Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, March 18, 2012

Bella

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Bella cantik. Baru 5 tahun masa mula-mula saya kenal dia. Bella rambut warna oren. Bella suka pakai riben dekat rambut. Saya suka Bella pakai riben warna biru.Pipi bela tembam. Macam kuih pau kegemaran saya. Bila Bella pandang tempat lain saya cepat-cepat cuit pipi Bella. Hee~ bestnye. Comel sangat. Lepas tu mesti Bella senyum-senyum. Saya rasa saya dah suka sangat dekat Bella. Lagi-lagi bila dia selalu ajak saya main kahwin-kahwin. Saya tak kisah pun bila budak-budak lain ejek saya pondan. Asalkan saya dapat bersama Bella. Paling buat saya tak kisah sebab saya selalu dapat ciuman dari Bella. Dekat mulut tau. Bukan pipi.

          Masa saya umur 12 tahun, semua dah berubah. Bella dah tak cantik. Bella dah makin gemuk. Muka banyak jerawat pulak tu. Malah dia semakin pengotor dan tak terurus. Kawan saya cakap Bella jadi macam tu sejak mak dia berkahwin dengan ayah tirinya. Ayah tiri dia selalu dera dia. Tumbuk sana sini. Paksa Bella makan makanan anjing. Makanan basi pun dia suruh makan sampai gigi Bella dah kotor sebab kuman. Saya geli tengok dia. Kalau ingat-ingat balik masa Bella cium saya dulu terasa jijik sangat. Malunya kalau orang lain tau. Sekarang saya selalu mengelak dari Bella. Sebab saya terlampau geli sangat dengan dia. Pernah sekali saya dah tak tahan dengan Bella, saya ludah dekat muka dia. Lepas tu saya campak makanan dekat dia. Tak cukup dengan tu saya tumbuk muka dia kuat-kuat sampai patah gigi depan dia. Hidung dia pun berdarah. Kawan-kawan saya semua gelakkan dia. Puas hati saya. Padan muka dia. Bodoh punya babi gemuk.

            Saya tak sedar sekarang dah hampir 30 tahun selepas peristiwa itu berlaku. Pantasnya masa berlalu. Manakan sedar. Selama 10 tahun saya terlantar di sini. Di atas katil buruk ini. Cadar biru ini dah hampir pudar warnanya. Apa boleh saya buat, kudrat ini sudah habis. Langsung habis. Kalau ada pun, macam mana saya nak gerak ? Saya dah putus asa. Sebelum hidup saya lebih merana, ada baiknya saya berserah. Haih, cakap seorang diri buat saya rasa nak terkencing pula tiba-tiba. Terpaksa tahan 3 jam. Kena tunggu isteri saya balik. Kalau terkencing nanti anu saya pula yang dipotong. Cukuplah tangan dan kaki saya ni dikerat-kerat dalam keadaan sedar. Saya dah rasa azabnya ketika dan selepas kaki tangan saya dipotong gara-gara cubaan lari dari tawanannya. Oh, lupa beritahu. Saya dah berkahwin dengan Bella.

            

18 comments

March 18, 2012 at 9:25 AM

psiko

waaa seram cite ni

March 18, 2012 at 9:50 AM

"please dont leave me"

lagu Pink! sesuai dgn kispen ini hehehe...

'pendek/padat dan sampai! kena belajar buat cam gini!!

March 18, 2012 at 10:24 AM

menarik! hihi. rasa x puas baca.laju je jalan cerita dia.

March 18, 2012 at 11:35 AM

Woo ooo kaki tangan dipotong hidup2 dan anunya..zappp!

March 18, 2012 at 12:45 PM

jln citer dh cukup sweet ni... smooth.... lncar... ending dia... hahaha.... memng gugat otak gk nk hadam....

"oh lupa saya dh kawin dgn bella"

ps: tulh lai kali jgn sium anak dara org... kan dh kena cop...?

March 18, 2012 at 1:22 PM

cerita psiko sparrow memang tak pernah mengecewakan..wahahha

ngeri ouh..

March 18, 2012 at 2:30 PM

Errr... selalu buat cerita seram.. hehehhe.. =.=!

March 18, 2012 at 5:04 PM

hahaha..


bella kerat kaki & tangan sebab nk balas dendam atas kekejaman ko malukan dia dulu..


padan muka ko.. tahan la situ 3 jam..



best citer ni.. :)

March 18, 2012 at 6:42 PM

wah.sangat kejam ini cerita.

**harga ciuman kena dibayar seumur hidup.

March 19, 2012 at 1:21 AM

seramnyaaaa. kahwin dengan pengganas serbia ke apa ni? Best ni hihi

Anonymous
March 19, 2012 at 8:07 AM

Iffah : eh, seram ke? da cukup tapis ni

nong : lagu best tu. haha. yea. bole punya

Zati : kalau x puas, teruskan mengikuti slot hari sabtu dan support s7w :).

Lady : amboi. suka ye sis. haha

bidadari : hehe. xpe. hadam slow2

Teenager : haha. trimas ye

Reen : kalau saya buat cerita cinta terkejut nanti. hehe

Marcella : ahha. trima kasih yaa

Stalker : ahha. memang terbaik la tu

Pinpin : iyelah tu kot. haha. terimas ye

March 19, 2012 at 9:47 AM

aik. nak kencing pon takut?

"mot konpius la. napa dia kata bila kencing nanti anu kene potong?" hati mot bisik

"kan dia kata dia tak leh gerak. makna nya dia kene kencing atas katil la" otak mot balas

"kesian dia kan" hati mot mula nak nangis

"tula. buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali" otak mot balas lagi

"betul la tu. kan dia buat jahat banyak kali. mana ada sekali" hati mot jerit

Anonymous
March 19, 2012 at 11:18 AM

Hehhe. komen mot selalunya menggelikan hati XD

March 19, 2012 at 1:52 PM

seram....

Anonymous
March 19, 2012 at 2:36 PM

Sweet bukan? ahha

March 20, 2012 at 11:09 AM

yang paling best part kuih pau tu abang bro suke...hahaha...

March 22, 2012 at 11:48 AM

bella tu psiko ek? tu la sape suruh buli bella tu dulu haha

May 1, 2012 at 12:09 PM

ha.. ni bella datang. wkwkwkw.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...