Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, March 1, 2012

Arjuna

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
IU


Dahulu aku punya kawan baik. Namanya Arjuna. Perkenalan kami bermula apabila kami sama-sama menyertai sebuah persatuan. Kami satu kepala. Dia kelakar orangnya. Pendengar yang setia. Kawan yang baik. Seringkali juga kami bertukar-tukar cerita dan berkongsi masalah.

Seringkali, kawan-kawan satu persatuan mengusik kami. Katanya, kami ni bagaikan pasangan kekasih. Kerana waktu kami sampai selalu sahaja sama. Seperti sudah berjanji. Sedangkan kami tak pernah berjanji seperti itu. Dan seringkali juga dia bergurau, “Juna sayangkan Monalisa. Kita couple jom. Lagipun diorang pun selalu sangat mengusik kita.” Kemudian dia gelak. Aku juga gelak. Aku tidak pernah memikirkan bahawa dia serius kerana dia memang suka bergurau seperti itu.

Ketika aku sedang melalui saat-saat yang sukar dalam kehidupan. Arjuna datang menghulurkan kata-kata cintanya. Dan kali ini dia serius. Serius sungguh dia bila mengatakan dia cintakan aku. serius sungguh dia cuba membuktikan kata-kata cintanya.

Aku terkedu. Aku terdiam. Aku tidak boleh berfikir.

Arjuna, kenapa perlu persahabatan ini bertukar kepada rasa cinta? Sungguh aku hanya menganggap dirimu sebagai seorang kawan. Sahabat yang baik. Kenapa kau perlu ada rasa cinta padaku?

“Juna, kita kawan sajalah dulu. Monalisa benar-benar punya masalah yang besar. Tidak mampu berfikir mengenai cinta.”
“Tak apa Monalisa. Juna sanggup tunggu walau seribu tahun lagi.”

Arh, parah ni. Dia berharap sedangkan maksudku bukan untuk memberi harapan. Hari demi hari dia meluahkan kata-kata cintanya. membuatkan aku yang sedang tertekan bertambah tertekan dengan orang yang mengharapkan cinta daripadaku.

Arjuna, tak tahu kah engkau bahawa hati ini bukan tercipta untuk mencintai atau dicintai? Tak tahu kah engkau bahawa hati ini tidak pernah terbuka untuk sesiapapun?

Maafkan aku, Arjuna. Aku terpaksa memutuskan persahabatan ini. Aku tak mampu memberi apa yang kau inginkan. Hatiku sememangnya tak pernah terbuka untukmu ataupun sesiapapun. Maafkan aku, jika selama ini kau ingat aku memberi harapan. Maafkan aku, kerna tidak pernah dapat untuk membalas rasa cintamu.

“Monalisa, maafkan Juna. Juna tahu tak layak untuk Monalisa. Juna tak punya harta ataupun pangkat. Tidak mampu bergandingan bahu dengan Monalisa yang berkedudukan.”

Aku terdiam. Tidak pernah terfikir sehingga kesitu pun. Aku tak pernah memandang rendah padanya. Aku tidak pernah memadang luaran, rupa paras, harta benda. Aku cuma tidak dapat mencintai dan dicintai. Namun, tiada penjelasan dapat kuberikan.

Arjuna, aku ingin kau tahu, sehingga sekarang kau masih dalam memoriku Sebagai sahabat yang baik. Maafkan aku, kerna aku memang tiada perasaan. Maafkan aku, kerana dilahirkan sebagai heartless. Cousins aku menganggap aku robot.

Arjuna, jika kau baca cerita ini. Aku mahu kau tahu, aku bukanlah gadis material. Aku bukanlah gadis yang ingin mempermainkan dirimu. Sungguh aku hanya ingin bersahabat.

Arjuna, moga kau akan temui cinta sejatimu.

Kini, aku sangat takut untuk bersahabat dengan lelaki. Aku takut persahabatan bertukar menjadi cinta.
Sungguh, hingga kini, hatiku belum pernah terbuka. Mungkin sahaja kuncinya tidak pernah wujud.

11 comments

March 1, 2012 at 9:55 PM

Satu kispen yang seronok dibaca...simple dan maksudnya sampai..

Suka!

March 1, 2012 at 10:24 PM

kalau saja aku Arjuna mu...aku akan jaga dirimu dan hatimu sebaik baiknya...

March 1, 2012 at 10:30 PM

ok... aku hampir memahami... karaktor lisa punya jiwa... karektor juna juga ada jiwa... cuma latar cerita dia ada 2 part ya? zaman sekolah dengan selepas sekolah; masa kini...\

ps: heeeeeeeeeeeeeeeee... kenapa lisa ini seperti wujud? :p ngeh ngeh ngeh....

March 1, 2012 at 10:30 PM

as simple as that//... kispen yg menarik...

March 1, 2012 at 11:18 PM

ringan dan cool :)

March 2, 2012 at 3:28 AM

kasi Arjuna baca entri ney, supaya dia lebih mengerti ;p

March 2, 2012 at 3:29 AM

walau ringkas tapi boleh tahan padu dia.. =)

March 2, 2012 at 10:16 AM

memang ramai yg cakap. pompuan n lelaki memang tak leh jadi kawan baik. ada tarikan.

"eleh. mot. cakap lebih. ko sendiri ada kawan baik yg berlainan jantina" hati mot cakap

"tu dulu. rasanya skang dah takde kot" otak mot balas

"jap. jap. biar kite selidik ada ke takde" hati mot tak puas ati

March 2, 2012 at 2:06 PM

IU/TH,

aku paling suka ayat last tu.

"Mungkin saja kuncinya tidak pernah wujud"

tak tau kenapa ia benar-benar menusuk perasaan...

*Welldone dear!!(jeles sikit sebab sekarang aku kemarau pjg!)

March 4, 2012 at 10:40 PM

rasa mcm sy ni arjuna..maksudnye sampai..

March 18, 2012 at 1:34 PM

kak lw: terima kasih..:)

abang el: arhahaha, terima kasih...

kak bs: tetttttttttttttttt.,..:ppp
hehe, terima kasih kak..:DD

c: thank you..:DD

aween: dah bertahun tak ketemu sama dia..:D

api: :DD thanks..

amamot: hehehe..mot ni lawaklah..:DD

kak na: terima kasih kak na! :DD

kak eera: :D hehe.. erk, akak arjuna? akak dah tukar jantina eh? hehe.. thanks kak..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...