IU
Seorang kanak-kanak terkaku melihat seorang perempuan yang amat cantik di hadapannya. Kulitnya putih bercahaya. Bajunya berwarna putih dan bercahaya. Rambutnya hitam, lurus dan bersinar.
“Awak siapa?” tanya kanak-kanak.
“Nama saya Puteri. Boleh tak saya nak jadi sahabat awak?” dia tersenyum padaku.
“Macam mana awak boleh masuk dalam bilik ni? Tak ada orang nampak awak ke?” tulus pertanyaan budak berumur 11 tahun itu.
Puteri itu tersenyum. “Shh… ini rahsia kita berdua. awak tak ada kawankan? Saya nak jadi kawan awak, boleh?”
“Tapi, mama saya kata don’t talk to strangers. Awak ni kira stranger lah kan?” telus kanak-kanak itu berkata.
Puteri itu tersenyum. Senyumannya tidak pernah lekang dari bibirnya. Matanya cantik dan bundar. “Boleh saya panggil awak, adik? Ahli keluarga awak panggil adik, kan?” Kanak-kanak itu mengangguk.
“Adik tak nak jadi kawan Puteri ke?”
Kanak-kanak itu diam. Memikirkanya.
“Kita boleh jadi kawan rahsia. Tak perlu sesiapa untuk tahu. Cukuplah Allah tahu.”
“Hanya adik seorang saja boleh nampak Puteri?”
“Ya, hanya adik seorang saja.”
Setahun berlalu.
“Puteri, puteri ni orang bunian ke?”
“Kenapa adik tanya?”
“Sebab puteri bukan manusia. Orang tua-tua kata, kalau cantik selalunya orang bunian.”
Puteri tersenyum. “Bukan, Puteri bukan orang bunian.”
“Jadi?”
“Percaya tak kalau Puteri kata asal Puteri dari kayangan?”
Mata kanak-kanak yang kini berusia 12 tahun bersinar. “Kayangan? Jadi, betullah kayangan itu wujud?”
Puteri senyum dan mengangguk. “Tapi, kayangan yang diceritakan manusia itu tidak sama seperti hakikat kayangan yang sebenarnya. Sememangnya kayangan itu indah. Cuma kami juga makhluk Allah yang dikurniakan tugas.”
Kanak-kanak itu memandang tepat kemata Puteri. “Tugas apa?”
“Satu hari nanti adik akan tahu.” Puteri tersenyum lagi.
Dua tahun berlalu.
“Adik, adik kena jaga solat. Adik kena baca al-Quran. Adik kena buat semua apa yang Allah perintahkan. Kita adalah hamba yang akan kembali padaNya bila-bila masa sahaja, dik.” Puteri mengingatkan kanak-kanak yang kadangkala leka dengan dunianya.
“Puteri, tolonglah ajar adik mengenai agama Islam. Dekat sini, tiada siapa yang boleh ajar adik. Kat sini, semua orang sambil lewa je mengenai Islam.” Kanak-kanak yang baru ingin meningkat remaja mengeluh.
“Tak boleh sayang. Puteri tak dapat ajarkan adik. Adik kena tau, adik tak boleh belajar apa-apa dengan benda yang ghaib yang orang lain tak nampak. Nanti adik akan dituduh sesat. Puteri tak boleh jadi guru adik. Adik kena belajar di tempat asal adik. Iaitu dunia. Kayangan hanyalah tempat adik bermain kerana adik tidak punya teman.”
“Tapi, kenapa?”
“Satu hari nanti adik akan faham, sayang. Yang penting adik kena gigih mencari ilmu. Mendalami ilmu Islam. Adik kena jadi muslimah yang baik dan bagus.” Puteri memberi nasihat sambil tersenyum.
“Adik taukan, yang Allah itu Maha Penyayang? Walaupun adik banyak kekurangan di dunia, tapi Allah temukan kita. Kita dapat bersahabat dan berkawan. Anggap saja ini satu imaginasi. Tapi, biarlah ianya jadi imaginasi terindah buat kita.”
Kanak-kanak itu mengangguk. Benar, selama ini. Puteri adalah sahabat suka dan duka. Puteri adalah sahabat yang sering menasihati dalam lembutnya kata-kata. Biarlah apa orang nak kata, puteri adalah istimewa!
“Adik, ingat dan ketahuilah, bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Peganglah pada kalimah syahadah ini. insyaAllah, Allah akan sentiasa lindungi adik. Carilah ilmu, walaupun ianya sukar di dunia yang penuh mencabar. Dan ingat, jangan terpedaya dengan benda-benda ghaib yang menakjubkan. Kerana ianya adalah perangkap syaitan. Juga, jangan terlalu yakin dengan Puteri, boleh saja Puteri ini menyesatkan. Ingat, bahawa hanya pada Allah tempat adik bergantung dan meminta. Ingat ya, sayang.”
8 comments
ya... adik akan ingat. =)
BOLEH SAJA PUTERI INI MENYESATKAN....
PS: bisa jadi kelak menyesatkan kerana pengembaraan kamu masih jauh... dah alam yg kamu tempuhi itu adalah episod 1 dalam kamus hambaNYA....
nice one... heeeeeeeeeeeee meremang tahu...
...one of a kind? invisible friends?seems like you're special...
peh peh..
unik juga cerita ni..
Islamik dan persahabatan ghaib..
saya suka.. =)
Ada penasihat peribadi....awesome!
unik.. sungguh unik!!
dunia ghaib tu memang ada kan?
mereka juga makluk tuhan..
baik sungguh si puteri itu menasihati si adik :)
*NICE>>> VERY NICE :)
nak kwn dgn puteri jugak!
reen: haha..:)
kak bs: hehehe.. meremang eh? :DDD
abang el: erm...no, i'm not special..:)
api: terima kasih..:)
kak lw: :D
kak na: hehe..err.. no komen.. but thank you..:DD
kak eera: hahaha..:D