Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, June 24, 2012

KOREA

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Kekeringan idea sebenarnya lewat hari hari semalam yang menyapa aku dengan pelbagai kekalutan yang tak dapat aku bayangkan dan aku fikirkan. Namun sesuatu aku harus persembahkan untuk tatapan pembaca pembaca yang begitu setia dengan halaman yang satu ini. Mungkin aku bukan penulis favorit di sini lantaran aku rasa tulisan tulisan aku hambar semuanya. Aku terasa diri di landa konflik yang berterusan sehingga aku rasa ingin pergi jauh sahaja dari segalanya. Namun aku bertekad akan menukarkan semua yang bersifat negatif ini menjadi sebuah energi yang positif.

Pagi itu seperti biasa aku gagal menyiapkan dateline kerjaku... Dipanggil masuk ke dalam bilik ketua dan di marahi...aku terus di hambat waktu dari pagi ke tengahari dan terus melewati senja hingga ke malam. Bagai tiada bezanya hari hari yang ku lalui penuh suram dan kelam. Tak pernah aku meminta ada yang memahami situasi diri ini namun kadang kadang aku kalah jua dengan perasaan aku sendiri. Ikut rasa hati...

Korea. Hanya satu perkataan sahaja. Korea. Kucari di serata halaman halaman yang memuatkan tentang Korea. Ya. Aku hampa. Dengan semua yang di paparkan oleh sesawang di ruang maya itu. Hanya peristiwa dan hiburan yang di rakamkan aku temukan untuk carian ku dengan nama Korea. Aku hampa. Kututup semua fungsi fungsi perkakasan apa yang dikatakan kecanggihan teknologi itu. Kekeliruan dalam jiwa aku rupanya tak akan memungkinkan aku menemui dalam carian carian itu melainkan segalanya datang dari dalam diri aku.

Aku menjengah akan kedai kedai video dan aku cuba membelek belek kembali akan siri drama drama Korea yang pernah aku tonton dan ikuti selama yang aku tahu. Aku hampa lagi . Namun tak sekeping pun dari berlambak lambak cakera cakera drama itu ku bawa pulang.

Aku pun melangkah untuk pulang ke rumah sahaja. Namun aku singgah di sebuah kedai 24 jam untuk membeli minuman. Bila aku masuk sahaja ke dalam kedai itu aku terdengar akan perbualan dari pelanggan di situ yang bertutur dalam bahasa yang sukar aku fahami. Sekali aku amat amati kedengaran seperti bahasa Jepun namun aku rasa bukan. Ya. Bahasa yang mereka tuturkan ialah bahasa Korea . Aku tak pasti apa yang mereka perkatakan namun bila melihat akan sesuatu yang mereka bincangkan ialah apa yang termuat dalam akhbar. Akhbar bahasa Inggeris tersebut memuatkan gambar pemimpin baru negara mereka.

Aku turut mengambil senaskhah untuk aku bawa pulang untuk ku baca. Ternyata aku hanya tertarik pada realiti dan bukan pada apa yang begitu banyak di sogokkan dalam ruang maya bernama Internet. Korea. Negara mereka terbahagi kepada dua bahagian iaitu utara dan selatan.

Sepertimana aku negara Korea juga terus berdepan dengan kekalutan Konflik dan Krisis yang melanda antara dua negara yang beridentitikan bangsa yang sama. Sama seperti negara Jerman tak lama dulu yang kekal dalam lipatan sejarah. Jerman Barat dan Jerman Timur di satukan dengan merobohkan tembok Berlin yang memisahkan mereka. Aku rasa itu juga yang harus mereka lakukan dalam menangani masalah yang sama ini.
Dalam permasalahan ini mereka harus merobohkan tembok keegoan mereka. Dan bersatu demi perpaduan dan kepentingan bersama. Bukan dengan membangunkan keperkasaan kekuatan tentera dan kekuatan pertahanan peperangan. Apakah tujuan mereka membina begitu banyak peluru berpandu? Hanya untuk memusnahkan sesama sendiri? Atau sekadar mencabar kuasa dunia sebelah Barat sana yang hanya cuma menunggu masa untuk mencerobohi kedamaian yang mereka miliki itu.?

Ahhh... aku sudah jauh melalut. Tema Kispen Korea ini membawa aku hanyut dalam dunia persepsi aku sendiri. Aku pun tak pernah memikirkan sampai sejauh ini. Hanya kerana Kispen ini aku menilai kembali akan sesuatu yang di namakan perpaduan. Aku tak mungkin berpeluang ke dunia sebelah Eropah sana namun aku tak juga menolak jika aku dapat mengunjungi negara Korea. Pasti banyak yang mampu aku rakamkan lewat Pulau Nami yang terkenal dengan lokasi drama Winter Sonata itu.
Korea.Robohkanlah tembok keakuan itu.

5 comments

June 24, 2012 at 1:29 PM

ini memmang betul3 korea ni.. hehehehe/

June 24, 2012 at 4:35 PM

hehe comel je cara penceritaan..like!like!like!

~1st time baca pasal sejarah betul kat s7w (^_^)

June 24, 2012 at 5:09 PM

Pulau Nami? oh.. rupanya ada pulau bernama Nami di korea. aku tau pulau Jeju aja hehe..

June 25, 2012 at 1:26 AM

rase berilmu bace bro el


xpe ini pon oke

June 26, 2012 at 8:13 AM

TQ baca y'all abang bro amat menghargainya...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...