Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Friday, June 8, 2012

Lafaz Yang Terpendam

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
‘Mungkinkan terputus di tengah jalan. Mungkinkan terlerai tanpa ikatan. Usah ragu dengan takdir sayangku...’. Ungkapan terakhir Zais kepada gadis yang muncul hanya seketika dalam hidupnya.

Tidak pernah terlintas di minda Zais suatu ketika dahulu. Saat perkenalan dirinya dengan seseorang yang kebarangkalian untuk dirinya jatuh hati kepada gadis itu. Tidak pernah terduga oleh dirinya. Namun, hatinya tetap terpaut kepada keayuan dan keperibadian gadis itu akhirnya.

Zais, seorang siswa yang gah namanya di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan di selatan tanah air. Perwatakan dirinya yang menyenangkan semua orang yang berada di sekelilingnya. Ya, dirinya yang ala-ala romeo membuatkan setiap insan yang digelar gadis pasti terpaut dengan tingkah lakunya. Ditambah pula dengan pakej kacak dan mudah didekati.

Lain pula dengan Aiza, seorang gadis yang peramah tetapi tidak mudah untuk mendekati sesiapa yang tidak dikenali dengan rapat. Aiza sangat menjaga dirinya dari dihampiri lelaki yang hanya meniginkan dirinya kerana nafsu dan godaan dunia.

Pertemuan yang bermula di tempat makanan para pelajar di institut itu telah mengubah segala pendirian Zais terhadap perempuan. Kerana pandangan pertama itu, Zais terus menetapkan keinginan dalam jiwa untuk memiliki Aiza dengan cara apa sekalipun. Tetapi, perkiraan Zais silap apabila dia akhirnya mengetahui Aiza bukanlah seperti perempuan yang pernah dia dekati. Dengan sekelip mata, Zais mengaku hatinya rapuh dan tertaut kepada Aiza dalam dia tidak sedar.

Setelah hampir dua tahun, Zais dan Aiza mula mengenali diri masing-masing. Mereka bahagia menjalin ikatan cinta yang hampir membawa kepada ikatan pertunangan. Akan tetapi sesuatu telah terjadi.

Segalanya berubah seklip mata. Zais semakin lupa akan janjinya untuk berubah apabila tiba-tiba hadir seorang gadis lain yang telah berjaya menggoyahkan perasaan tulus Zais terhadap Aiza. Hal itu membuatkan Zais terus liar serta kembali kepada sikapnya yang lama.

Ternyata, Aiza sangat terluka akan perubahan Zais. Walau bagaimanapun, Aiza tetap cuba mengembalikan Zais kepada dirinya yang baik dan tidak mahu mempermainkan hati wanita lagi seperti yang pernah Zais janjikan dulu. Akan tetapi, usaha Aiza hanya sia-sia. Aiza semakin pasrah.

Dengan tidak semena-mena, Aiza telah didatangi seorang perempuan yang mengatakan Zais ingin memutuskan ikatan percintaan antara Aiza dan Zais. Hati Aiza semakin hancur dan luluh apabila Zais sendiri mengiyakan dan memutuskan hubungan mereka.

Sebenarnya, Zais rasa tercabar kerana rakan-rakannya telah menyuruh dirinya kembali menjadi pemain cinta. Mereka menyatakan bahawa Zais adalah pengecut kerana berubah menjadi terlalu baik setelah menjalin hubungan bersama Aiza.  Dia tekad untuk kembali liar dan mematahkan setiap hati insan yang bergelar perempuan termasuk Aiza sendiri.

Setelah hubungan mereka hancur, Aiza tidak putus-putus berdoa agar Zais diberikan petunjuk oleh Allah supaya kembali menjadi insan yang baik. Dalam masa yang sama, Zais sendiri sebenarnya amat menyayangi Aiza sang kekasih yang sentiasa berada di hatinya. Ego dia menolak segalanya demi cabaran rakan-rakannya.

Kalau dia tidak meletakkan keegoan dia di tahap setinggi langit biru. Kalau dia mengakui perasaan sayangnya itu kepada Aiza. Kalaulah dia tidak pernah melukai perasaan gadis yang tidak tahu erti cinta itu.

Namun segalanya telah terlewat. Paling terlewat untuk Zais meungkapkan kata cintanya kepada Aiza. Dia sedar kesalahan yang dia lakukan memang sukar untuk dimaafkan oleh mana-mana insan yang berada di tempat Aiza sendiri.

Panggilan jam 5.15 pagi 6 bulan lalu, merupakan noktah terakhir untuk kisah mereka. Berakhirnya riwayat Aiza yang ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan mahu bertemu dengan orang yang sangat dia kasihi.  Zais hampir hilang akal apabila menerima berita itu.

Dan kini dia redha.Ketentuan Allah yang hanya meminjamkan Aiza hanya seketika untuk dirinya. Penyesalan Zais kini membuku tebal di jiwa. Kehilangan Aiza mengajar diri Zais agar lebih menghargai orang yang selalu ada di sisinya tika susah dan senang tanpa diminta.

Perit apabila Zais tidak mempu mengungkap kembali cintanya kepada Aiza. Cintanya kini telah pergi bersama jasad Aiza ke pangkuan Illahi.

-----------------------------------------------------
AL-FATIHAH.

Hak Cipta: Si Gades


3 comments

Anonymous
June 8, 2012 at 9:41 PM

Terharunya..sobsobsob
lap air mate..T-T

Hargailah cinta selagi kte diberi peluang..:)
Well done..hee

June 8, 2012 at 10:23 PM

sob sob sob harini sume cite sedih

June 8, 2012 at 10:39 PM

mcm aku kenal tulisan ni... ok fine... ending tu aku nampak berjaya...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...