Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label senyumselalu. Show all posts
Showing posts with label senyumselalu. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Takdir Penentu Segalanya

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
“Aku kat mana ni? Macam mana aku boleh sampai ke sini? Mana ibu dan ayah? Mana semua orang?” Aira sedang berteka – teki dengan diri nya sendiri. Dia menjadi keliru dengan tempat yang dia sedang berdiri ini. Tempat tersebut sangat asing bagi diri nya. Setahu Aira dia tidak pernah datang ke situ dengan sesiapa. Hampir seluruh tempat dia jelajah tapi tak seorang manusia pun yang dia jumpa, yang ada hanyalah tumbuh – tumbuhan yang cantik yang tidak pernah dia jumpa. Dia rasa sangat bahagia dan aman yang tak akan pernah dia alami… adakah aku berada di SYURGA...

Di luar pengetahuan Aira, kedua orang tuanya sangat risaukan keadaan nya. Sudah berapa hari dia tidak sedarkan diri akibat daripada kemalangan yang di alaminya sewaktu hendak pulang dari tempat kerja. Nasib menyebelahi Aira kerana orang yang telah melanggarnya mahu bertanggungjawab untuk membiayai segala kos perubatannya.


SEBELUM KEJADIAN..
Aira sedang menunggu bas seorang diri di bus stop. Dia ternampak seekor kucing ingin melintas jalan. Tanpa memikirkan keselamatan diri, Aira terus menyelamatkan kucing itu. Tiba-tiba dia terdengar decitan brek kenderaan. Pemandu kereta tersebut tidak dapat mengelak lalu melanggar Aira. Kucing didalam pangkuan nya terpelanting di tepi jalan. Aira terbaring tidak sedarkan diri. Badannya penuh dengan darah pekat berwarna merah. Tidak sampai beberapa minit tempat tersebut telah dipenuhi dengan orang ramai. Pemandu yang membawa proton waja itu keluar dari perut kereta untuk melihat keadaan mangsa yang telah dilanggarnya tadi. “Ya allah..” hanya itu yang mampu dia katakan sekarang. Tanpa melengahkan masa dia terus mengangkat mangsa ke dalam perut kereta dengan bantuan orang ramai. Dia harus membawa wanita tersebut ke hospital dengan segera.

Di hospital, Akmal resah gelisah tidak menentu memikirkan keadaan wanita yang dia langgar tadi. Dia perasan sesuatu tentang wanita itu. Wajah wanita itu menyerupai seseorang yang amat dia rindui selama ini. Adakah dia orang yang sama? Atau hanya khayalan sahaja. Sedang ralit Akmal termenung tiba-tiba bahunya di tepuk oleh seorang pakcik berkemaja dan di sebelahnya seorang wanita yang anggun berbaju kurung berwarna ungu. Akmal bangun dan menyalami pakcik tersebut.

“Maaf kalau saya bertanya, pakcik ni siapa? Pakcik cari bilik ke?” Akmal bertanya kepada pakcik tersebut. “Ehem,nama pakcik Rahim ayah kepada Aira. Perempuan yang sedang di rawat di dalam bilik kecemasan ni. Dan yang ni pula maknya makcik Syarifah.” Makcik Syarifah hanya memandang wajah Akmal. Hatinya tidak tenang selagi tidak mengetahui keadaan puteri tunggal nya itu.

Keadaan kembali menjadi bisu. Masing-masing resah menunggu di hadapan bilik kecemasan itu. Lampu kecemasan tidak lagi menyala menandakan pembedahan telah selesai. Hampir 1 jam mereka menunggu. Akhirnya muncul seorang doktor muda menghampiri mereka. Doktor itu menghadiahkan sekuntum senyuman buat mereka semua. Dia menepuk bahu Akmal dan mengangguk. 

“Erm, saya Haris doktor yang merawat Aira. Boleh saya tahu siapa ibu bapa nya?”
“Kami doktor.” Jawab En Rahim dan Pn Syarifah serentak.
“Anak encik dan puan stabil. Dia akan ditempatkan di wad untuk pemeriksaan selanjutnya.”
“Alhamdulillah..” hanya itu yang mampu diucapkan mereka.

************************* 

Akmal telah membuat report polis tentang kejadian tempoh hari. Setiap petang setelah kerjanya selesai dia akan datang ke hospital untuk melawat keadaan Aira. Dia telah menjelaskan segala-galanya kepada ibu bapa Aira. Bil hospital pun telah dia lunaskan. 

Akmal membuka dompetnya, dia membelek sekeping gambar yang telah lama. Dia perhatikan wanita yang berada di dalam foto itu. Muka mereka serupa. Adakah ini bunga sakura nya. Dia menjadi keliru. Bunga sakura adalah panggilan untuk wanita yang dia suka secara senyap ketika berada di bangku sekolah dahulu. Cintanya tidak kesampaian kerana bunga sakuranya telah pindah ke tempat lain kerana mengikut ayahnya berpindah. Selama itulah dia memendam rasa. Dia dapat rasakan bahawa satu hari nanti dia akan bertemu dengan bunga sakuranya. 

************************* 

“Ayie..ayie..ayie..jangan tingalkan Aira kat sini. Aira takut..Ayie!!” laung Aira bagaikan orang di rasuk.

Ibu dan ayahnya terus meluru ke biliknya untuk melihat keadaan dirinya. Semenjak Aira sedarkan diri beberapa bulan yang lalu, nama itu kerap meniti di bibir munggilnya. Ibu dan ayahnya menjadi keliru dengan sikap anak bongsunya itu. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Orang yang telah menolong anaknya itu pun telah menghilangkan diri setelah Aira sedar.

Petang itu sewaktu Aira berjalan-jalan di shopping kompleks dengan ibunya dia bagaikan terlihat kelibat seseorang yang selalu muncul di dalam mimpi nya. 

“Ibu, tunggu sekejap ea. Adik rasa adik mcm nampak kawan adik la tadi.” Aira terus berlari meninggalkan ibunya yang sedang terpinga-pinga.

Aira berpusing-pusing mencari orang tersebut tetapi hampa dia tidak dapat mengejarnya….
Akmal semput berlari. Dia perlu melarikan diri dari seseorang. Nasib baik aku selamat lari. Fuhh…
Tanpa sedar Akmal telah melanggar seseorang.

“Adoii..ya allah sakitnya..aku langgar dinding ke?” sambil menggosok-gosok bahu kanannya.
“Maaf cik saya tak sengaja.” Kalut Akmal meminta maaf.
“Erm,takpe-takpe..bukan sengaja kan..” Aira tergamam melihat lelaki dihadapannya. Lelaki ini seperti didalam mimpinya. Dia seakan bermimpi. Adakah ini realiti atau fantasi.

Akmal pun tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Kakinya seperti di paku. Adakah ini takdir atau jodoh mereka. 

“Aira..kat sini kamu rupanya..penat ibu mencari kamu..eh..kamu budak yang langgar anak makcik kan?”
“Hah..” Akmal kebingungan. Dia memandang lama makcik tersebut dan akhirnya barulah dia menganggukkan kepalanya.

“Kemana kamu menghilang? Dah lama pakcik cari kamu. Dia ingin membalas budi baik kamu kerana telah selamatkan puteri kesayangan kami.”

“Saya sibuk makcik. Saya minta maaf banyak-banyak kerana menyusahkan pakcik dan makcik.” Penuh sopan Akmal menuturkan kata.

Aira hanya menjadi pemerhati antara ibunya dan juga pemuda yang telah melaggarnya tadi. Dia tidak memahami langsung butir bicara yang ibunya perkatakan dengan pemuda itu.

“Kalau senang datanglah rumah makcik. Pakcik teringin sangat nak jumpa dengan kamu.”
“Insyallah makcik.” Peluang telah terbuka untuk dia mengenali bunga sakuranya!

*************************

Aira dan Akmal sudah selamat diijabkabulkan petang tadi di masjid yang berdekatan dengan rumah pengantin perempuan. Akhirnya penantian Akmal telah tamat. Bunga sakura telah menjadi miliknya seorang. Akmal seperti bermimpi dia tidak menyangka pertemuan diantara dia dengan ayah Aira membuahkan hasil yang lumayan. Ayah Aira merestui perhubungan mereka berdua. 

Persoalan Aira selama ini telah terjawab. Lelaki yang selalu muncul didalam mimpinya rupa-rupanya lelaki yang telah melanggar dan menyelamatkannya dahulu. Tetapi Aira hairan dan pelik kerana nama yang selalu disebut dalam mimpi tidak sama dengan nama suaminya sekarang. Malam ini dia akan bertanyakan soalan itu.

“Abang..boleh Aira tanya sesuatu.”
“Erm,tanyalah..”sambil merangkul erat pinggang isterinya.
“Abang ada nama samaran tak dulu?”
“Kenapa sayang tanya?”
“Saja nak tahu”

Akmal senyap seketika. Dia seperti mengingati sesuatu. “Abang pernah ada nama samaran dulu sewaktu sekolah. Tapi sekarang abang dah tak guna nama tu lagi. Kenapa sayang?”

“0wh..nama samaran abang ‘Ayie’ ea?”
“Mana sayang tahu?”

Aira hanya tersenyum melihat suaminya. Segala persoalan yang berada di fikirannya telah terjawab. Dia rasa bersyukur sangat dengan takdir yang Tuhan telah aturkan buatnya. Takdir penentu segalanya. 

Rangkulannya diperkemaskan dan dieratkan. Dia akan menjaga anugerah yang dikurniakan Tuhan ini sebaik mungkin dan tidak akan dipersiakan.

.TAMAT.
Hak Cipta senyumselalu

Monday, March 5, 2012

Segalanya Bermula Di Sini

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
senyumselalu



Aku duduk di taman ini sambil di temani oleh manusia-manusia yang lalu lalang di kawasan ini untuk melakukan aktiviti petang. Aku disini menantikan kehadiran sang kekasih hati yang disayangi tanpa jemu. Diriku ini seumpama pungguk yang merindukan sang bulan. Aku terlalu merindui kehadirannya disisiku. Ya, aku terAMAT merindui nya! Perasaanku tidak dapat disangkal lagi. Setiap petang, aku akan berkunjung disini untuk mengimbau kembali kenangan manis bersama si dia sewaktu ketika dahulu. Aku mengharapkan si dia akan datang kepadaku dan membawaku pergi bersamanya. Aku tidak sanggup untuk melalui ini semua lagi. Wahai kekasih hati, cubalah kau fahami isi hatiku ini…

Beberapa tahun yang lalu… 
Nurin Hanis duduk setelah penat berkejaran ke sana ke mari. Sedang ralit melihat pemandangan di waktu petang, tiba-tiba dia ditegur oleh seseorang yang dia tidak kenali.

“Hai, saya Azman. Boleh saya duduk kat sini?” Aku memandang pelik ke arah lelaki tersebut. Aku hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakan.

“Saya selalu nampak awak kat sini setiap petang. Rajin awak bersenam. Saya pun tak selalu datang macam awak. Erm, nama awak apa?” tanya si jejaka tanpa berputus asa. Hati dia telah tertarik setelah melihat wanita itu buat kali pertama. Dia dapat merasakan ada sesuatu di dalam diri wanita itu.

Nurin memandang sahaja lelaki yang berada di sebelahnya itu. “Haish, nak tegur ke tak nie, kalo tak tegur nanti dia kata aku sombong plak, nak tegur takut.. muka macam orang miang je.. hurm” Nurin bermonolog di dalam hati. “Erm, tak pelah kalo awak keberatan nak kawan ngan saya. Saya mintak diri dulu ea. Assalamualaikum.” Hampa.. itulah perkataan yang paling sesuai untuk dirinya kala ini. “Eh, nanti la dulu. Saya baru je nak bagitau nama saya. Awak nie gelojoh la. Touching cepat sangat. Nama saya Nurin Hanis Alias. Selamat berkenalan.” Senyum. Bermula dari saat itu mereka mula berkawan dan menjadi lebih rapat.

*Segalanya bermula disini*

Setelah hampir setahun mereka berpacaran akhirnya Azman telah melamar Nurin untuk menjadi permaisuri hidupnya. Azman telah melamar Nurin di tempat yang sama sewaktu mereka berkenalan dulu. Akhirnya hari yang dinanti telah pun tiba. Dengan sekali nafas Nurin sah menjadi isteri kepada Mohd Azman bin Kamarudin.

“Hai sayang.. watpe tu? Asyik termenung je abang tengok dari tadi.” Sambil memeluk Nurin dari belakang.
“Eh, abang nie..terkejut Nurin tau. Nasib takde sakit jantung kalo tak, dah lama dah Nuirn k.o agaknya.” Tenang Nurin menuturkan ayat itu. Tanpa dia sedari suaminya terasa hati dengan kata-katanya sebentar tadi. 
“Abang..” sambil menoleh ke arah Azman.
“Abang marah ea sayang cakap macam tu.. sayang mintak maaf ea.. kadang-kadang Nurin takleh nak kawal la mulut Nurin nie.. hee sory ea..” sambil memeluk erat pinggang suaminya. 
“Lain kali sayang jangan cakap macam tu lagi ea. Abg tak suka la sayang. Kalo sayang takde nanti, sape nak teman abang gi taman tiap-tiap petang, sape nak gosok baju abang, sape nak jage makan minun abang, sape nak dodoikan abang tiap-tiap malam.” ayat yang terakhir itu diluahkan sekali dengan sengihan dan kenyitan mata. Muka Azman nampak sangat gatal. Nurin sangat malu, muka nya merah menahan malu.
“Eii, abang nie ade plak cakap macam tu. Malulah Nurin.”
“Apa nak malu, kita kan dah kahwn. Semuanya dah halal.” Senyum lagi.
“Jom tidur. Abang ngantuk la sayang..” senyum lagi tetapi kali ini dia mengheret Nurin ke katil. Malam itu merupakan saksi kepada percintaan mereka berdua.

Setelah hampir setahun mereka berkahwin akhirnya mereka di kurniakan dengan berita gembira. Nurin telah disahkan hamil 2 bulan. Azman sangat berhati-hati menjaga Nurin. Dia tidak akan membiarkan Nurin untuk membuat kerja sendiri. Selama tempoh kehamilan ini, Azman telah mengambil pembantu rumah untuk membantu Nurin. Nurin pun telah berhenti kerja atas nasihat suaminya.

“Abang.. kenapa termenung je nie? Ade masalah ke?” Nurin melabuhkan punggungnya di sisi Azman.
“Takda pape lah sayang. Abang ok je. Nurin macamana  hari nie? Baby meragam tak?” tanya Azman lantas memegang perut Nurin.
“Nurin ok je. Hari nie baby jadi budak baik. Dia dengar kata mama dia.. hehe” Nurin tersenyum melihat gelagat suaminya. Dia senang diperlakukan sebegitu. Semenjak dia hamil, Azman sangat memanjakan dirinya. Semua kerja bibik yang lakukannya. Dia hanya memberi arahan sahaja.

“Erm, syg..kalo abang takde nanti.. sayang jaga baby baik-baik tau. Abang nak sayang bawak anak kita jalan-jalan setiap petang di taman syurga kita. Abang nak dia berada dekat dengan abang. Boleh sayang janji dengan abang?” Nurin sangat terkejut dengan kata-kata suaminya. Air mata tidak dapat di bendung lagi. Sambil teresak-esak dia berkata.. “Apa abang cakap nie? Kita akan membesarkan anak kita sama-sama. Nurin nak dia kenal siapa papa dia. Nurin tak nak dia kekurangan kasih sayang seorang papa. Abg, abg ada masalah ke? Kenapa tiba-tiba abang cakap macam nie? Abg dah  tak sayang Nurin ke?”

“Jangan nangis sayang. Abg mintak maaf. Abg takda niat nak buat Nurin menangis. Abang cakap macam tu sebab kita tak tau bila ajal kita akan sampai. Kita hnya bersiap sedia je sayang. Jangan nangis lagi ea. Abang sayang sangat dengan Nurin. Abang pun tak sanggup kehilangan sayang. Abang mintak maaf sangat-sangat.” Azman memeluk erat tubuh isteri nya. Dia seperti mahu mengalirkan air mata pada saat itu.

Semasa Nurin sedang membelek pakaian kanak-kanak, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk.

“Assalamualaikum, siapa nie?”
“Waalaikumsalam, nie pn Nurin Hanis ke?”
“Ya, saya. Ada apa encik?” hati Nurin sudah berdebar-debar. Dia dapat merasakan sesuatu yang bakal terjadi kepada suaminya.

“Erm, saya Haikal. Saya kawan Azman. Saya ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada puan. Saya harap puan banyak-banyak bersabar ya. Suami puan terlibat dalam kemalangan jalan raya.” Badan Nurin terasa lemah, kakinya terasa lembik. Dia terus terjelupuk ke lantai, dia tidak kisah akan manusia yang memandang ke arah nya. Yang penting suaminya selamat. Nurin terus menuju ke kereta setelah di beritahu alamat hospital yang menempatkan suaminya. Tiba di hospital dia terus berjumpa dengan Haikal dan bertanyakan keadaan suaminya. Dia sangat risaukan suaminya sehingga dia terlupa tentang sesuatu iaitu anaknya.

“Ya Allah, Kau selamatkan lah suamiku. Lindunginya lah Ya Allah.” Rintih Nurin di dalam hati. Sedang Nurin melayan perasaannya tiba-tiba bahunya ditepuk oleh seseorang. Dia menoleh dan melihat mama, papa, ibu dan ayah berada di situ. Ibu terus meluru ke arah Nurin dan memeluknya dengan erat. Ibu berharap supaya Nurin tabah menghadapi semua ini. Nurin sudah teresak-esak di bahu ibunya.

Sedang ralit mereka berpelukan tiba-tiba pintu bilik kecemasan terbuka, keluar seorang doktor dan menghampiri mereka….

Berita yg baru diterima Nurin sangat berat. Nasib baik ibu dan mama berada bersebelahan dengannya kalau tidak sudah tentu dia jatuh menyembah bumi. Masih terngiang-ngiang setiap patah yang diucapkan doktor sebentar tadi..“Suami puan mengalami cedera yang teruk di kepala. Pihak kami sudah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkannya. Kami mintak maaf sangat-sangat puan. Kami harap puan bersabar la banyak-banyak. Saya mintak diri dulu.”

“Abang.. bangunlah.. Nurin rindu sangat kat abang. Anak kita pun rindu kat abang. Bangunlah bang…” Nurin menangis disisi katil suaminya.

“Hanis.. sudahlah nak.. jangan menangis. Kesian anak dalam kandungan kamu tu. Kita berdoa la banyak-banyak supaya Azman cepat sedar dan sembuh ye.” Ibu memeluk Nurin seerat-erat nya.

Sudah 5 hari Azman koma tidak sedarkan diri. Walaupun begitu, Nurin tetap setia menanti disisi Azman. “Abang, Nurin datang nie. Bangunlah bang. Dah 5 hari abg tido je, anak kita nie pun asyik menendang je perut Nurin cari papa dia. Abg tak nak cakap dengan Nurin apa-apa ke?” Nurin memegang tangan Azman dan dicium tangan itu berkali-kali. Tiba-tiba dia terasa tangan Azman bergerak-gerak. “Abang…abang.. Ya Allah abang..” Nurin sangat gembira. Dia ingin cepat memberitahu doktor perihal suaminya itu tetapi tangan nya pantas di halang oleh Azman. Azman memegang tangan Nurin, dia mahu berkata sesuatu pada Nurin. Nurin duduk semula sambil memandang suaminya.

“Syukur Ya Allah.. abang dah sedar.. terima kasih Ya Allah..”
“Nurin….”dengan payah Azman menuturkan kata-kata.

“Abang nak cakap sesuatu dengan Nurin. Abang nak Nurin jaga anak kita baik-baik ye. Abang takut abang  tak sempat nak melihat wajahnya dan menjaganya sehingga besar. Nurin pilihlah nama yang sesuai abang tak kisah. Abang… abang rasa abg tak lama sayang. Abang…” dada Azman berombak kencang.

“Abang, apa yang abang cakap nie? Abang jangan banyak bergerak ye nanti Nurin panggilkan doktor.”
“Nurin percayalah.. hanya Nurin yang abang sayang dunia dan akhirat. Abang akan tunggu Nurin di sana. Abg akan sentiasa berada disisi sayang. Abang sayangkan Nurin sepenuh jiwa dan raga abang. Jaga anak kita ya sayang..”

“Abang….abang….abang bangun…jangan tingalkan Nurin bang.. doktor!!! Aduh.. Ya Allah.. sakitnya.. doktor!!!

“ABANG!!!!!”

“Akhirnya abang pergi tinggalkan Nurin setelah Nurin melahirkan anak kita. Abang pergi tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal pada Nurin. Abg pergi tanpa mengazankan anak kita. Abang hanya melihat anak kita beberapa minit je. Nurin redha bang dengan takdir yang telah ditetapkan olehNya. Nurin akan menjaga anak kita sebaik yang mungkin. Nurin akan mendidiknya menjadi manusia yang berguna dan patuh kepada agama dan org tuanya. Setiap petang Nurin akan membawa anak kita ke taman syurga kita dan setiap jumaat Nurin akan membawanya ke kubur abang untuk sedekahkan Yassin. Walaupun abg dah takda disisi kami tapi, Nurin mahu anak kita berada dekat dengan abang.” Nurin mengesat air mata yang mengalir di pipi nya. Sudah setahun Azman meninggalkan nya. Tetapi dia terasa baru semalam Azman pergi.

Dia melihat anak kesayangannya yang berlari-lari mengejar sesuatu. Wajah itu mirip sekali dengan papa nya. Mohd Aidil Hafizi itulah nama yang telah aku pilih. “Jom balik sayang.. esok kita datang lagi ye.”

TAMAT. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...