Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Friday, June 1, 2012

Keep Believing

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
“Amani harus teruskan percaya tahu.” Umi memegang pipi aku sambil mencium lembut dahi aku. Aku suka diperlakukan sebegitu oleh Umi. Bau wangi rambut Umi itu menusuk lembut ke rongga hidung aku. Bau tangannya yang harum itu menyenangkan aku. Ah… aku suka semuanya berkaitan dengan Umi. Umi segala-galanya bagi aku. Aku hidup untuk Umi dan Umi hidup untuk aku.

Aku tersenyum sambil mengingatkan kata-kata itu 20 tahun yang lalu. Aku yang ketika itu berusia 9 tahun, mana mungkin akan faham apa yang dikatakan oleh Umi ketika itu. Yang aku ingat, Umi pernah menceritakan tentang ‘prince charming’. Dalam fikiran aku ketika itu, ‘Prince Charming’ itu seperti dalam cerita Cinderella, mahupun kisah dongeng Bawang Merah Bawang Putih. Umi cakap setiap manusia dalam dunia ni, Allah sudah menetapkan pasangan masing-masing sejak dalam kandungan ibu lagi. Setiap orang ada pasangan masing-masing. Jadi aku harus percaya bahawasanya aku juga akan punya pasangan aku. Akan berkahwin suatu hari nanti. Akan bertemu lelaki baik suatu hari nanti yang akan jaga aku dengan penuh kasih sayang sebagaimana Umi kasihkan aku. Itu yang Umi mahu aku percaya. Terus percaya bahawasanya akan ada seorang manusia di muka bumi ini, diciptakan untuk aku.

Dan aku tertanya-tanya kisah Umi dan Abah. Umi merupakan isteri kedua Abah. Aku lagi rapat dengan Umi dari Abah. Mungkin sebab, Abah jarang sekali melawat kami berdua. Dan bila Abah datang melawat, aku lagi suka menghabiskan masa dengan kawan-kawan sepermainan dari duduk bermanja dengan Abah. Yaa… aku tidak pernah bermanja dengan Abah. Entah mengapa, aku tidak pernah menyenangi Abah dari kecil. Even ia sebelum aku mengetahui siapa sebenarnya Umi bagi Abah.

Dari cerita Mak Su, adik Umi, Abah berkahwin dengan Umi disebabkan rasa simpati. Abah berkahwin dengan Umi hanya disebabkan rasa simpati. Aku rasa sebab itu Umi menjadi isteri kedua Abah. Mak Su ceritakan lagi, Abah berkenalan dengan Umi lagi awal sebelum Abah berkenalan dan berkahwin dengan isteri pertamanya. Tapi disebabkan kisah apa entah, mereka berdua ‘loss contact’. Aku pernah juga tanyakan Abah tentang itu. Dan jawapan Abah sama dengan apa yang diceritakan oleh Mak Su. Ah… hati aku sakit mendengar pengakuan dari Abah.

Dan mereka bertemu kembali ketika Umi ketika itu berusia hampir mencecah 40 tahun. Dan ketika itu Abah punya masalah dengan isteri pertamanya. Dan begitulah kisahnya. Mak Su juga ceritakan, Umi sebenarnya tidak boleh mengandung. Dan entah bagaimana, ditakdirkan kuasa Allah, Umi dapat aku. Dan jadilah aku, satu-satunya permata hati Umi. 

Bayangkan bagaimana perasaan aku ketika itu. Aku yang ketika itu berusia 18 tahun yang sudah tentunya tahu yang mana betul yang mana salah. Barulah aku faham mengapa Abah tidak pernah ada untuk aku. Tidak pernah ada ketika guru meminta untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa aku. Tidak pernah ada ketika aku meminta sesuatu darinya. Abah tidak pernah dapat memberikan apa yang aku mahukan. Tidak walau sekalipun. Pada mulanya, aku ingatkan mungkin disebabkan kawalan isteri pertama Abah terhadapnya. Dan sekarang, barulah aku tahu hal yang sebenar.

Mengapa adik beradik tiri aku dengan mudahnya dapat apa yang pernah aku idamkan suatu ketika dulu. Yaa… dalam kepala otak aku, kasih sayang abah terhadap aku tidak sama dengan kasih sayang terhadap anak isteri pertamanya. Abah pilih kasih. Itu yang aku tetapkan dalam minda aku. Dan ia berkekalan sehingga sekarang. Walaupun Umi dan Abah sudah bercerai.

Selepas penceraian itu, cuma sekali setahun sahaja aku bertemu Abah. Semasa hari raya. Itupun Umi yang memaksa aku. Jika diikutkan hati aku, malas sahaja aku bersalaman dengan Abah. Meminta ampun kepadanya sedangkan yang bersalah adalah Abah bukan aku. Tapi Umi kata, jangan pernah menyimpan dendam pada Abah. Tanpa Abah, aku tak mungkin akan ada di dunia ini. Umi mahu aku tanamkan itu dalam minda aku.

Dan sekarang, aku tertanya-tanya, haruskah aku terus percaya yang suatu hari nanti akan munculnya ‘Prince Charming seperti yang pernah diceritakan oleh Umi pada aku? Aku pernah kecewa dengan kisah cinta. Pernah kecewa dengan rasa cinta. Haruskah aku teruskan percaya lagi? Haruskah aku keep believing? 

Pernah juga Umi merajuk dengan aku bilamasa aku mengatakan padanya yang aku tak nak kahwin. Lelaki menakutkan aku. Aku tak mahu punya komitmen lebih dari seorang kawan dengan lelaki. Umi faham itu. Dia tahu, aku tahu tentang kisahnya dengan Abah. Mungkin aku takut aku mungkin akan berjumpa dengan lelaki seperti Abah. Atau menamatkan zaman bujang aku seperti Umi.

Aku memujuk Umi. Memujuk ayat yang sama pernah Umi lontarkan pada aku. Kalau ada jodoh, adalah bagi aku menamatkan zaman bujang aku. Namun Umi masih tidak mahu termakan pujukan aku. Akhirnya aku berjanji dengannya, aku akan berkahwin juga suatu hari nanti. Umi tersenyum mendengar ayat aku itu sambil mencium dahi aku lembut. Mengusap-ngusap pipi aku dengan lembut sepertimana dia selalu lakukan pada aku ketika kecil. Namun, Umi tidak tahu, di sudut hati aku. Aku mahu kahwin selepas kematian Abah. Itu yang aku tanamkan dalam diri aku. 

Aku mahu kahwin selepas kematian Abah. Yaa.. aku kejam bukan? Aku tak mahu Umi dituduh sebagai perempuan yang suka gunakan duit Abah lagi. Umi tidak pernah meminta duit dari Abah semenjak mereka bercerai. Walaupun aku dapat melanjutkan pelajaran ke university tempatan, Umi tidak meminta dari Abah. Umi tahu kemampuan Abah dan masalah Abah dengan keluarganya. Mujurlah, aku peroleh biasiswa untuk menampung kehidupan aku ketika belajar. Sekurang-kurangnya aku tidak meminta duit dari Umi. Umi punya pendapatan dari menjahit baju, dengan duit sewa rumah-rumah milik arwah datuk yang diwariskan kepadanya, aku rasa itu cukup untuk aku dan Umi menampun kehidupan tanpa bantuan Abah. Abah hanya sekali-sekala menghulurkan duit kepada aku. Itupun bilamasa dia ada duit lebih. Aku faham situasi Abah. Aku sudah tidak menyalahkannya.

Abah mana pernah penduli apa yang Umi rasa. Sebab itu, aku tidak pernah punya rasa sayang terhadap Abah. Namun aku masih hormatkan Abah lagi. Itu yang Umi mahu aku lakukan. Hormat Abah. Walaupun Umi dan Abah sudai tiada ikatan, Abah tetap Abah aku. Dalam tubuh aku, mengalir darahnya. Sungguh, aku malu bergelar anak kepada Abah. Aku mengharap nama akhir aku tidak sama dengan adik beradik tiri aku. Kejam bukan aku?

Aku mengesat air mata seusai membaca Yassin di pusara Umi. Aku membuang rumput-rumput liar di kubur Umi. Aku memandang kosong kubur yang ditandakan dengan nisan berwarna putih itu. Sudah 2 tahun Umi kembali menemui pencipta-NYA. Aku mengusap-ngusap ukiran nama yang tertera di batu nisan itu.

“Amani.” Suara seorang lelaki menyapa aku. Aku menoleh. Arman, suami aku sedang berdiri sambil tersenyum memandang aku. Lelaki yang aku nikahi 3 tahun lepas. Yaa… aku kahwin akhirnya. Memenuhi hasrat terakhir Umi. Berkahwin dengan pilihan Umi. Dalam hati aku, aku rasakan tidak perlunya seorang lelaki dalam hidup aku. Umi mampu hidup tanpa Abah, masakan aku tidak boleh menjadi seperti Umi. Namun Umi pujuk aku terima Arman. Kenali Arman. Katanya, Arman bukan seperti Abah. Umi tahu, aku risau jika Arman itu seperti Abah. Seperti lelaki yang aku pernah berpacaran suatu ketika dulu. Akhirnya, aku turutkan sahaja kemahuan Umi.

“Jom balik.” Arman menghulurkan tangannya pada aku. Aku bangun dan menyambutnya dengan senyuman. Arman memegang erat tangan aku. Aku teringat kata-kata Umi, “Harus sentiasa percaya ia ada dalam apa jua perkara.”

Hak Cipta: reenapple

5 comments

June 1, 2012 at 10:01 PM

tgk tajuk je da tau spe punye


membeku reenapple

June 1, 2012 at 11:02 PM

@Iffah Afeefah hahaha.. kau bca sekali lagikah?? kekeke

June 1, 2012 at 11:56 PM

@reenapple

tulah.. aku ingat citer ni. kan.. citer ibu dan anak reenapple penah tulis :)

June 2, 2012 at 4:54 AM

just keep believing :)

June 4, 2012 at 1:08 AM

aku lambat baca... aku tak perasan.. cerita ni buat aku terfikir.. sedih mati dan pertemuan milik dia...

ps: abah tetap abah. dia manusia. tak sempurna. wajib hormat kalau tidak hukum karma akan mengelilingi keluarga seterusnya... ada balasanya... aku suka... walaupun citer sedih endingnya agak memberangsangkan...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...