Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Tuesday, March 6, 2012

The Story About, She and He

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
IU
*Base on a true story*




He adalah anak orang kaya raya. Tak pernah hidup susah. Tak pernah bekerja keras. Playboy. Very-very-very social person. Bermulut manis dengan perempuan. salah seorang ketua dalam kumpulan gangterism melayu di sini. But, indeed a very charming person kepada sesiapa yang belum benar-benar mengenali.

She adalah anak orang terhormat di Malaysia. Walaupun tidak kaya, tapi bekerja keras seumur hidup, kerana the title infront of her name, made her always doing well in public. tak mudah jatuh cinta. Mempunyai mindset and cita-cita tinggi. namun, dalam pada masa yang sama suffered dalam family. She hanya disayangi sepenuh hati oleh ayahnya.

Mereka berjumpa di Stamford College. He cuba pikat She. Tapi tak berjaya. Sebab She memang bukan senang untuk ditawan hatinya dan sebab tak pernah memikirkan soal cinta. Terlalu banyak lelaki yang ditolak. He, bila tau yang She sangat susah untuk dipikat, menggunakan apa sahaja cara untuk She jatuh ke tangannya. And yeah, congratulation to He... He did got the She.

Bila sang lelaki adalah anak orang kaya. Bila si gadis adalah dari keturunan dihormati. Perkahwinan mana yang tidak akan direstui? And yeah, they did get married.

She yang ingat He adalah prince charmingnya.
She memberi sebuah buku. 

*Masa aku baca buku ni aku sedih sangat, its not a novel. dia sebuah buku yang untuk gift punya. menceritakan mengenai seorang perempuan, and at last jumpa prince charmingnya, and the girl was She, and She thought the prince was He.*

Tapi, lepas kahwin segalanya terbongkar satu demi satu... He rupa-rupanya panas baran. He rupa-rupanya kaki pukul. Tapi, She masih bertahan kerana keluarga, kerana anak yang dah mula mereka ada. Bahagia yang diingat akan dikecapi selepas kahwin, rupa-rupanya mejadi derita hingga ke akhir hayat.

Selepas bisnes bapa He jatuh bankrupt. He lebih sukar untuk mengawal perasaan. Mana pernah hidup susah, tiba-tiba kesenangan berlalu begitu sahaja. He mula jarang balik ke rumah dan mencari keseronokan di luar.

She yang mengandung anak ketiga, akhirnya mendapat tau segala aktiviti luar He. He yang membuat alasan dia pergi kerja, rupanya curang di belakang. Dan She mula mendapat tau yang He memang playboy dari sebelum kahwin lagi. Dan untuk mendapatkan She, He telah bertaruh dengan rakan-rakan kolejnya.

Yeah, hancur luluh hati She. Segala tengkingan dan maki hamun, segala sepak terajang yang diterima rupa-rupanya sia-sia sahaja. Diri hanya dipergunakan. Diri hanya wanita taruhan. Kesetiaan yang diberi selama ini, rupa-rupanya tidak langsung dihargai.

Semasa mengandungkan kandungan yang berusia 8 bulan, He balik ke rumah. they had a big fight. Nyaris-nyaris sahaja tidak dibunuh She, kerana pertama kalinya She melawan setelah sekian lama memendam perasaan dan hanya menerima. Oleh kerana, adik beradik She juga mula masuk campur... He melafazkan taklik kepada She, sebelum dia melangkah keluar. "Lahir je anak tu, kita bercerai. Jatuh talak satu."

She dikejarkan ke hospital, kerana cedera dan He, menghilangkan diri...

But, setiap kali He dalam kesusahan,  He akan meminta tolong She, memandangkan ayah She dan juga She adalah orang yang berpengaruh. Bila tiada duit, He akan meminta She, memandangkan She bekerja keras untuk menyara 3 anak-anaknya. Dan jika tidak dapat apa yang diinginkan, He akan mula mengugut serta memukul. Walau mereka sudah tiada apa-apa ikatan.

She, tetap tak boleh lari dari  He, sebab  He... *arghh panjang ceritanya*
She tidak boleh berkahwin lain, walaupun mereka dah sah bercerai, kerana He akan.. *arghh..panjang ceritanya*

Tapi, hingga ke saat akhir, bila  He ingin rujuk kembali pada She, dan she enggan... dan She terus suffered, kerana He telah membuat macam-macam...

In the end, walaupun She telah disahkan meninggal kerana kanser...

*Tahun 2008, khamis malam jumaat, yang pada jumaatnya adalah tanggal lahir She(jika masih hidup), anak perempuannya telah bermimpi sesuatu yang mengerikan... Terbongkar sudah segalanya, pada anak perempuannya... dan terjawab sudah, kenapa selepas She meninggal dunia, anak perempuannya pula mendapat sakit yang pelik...dengan darah yang keluar... *and yada yada yada* dan terjawab sudah, kenapa Sshe sangat murung dan pandangan matanya lain, setiap kali He datang melawat...*

Conclusionnya...

life is so complicated.. and its not easy to wrote it...
this story was so long and complicated... and its not easy to expressed it...

*And that's why i realised, life is no fairy-tale, life has no prince charming.*

Whatever it was, moga  She and  He bersemadi dengan tenang dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. 

9 comments

March 6, 2012 at 9:37 PM

mereka tu parents kamu kan....

March 6, 2012 at 10:57 PM

nong andy...? aku pernah baca dalam blog dia suatu waktu dahulu... sedih gila. perjalanan hidup dari kacamata org lain yg memandang mungkin yg menulisnya akan selalu endingkan kispen yang sebegini. buat renungan. tapi tak bermakna tiada jalan keluar. satu hari nanti. bukan fairy tales sayang yg kita kejar di dunia... dan sememangnya prince charming tidak akan pernah muncul kerana termaktub Khalifah ilahi adalah pilihan yang paling tepat untuk ungkapan disimpan dalam gobok hati baru kamu sekarang ini....

March 7, 2012 at 12:11 AM

realiti tentang kispen ini mungkin aku tak berapa tahu, tapi kehidupan ini adalah sesuatu yang tak dapat dibayangkan..

walau ramai yang berkata, jodoh dan ajal itu kuasa Tuhan, namun aku rasa andai kita ada terpalit dalam keperitan mereka, tak bermakna kita akan terus dilumurkan dengan rasa sakit dan perit itu..

mungkin pandangan aku pointless, mungkin sebab aku tak pernah rasa..

March 7, 2012 at 1:34 AM

hurm... aku faham. even yang part akhir itu yak seberapa begitu faham.. moga yang mengalami kisah ini tabah.. =)

betul.. life is no fairy tale=)

Anonymous
March 7, 2012 at 1:46 AM

kisah yang tampak jujur .

life is no fairy-tale .. maybe ?

terima kasih kerana berkongsi di sini . =)


-HEROICzero

March 7, 2012 at 5:33 AM

...mereka yang type He tu ibarat serigala yang berbulu biri biri dalam masyarakat kita...apa ada hal this is real world...(sori ter-emo lak abang bro)

March 7, 2012 at 2:00 PM

suka kispen ni. ada byk yg tersirat yg tak terungkap melalui tulisan..

March 7, 2012 at 5:58 PM

hidup bukan sekadar pentas lakonan. tapi bagaimana kita mementaskan sesebuah penceritaan.

hidup ini tak pernah tak rumit.

March 18, 2012 at 1:28 PM

kak na: :)

kak bs: yup, bukan fairytales yang kita kejar...namun kepada Pencipta kita..:)

api: yup, kehidupan ini adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan...

reen: :)

heroiczero: ur welcome..:)

abang el: haha, yup.. kena sangat berhati-hati dengan lelaki-lelaki sebegini..

khairul antasah: terima kasih..:)

hiedayah: ya, hidup ini tak pernah tak rumit..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...