Oleh Nong Andy
“Satu.. Dua.. Tiga.. Empat…” Owin terus mengira. Ujie, Jojo, Ben dan Wani berkeliaran mencari tempat sembunyi. Ben tarik tangan Wani. Mereka berlari-lari anak ke tepi sungai.Owin hanya pura-pura menutup mata. Dia curi-curi pandang arah tuju lari Ben dan Wani.
“Shu… Owin pasti tidak jumpa kita di sini” Kata Ben pada Wani. Wani mengangguk. Mereka diam menunggu.
“Wani…” Ben mendekat dan mencium Wani.
“Wani cantik.. besar nanti Ben nak kawin dengan Wani” Kata Ben pada Wani yang terkejut. Tapi kemudiannya Wani tersenyum dan mengangguk. Wani mendekat dan mencium Ben pula.
“Janji?” Kata Wani.
“Janji..” Ben mengangguk.
“Hei.. jumpa kamu!” Sergah Owin yang muncul tiba-tiba.
“Oh.. tak sangka kau boleh cari kami” Kata Ben.
“Sudah tentu.. Sebab saya pasti boleh cari Wani” Kata Owin dan tersenyum pada Wani.
“Ah.. cantiknya air sungai, Jom kita main pancing-pancing.. Wani pergi panggil Ujie dan Jojo. Saya dan Ben cari ambil kayu pancing”Kata Owin dan mereka bersetuju.
“Wani.. ingat janji kita tau!” Kata Ben pada Wani sebelum Wani pergi memanggil Ujie dan Jojo. Wani mengangguk dan tersenyum. Owin berkerut.
“Janji apa Wani?” Tanya Owin tak puas hati.
“Ah.. Rahsia” Kata Wani sambil berlalu. Owin bengang. Ben senyum lebar.
“Ben.. Kau suka Wani?” Tanya Owin bila Wani sudah pergi. Ben tersengih.
“Aku nampak kau cium dia tadi..” Kata Owin marah.
“Ah.. kau dah nampak? Tolong jangan hebohkan dengan kawan sekelas..” Pinta Ben.
“Eh.. Ben! Tengok.. ada sesuatu di dalam sungai..” Ben segera mendekat air sungai. Mencari sesuatu yang dikatakan Owin. Tak sedar Owin sedang mengangkat sebilah kayu tinggi-tinggi di belakangnya dan dengan sekuat hati memukul kepala Ben.
“Ahhh….” Darah memercik dan Owin tersenyum puas.
“Tak boleh.. kau tak boleh rampas Wani” Kata Owin sambil tertawa.
Agus terpekik. Mimpi itu berulang lagi, sejak dia berusia 7 tahun. Mimpi yang sama setiap kali menjelang harijadinya. Mimpi ngeri yang sama dan seolah-olah benar. Mimpi tentang dirinya sebagai budak lelaki bernama Ben yang dibunuh di tepi sungai. Dia dibunuh sekali lagi oleh budak bernama Owin itu. Setiap tahun menjelang harijadinya dia bermimpi dibunuh oleh budak itu. Malam itu harijadinya yang ke 12 tahun dan mimpi itu masih sama.
“Agus..? Kau kenapa?” Suara ibunya bertanya dari luar. Setiap tahun menjelang harijadinya. Agus pasti akan menjerit dalam tidur. Ibunya risau juga.
“Tak ada apa bu..” Sahut Agus sambil mengesat peluh di dahinya. Dan kerana mimpi itu Agus amat ambil hati terhadap budak perempuan bernama Wani. Jika ada budak perempuan bernama Wani. Agus akan menjauhinya. Membencinya. Kerana budak bernama Wani itulah punca dia dibunuh di dalam mimpi. Walaupun dia ingat dengan jelas muka Wani didalam mimpinya tapi Agus tetap membenci budak lain bernama Wani sekalipun rupa mereka tidak sama.
Ketika harijadi Agus yang ke 18 tahun.
“Ah.. Owin! Hari ini saya ada dating dengan Faris” Wani menolak ajakan Owin menonton wayang. Owin Hampa.
“Tak apalah..” Owin pergi. Wani gembira bila Faris datang menjemputnya. Mereka keluar makan. Habis makan dan jalan-jalan Faris hantar Wani pulang.
“Bye.. jumpa nanti!” Wani melambai dan kemudian masuk ke dalam rumah.
“Faris…tunggu!” Owin menahan langkah Faris yang baru saja menghantar Wani.
“Ah.. Owin. Ada apa?”
“Saya ada sesuatu nak berbincang dengan Kamu, tentang Wani!” Owin mengajaknya ke sebuah taman tidak jauh dari situ.
“Ya Owin.. kau kata tadi tentang Wani?” tanya Faris sebaik sampai ke taman itu.
“Ya.. saya tak mahu kamu ganggu Wani lagi..” Kata Owin serius.
“Apa? Tapi Wani kekasih saya..” Kata Faris marah. Sebelum sempat Faris meneruskan marahnya kepalanya sudah di hentak dengan satu objek.
“Tidak lagi Faris.. Dia bukan kekasih kamu lagi sebab kamu sudah mati!!”
Agus terjaga sambil terpekik. Kali ini mimpinya berbeza. Kali ini dia bermimpi Owin membunuh kekasih Wani. Dan 3 hari kemudian Agus terbaca kisah seorang pemuda mati di sebuah taman. Kononnya di rompak dan bunuh. Gambar lelaki yang dibunuh benar-benar sama seperti lelaki dalam mimpinya.
Ketika harijadi Agus yang ke 21 tahun.
“Wani.. hari ini Wani akan jadi isteri saya yang sah” Owin memandang wajah cantik Wani dengan kagum. Wani hanya senyum nipis. Dia memakai baju pengantin putih yang sangat indah.
“Owin.. saya pembawa malang. Betulkah kau mahu kawin dengan saya? Kau tidak takut? Semua bekas teman lelaki saya mendapat malang bila bersama saya.. nanti kamu juga..” Owin menutup mulut Wani.
“Shu.. itu tidak akan berlaku! Saya tidak bernasib malang seperti mereka..” Kata Owin dan mengesat airmata Wani.
“Sekarang bersiaplah. Hari ini hari bahagia kita.. jadi jangan menangis” Kata Owin lagi. Dia kemudiannya keluar…
...dan Agus terjaga dari mimpinya.
“Ah.. Wani akan berkahwin dengan lelaki keparat itu?” Kata Agus sendirian. Walaupun itu hanya mimpi tapi Agus merasa sungguh marah. Tapi apakan dayanya menghalang perkahwinan Wani dan Owin. Sebab mereka berdua itu hanya ada dalam mimpinya saja.
“Agus. Tolong aku hari ni? Aku tak larat nak hantar..” Agus kasihan melihat Dany yang demam. Mereka berdua pelajar universiti yang buat kerja sambilan.
“Baik.. hari ni kau hantar barang di mana?” Danny menyerahkan alamat tempat barang yang perlu dihantar olehnya.
“Butik pengantin?” Danny mengangguk. Agus pergi ke alamat itu.
“Ting Tong..” butang di tekan. Agus Masuk membawa kotak yang perlu diserahkan.
“Letak di situ..”Kata gadis yang sedang memandang cermin dengan baju pengantinnya. Agus terpaku. Si Cantik yang bagai Bidadari itu tersenyum nipis padanya dan menyerahkan duit tip kepadanya. Wajah Bidadari cantik itu amat dikenalinya. Bidadari cantik yang merupakan mimpi buruknya. Bidadari yang membuatnya dibunuh berkali-kali dalam mimpinya.
“Wani…?” Kata Agus tanpa sedar. Dadanya berdebar. Entah kenapa dia teringin menerkam memeluk gadis secantik bidadari itu. Entah kenapa dia merasa rindu yang teramat pada si mimpi buruknya itu.
“Apa? Kamu panggil saya?” Kata Bidadari cantik itu.
“Cik Wani?” Bidadari itu mengangguk.
“Ya?”
“Cik akan berkahwin dengan encik Owin?” Tanya Agus lagi.
“Macam mana kamu tahu?” Tanya gadis cantik itu dengan hairan.
“Saya bermimpi setiap tahun tentang cik.. setiap malam menjelang harijadi saya!” Kata Agus serius. Gadis itu kelihatan kebingungan dengan kata-kata Agus.
“Kamu mimpi saya?”
“Ya.. saya mimpi Cik Wani. Saya juga mimpi saya di bunuh oleh budak bernama Owin ketika saya berumur 7 tahun di tepi sungai “ Kata Agus lagi. Wajah Wani pucat mendengar kata-kata Agus.
“Kamu merepek!” Kata Wani tidak percaya.
“Tidak.. saya yang dalam mimpi itu bernama Ben. Telah berjanji akan kahwin dengan kamu bila dewasa kelak. Dan kamu telah cium saya dan berjanji pada saya sebelum budak lelaki bernama Owin itu membunuh saya di tepi sebatang sungai” kata Agus menceritakan mimpinya. Mimpi yang menghantuinya setiap tahun menjelang hari lahirnya. Wani terpegun. Tidak ada sesiapa pun yang tahu rahsia itu kecuali dia dan Ben. Ciuman dua budak hingusan dan janji itu.
“Hei budak.. apa kau buat di sini!” seorang lelaki tiba-tiba membentak Agus.
“Ah.. Owin! Budak ni penghantar barang. Dia hantarkan pesanan kita itu” Kata Wani pantas. Memberi isyarat supaya Agus keluar.
“Cik.. sila jangan berkahwin dengan dia..” Kata Agus tanpa memperdulikan Owin yang kelihatan garang.
“Hei budak! Apa kamu kata? Kau.. Kau! Melampau..!” Owin naik berang.
“Betul Cik Wani. Dia yang bunuh Ben. Dia juga yang bunuh Faris!” Kata Agus lantang. Owin menerkam menumbuk pipi Agus dan menarik bajunya.
“Budak sial! Kenapa kau cari pasal dengan aku. Kau jangan nak buat cerita.. Kau siapa hah! Apa bukti kau?” Owin mahu menghadiahkannya sebuah tumbukan lagi.
“Sudah.. Sudah Win. Lepaskan dia..” Jerit Wani. Dia meleraikan Agus dari tangan Owin.
“Pergi.. kamu cepat beredar!” Kata Wani dengan pandangan memohon. Agus pergi.
****
“Kamu lahir sama pada tarikh Ben ditemui mati di tepi sungai.. kononnya dia tergelincir dan kepalanya terhantuk batu sungai. Rupanya bukan begitu..” Kata Wani sambil berlinangan airmata. Agus ditatapnya penuh kasih sayang.
“Tidak ada sesiapa pun yang tahu rahsia hari itu. Janji saya dan Ben. Ciuman cinta pertama” Kata Wani sambil mengesat matanya. Tangan Agus digengamnya. Agus senyap. Tidak membalas. Tidak bersuara. Membiarkan Wani meluahkan rasa.
“Terima kasih kerana memberitahu saya mimpi kamu. Akhirnya saya tahu Owinlah dalang yang menyebabkan saya jadi gadis pembawa malang. Dialah yang menyusahkan semua bekas teman lelaki saya selama ini. Dia yang bunuh Ben. Bunuh Faris. Hampir saja saya berkahwin dengan dia” Wani kecup tangan Agus.
“Saya akan tunggu kamu Agus.. atau kamu sebenarnya Ben?” Tanya Wani sambil mengusap rambut Agus. Wani terus bersabar menunggu Agus sedar dari komanya setelah diserang hendap oleh Owin. Sudah 3 bulan Agus terlantar koma.
“Agus.. Agus Salim. Jangan lupa Ben janji nak kawin dengan Wani. Kalau Ben ada dalam diri kamu.. tolonglah tepati janji itu..” Kata Wani untuk sekian kalinya. Dahi Agus dikecupnya lembut sebelum dia bangun menuju ke bilik air. Dan… perlahan-lahan mata Agus terbuka. Bibirnya bergetar perlahan menyebut satu nama.
“Wani…..”
----------------------------------------
Kispen mereka juga terhasil daripada gambar yang sama seperti di atas.
Thanks a lots...
Terjah mereka juga....
1.http:// gula-gulapelangi.blogspot.com/ 2012/03/ cerpen-hadirnya-pelangi.html
2.http://reenapple.blogspot.com/ 2012/03/sweet-kiss.html
----------------------------------------
Kispen mereka juga terhasil daripada gambar yang sama seperti di atas.
Thanks a lots...
Terjah mereka juga....
1.http://
2.http://reenapple.blogspot.com/
14 comments
memang psiko.umur 7 tahun dah membunuh.psiko2.
Zati Embong,
hahaha..
aku join sparrow the club muahahaha!
citer bunuh2 hehehe.. LW dah buat kisah bunuh so.. aku pon x mau ketinggalan :)
adess... cita sedey lg...
tapi menarik.. rasa cam layan buku alaf 21 ngn kaki novel ja...
adoi... memula mcm rasa dah tahu ini citer misteri sikit...
ps: tul tu... owin tu karakternya agak psiko.... agus tu ben? ataupun ben dihidupkan kembali menjadi agus...? hahahah ending dia best...
deksnami,
sedih ke? happy ending gak la. kan si agus tu sedar juga dari koma akhirnya :p
dah gi baca 2 link kat bawah tu. itu pon best2 gak.. bertema gambar yg sama :)
@Bidadari Syurga
Cik Bidadari,
pandai agak yer :)
ini hanya kispen yg terbawa-bawa oleh andaian adanya hayat lepas dan hayat akan datang. jadi anggap jer la Ben tu hayat lepas si Agus. yg misterinya tu kononnya pasal Agus ada mimpi tentang kejadian berkaitan Owin hehe..
*Cik Bidadari. best la tema ni :)
aku makin teruja sebab nong andy da cube2 ke arah lain
kejap hantu kejap bunuh2
hahaha
best ni!
Owin tu mmg..
Agus/ben tu mesti ensem kan..haha
Iffah,
haha itulah pasal. S7W dah byk bawa pengaruh pada aku. dulu genre cinta romatik aja. Tapi best juga boleh cabar diri sendiri. kepelbagaian gitu. Apa2 pon aku tetap paling suka kisah cinta happy ending wakakaka! jiwang beb! hihihi..
*********
Khairul Antasha,
meh kita bayangkan dia ensem hehehe..
kak na mencuba sesuatu yang baru!
wahh!!!
bagus and best! teehee~
macam nak buat cerita psiko gaklah hahahaha
cite ni buat sy curious sgt..suspen..ahhh sedap gila xtau nak cakap cmne..
tp agus ni ben ke?
kispen ni memang gile kentang
"peh. tipu tu. mana ada orang seberani agus" kata otak mot sambil makan coklat
"ha ah. tipu kan. kan" hati mot plak sampuk sambil merampas coklat tadi
"ko ni amik coklat aku. jahat macam owin jugak" otak mot balas marah
"biarla. kang aku poke ko baru ko tau" hati mot ketawa jahat
TH,
hehehe.. thanks baca. sila try kita join sparrow the club hehehe..
****
Eera Shera,
Ben tu hanyat lepas si Agus- kononnyalah. Kan slalu ada citer cina hayat2 lepas gitu hihihi..
*****
Mot. hehehe..
boleh pula gaduh coklat dgn diri sendiri hihihi.. ada harapan buat citer ala sparrow ni heee...
misteri ehhh citer ni...