Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label run aziluz. Show all posts
Showing posts with label run aziluz. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

Sarah?

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
"Macam mana kat tempat kerja hari ni?" sapa si isteri dengan senyum, sambil mencium tangan suami yang baru pulang dari kerja.

Si suami senyum. melonggarkan tali leher, sambil menghulur beg bimbit warna hitamnya kepada si isteri.

"Okay je. macam biasa. awak?"
"Okay jugak. jom makan, saya dah siapkan dinner."

Kedua-duanya melangkah sama-sama ke dapur. Si suami berjalan di depan. kemudian mereka duduk menghadap di meja makan. Tudung saji diangkat lalu terdedah lah semangkuk besar nasi putih dengan sejenis lauk berasaskan binatang dan satu lagi juadah berasaskan tumbuhan hijau.

"Kata tak sihat hari ni?"
"Aah. sebab tu saya balik awal sikit."
"Habis, susah-susah je masak ni? Kenapa tak rehat je"
"Ala takpelah. Tanggungjawab saya."
"Tanggungjawab awak layan suami jelah," jawab si suami sambil ketawa kecil.

Si isteri senyum sikit. Mukanya nampak tak seceria selalu. Tapi si suami tak perasan. Terus makan. Lapar sangat gamoknya seharian tak makan masakan isteri.

"Abang, pernah terfikir nak kahwin lagi tak?"
"Eh awak ni. kita baru kahwin lah. Ada ke tanya macam tu."
"Saya tanya je. Abang sayang saya?"
"Mestilah. Haih. Kalau tak sayang, saya tak kahwin lah. Awak ni.."
"Abang akan tetap dengan saya walaupun apa-apa jadi?"
"Mestilah."
"Tapi bang, saya ada jumpa something..."
"Apa?"
"Hmm.. saya tak tahu apa hubungan abang dengan perempuan tu pun..."
"Apa awak cakap ni?"
"Abang, kalau saya mati, abang nak kahwin dengan dia?"
"Siapa ni? Siapa? Awak jangan macam-macam."
"Sarah?" Muka si suami pucat lesi. Terdiam tanpa kata.

Tiba-tiba si isteri rebah. di belakangnya ada sebilah pisau tertusuk dan darah membuak-buak keluar. Dari jauh, si suami nampak kelibat manusia berambut panjang separas hampir pinggang. Kurus, tinggi. tersenyum, manis.

"Sarah?" 
Hak Cipta: run aziluz

Friday, May 4, 2012

Sampai Hati Abang Jib Lupa. Kan Dah Kena Makan Sumpah...

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
"selamat hari jadi.
selamat hari jadi.
selamat hari jadi sayang
selamat hari jadi."

Tiap-tiap tahun pada tanggal 26 Januari Najib akan menyanyikan lagu ini untuk kekasihnya Salmah. Sejak mereka bersama dari tahun ke tahun, Najib akan menyanyikan lagu ini dan tidak pernah lupa walau sekali pun. Najib juga bersumpah yang dia akan menyanyikan lagu ini untuk Salmah tiap-tiap tahun.

"Ala Abang Jib ni. Sumpah-sumpah. Kang dimakan sumpah, Salmah tak tahu."
"sumpah makan Abang? mana sumpah yang berani makan abang itu? abang makan dia dulu sebelum dia sempat makan Abang." 

Dan sebagai memperingati sumpah yang dibuatnya, Najib menghadiahi Salmah dengan seekor sesumpah peliharaan yang diberi nama Sumpah. Salmah menjaga Sumpah seperti menatang minyak yang penuh. Kadang-kadang Salmah memanggil Sumpah dengan nama manja seperti honey, sayang, baby, bebi dan babi. kadang-kadang Salmah menganggap Sumpah seperti anak dia dan Najib.

Pada suatu hari yang indah, tanggal 26 Januari datang lagi. seperti biasa, Najib membawa Salmah berjalan-jalan menyambut hari jadinya. Sesungguhnya malang memang tidak berbau tapi kemalangan berbau minyak, darah dan daging hancur. Ketika seronok bonceng-membonceng di atas motor Najib, motosikal mereka dirempuh lori yang bergerak laju dari arah bertentangan. Najib terpelanting ke tepi jalan. Salmah dan motosikal terperosok di bawah lori. Salmah maut digilis dan diseret lori itu sejauh hampir seratus meter. kepalanya hancur separuh. Najib pengsan. motosikalnya hancur, sama hancur dengan Salmah. Maka dengan itu, malang tidak berbau dan seperti yang dikata tadi, kemalangan itu berbau darah dan daging hancur. hanyir.

Tahun berganti tahun. Tiada lagi nyanyian sumbang selamat hari jadi dari Najib untuk Salmah. Gila ke apa nak menyanyi lagu selamat hari jadi kepada Salmah yang sudah mati? Baik menyanyi lagu selamat hari mati kerana hari jadi dan hari mati Salmah pada tarikh yang sama.

Tahun berganti tahun tanpa sedar. ingatan pada Salmah entah ke mana. ingatan kepada Sumpah, jangan harap. Sudah lama terkubur walaupun sebelum tanah kubur Salmah hilang merahnya. Najib bersama pula dengan seorang perempuan lain yang tarikh lahirnya bukan 26 Januari. Tarikh matinya belum pasti lagi.

Hampir 10 tahun kira-kiranya mengikut kalendar masihi. 26 Januari datang lagi. tengah malam itu Najib tidak dapat tidur. Entah apa yang bermain di dalam kepala hotak nya dia sendiri tidak pasti. Rasa panas, resah gelisah semacam sahaja. hendak dimesej girlfriend nya, pasti sudah tidur. Jam sudah pukul 12 lebih. perempuan ini selalu tidur awal.

Tiba-tiba memorinya berbalik kepada tahun-tahun dulu. kepada Salmah. kepada tarikh 26 Januari. terdetik hatinya untuk menyanyi lagu selamat hari jadi. Tapi macam orang gila pula menyanyi seorang-seorang. hendak menyanyi di kubur Salmah, nanti dituduh pula mahu buat minyak dagu.

"Ah. Dimakan sumpah konon. Mana ada sumpah. Mana ada sumpah nak makan aku." Najib ketawa kecil sambil mengelap peluh-peluh sejuk yang entah kenapa memancut-mancut keluar dari rongga dahi. Ketawa kecil, mungkin kerana terasa bodoh benar bersumpah itu ini.

Entah bila Najib terlelap. Pandangannya gelap. Tiba-tiba terdengar suara yang selalu benar dia dengar dulu-dulu. Dia rasa dalam mimpi. mungkin, memang dalam mimpi.

"Abang Jib, Abang Jib lupa ke? sampai hati Abang Jib lupa," rengek suara itu berulang kali.
"Abang Jib, nanti kena makan sumpah tahu? Abang Jib mahu?" 

Dalam mimpinya, Najib menepis-nepis telinganya. Tidak tahan dengan suara itu. Beberapa ketika kemudian, Najib bangun dengan peluh yang membasahi separuh baju pagoda nya.

"Ah.. nasib baik mimpi," kata Najib bila membuka mata. 

Najib cuba untuk tidur kembali. Tapi kali ini bunyi lain pula yang datang. bunyi seperti ada benda melompat-lompat di bumbung rumah. peluh semakin mengalir deras. Najib diam.

Seketika kemudian secara tiba-tiba seekor sesumpah bersaiz dinosaur sudah tercongok di depan katil Najib. Najib cuba untuk menjerit tapi suaranya tersangkut di anak tekak. sesumpah dinosaur dengan rakus membaham kepala Najib. Memancut-mancut darah keluar dari carotid artery Najib. Baju pagoda yang butih bertukar merah. Dari kejauhan terlihat kelibat Salmah dengan kepala hancur separuh, memegang tali yang dililit pada leher sesumpah bersaiz dinosaur.

"Abang Jib, sampai hati Abang Jib lupa. Kan dah kena makan Sumpah..."

Hak Cipta: run aziluz

Wednesday, May 2, 2012

Ambil Jantung Awak dan Simpan

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Semuanya nampak indah pada awal-awal cinta. Semua hubungan cinta termasuk yang ini. Antara dua orang budak lelaki dan perempuan yang baru tahu lihat dunia... yang baru terdedah dengan dunia luar... yang baru dengar dan tahu apa itu cinta. baru tahu apa itu janji manis. Tapi mungkin belum faham apa maksud cinta yang sebenarnya.

"Awak, awak, awak sayang saya?" tanya budak perempuan pada suatu hari.
"Mestilah sayang. kan saya ni boyfriend awak."
"Awak rasa, awak nak sayang saya sampai bila?"
"I will love you until my last breath, because i need you just like my heart needs a beat, sayang," kata budak lelaki sambil meramas-ramas tangan budak perempuan. Dicium-cium.

Hari berganti hari. Seorang ke sini, seorang ke sana untuk menyambung pelajaran. Budak dua orang yang baru tahu lihat dunia itu, semakin luas pemandangan terhadap dunia. Semakin banyak dapat dilihat dan dirasa. Semakin luas pemandangan maka semakin terhakis rasa "cinta" yang kononnya mereka sudah faham dan akan jaga sampai bila-bila. Cinta yang sebenarnya mereka sendiri belum faham maksud dan natijahnya.

Hari berganti hari lagi. Cinta makin lama makin susut dan surut mengikut paras air tasik. Air mata budak perempuan semakin lama semakin banyak tumpahnya seperti peningkatanparas air laut akibat dari pemanasan global, dek kepalsuan "kesetiaan" yang dijanji-janji dulu. Hubungan yang kononnya membahagia sehingga ke anak cucu, meranap hati mengoyak jiwa dan merosak mental.

"awak, boleh kita jadi macam dulu-dulu?" tanya si budak perempuan penuh harapan.
"takmaulah."
"kenapa?"
"awak pun tahu kan. saya selalu buat awak nangis, sakit je. saya takmaulah macam itu lagi."
"tapi, awak je yang boleh gembirakan saya."
"kalau ada jodoh, adalah."

Seringkali ayat ini digunapakai untuk melepas diri. Untuk melepas rasa setia. Untuk menukar arah ke perempuan-perempuan lain, termasuklah si budak lelaki, turut sama mengikut trend dengan menggunakan ayat-ayat ini dan dengan ayat ini si budak lelaki berjaya melepaskan diri dari budak perempuan, lalu menukar arah ke budak perempuan yang lain. yang lebih kurus tinggi. Yang lebih putih melepak. Yang lebih seksi bergaya. yang lebih segalanya. Sementara si budak perempuan terus setia di samping bertungkus-lumus meneruskan cita-cita bersama - menjadi pakar dalam bidang jantung.

"awak, awak kata awak taknak ada hubungan dengan siapa-siapa?" *diam membisu*
"tapi saya nampak awak in relationship dengan budak tu."
"tapi saya still sayang awak juga. cuma macam tak dulu-dulu lah."
"kalau awak sayang saya awak tinggalkan lah dia."
"tak boleh lah..."
"kenapa tak boleh? kenapa tinggalkan saya, boleh, tinggalkan dia tak boleh?"
"bosan lah cakap pasal ni. sudahlah!"

Si budak lelaki bangun dari kerusi restoran burger queen lalu melangkah keluar dari restoran. Si budak perempuan mengejarnya lalu mencapai tangan si budak lelaki sambil menangis-nangis.

"awak, awak tak ingat ke janji awak dulu?"
"janji apa?! awak ni. sudahlah. saya dah bosan."
"i will love you until my last breath, because i need you just like my heart needs a beat. awak kata ni dulu!"
"hati saya dah mati utuk awak! dah mati! jantung saya dah tak berdegup untuk awak! sekarang puas hati?"

Si budak perempuan melepaskan tangan si budak lelaki. Biar dia berlalu pergi untuk beberapa langkah dan secara tiba-tiba entah hantu mana yang datang merasuk, si budak perempuan menggila. Entah macam mana kedua tangannya menembusi dada si budak lelaki dari arah belakang. memancut-mancut darah ke manusia-manusia sekitar mereka yang hanya mampu melopong.

Seketul daging berotot yang kembang kecut kembang kecut berada dalam genggaman si budak perempuan. Darah merah terang memancut-mancut dari aorta lalu mengenai muka dan baju si budak perempuan. jantung. jantung itu masih berdegup lagi dengan air mata yang masih lekat pada pipi, si budak perempuan melutut lalu menyumbat jantung segar itu ke dalam sebiji botol berisi larutan jernih.

"awak kata awak akan sayangkan saya sehingga nafas terakhir awak kerana awak perlukan saya sebagaimana jantung awak memerlukan degupan. Jadi saya ambil jantung awak, simpan dia dalam larutan formaldehyde, dan lihat dia berdegup tiap-tiap hari untuk saya."


Hak Cipta: run aziluz

Saturday, April 14, 2012

Sepatu Kaca Cinderella

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips

Dulu-dulu
Kita selak satu per satu halaman hikayat cerita dongeng kita
Dulu-dulu
Kau aku bercerita sama, gembira
Dulu-dulu
Kau kata kita akan ke bab terakhir - happily ever after
Tapi itu dulu-dulu
Waktu kita, akal masih terikat dengan kisah cinta bunga-bunga
Dongengan yang dibuai
Malam panjang dari sedar masuk ke fasa tidur beta dan gamma
Kini,
Kini aku sendiri tak pasti sama ada kita akan ke bab terakhir itu.
Maka aku tanggalkan sepatu kaca cinderella
Aku petik kelopak akhir tanda nyawa beast
Aku rabak tikar terbang Aladdin dan Jasmine
Aku telankan epal beracun snow white
Biar yang ini sampai sini saja
Kerana bila aku sedar dan keluar dari gelombang gamma tidur nyenyak
Yang ada bukan apa yang kau kata kegembiraan bersama sehingga ke tua
Tapi yang ada cuma rasa patah
Rasa punah
Sayang, mari tutup cerita cinta dongeng kita ini. 



Hak Cipta: run aziluz

Monday, April 2, 2012

Sambal Giling Tanah Mercurial

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
run aziluz



"Saya gagal. Saya bodoh. Saya mahu mati."
"Tapi kalau Tuhan tak mahu matikan kamu, kamu takkan mati."
"Tapi selalunya jika terjun dari tingkat lima belas, sudah pasti mati."
"Tidak juga kalau Tuhan tidak izinkan."

Maka si yang mahu mati berlari anak ke tingkat lima belas rumah flat nya, yang si penghalang si mahu mati mengekori dengan lari-lari anak juga.

"Saya mahu mati!" jeritnya sambil memajukan sebelah kaki keluar dari balkoni.
"Jangan. Kamu tak boleh mati dengan cara ini."

Si mahu mati berkeras. Terus dia duduk bersila di atas balkoni. Dibebel-bebel tanpa jelas butir bicara. Tidak habis-habis dengan niat mahu mati. Si penghalang yang mahu mati duduk berteleku di tepi pintu. Menguap dua tiga kali. Bosan.

"Saya mahu mati." kesekian kalinya ayat keramat itu dilaung sehingga flat blok sebelah mula terang akibat jiran-jiran mula buka lampu. 
"Jangan."
"Saya tak kira." 
"Pergilah. pergilah mati." bosan si penghalang yang mahu mati.

Si mahu mati terpana dengan jawapan si penghalang. terkedu.

"Saya terjun! Saya terjun!"
"Terjun lah."

Si mahu mati mula membuka langkah. Seperti tadi sebelah kakinya tergantung-gantung.

"Saya terjun betul ni!"

Si penghalang mendengus. kemudian dengan sengaja dia tergeletek bahagian lutut si mahu mati. Lalu tergelak geli si mahu mati lalu terjatuh ke tanah. bunyinya ceplek. Seperti bunyi cerpelai jatuh ketika berlawan dengan naga di atas langit.

Si penghalang segera berlari bapa menuju ke tanah. Terlihat sekujur tubuh yang masih bergerak sikit-sikit di atas tanah. Itu dia si mahu mati yang hampir mati tapi belum mati.

"Kamu dah mati?"
"Belum."
"Bukankah kamu kata kamu mahu mati dan akan mati jika terjun dari tingkat lima belas?"

Si mahu mati senyap hanya darah tersembur-sembur keluar dari mulut. Seperti bebelan-bebelan yang tadi-tadi, yang tak jelas butir bicara. mungkin cuba mengucap.

"Kenapa kamu tak mati ni?"

Buih-buih merah hitam tersembur-sembur lagi dari mulut.

"Matilah! matilah! matilah!" si penghalang naik seh.

Lalu kaki yang sedia bersarung but bola yang dipakai dari petang tadi dihentak-hentak ke kepala si mahu bunuh diri. Sehingga lumat dan berupa sambal giling.

"Ini kepala ni patut pecah! Bodoh. Bodoh. Kamu gagal. Kamu memang patut mati. Kamu gagal. Kamu bodoh." kata si penghalang sambil terus memijak-mijak kepala bangang tadi sehingga berbunyi cepelek cepelek.

Si mahu mati sudah diam. Mungkin kerana sudah tidak ada mulut dan otak untuk bercakap akibat dipijak but bola mercurial warna kuning.

Selepas sambal giling tadi lumat dan sebati dengan tanah, si penghalang tadi pergi dengan memakai but mercurial, ketika balik ini berwarna oren. 

Tuesday, March 27, 2012

"Smoke Till You Stroke, Sayang"

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
run aziluz


Langkah kaki sama derapnya. Tangan hayun ke depan ke belakang sambil genggaman terus kemas. Si lelaki pandang si perempuan, si perempuan pandang si lelaki. Dua-dua tersenyum bahagia menampakkan gigi dan warna kekuningan pada ruang antara setiap gigi. langkah dihenti di tepi tembok longkang.

Sekotak berwarna merah ditarik kemas dari poket kemeja si lelaki. Sebatang yang berwarna putih diketap bibir, kemas. Api dinyala. Sedut. Hembus. Sedut hembus. Sedut dalam-dalam. Bulatkan mulut. Hembus dengan bulut membulat ke arah si perempuan, lalu jari telunjuk menepuk sedikit bucu pada asap bulat dari mulut. lalu terbentuk asap bentuk hati dari mulut terus ke muka si perempuan. Si perempuan senyum. ketawa. Pipi merah.

Habis sebatang, sebatang lagi disedut hembus. Sedut hembus. Asap panjang dari hidung. Asap bulat. Asap bentuk hati. Senyum. Ketawa. Pipi merah. Batuk. Sedut. Hembus lagi.

"sayang, kau kisah aku merokok?" tanya si lelaki yang sedang sedut hembus sedut hembus.
"tak."
"kenapa tak kisah? kau suka aku mati cepat?"
"tak apalah. kalau kau mati cepat. aku pun ikut sama. sebab aku pun sedut asap dari kau juga."
"jadi kita boleh sehidup semati?"
"mungkin. smoke lah. smoke till you stroke, sayang."
lalu batang-batang yang putih-putih itu disedut hembus hingga ke batang terakhir.

* * * * *

Dua puluh tahun berlalu. langkah kaki sama derapnya seperti dulu. Tangan hayun ke depan ke belakang sambil genggaman terus kemas seperti dulu. Si lelaki pandang si perempuan, si perempuan pandang si lelaki. Dua-dua tersenyum bahagia menampakkan gigi dan warna kekuningan pada ruang antara setiap gigi yang semakin jarang ditelan usia. Langkah dihenti di tepi tembok longkang, tempat dulu-dulu.

Buat kesekian kalinya asap bentuk bulat keluar dari mulut si lelaki.Ddibelah sedikit bahagian atasnya dengan jari telunjuk, jadi bentuk hati lalu mengenai muka si perempuan. Buat kesekian kalinya lagi, pipi merah.

"sayang, kalau aku mati dulu, kau mahu kahwin lagi?" untuk kali ini si perempuan memula bicara.
"tentulah tidak. kan kita sehidup semati."
"tapi aku rasa masa aku makin dekat."
"tapi kau cuma sedut asap dari aku. bukan dari rokok ini."
"benar. aku perokok kedua yang risikonya sepuluh kaliganda."

Selesai berceramah pendek si perempuan rebah dengan mulut herot. Bila diperiksa selepas matinya, ada darah membeku di otak.

Sehari demi sehari si lelaki sunyi tanpa si perempuan. Tanpa bergenggam tangan menghayun ke depan belakang berjalan dengan derap sama ke tepi longkang. Tanpa muka penadah asap bentuk hati. temannya cuma batang-batang putih dari kotak merah yang disemat kemas dalam poket baju. Lalu disedut hembus sedut hembus batang-batang putih itu tanpa henti dan ditiup asap bulat, dan dipotong bahagian atasnya dengan jari telunjuk lalu jadi bentuk hati. Cumanya tiada muka si perempuan, lalu asap bentuk hati hilang dibawa angin.

Sepuluh hari kemudian, si lelaki sitemui rebah dengan mulut herot... dan bila diperiksa selepas matinya, seperti diduga ada darah membeku di otak.

Sunday, January 8, 2012

Hati Di Potong Dadu

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips




Sejak belakangan ini saya dilanda kemurungan yang teruk. Ini semua gara-gara saya menanti sesuatu yang tak mungkin terjadi. seperti menunggu kucing bertanduk dan musang berjanggut. Walaupun saya tahu bahawa semua itu tidak mungkin terjadi, saya masih menunggu macam orang bodoh dan akhirnya memakan diri saya sendiri terutamanya di bahagian hati dan otak.


Hari itu saya tertelan sepapan ubat selesema dengan papan-papannya sekali dan sebotol ubat batuk dengan botol nya sekali. Keesokan harinya saya telah bertukar menjadi Edward Cullen yang pucat lesi seperti puntianak kekurangan darah dan bersinar apabila terkena matahari pagi. Pada sebelah petangnya pula secara tiba-tiba apa yang saya tunggu-tunggu selama ini muncul dan mengajak saya keluar makan. Maka saya pergi keluar makan. Saya terus bertukar dari Edward Cullen menjadi Jacob Black. Jacob Black itu walaupun sudah tahu bahawa Bella sudah ada Edward Cullen tetapi dia hendak juga mengurat Bella.


Bila malam saya lebih cenderung menjadi Keluangman. Kadang-kadang menjadi toyol. Setiap malam saya kepanasan sehingga tak boleh tidur. Tapi kadang-kala bila saya tak boleh tidur, saya pergi menuju Tuhan sebentar untuk minta ketenangan. itu pun, selepas puas kuku saya mencakar-cakar tanpa sengaja di bahagian muka dan tangan sendiri. selepas berjumpa Tuhan, saya biarkan dulu lebihan-lebihan butir masin kering dari atas muka. Kemudian saya merenung masa lampau sehingga akhirnya saya tertidur.

Setiap pagi saya akan bangun bersama satu luka baru. Bila ditanya oleh rakan-rakan, saya katakan saya ada penyakit pelik iaitu saya akan bertukar menjadi Wolverine apabila saya tidur malam. Jadi, saya kekurangan tidur. Oleh sebab itu mata saya juga akan lebam dan bengkak setiap hari kerana tak cukup tidur.

Sebenarnya saya mengalami benda-benda pelik ini sejak saya menyedari bahawa hati saya telah diambil oleh seseorang. Dia paksa saya beri kebenaran pada dia untuk menyimpan hati saya, jadi saya benarkan. Tiba-tiba, saya rasa hati saya telah dipotong dadu menggunakan pisau tumpul sehingga tidak dapat dilihat bentuk dadu, tetapi hancur.

Dan orang yang dulu mahu simpan hati saya, saya lihat dia sedang simpan hati lain yang dia belum sempat potong-potong dadu lagi. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...