Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Tuesday, January 31, 2012

Klise .

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Kau hanya membenci dia, kerana dia tinggalkan kau? Begitu?

"Habis? Tidak cukup dengan sebab itu?"

Kau bersama dia sudah lama. Mungkin tidak selama aku kenal kau, tapi jangka masa nya cukup untuk kau kenal hati budi dia kan? 

"Maksud kau? Aku tak layak untuk membenci dia?"

Bukan aku kata kau tak layak untuk membenci dia, tapi kau perlu yakin dengan jalan takdir dan jodoh Tuhan. Ada sebab mengapa Tuhan pernah hantar dia kepada kau. Selama kau kenal dia, dia pernah buat kau bahagia. Dia pernah buat kau rasa yang dia adalah segala-galanya untuk kau. Kau juga berubah menjadi manusia yang lebih baik, kerana dia. Percayalah pada aku, walau kau putus dengan dia, kau berhutang budi pada dia. 

"Ah, itu semua klise."

Klise?

"Ya, klise. Ide yang selalu saja diterjemah, secara berterusan atau berlebihan, sehingga ianya menjadi satu benda yang biasa, dan paling pun, tidak bermakna."

Ia bukan sesuatu yang tidak baik, bukan? Mengapa kau masih mahu simpan segala benci dalam benak dan terus terlupakan segala indah yang pernah kau gapai bersama dia? Jika benar kau sayangkan dia, simpan saja semua kisah, dan teruskan hidup kau.

"Bagaimana mungkin. Kau terlalu optimis dalam hidup."

Kau pula, apa? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kau mahu semuanya berjalan mengikut acuan kau, aturan kau, kemahuan kau.

"Dan itu bukan suatu dosa kan? Aku mahu sesuatu yang sempurna. Aku mahu sesuatu yang indah, dan baik. Ini bukan soal mengejar kesempurnaan atau apa, ini soal kehendak. Aku ingin memiliki kesempurnaan."

Mungkin kau lupa sesuatu.

"Apa dia?"

Kesempurnaan itu juga adalah suatu klise.

"Biar aku menjadi klise yang ini, daripada aku terus terima klise yang, klise!"

Hahaha. Kau ni rumit orang nya. Apa beda nya klise kau dan klise yang lain?

"Aku tak tahu,"

Kesempurnaan itu suatu klise. Dan seperti klise-klise yang lain, kau juga di akhirnya mahu bahagia kan? Bahagia yang kau kejarkan itu juga sama klise dengan apa yang kau sendiri luahkan tadi. Kau manusia. Aku manusia. Jiwa-jiwa manusia seperti dia, seperti aku, seperti kau, tidak akan pernah akan berhenti mengejar kebahagiaan selagi mana yang terdaya. Usah cuba menjadi sempurna, kerana ketidaksempurnaan itu adalah ruang-ruang sempurna yang harus kau isi sebaik mungkin. Agar nanti kesempurnaan adalah klise bisa merubah kepada klise adalah kesempurnaan.

"Kau sudah temui kesempurnaan kau?"

Sudah. setiap kali aku bersama kau.

"Ah, itu juga klise,"

Biarlah.


.END.

Monday, January 30, 2012

Hadiah Harijadiku

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Macam biasa hari itu aku melaluinya macam hari hari biasa... Aku tak rasakan apa specialnya... Rakan rakan apatah lagi... Hampir tak seorang pun yang nak wish aku dan doakan aku... Aku pun dah biasa takkan aku nak celebrate macam gegurl atau boboi punya birthday kan?

Menyedari yang orang lain tak menyedari hari itu adalah The Day I Was Born. Aku lantas meluangkan saki baki hari siang tadi ke kotaraya. Mungkin ini aku dapat mengubat rasa bungkam dalam jiwaku...


Merono merene... Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan apakah harus aku sambut birthday dengan hati yang kusam begini. Aku melewati lorong lorong kusam di kotaraya. Aku terdengar bahasa yang sukar aku fahami. Aku benci. Aku membentak. Mengapa mereka harus ada berkeliaran di hari bersejarah aku. Wajah wajah asing... Juga wajah wajah yang tak mahu aku pandang. Semacam kesal, sengal dan mual... Mereka datang padaku. Satu, dua, tiga malah aku rasa ramai lagi di belakang sana. Meminta dan terus meminta. Apa kau ingat duit yang aku cari dengan susah payah ini semata mata nak bagi kau?

Kebuluran. Oh aku tidak mahu itu. Aku akan makan sepuas puasnya. Hahahaha... Padan muka mereka. Mencari rezeki dengan tidak ada peraturan. Entah mana asal usul kamu. Aku juga tidak peduli. Yang aku tahu kamu semua mengambil jalan senang untuk meminta minta. Sekurang kurangnya kamu semua berusaha macam aku tahu. Di cerca, dihina dijatuhkan airmuka oleh pegawai atasan aku. Apa kau mahu duit aku?Huh!!!

Aku akan lebih menghargai diri aku. Sesudah membelek belek jam berjenama yang tak mampu aku beli di kedai mahal aku pun keluar dengan senang hati. Mungkin lagi dua bulan aku mampu menyarungkan jam mahal setanding pegawai atasanku. Aku rasa lapar. Macam biasa aku akan teringat satu aksi lucu di televisyen. Rancangan Mr Bean. Ya. Aku mahu buat perkara macam Mr. Bean buat. Korang percayakah?Nasiblah ye... masuk kat satu restoran High Class... Ahhh.. Takdelah macam tu... Aku masuk KFSi je....

"Adik bagi birthday birthday punya meal.."
"Kenapa abang nak celeberate birthday ke?"
"Jangan bagi tahu orang ye...birthday abang yang ke 30 an..."
"Ye ke bang...happy birthday lah ye bang...Errr...abang nak order apa?"
"Hemmmm...bagi abang satu barrel ayam ye..."Terfikir nak bawak balik rumah saja selepas aku sedikit malu kat situ. kat dalam staff kitchen pun asyik senyum perli je kat aku tu aku tengok.

Selepas itu aku pun keluar dan melintasi beberapa orang budak peminta sedekah tadi di kaki lima KFSi...

"Encik...sedekah encik..."

Kata salah seorang dari mereka. Aku mendengus dan menyumpah dalam hati...

"Cehhh...diorang ni sindiket bukan betul pun..."

Dalam kekalutan tersebut entah bagaimana duitku di dalam saku seluar terjatuh di hadapan mereka. Ahhh mujur hanya seringgit cuma. Mereka mengutipnya dan memberi padaku. Aku menggeleng gelengkan kepalaku.

"Terima kasih... semoga encik selamat..." Aku terdengar kata salah seorang dari mereka. Yang peliknya bahasa yang tidak pelat seperti mereka.

Tanpa memandang muka mereka aku meneruskan perjalanan... menuju ke parking motor... Dengan selamba aku lintas jalan ada sebuah kereta laju dan aku tak dapat mengawal diri terus terserembam kat tepi rumput... Nasib baik tepi rumput. Namun satu barrel KFSi itu terletak elok di tepi macam tak ada apa apa pun terjadi. Menyedari yang aku masih okey dan tak ada kecederaan. Lantas aku bangun dan ke kaki lima kedai KFSi. Hari sudah mula hujan dan budak budak peminta sedekah tadi berlindung satu kawasan agar tak kena hujan.

"Nah...ambik makan ye..." Aku menghulurkan KFSi aku pada budak budak itu.
"Terimakasih encik..." Kata mereka tersenyum girang.

Sunday, January 29, 2012

Dah Hujan

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

unEdited
-: Kesinambungan Pesanan Buat Madihah :-


Hujan di luar renyai-renyai. Kasar-kasar gerimisnya mencucur atas zink rumah kampung ini. Sudah seperti irama berlagu bila tup-tap-tup-tap di atap itu bersulam pekik unggas malam. Beginilah hari ini, semalam dan sejak seminggu lepas. Seharipun tiada yang tertinggal tanpa basah; malah semuanya  sebasah malam ini.

Mardiah berseorangan di pinggir tingkap. Mahu disebak luas bingkai tingkap itu takut pulak dengan nyamuk yang tentu buatkan nyenyak tidurnya tersekat-sekat seperti tayangan cerita cetak rompak. Cukuplah hanya mencuri pandang pada bulan yang bersabit di angkasa sana di celah-celah bingkai tingkap yang renggang sedikit itu.

“Melayan hujan seorang ya Acik?” oh, umi. Wanita lewat 50-an berkurung lepas berkerudung ungu itu mendekati Mardiah dan duduk berselindung lengan pada belakang Mardiah.

“Acik ada hujan saja umi” dan lembut dialih kemas duduknya untuk biar bahunya menumpang tongkat bahu uminya itu, dan kemudian turun lagi; berbantalkan peha umi, sambil menumpang selesa seorang umi yang tidak pernah kurang dalam senyum-biarpun bertegas.

“Acik kan ada umi” sambil dilurut rambut anak daranya yang seorang ini. Manjanya tak tumpah seperti manja umi dengan Tok Nek ketika Allahyarham masih semuda umi dulu. Oh, Al-Fatihah untuk Tok Nek.

“Kalaupun umi bukan hujan yang lerai satu-satu untuk Acik menumpang duduk untuk basahkan tubuh Acik yang panasnya tak pernah reda; sekurang-kurangnya biarlah umi jadi dedaun keladi yang boleh Acik tampungkan gerimis-gerimis itu jadi tasek untuk Acik tumpang rehat ketika panas nanti” Mardiah hanya senyum. Dia tahu, di peha umi inilah tempat terbaik untuk dia diceramahkan tanpa pernah terbit bosan.

Umi memang seperti itu. Kalimahnya selalu tersusun lembut, tapi penuh makna. Waktu kecil dulu selalu Mardiah bisingkan yang umi berbahasa macam orang filem, tapi itu yang dia rindukan kini bila berjauhan. Bila tercampak seorang-seorang di bumi Tuhan yang lain mencari segaris pengalaman untuk dipatah-patah buat galah mengait buah haruman hidup dunia.

“Acik rindukan Angahlah umi”

Ya, Angah. Kak Mardihah. Mardihah Bt Abdul Halim. Seorang lembut jiwa yang begitu rapat dengan Mardiah. Lebih rapat dari kuku dan isi. Mereka ibarat kembar yang lahir berselang tahun. Cumanya, Allahyarhamah dah pergi dulu. Seminggu lalu. Dan sejak itu bumi kampung ini terus-terusan gerimis tak henti. Barangkali, bumi ini juga sayangkan kak Mardihah seperti Mardiah juga.

“Semua kan ketentuan Maha Kuasa, Acik” ada bunyi berat dalam kalimah ibu. Ibu tidak seperti langit ini. Dia jarang menangis sejak seminggu lalu. Barangkali ibu sudah kehabisan derai matanya untuk rutin sujud-sujud qiammulainya. Atau, ibu lebih bijak mencari sudut di bumi ini untuk lepaskan sebaknya dari Mardiah dan langit bumi. Oh.

“Hanya hujan ini yang tinggal untuk Acik, Umi”
“Umi kan ada” dan terus di angkat bahu anaknya dan dirangkul kemas.
Dan malam itu terus gerimis.

***
Roti bakar beralas mentega dan lapisan kacang sudah siap di atas meja. Tinggal air kopi ‘o’ saja yang masih digodek-godek Mardiah di meja dapur.

“Abang Ngah makan la dulu ya. Kopi Acik dan nak siap nih” pelawa Mardiah pada Amir yang baru turun ke dapur. Abang iparnya yang kemas berkemeja kelabu lengan panjang itu pelahan menarik kerusi meja makan, dan duduk dengan penuh tertib.

“Itu saja yang Acik sempat siapkan ya Abang Ngah. Ni kira ekspres la nih. Maaf ya” dan Amir hanya membalas dengan senyum pada adik ipar tunggalnya. Hanya Mardiah dan Allahyarham Madihah yang menjadi teman hidup Umi Khatijah selama ini. Ayah mertuanya hanya dikenali dari gambar-gambar pegun lama yang jelas pun tetap kabur untuk dia. Dulu dia sendiri pernah bertanya kenapa hanya ada Angah dan Acik, mana Alongnya? Rupanya, Along adalah gelaran pada janin 3 bulan yang gugur di kandungan Umi Khatijah beberapa tahun sebelum Madihah hadir.

“Eh, Abang ngah tak makan?” oh, mengelamum pulak.
“Acik tak makan sekali” tegur Amir pada Mardiah yang sedang mengisi cawan putih Arcopal berlapik itu dengan kopi yang disediakannya tadi.
“Acik makan dengan umi nanti ya. Abang Ngah makan dulu ya” dan terus Mardiah hilang di balik gobok-gobok dapur. Yang tinggal untuk Amir waktu itu tak lebih dari kokok ayam jantan di luar, dan jam Seiko di pergelanggan tangannya.

Oh, sudah pukul 7.15!

Dihabiskan kopi yang suam panas itu dengan lekas teguk, dan dia terus hilang ke hadapan. Kerja bukan hal untuk dilewatkan. Dan dia tak pernah lewat ketika Madihah ada dulu, jadi kenapa harus lewat sekarang, kan?
Madihah.
“Sayangku Madihah” al-Fatihah.

***
“Masak asam pedas ya Ikan Kembong ni Umi?”
“Masak la. Itu kegemaran Abang Amir kamu pun”

Sibuk dua beranak itu di dapur. Berbahasa pun hanya bersahut dengar tanpa sekilas pun pandang lari dari siang ikan, dan siang sayur di depan mata. Kata orang, bercakap tanpa pandang itu tidak ikhlas. Tapi ye lah, lain padang lain belalang. Lain keluarga lain cita rasa. Pada Umi dan Mardiah, asalkan keduanya tahu apa yang nak disampaikan, sudah. Kot kalau nak cerewet pun Kak Ngah la. Kak Madihah la yang cerewet. Dan sekarang, cerewet itu yang dia rindukan. Oh.

“Kalau ada Angah, mesti dia yang masak Ikan Kembong ni kan Umi”
Umi terdiam. Pisau menyiang kangkung di tangan pun turut diam. Ah, Madihah.
“Acik pun boleh. Acik kan anak umi juga” cuba memujuk diri. Memujuk dia dan Mardiah sekali, barangkali.
“Tapi Acik bukan Angah”

***
Enam bulan dah lepas. Bumi sendiri bisa kembali hijau bila asyik bersiram gerimis barangkali. Sebak Mardiah dah mula surut. Bukan dilupakan pada yang pergi, tapi menghormati keputusan Maha Esa, dan berdikari untuk berdiri sendiri.

Pada Angah dulu dia menumpang kasih yang tak kurang. Menumpang teduh bila hati dilanda hujan bah kehidupan. Menumpang gelak bila tawa tak tertahan pecah, dan menumpang paut bila jatuhnya terlalu pedih untuk ditanggung sendiri.

Sekarang semuanya dia sendiri. Oh. Ya, Umi ada. Tapi Umi sendiri sudah terlalu terbeban dengan rindunya pada Angah, jadi biarlah dia sendiri yang menanggung hidup ini. Lagipun, sampai bila harus bergantungan, sedang timbang tara akhir nanti pasti sendiri-sendiri juga.

“Kamu tak mahu bernikah Mardiah?” itu yang disoal ibu semalam.
Soalan yang kelihatan sama dengan soalan rutin umi sejak dia berkerjaya di wilayah sesak manusia ini. Tapi, soalan Umi semalam ada lain dari biasa. Umi selitkan harapan dan impiannya. Tapi, sampai mana impian Umi itu impian dia sendiri?

Sampai sekarang Mardiah mendiam, dan diamnya jadi sebisu talifon yang sengaja dimatikan. Sedikit pun tak menguit, apatah lagi berdering.

***
“Terima sajalah Mar. Paling tidak, kamu dah kenal orangnya”
“Dan sebab kenal lah aku jadi takut” badan Mardiah di hempas penuh emosi ke perbaringan. Ruang sunyi rumahnya itu dari tadi berisi suara dia berbalah dengan Suhaila di talian. Berbalah? Oh, berbincang barangkali. Sebab dia sendiri yang memanggil Suhaila untuk mendapat kata dua, tapi rupanya dia yang berkata lebih dari Suhaila.
“He has everything my girl!”
“Cause He is everything, i always say no!”
“Tapi engkau sayangkan dia kan?”
“As in law, yes. I love him with my everything. But, beyond that; No!”
“Hang tak rampas hak sesiapa Mar. You deserved that great guy for your life too!”
“If that is yes, still no for him”
“Benci sangatkah dengan dia”
“Benci? No. I love him. But, that is it!”
“You love him the just say yes!”
“No. I cant. He is my only brother in life, i just dont want to lost him. I just want him as he is right now”
“Dan dia sendiri yang percaya hang is the best for him kan?”
“Oh, i dont know. Mungkin Umi yang trap semua ini”
“Eh, ini hal hang dengan Amir lah, kenapa Umi pulak hang drag sekali”
“Who know. Maybe Umi yang engineered all this things”
“Ok. Put the dot on that speculation. Now focus on you and him. Only you two”
“But i cant. Allahyarham Angah will always there too!”

Dan kali ini Suhaila terdiam. Hanya dengus suaranya yang berbaki di hujung talian. Mardiah sendiri sedikit lega. Dia tegang dengan makluman Umi pagi tadi.

Masakan pernah dia berfikir yang Abang Amir akan merisik untuk meminang dia hanya pada detik genap enam bulan Kak Madihah pergi. Tak sayang kah Abang Amir pada Kak Madihah selama ini. Mana dia simpan semua sayang dia?

“Maybe he love Late Madihah too much then he spread the love to you!” suhaila beragak-agak di talian. Kali ini Mardiah hanya senyap. Dia hilang jawap. Yang bersarang di fikirnya hanya itu ini yang tiada pangkal dan hujungnya. Semuanya bersirat nak bersimpul tanpa ada punca untuk di leraikan satu persatu.

Dan malam menjadi lebih gelap dari malam yang selalu. Gerimis sendiri dah berhenti. Barangkali bumi juga sudah lupakan Kak Madihah. Umi pun dah lupakan Kak Madihah, sama macam Abang Amir. Semuanya buatkan Mardiah gila. Gila dengan dunia.

“Mardiah, are you stil there”
“Ya, I am”
“Jujurnya aku tak mahu kusutkan kamu Mardiah. Aku sayangkan kamu seperti sayang aku dengan diri sendiri” dan itu Mardiah tahu. Suhaila lebih dari seorang kawan semenjak Kak Madihah pergi. Dia dah menjadi Kak Madihah baru untuk Mardiah. Dan untuk itu, hanya sahabat yang ini dipercayainya selepas Umi dan Abang Amir. Umi dan Amir? Ah, sekarang Mardiah hanya ada Suhaila. Hujang pun sudah tidak ada. Semuanya hilang. Oh.
“Terimalah pelawaan jujurnya Diah. Allah itu Maha Tahu kan?”

Mardiah hilang kata untuk itu. Hanya seberkas air mata pecah di empang matanya, dan lerai satu persatu menjadi corak birai di pipinya. Oh, gerimis ada lagi; di sini.

***
Hari ini genap seminggu dari panggilan Umi yang lepas. Masa untuk Mardiah berfikir sudah suntuk. Janji untuk pulang memberi jawapan sudah dilangsaikan. Cuma jawapannya tak berbuah dari katanya.

Kini, ada Mardiah dengan Umi di ruang tamu, dan dua cawan kopi ‘o’ yang Mardiah buat sendiri. Kelibat Abang Amir tak ada. Walaupun sudah kehilangan Kak Madihah, Abang Amir masih duduk di kampung menjaga Umi, kerana hanya ada Umi dalam keluarga Abang Amir yang sebatang kara itu. Dan kemudian ada Mardiah. Sebagai apa?

“Acik dah buat keputusan Umi” dan senyap. Umi hanya redup memandang. Sejak dari dia sampai di kampung tadi, Abang Amir terus-terusan tidak kelihatan, dan Umi tidak sepatah pun menimbulkan hal ini. Barangkali mahu dibiarkan Mardiah untuk tidak terganggu dengan influensasi lain dari keputusan sendiri. Itu lebih baik pada fikir Mardiah. Setidaknya, biarlah dia yang dianya sendiri berdiri atas keputusan ini, dan bukan sesiapa. Untuk itu, Mardiah dan bersedia.

“Acik tolak ya, Umi” dan wajah Umi sekilas naik bertembung dengan pandang Mardiah. Dia hilang suara untuk bertanya lanjut. Pada pandang dua beranak itu hanya ada kosong. Dan kosong itu terlalu bingit dalam kesunyiannya.

Oh.

Dan pelahan ibu genggam tangan Mardiah, sebelum lekas dileraikannya dan bangkit melangkah ke kamar. Tinggallah Mardiah dan cawan-cawan kopi ‘o’ tak terusik di meja kopi; dan sunyi malam.

Oh, gerimis, malam ini kamu tak mahu lerai lagi?


ps: Kispen ini adalah yang kispen yang terakhir bersiaran untuk Slot Sunday. Mulai Februari 2012; Ke semua Kispen Guest Writer yang telah-sedia diberi tarikh akan bersiaran mulai Isnin - Jumaat@9:00 PM. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua.

Saturday, January 28, 2012

Attention: Hello 's'

3:28:00 PM | Best Blogger Tips
--: Pengumuman :--

Secret 7 Writer tanpa s
Ada orang tanya; Kesilapan grammar Secret 7 Writer tanpa 's'. 

Sejarahnya macam ni; 1st time aku bangunkan Secret Writer then penambahan 7 dicelahnya berlaku selepas blog dibangunkan. Sebarang pertukaran atau penambahan 's' pada setiapnya kelak akan menyukarkan GOOGLE SEARCH Blog kami. So...

PERUBAHAN akan berlaku hanya pada 3 bahagian; HEADER BLOG/ SIDEBAR/ ENTRY secara berperingkat-peringkat pada perkataan Secret 7 Writers itu sendiri jika digunapakai kelak. 

TIADA PERUBAHAN akan berlaku pada TITLE BLOG / LINK URL/ FB PAGES/ TWITTER/ FORUM/ CHATROOM dan EMAIL.

Harap maklum. So korang tak perlu setting balik bloglist korang sebab tak terjejas apapun.

ps:  Buat Sparrow dan Lady Windsor thanks sebab sudi bersama kami memeriahkan genre. Tunggu penampilan sulung Sparrow; Saturday dan Lady Windsor; Sunday pada FEBRUARI 2012.

Wednesday, January 25, 2012

Angan Yang Indah

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


“Terima kasih sayang…”, bisik Kamarul.

Kamilla hanya tersenyum, senyuman yang lebih manis dari hari-hari yang sebelumnya. Seminit dua, mereka membalas tenungan tanpa mengucapkan sebutir patah kata. Hati wanita mana yang tidak gembira setelah selamat diijabkabulkan dengan lelaki yang dicintainya. Kini, yang haram sudah menjadi halal. Jika dulu hanya bisa berpegangan tangan, tetapi kini sudah boleh diusap belai. Arghhh… semakin manis senyuman yang terukir, menampakkan barisan giginya yang putih dan sepasang lesung pipit yang kecil.

Dalam pada itu, sempat Kamilla berangan memikirkan bayangan kehidupan dia dan Kamarul kelak setelah punyai anak pengikat cinta. Pasti gembira. Pasti bahagia.

“Awak gembira? Bahagia dengan saya?”, Tanya Kamarul setelah sekian lama dihimpit kebisuan.

Hanya anggukan yang diterimanya dari Kamilla sebagai ganti jawapan. Ya, sudah semestinya Kamilla benar-benar bahagia kini. Lihat sahaja pada senyuman yang tidak pernah lekang itu. Seolah-olah menggambarkan kebahagiaan yang tiada taranya.

Hampir sepuluh minit berlalu, namun Kamilla masih diam membisu. Senyuman yang tadinya mampu menenangkan pandangan mata kini membuat Kamarul keliru. Makanan yang sudah terhidang juga kian menyejuk.

“Uittt makcik… berangan yee..??”, sergah Kamarul seraya menarik hidung kecil Kamilla, tunangannya. Masak benar lelaki itu dengan tabiat Kamilla, si Ratu Berangan.

“Eiii… sakitlah awak… mana ada kita berangan”. Kamilla muncung. Sengaja dia memberi reaksi sebegitu, menyembunyikan rasa malu. Aduhhh… warung tepi jalan pun bisa jadi port untuk dirinya berangan.

Potong stim betullah mamat ni… Kita tengah syok berangan tadi… Iskkk… Gumam Kamilla dalam hati, sambil tangan mencarik-carik roti canai di hadapannya.

Monday, January 23, 2012

Waktu Engkau Menghembuskan Nafas Terakhirmu Di Saat Cinta Ini Terus Hidup Kekal Di Sana...

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Aku pun ada seseorang di sana ...Aku tak pernah melupakannya malah bila aku jatuh bangun aku sering ingat pesanannya...Aku tak pernah terlalu tersentuh sebegini...Aku tahu dia selalu bersama aku...Segala galanya di dunia ini aku pandang dengan mata dia...Terlalu jelas sekarang...Bagiku yang berdiri teguh selama ini adalah semangatnya...Aku ialah dia..Aku berdiri di sini dan dia tetap bersama aku...

Bau ubat ubatan di hospital ini mengingatkan aku pada...Ya..kematian...Mungkin apakah itu destinasi terakhir yang aku sedang tuju sekarang? Perasaanku untuk hidup di dunia sudah hampir tiada lagi. Terasa lemah selemah lemahnya segenap pelusuk tubuhku. Beberapa ketika kemudian tampil seorang jururawat mengambil tekanan darahku. Akibat terlalu kerap mengambil sedatif, tranquilizers dan pain killer aku sudah tidak berada dalam sedar aku lagi. Aku merasakan dunia ini terlalu sunyi. Bagaikan sunyi itu sendiri adalah mati. Apakah semua orang yang mengenaliku sudah tahu mungkin aku akan di jemput nanti? Aku pasrah. Aku berserah. Aku sudah lama di sini. Sudah hampir dua minggu. Tiada tanda tanda yang aku akan pulih kembali melainkan kembali bertemu penciptaku. Tidak. Aku tidak berputus asa. Aku cuma berserah pada takdir. Aku tahu kaum keluargaku ketika ini mungkin ada yang bersedih dengan keadaanku. Airmata yang mereka titiskan tak mungkin dapat menolak ketentuan takdir. Inilah takdirku.

"Izmir...awak Izmir..."Bunyi satu suara mengejutkan aku dari terus lena.

"Saya doktor yang merawat awak...Status peringkat sakit denggi awak masih di tahap pertama...namun awak terlalu lemah..." kata seseorang bernama doktor Shukrie.

"Terimakasih doktor..."Jawapku lemah sambil pandanganku berpinar pinar. Aku hampir tidak dapat mengenali sesiapa di waktu begini. Sudah tidak ada lagi keindahan. Hanya menunggu dan menunggu. Tubuhku sudah terbit bintik bintik yang memungkinkan aku akan masuk tahap ke dua. Denggi berdarah.

"Esok kita lihat lagi..You okey atau tak...Nyamuk ni jahat gigit sama you..."Gurau doktor Shukrie cuba menceriakan suasana sepi dan muram didalam bilik yang tiada orang.

Penghuni bilik itu asalnya 4 orang. Dua orang sudah meninggal dunia dan seorang telah di tempatkan dalam wad ICU. Tinggal aku seorang di dalamnya menghitung nasib. Mungkin nasib aku juga sama seperti mereka.

Malam itu aku tidur. Esok menentukan hidup matiku. Jika esok aku masih hidup lagi aku akan meneruskan hidup ini. Jika aku tak sempat menjengah suria esok pagi. Aku redha...

Malam itu aku seperti sebelumnya. Aku disuntik lagi dengan segala macam ubat. Rasa lemah seluruh tubuhku. Aku masih mengingati aku akan mati esoknya. Aku lena juga akhirnya.

Di dalam lenaku aku seperti hilang. Entah di mana diri aku. Aku memang hilang dan aku memang ghaib. Aku sudah tiada dalam jasadku lagi. Aku entah di mana mana. Semuanya kabur dan putih. Ya .Putih. Lambang kematian. Aku semakin menghampirinya. Jika selama ini aku sering digambarkan ketakutan menghadapi kematian. Namun sekarang aku sudah menghampirinya. Aku hanya mahu mati.



Aku tak pernah mengira dosa dosaku lagi. Padaku segala dosa dosaku sudah full stop kan dengan taubatku. Apa yang aku nak kesalkan lagi. Tak ada sesuatu pun boleh aku buat kini.Tiada kesalan tiada rintihan. Aku akan tetap kembali padaNya. Aku sedar itu. Aku bersyukur aku mati. Aku tidak di bebani dunia lagi. Aku tidak akan menafikan kematian. Jiwaku tenang saat ini. Aku tahu limpah kasihNya. Seseorang yang mati akibat sakit teruk akan menemui syahid. Aku masih dan masih mengharap belas kasihanNya.
..............................................

Seseorang masuk ke dalam bilik. Dengan senyuman manisnya. Name tag bernama Noriah telekat di baju jururawat nya. Dia lantas meminta kebenaran untuk memandikan aku. Dan dia terus menanggalkan baju aku selepas itu dia mengelap badan aku dengan kain basah. Aku malu pula. Ya Allah.... Aku masih hidup lagi. Aku masih diberi peluang menebus dosa dosaku. Ya Allah. Aku bersyukur padamu ya Allah kerana kau masih lagi memberi aku rahmatmu.

Sunday, January 22, 2012

Bunga-Bunga Matahari

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips

theunedited@gmail.com



“Konvo nanti, nak bunga matahari dari awak ya” Sambil membelek intai pada bunga-bunga yang berderet susun di ruang itu. Cukup indah susunnya; bagai ada bibir yang senyum penuh sopan di balik susun lesung pipit halus.

“Bunga matahari? Kenapa pulak?” Basah kata itu luncur dari bibirnya. Lembut mendayu tutur tapi tetap dengar jelas.

“Ah, Awak kan matahari saya?” Tersipu. Kemerahan pipi sedikit jelas kali ini dan kaca mata bersinar bagai bahagia dalam tuturnya; tersenyum.

“Kalau saya sendiri matahari awak, buat apa lagi awak idam impi sepemeluk bunga matahari yang ini lagi” Ah, dia ni kan!

“Yalah, awak tak pernah tunjukkan yang awak sayang saya. Awak tak pernah jelas terang tunjukkan yang awak benar mengasihi saya dan betul mendalami rasa cinta pada saya. Biarlah nanti ini buat galang ganti pengikat rasa yang saya alami dengan awak nanti”

“Gagal pun saya tunjuk pada awak tetap awak faham paham susun jiwa saya bagaimanakan?. Seperti juga matahari, tak perlu ada notis dan peringatan harian, tapi sampai saja waktu siang, nanti pasti matahari datang dan menyelimut bumi sepenuhnya dengan dakap mesra jalur cerianya; senantiasa. Saya sendirikan matahari, dan menghijau bumi ini sendiri awak lah. Seharusnya semua ini sudah awak dalam ertinya kan?”

“Bagaimana kalau saya sendiri salah faham. Awak bagai guru yang mendidik, dan saya seperti pelajar terbaik awak yang paling awak sayang. Dan saya sepenuh jiwanya percaya dengan sayangnya awak. Tapi, bila ada ujian segala ujian dan sekalian besar-besar datang menyelinap masuk, saya gagal lulus sepenuhnya kerna saya salah faham dengan apa yang awak didikkan. Saya betul percaya yang awak sayang kan sayang sepenuh nafas yang pernah ada didada awak, rupanya matahari awak mana tahu tidak selebih dari hanya menumpang letak senyum dan sedikit bahagia untuk saya”

“Ah, perempuan memang ada-ada. Suka berkata matahari ini terik sangat bila panas, tapi bila mendung bising-bising tak kan kering baju di ampaian, dan bila saja redup yang benar-benar redup heboh kata yang siang pun gelap sampai perlu ada lampu-lampu. Itu belum kira gerimis lagi, hujan lagi, ribut lagi. Dan bagailah. Ada-ada saja!”

“Dan kalau betul pun yang pasti saja salah itu, lelaki sendiri yang perlukan ada-ada itu untuk melengkap diri sendiri bukan? Kalau tidak, jangan kata awak mahu bercinta dengan lelaki sendiri? Dan jangan kata perempuan lain adalah lain keperempuannya dari perempuan yang lain? Dan tiba-tiba yang lain itu bukan ada-ada sudahnya.”

Tiba-tiba senyap.
Dua-dua membisu dengan perit mencuka. Ulik manja tadi hilang dalam dua tiga mata. berkerdipan Kata orang, kesilapannya dan keegoan pasanganya bisa carik-carik tenang jadi kelibut,; jadi serabut yang berseriat tanpa tahu hujung asal.

Bunga yang dibelek tadi di letak pelahan.
Hati membukam bisu.
Dan semuanya bagai mahu mati kejap-kejap itu.
Ya, mati terus; sebelum berkecai air mata ini luluh turun.

“Awak” Pelahan sayup.
“Maaf” Hanya semudah itu?

“Maaf, kerana saya bukan menari dengan gaya yang awak mahu, tapi, seadanya hati ini benar mahu menari sebagai jiwa saya sendiri dan sebolehnya terbaik untuk awak. Dan untuk ketidak sempurnaan itu hanya satu tanda kesempurnaan saya sebagai seorang insan. Maaflah, takkan ada nafas yang berbaki untuk saya kalau bukan untuk ketentuan dengan jodoh saya. Dan moga itu adalah awak kan? Boleh?” Ah, ada sedikit senyum.

***

Lepas hujan kan ada pelangi.
Cuma, pelangi itu takkan lama; hilang bila bias-bias basah itu kering dengan apa saja alasan, dan bisa hujan atau panas terik lagi.

Jadi bersedialah.

Sang Puteri

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Moozlee


Mulanya angin malam itu sepoi-sepoi sahaja. Cukup indah lagi menenangkan. Melalaikan bagi mereka yang hanyut. Namun, di dalam dada aku ini berombak-ombak tak mahu kalah. Jantung aku berdetak bagai mahu terkeluar. Risau. Khuatir. Kecewa. Sedih. Keliru. Perasaan itu bercampur-baur. Angin yang sepoi-sepoi sudah tidak lagi seperti itu. Angin menjadi semakin deras. Bagai memahami jiwaku yang bergelodak ini. Kepantasan angin menampar-nampar muka aku. Aku biar saja. Aku biar saja hati aku tertoreh.

Aku kuatkan diri untuk bertemu sang puteri yang berjaya menjadi pencuri. Pencuri hati aku. Dia datang tanpa signal mahupun tanda, lantas terus mencuri hati aku tanpa aku sedari. Siapakah dia? Kenapakah dia mampu berbuat begitu? Hati aku terdetik beribu persoalan. Aku terus melangkah menuju destinasi. Aku mahukan dia. Tapi dia? Adakah dia curi hati aku untuk sakiti aku? Sesungguhnya, sakit. Lebih sakit dari angin yang merobek-robek muka aku ketika ini. Angin kelihatan deras. Pohon-pohon di jalanan juga bagaikan dimurkai oleh angin pada malam itu. Bintang tak bersinar. Bulang pun hilang. Segala keindahan lenyap bagaikan memahami jiwa aku yang sedang kacau. Aku tak mahu menangis. Biarlah aku tersiksa di batin. Aku mahu lihat apa sang puteri mahu bicara nanti. Adakah dia masih dengan pembohongannya yang maha hebat? Aku tunggu, sayang.

Baju aku terkena rintik-rintik gerimis yang tiada rasa simpati. Kesejukan aku walau dibaluti sehelai perca. Aku lihat sang puteri menanti diri aku di bawah rendang pohon. Aku menangis di dalam. Aku tak sangka kau curi hati aku untuk dijadikan mainanmu. Aku melangkah dekat ke arah sang puteri dengan penuh debaran. Aku turut merasakan debar di dalam dirinya. Sayang, kita kongsi debaran yang sama, tapi kau bilang seseorang telah berjaya menjerat hati engkau. Apakah semua ini? Aku menarik hela nafas dengan panjang. Aku hembuskan perlahan nafasku sehingga sang puteri menoleh ke arah aku. Dia kelihatan sugul. Matanya sembab nan berair. Aku tak mahu lihat kau begini, sang puteri, tapi kau khianati aku, apakah ini sang puteri? Dia bangkit menghadap aku. Pandangan matanya terungkap seribu persoalan. Aku menanti jawapan dari hatimu, sang puteri. Jujurlah dengan aku.

"Kau bilang, ada yang dah jerat hati engkau."

Aku memulakan bicara dengan nafas yang tersekat-sekat. Angin tadi masih sederas tadi. Sederas nafasku ketika ini. Aku tatap mukanya dengan penuh kebuntuan. Hidungku mula memerah menahan pedih dari hati. Aku lihat dia tunduk. Terhenjut-henjut bahunya melawan sendu.

Sang puteri mengangguk. Hati aku bagai dipanah petir ketika itu.
Suasana itu sangat dingin dengan kewujudan gerimis. Sedingin perasaan aku terhadap sang puteri.

"Jadi benar tekaan aku. Dia dah berjaya tawan hati kau, bukan?"

Suara aku masih tersekat. Aku berbisik kepadanya, entah kedengaran atau tidak, terpulang. Yang aku tahu, hatinya sudah dimiliki.

Sang puteri mengangguk lagi. Tangannya menekup muka menyembunyikan tangis. Kelelakian aku benar-benar terguris malam ini, sang puteri. Kaulah puncanya. Aku juga punya hati, apakah kau tak mengerti?

"Kau bilanglah pada aku, hati siapa yang dah mencuri hati kau itu, tatkala kau sedang mencuri hati aku?"

Tangis aku sudah mula bergenang. Aku fikir sang puteri mahu membohongi aku tentang semua itu dan buat aku rasa seperti di syurga dengan kebohongannya. Nyata aku silap, dia berterus-terang pada aku tentang kebenaran yang pahit lagi sakit. Aku menggeleng kepala dan masih memandang sang puteri dengan beribu persoalan. Aku mahu tahu, sang puteri.

Sang puteri mengangkat mukanya yang penuh dengan linangan air mata. Sungguh aku tak mahu kau begini, sang puteri. Gerimis tadi pula semakin deras sederas tangisan aku dan dirinya. Peluh yang merintik tadi sudah dibasahi gerimis yang lebat. Dia hela nafas satu persatu.

Dia mengangkat tangannya lalu didekatkan telapak tangannya di dada aku. Bahunya masih terhenjut-henjut. Aku hanya memandang menanti jawapan.

"Hatinya dia ada di dalam sini." Sang puteri berbisik.

Thursday, January 19, 2012

Blog

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

"Hai, saya www dot akuyangcomel dot blogspot dot com". Satu kelas gelak bila mendengar ungkapan pengenalan diri oleh Mazni. "Wei, tak yah nak promote blog la pompuan". Satu suara nakal dari belakang mengusik Mazni. Wajah Mazni merona merah bila sekali lagi dia menjadi bahan gelaka tawa seisi kelas. "Apa ko ingat ni sessi pertemuan blogger ke? Ini kelas Accounting la wei.". Puan Izzah hanya tersenyum melihat gelagat pelajarnya. "Semua orang sila bertenang ok. Masing-masing ada cara nak perkenalkan diri. Mungkin itu cara Mazni. Mana tahu nanti korang boleh tukar info kat blog. Semua orang kan masing-masing ada blog sekarang." jelas Puan Izzah. "Alah Puan, setakat nak show off muka besar gedabak dalam blog buat apa? Pastu tulis emo-emo dalam blog tak ada orang nak baca lah. Pompuan lah selalu buat macam tu." Sungguh lantang Zack melontar kata-katanya. Mazni hanya mampu menahan geram.

Kelas Accounting yang diajar oleh lecturer baru mereka iaitu Puan Izzah berjalan dengan lancar dan begitu menceriakan seisi kelas. Mazni dan teman rapatnya Ain bergegas keluar dari bilik kuliah dan menuju ke library yang terletak di blok bersebelahan. Mazni dan Ain mencari tempat kosong. Ada satu meja kosong di sudut sebelah kiri yang tidak jauh dari pintu. Mazni melabuhkan punggungnya dan membuka laptop nya. "Nak update blog lah tu. Ko nak cite pasal apa eh?". Ain perasan dengan tingkah Mazni. "Ala saje je nak luah. Jom snip-snap jap". Mazni mengeluarkan telefon bimbitnya. Bermacam aksi yang di rakam oleh Mazni dan Ain.

Mazni log in ke account blognya. Jarinya ligat menekan papan kekunci. Menaip sesuatu. Kusyuk. Sekejap dahinya berkerut. Sekejap dia sengih sendiri. "Yeay! Dah post." katanya kepada Ain di sebelah. "Ko update pasal apa weh?" Tanya Ain tak sabar. "Kalau nak tahu, bacalah! Aku nak jumpa Puan Izzah kejap eh. Ko tunggu sini." Mazni meninggalkan Ain. "Wei blogger show off!" satu suara yang Ain kenal menyergah Ain dari belakang. "Wei jantan, kau ni dengki sangat nape? Tak ada adab betul!". Pelajar lain yang berada dalam library memberi isyarat supaya Ain dan Zack merendahkan suara. Zack meninggalkan Ain dan terus mencari meja lain di dalam library. Zack membuka blog yang dipromosi oleh Mazni semasa di dalam kelas tadi. "wah, cepatnya minah ni update. Ada entry baru."

"Salam. Hai semua! Hari ni kelas Financial Accounting ada lecturer baru yang comel dan sporting! Tapi aku meluat sangat dgn sorang mamat poyo yang tak sedar diri kat dalam kelas tu. Aku tak tahu apa yang dia sakit hati sangat bila aku promote blog dalam kelas. Suka hati aku lah kan? Blog aku. Dia tu entah2 blogger yang tak ber profile! Entah golongan anon2 je. Hello, kat dlm blog aku anon2 tak boleh komen okeh?! Dan aku tahu mamat poyo tu ada blog. Cuma aku tak tahu mana 1 blog dia. Alah, aku tak kisah pun. Mcm hensem! Bluewwwwksss. Apa dia ingat janggut sejemput ala2 imam muda tu hensem ke? Kambing tol!.........

"Kurang asam punya perempuan! Ko cakap aku kambing?! Zack menahan kemarahan di dalam hati. Dia tak boleh marah sesuka hati. Tahulah aku nak mengajar kau perempuan.

Mazni yang baru masuk ke dalam library perasan dengan susuk tubuh Zack yang duduk di satu sudut yang sedikit tersorok. "Mamat poyo""Wei, aku nak cek blog kejap. Pastu kita blah ok." Kata Mazni kepada Ain yang tengah sibuk membaca komik. Ain angguk. "Aik, tak sampai 15 minit dah 13 komen. nak cek satu-satu".

Lady Windsor said...
dia suka kat Mazni tu. tu yang suka menyakat :)

hanaahmad said...
cool la promote blog dlm kelas! sure ramai stalker pasni.. hehe

asip محمد said...
kesian kena buli. huhu

reenapple said...
mamat tu poyo! haha

APi said...
jangan meluat sangat nanti jatuh cinta. kehkehkeh

HEROICzero said...
hai! saya www dot akuyangmacho dot blogspot dot com hehehehe

EL MARIACHI said...
abg bro cool je hehehe. kadang2 abg bro jadi Anon..sebab malas nak log in..hahaha

Nong Andy said...
hensem apa kalau janggut ala2 imam muda tu. hehehe

Iffah Afeefah said...
comel je sakat menyakat macam ni :)

aimie amalina said...
mamat tu kalo baca entry ni sure panas bontot..hahaha

Zuemiey Khairuddin said...
hehehe..sweet je buat mcm tu. nanti jatuh cinta dgn mamat poyo tu ha....

Teenager Housemaid said...
wah kemain lagi tuan blog. hehee.. mamat tu suka kat awak la tu..heheheeh

BoboiBoy kuasa 3 said...
Tuan blog yang sungguh manis, jemput singgah ke blog saya. ada contest utk gadis comel seperti anda.

"Weh babe, tengok sini. Ada contest dari blogger boboiboy apa ntah. nak tengok blog dia jap. ". Ain hanya mengangguk.

"Untuk blogger yang bajet comel, cantik, ayu, manis bla bla bla... oh ya, sebenarnya takde contest. Sekian terima kasih. Aku tahu gadis2 bajet comel ni suka join contest2 ni."

Mazni terus menaip di ruang komen. Ligat je jarinya menekan papan kekunci.

Mazni Yang Comel said...
blah la ko!

Zack yang tengah membaca komen dari Mazni hanya mampu menahan ketawa. Kalau dia bukan berada di library sekarang pasti dah dia gelak kuat. "Padan muka ko perempuan. Ko tunggu je nanti pasni apa lagi aku akan buat.". Zack punya plan baik untuk mengenakan Mazni.

*************
Iklan jap, hehe. Nak minta maaf untuk beberapa nama yang dipetik untuk kispen ini. Segala komen tu hanya imaginasi saya je. Bukan komen sebenar. :)

Wednesday, January 18, 2012

Hatiku Kau Bawa Pergi

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


“Emi… Ami datang ni… Ami datang jenguk Emi… Ami datang temankan Emi... Emi dengarkan sayang?". Wajah pucat Emilia ditatap syahdu. Jari-jemari bertaut menjadi satu. Apa yang Syahmi mahukan saat itu hanyalah Emilia. Perutnya yang sudah berkeroncong kelaparan juga tidak diendahkan. Ingin sekali dia mendengar suara manja Emilia meminta itu dan ini. Ingin sekali dia mendengar bebelan Emilia mengenai itu dan ini. Dan ingin sekali dia melihat mimik comel wajah Emilia tika gadis itu melakukan itu dan ini. Dari perkara sekecil zarah hinggalah sebesar tahi gajah, segalanya akan dipersoalkan oleh Emilia. Kerana itu jugalah gadis tersebut berjaya menambat hatinya. Emilia bagaikan seorang anak kecil dalam setiap perbuatan tetapi matang dalam pemikiran. Dia bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran. Dia bijak menyembunyikan masalah yang membebankan. Dia bijak menambat hati hanya sekadar melalui percakapan. Dan dia… dan dia jugalah yang kini terlantar koma di pembaringan.

Pandangan mata Syahmi tak lekang dari memandang Emilia. Hampir seminggu gadis itu tidak sedarkan diri. Doktor bilang, penyakit barah yang dihidapi oleh Emilia sudah di tahap kritikal. Teringat Syahmi pada peristiwa sepuluh hari yang lepas saat mereka berbalas sms.

******************************

Emilia : Ami… Emi tak sihat… Emi nak Ami… L
Syahmi : Emi makanlah ubat… esok lusa eloklah tu.
Emilia : Emi nak Ami… Emi rindukan Ami…
Syahmi : Emi jgn lah buat perangai mcm budak kecik… Ami tak sukalah! Emi makan ubat… kalau tak baik, esok pergi klinik amik mc. Tak payah pergi kuliah…
Emilia : Emi syg sgt kat Ami tau… Agak2, Ami syg Emi sama mcm Emi sygkan Ami tak…??
Senyap. Tiada balasan.

Syahmi tidak keruan. Kerisauan mula menerjah di kotak hati. Sudah tiga hari Emilia mendiamkan diri. Tiada pesanan, tiada panggilan. Sepanjang setahun setengah perhubungan mereka, hanya sekali Emilia berkelakuan sedemikian, itupun atas kekhilafan dirinya menduakan kasih yang baginya itu merupakan perkara normal bagi seorang lelaki.

Syahmi mencapai iPhone-nya. Mencuba untuk menghantar pesanan sms kepada Emilia, kekasih hati yang setia kepadanya selama ini.

Syahmi : Assalamualaikum…

Lima minit berlalu namun tiada balasan.

Syahmi : Emi tgh buat apa tu syg…?? Ami mesej pun Emi tak balas ye… sibuk study ke…??

Tiga minit… Lima minit… Sepuluh minit… Kini, lima belas minit masanya berlalu dengan begitu saja. Menanti balasan sms dari gadis tersebut yang nyata sia-sia. Telefon bimbitnya sunyi sepi tanpa sebarang deringan… Lantas dia mendail no. Emilia.

Tuutt… tuuttt… tuuttt… tuuuttt…
Sorry, the number you have dialed is no answer. Please try again later.

Hampa. Namun tetap didailnya sekali lagi.

Tuutt… tuuttt… tuuttt… tuuuttt…
Sorry, the number you have dialed is no answer. Please try again later.

“Damn it! “, nyata tahap kesabarannya beransur nipis. Dicubanya sekali lagi kali ini, mengharap panggilan dijawab.

Tuutt… tuuttt… tuuttt… tuuuttt…
“Assalamualaikum…”. Ya, tuah menyebelahi Syahmi. Tiga kali lebih afdhal. Desis hati kecilnya. Senyum kecil terukir di bibir.

“Waalaikumsalam… Emi pergi mana? No text, no call… Emi merajuk dengan Ami lagi ke?? Nak tinggalkan Emi??”. Bertali-arus soalan ditanya tanpa menyedari suara yang menjawab bukan milik Emilia, gadis yang dirinduinya.

“Err…maaf. Ni Syahmi ya? Saya Emilina. Kakak kembar Emilia. Dia dekat hospital sekarang. Dah 3 malam tak sedarkan diri."

Emilina??? Kakak kembar Emilia???

“Err…errr…”, tergagap-gagap Syahmi tika itu. Syahmi benar-benar kelu. Malu untuk terus bertanya, malu untuk terus bersuara. Nyata dia belum cukup mengenali Emilia sehinggakan tidak mengetahui kekasihnya itu punyai kakak kembar.

“Kalau nak datang melawat Emilia, silalah yaa… B3-18, Hospital Sultan Ismail…” pintas Emilina sebelum memberi salam untuk menamatkan perbualan.

******************************

“Syahmi dah makan?”, soal Emilina. Simpati melihat diri Syahmi. Semenjak lelaki itu tahu keadaan Emilia yang terlantar di hospital, pasti setiap petang selepas waktu bekerja dia akan kemari untuk menemani kekasihnya itu meskipun gadis tersebut masih tidak sedarkan diri.

“Masih belum terasa lapar lagi…”, Syahmi menjawab ala kadar, namun turut diselitkan dengan senyuman tawar.

“Syahmi pergilah makan dulu ya. Biar Ina jaga Lia. Kalau Lia sedar, pasti dia tak gembira lihat Syahmi macam ni… Pergilah beli makanan kat kafeteria di bawah. Kesihatan diri sendiri kena jaga juga. Jangankan kerana risaukan Lia, kesihatan Syahmi turut terjejas…”. Panjang lebar omelan Emilina.

Arghhh… Terasa berat punggungnya untuk bangun dari bangku. Terasa begitu payah kakinya untuk melangkah laju. Longlai… dia benar-benar rasa lemah kala ini. Lemah melihat sekujur tubuh yang di sayanginya terdampar kaku. Lemah kerana kekurangan tenaga berikutan makan dan minumnya kian terabai.

Belum sempat Syahmi tiba di pintu lif semasa dalam perjalanan menuju ke kafeteria, dia melihat kelibat doktor dan beberapa orang misi berkejaran masuk ke bilik Emilia. Syahmi berdiri kaku. Detik waktu bagai terhenti. Suasana sekeliling dirasakan sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah detak jantung yang semakin pantas degupannya. Secara tiba-tiba kakinya bagaikan ditarik-tarik untuk kembali masuk ke bilik tersebut.

Waktu itu, dia nampak Emilia bagai mengerang kesakitan.
Waktu itu, dia nampak doktor dan misi mencuba untuk selamatkan Emilia.
Waktu itu, dia nampak Emilia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Waktu itu, dia nampak misi menutup wajah Emilia dengan selimut.
Waktu itu, dia nampak Emilina sudah menangis.
Dan waktu itu, dia sedar bahawa Emilia telah pergi meninggalkan dirinya.

Tuesday, January 17, 2012

Hanyut : Tamat

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips
Sambungan dari kispen Hanyut : Satu .

++++++++++++++++++++++++++++++++

Aizam

“Awak suka musik?”

“Tidak. Tapi Hakimi suka,” kata Aizam.

“Awak! Mustahil tau kalau orang tak suka musik! Tak kisah apa jua genre, tapi musik itu mendamaikan. Musik itu satu cara untuk melepaskan rasa, atau kurang-kurang, lelah yang ada,”

“Lain orang, lain cara kan?”

“Tak!”

Cara aku melepaskan rasa, atau lelah yang ada, cuma sama ada di gelanggang, atau bersama kamu.


Suhaila

Hari ini, Suhaila terserempak dengan Hakimi, di cafe. Juga Aizam. Suhaila tidak pernah bercakap apa-apa dengan Hakimi. Tetapi hari ini, dia mahu mencuba. Hakimi, seperti biasa, rancak berbual dengan kawan-kawannya, disertai Aizam, yang cuma duduk diam dan tidak bercampur.

“Err, Hakimi, boleh saya cakap dengan awak sekejap?”

Kawan-kawan semeja mula riuh, dan mengusik. Biasalah, lelaki. Hakimi tersenyum, dan mengangguk. Aizam, hanya memandang. Dalam rasa sedikit cemburu, dia masih kagum dengan keberanian Suhaila.

Hakimi bangun, dan pergi beredar jauh sedikit daripada mereka.

“Ya, ada apa?”
“Awak dah baca surat saya?”
"Sudah,"
“Jadi, awak setuju?”

Hakimi diam. Suhaila ada mengajaknya untuk berjumpa. Sekadar keluar makan dan menonton wayang. Hakimi juga punya masa terluang hujung minggu ini, tapi dia tidak tahu. Ya, Suhaila cantik, dan juga lincah. Tapi, ada sesuatu yang menghalang Hakimi, sebenar nya.

“Baiklah,”

Suhaila tersenyum, dan hampir melompat!

“Jumpa nanti ya!”


Aizam

Hakimi memang celaka! Celaka!

“Dah lama tunggu?”

Suhaila mengangguk, perlahan. Aizam mengetap gigi, geram. Lagi-lagi Hakimi, lagi-lagi Hakimi! Celaka punya jantan. Apa lagi yang kau mahu! Aizam sekadar bentak di dalam hati. Mahu lepas, tidak terluah. Kadang ada fikir, tak sangka hanya kerana seorang perempuan, Aizam telah mencelakakan kawan baiknya sendiri.

Ah, ini semua diminta! Kalau saja Hakimi mengikut rentak, pasti Aizam tidak sebegini.

Aizam perhati wajah Suhaila. Mata nya sedikit bengkak. Baru selesai menangis, mungkin.

“Berapa lama kau tunggu dia?”

“Seharian,” Balas Suhaila, teresak-esak. Aizam tak sangka, bagaimana tegar untuk seorang lelaki, membiarkan sahaja seorang gadis biar menunggu seharian lama begitu?

“Dia lupa, mungkin,”
“Kenapa awak mahu bela dia? Awak sepatutnya pujuk saya!” Suhaila menjerit, dan kembali menangis.

Aizam memeluk lembut bahu Suhaila, dan menepuk perlahan. “Sudahlah,” Suhaila menyandarkan muka ke bahu Aizam, dan mula meraung, semahunya.

“Sudahlah,” ulang Aizam.

Selang tak lama, tangisan Suhaila mulai reda. Aizam tidak pasti sama ada Suhaila sudah lega menangis, atau sudah penat. Tapi, akhirnya dia berhenti. Aizam meleraikan pelukan dan berkata,

“Pulanglah Suhaila. Dan rehat. Semoga esok semuanya akan baik-baik sahaja,”

Suhaila tersenyum sinis, dan mengesat air mata nya.

“Awak pun tahu itu semua tak akan berlaku,” Suhaila bangun, dan terus beredar.

Aizam cuma sekadar melihat, dan memandang gadis pujaannya berlalu pergi, hanyut terus dalam perasaannya.

Biarkan, ada perkara yang dia harus selesaikan bersama Hakimi!


Hakimi dan Aizam

Hakimi, yang baru selesai mandi itu, tersentak dengan jeritan Aizam. Apa hal gila dia ni?

“Kimi! Mana kau?”
“Ada ni, apa hal?”

“Kau jangan nak buat kelakar! Aku tanya, mana kau tadi sial!” Bentak Aizam, seraya mencekak leher baju Hakimi. Hakimi yang hampir terjatuh, hanya diam memandang muka Aizam yang kemerahan, menahan marah.

“Aku sibuk,”

BANG!!

Satu hayunan padu singgah ke pipi Hakimi. Hakimi jatuh terduduk, terus ke almari baju. Aizam memandang geram, dan mengangkat Hakimi bangun. Dia masih belum puas! Leher baju Hakimi dicekak lagi,

“Kau tahu tak berapa lama dia tunggu kau?” jerit Hakimi sambil menggenggam penumbuk. Satu lagi bakal dilepaskan.

“Woi! apa jadi ni?” Dini, budak bilik hadapan tiba-tiba sahaja masuk ke dalam bilik mereka.

Hakimi mengangkat tangan, menyatakan isyarat kepada Dini untuk tidak masuk campur.

“Cool, Aizam, cool,” kata Dini, dan terus menutup pintu bilik, dan beredar.

Keadaan kembali tegang. “Takkan kau nak belasah aku sebab seorang perempuan?”

Aizam diam, dan melepaskan Hakimi. Dia menolak Hakimi, kuat. “Habis, kenapa kau buat dia macam tu?”

Hakimi diam sebentar, beri masa untuk Aizam reda. Dia juga mahu menghilangkan kesan penumbuk yang pedih, dan kebas itu.

“Kau suka dia kan?” Kata Hakimi.
“Kepala hotak kau! Dia suka kau!”

“Ya, mungkin dia suka aku, tapi kau suka dia kan? Come on, Aizam. Kau, aku kenal kau. Dengan kami, dengan kawan-kawan lelaki pun, kau tak pernah berbual. Tak pernah bersembang, tapi kau boleh layan kerenah dia, sepanjang petang di gelanggang. Kau tak pernah peduli benda lain. Hanya gelanggang kau, dan dia. Jujur saja, Aizam. Kau suka dia kan? Aku minta maaf. Kau pergi lah jumpa dia, dan berterus-terang.”

Aizam diam. Mahu saja dia nafikan, tapi entah.

“Sudah lah kawan. Kalau betul kau sukakan dia, kau pergi jumpa dia. Luahkan semua rasa. Atau mungkin, kau pelan-pelan. Berkawan dulu dengan dia. Teman dia lagi, setiap petang di gelanggang. Ambil masa. Paling tidak pun, kau ajak dia keluar makan, tonton wayang, atau apa sahaja. Luang masa dengan dia. Lama-lama dia akan sedar yang kau suka dia, untung-untung dia pun akan sukakan kau,”

“Kau diam lah, tak payah nak ajar aku,” Jawab Aizam, dan terus duduk.

Hakimi duduk sebelah Aizam.

“Sakit?” Tanya Aizam.
“Kau nak rasa juga?” Jawab Hakimi, berseloroh.

Aizam senyum, dan mereka terus duduk, sama-sama menikmati lagu Last One To Die, sampai habis.


.END.


Monday, January 16, 2012

Seorang Wanita Berusia Termenung Di Belakang Kedai Di Sebuah Pekan Kecil

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Mode - Bermonolog Lagi
Dingin... Bawah tahap beku... Saat ini dia mengenangkan saat saat indah.Mengapa.? Hatinya sudah berubah? Mungkin. Atau mungkin menunggu masa yang sesuai untuk mengucapkan selamat tinggal. Di saat ini hatinya akan mengenangkan segala kenangan manis waktu bersama. Kenapa mahu menjadikan itu semua kenangan kerana banyak lagi yang perlu di harungi bersama. Mengalah? Mereka kata hati dan ingatan lebur bersama waktu.

Pergghh... Hanya dengan membaca tulisan sahaja aku boleh pergi ke dasar hatinya... Cukuplah ya... Jom kita layan Kispen klassik ni...

Armand meniti denai denai kampung di pinggir sungai itu jadi tempat dia melepaskan lelahnya. Dia sering berehat di situ memerhatikan anak anak hikan yang leka bermain di satu sudut sungai. Air sungai yang jernih itu kadang kadang memanggil Armand untuk terjun menyegarkan badan. Namun Armand sedar nanti akan di marahi pula oleh neneknya kak Ateboh Abiola.

Begitulah Armand menumpang di rumah neneknya lantaran bapanya meninggal dunia. Untuk meringankan beban ibunya yang terpaksa bekerja di kilang di kota Uganda maka Armand di hantar ke rumah neneknya. Dan setelah ibunya berkahwin lagi dan mendapat zuriat dan menjadi adik tiri pula pada Armand, akan dirinya lebih suka tinggal di rumah neneknya. Umurnya sudah 12 tahun tahun depan dia akan menginjak di sekolah menengah pula. Makin kuat jugalah neneknya kak Ateboh Abiola perlu berusaha untuk menjaga makan minum dan keperluan Armand cucunya.

Sejak dari subuh lagi dia membantu neneknya menyiapkan nasi lemak... itulah sumber pendapatan selain mengajar budak mengaji Al Quran dan Muqaddam. Armand tugasnya akan menghantar nasi lemak ke kedai minum Makcik Mbithi.

"Rajin sungguh kau Man... kecik kecik dah kuat bekerja membantu nenek kau. Nah! Ambiklah seringgit dua makcik upah kat kau. Makcik pun berdua saja dengan anak makcik Uzma ni... kalau tak dah lama makcik ambik kamu jadi anak angkat makcik..."

Namun malam itu rumah nya menerima kunjungan tetamu...Armand kenal sangat dengan orang tersebut. Apa yang di bincang oleh neneknya dengan orang itu sangat tidak di sukainya. Armand mendiamkan dirinya dalam bilik yang dingin dan sempit itu seorang diri. Neneknya sudah bersetuju dengan apa yang di syorkan untuk menunggu tarikh yang sesuai dan mungkin itu kata putus dari neneknya. Armand terkesima. Diam diam dia menyimpan niat dalam hati.

"Apa nak jadi jadilah... maafkan Armand nenek..." Dalam hatinya sayu. Tidak pernah dia mahu mengingkari kata kata neneknya. Namun perancangan neneknya yang seminggu lagi itu amat menyentap jiwa raganya. Dengan perasaan yang pilu di tinggalkan juga nota untuk neneknya di atas almari cermin. Dengan duit yang upah menjual nasi lemak itu cukup tambangnya untuk Armand ke kota mencari ibunya.

Pagi pagi lagi Armand menyusup ke hilir kampung membawa kain sehelai sepinggang menunggu bas yang pertama masuk.

"Mana mau pigi kici..."tanya konduktor bas tersebut.."

"Mau pegi pekan... saya mau pegi Uganda jumpa saya punya mak"

Siang harinya heboh rumah nenek Armand kerana Armand sudah hilang. Armand lari dari rumah neneknya. Neneknya terpaksa menghantar nasi lemak ke kedai makcik Mbithi.

"Armand mana kak Ateboh?" Taknya Makcik Mbithi.
"Armand dah lari ke rumah maknya di Uganda..."
"Kenapa...?"
"Dia takut nak bersunat...!!!"
"Laaaaaaa......" Tersenyum makcik Mbithi mengenangkan Armand sambil memandang anaknya Uzma kawan sekolah Armand.Uzma juga tersenyum kerana pernah suatu ketika Armand memberitahunya bahawa di rumahnya penuh dengan gambar gambar Megan Fox pelakon Transformers The Movie.


Sunday, January 15, 2012

Ada Hati Yang Terpilu

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


“Mata kau cantik,” Dia merenung mata aku dalam-dalam. 
Aku terkaku dan melarikan anak mata tanda tidak keruan; sebenarnya tidak selesa.
“Aku benar-benar maksudkannya. Mata kau. Perlakuan kau, semuanya cantik di pandangan aku,” Manisnya kata-kata.
“Iyalah Rendy, terima kasih untuk segalanya ya,” Aku dah penat melayan; dia ini berpenyakit. 
Dia senyum mesra. Aku balas kelam. 

Rendy, lelaki ini aku kenal sejak di persekolahan lagi. Tapi cumanya, kami tidak berkawan rapat. Hanya kembali mesra ketika bersama-sama menghirup udara kota yang sama. Kami bekerja di daerah yang sama di sini. Jadinya, peluang meluangkan masa itu banyak. Dia sama seperti lelaki Melayu tipikal yang lain. Dia sangat gila dan punya mulut yang banyak; manis sebenarnya. Samanya; ada rahsia yang kami simpan. 

Pagi itu sekali lagi aku terima pesanan ringkas dari Rendy. Dia mempelawa aku keluar seperti biasa malam nanti. Ikutkan akal, pelawaan ini harus aku tolak. Ikutkan hati, ia dah berair digenangi air mata rindu. Aku terima. Permainan hati, memang susah nak dikawal.

“Kau tahukan betapa aku bahagia melihat kau tersenyum,” Manisnya dia seperti biasa. 
Aku senyum sahaja. Sinis barangkali.

“Begitulah, aku tahu kau takkan pernah sekali mengecewakan aku,” Heh, dia takkan pernah habis.
“Tapi aku sering kecewa kerana kau,” Tekanku pada suara yang paling dalam.
“Maafkan aku, aku cuba tapi aku gagal,” Lelaki. Memang manisnya sentiasa tak pernah kurang.
“Tidak mengapa, aku perlu kuat untuk itu,” Ya, itu aku harus lakukan setelah ianya aku ambil sebagai risiko. 
“Kau orangnya cerdik dan kental; aku yakin ia berhasil,” Aku senyum lagi. Kali ini paling tawar.

Hampir setahun kami menjalin hubungan persahabatan yang lebih mesranya dari dulu. Dari hal kerja terus pada hal yang melibatkan hati. Saling menjaga sesama sendiri dalam lingkungan persahabatan yang masih terkawal. Apa sahaja rahsia, semuanya kami kongsi. Termasuk perihal Rendy sendiri yang sebenarnya sudah cukup buat hati aku terguris dan terluka. Tapi apa sahaja yang mampu aku lakukan selain meneruskan hidup seperti kebiasaan. Persahabatan yang terjalin ini benar-benar buat aku bahagia, juga dia. Tapi hakikatnya, ia takkan lama. Takkan. 

“Kau tahu kan, ia sudah tidak lama sahaja lagi,” Katanya dengan suram.
“Iya, tak lama. Aku tahu, sentiasa tahu,” Aku balas, syahdu.
“Aku terlambat sebenarnya kan?” Heh, soalan tu terlalu bodoh aku rasa.
“Kau beruntung sebenarnya, sangat,” Aku yang rugi kot?
“Aku rugi sebab aku bakal kehilangan kau,” Dan kau ingat aku ini beruntung?

Langit malam ini suram. Sesuram hati aku. Kiriman pesanan ringkas dari Rendy tadi aku balas dengan senyuman pahit seperti kebiasaan. Aku masih berkira-kira untuk membalasnya. 

“Maafkan aku. Aku sayang kau. Tapi aku tak boleh. Ia dah rancang lama. Dan aku terpaksa memilih walaupun aku tahu ia berat. Kalaulah kau yang aku jumpa dahulu sebelum Rania. Aku sayang dia, dan aku juga sayang kau. Semua dah selamat. Aku doakan kau sentiasa bahagia. Aku tahu kau boleh”

Heh, lelaki ini rumit. Katanya dia sayang aku, dia juga sayangkan dia. Tidak mengapalah. Memang aku yang terlambat. Dia sudah pun sah mengangkat akad. Dan aku? Sedang bersenyum-senyum atas kebahagiaan orang yang aku sayang. Semoga kekal berbahagia untuk kau Rendy. Sekurang-kurangnya aku pernah merasai bahagia bersama kau walaupun sementara. 

“Hey, pengantin! Malam-malam ni kau sms aku kan. Sudahlah, aku baik-baik sahaja di sini. Kau tahu kan aku bagaimana orangnya? Tahniah! Maaf, aku tak dapat hadir majlis kau. Jaga Rania baik-baik ya?,” Itu balasan untuk pesanan ringkas Rendy. Telefon bimbit di tangan aku lap. Ada air yang menitis. Hati aku  membungkam pilu dan aku tak mahu Rendy tahu akan itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...