ni. pa pe pon cite ni best.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...