Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Tuesday, June 5, 2012

"Nama Awak Azli lah! Azli!"

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
“Nama awak Azli lah! Azli!”

Zulaikha mencekak pinggang. Entah apa lagi cara mahu diajar. Tak pandai-pandai, getus hatinya. “Macam ni, Aaaa…. Zli ! Azli!”

“Ali!” jawab Azli, sedikit menjerit.

“Tak awak.. Azli! Nama awak Azli! Berapa kali saya nak ajar. Aaa… buka mulut awak luas-luas. Lepas tu, zli! Jangan naikkan lidah. Macam ni,” ujar Zulaikha, sambil menunjuk cara. Azli perhati sungguh-sungguh. Kali ini, pasti berjaya!

“Aaaa…li! Ali!”

Kali ini, Zulaikha menepuk dahinya. Ah, macam mana lagi aku nak ajar budak ni. Dah masuk sekolah pun, masih tak pandai sebut nama sendiri. “Awak, nama awak Azli lah, bukan Ali. Azli!”

“Ali…Ali…” jawab Azli, kali ini perlahan. Zulaikha mengecilkan matanya, dan berkata, “Awak ni dah masuk sekolah pun masih pelat. Azli lah, Azli. Bukan Ali,” Azli merebahkan badan di sisi bendang, tanda berputus asa. “Ada apa dengan nama, Zu. Mana-mana pun sama. Ali ke, Ali ke, Alo ke , Aloyo ke , Ayoyo ke sama saja,”

“Masalahnya nama awak bukan Ali, tapi Azli lah!!!” jerit Zulaikha, semahu mungkin.

“Zu, sudah tu. Jangan diusik Azli tu,” Jerit Tok Ayah. Sudah muak dia mendengar bebelan Zulaikha, dan rungutan Azli. Dari tiba ke bendang, hingga hampir senja, tidak sudah-sudah. “Dia ni, Tok! Tak pandai-pandai sebut nama sendiri. Cacat kot..”

“Zu, tak baik cakap macam tu!” balas Tok Ayah, sedikit keras. Zulaikha tersentak, dipandang Tok Ayah dengan tajam. Tajam, tapi berkaca. Belum pernah lagi Tok Ayah menaikkan suara pada Zulaikha. Ini semua sebab Azli! Sebab budak cacat ni! Zulaikha terus beredar, meninggalkan Azli dan Tok Ayah di bendang.

Azli diam, masih dalam baringan. Jujur kata, dia turut sama tersentak mendengar jeritan Tok Ayah. Ini semua salah aku, kalau saja aku boleh sebut sebagaimana mahu nya Zulaikha, pasti tidak jadi begini.

“Sudah tu Azli, mari sini perangkap ikan sama-sama. Kejap nanti baik lah Zulaikha tu. Ayuh, sini!”

***

“Zu..”

Diam, tidak berjawab. “Zu, Ali panggil Zu ni..” kata Azli lagi, sambil duduk di merapati Zulaikha, di titi sebelah bendang. Zulaikha memalingkan mukanya ke arah lain. “Zu nangis ya? Zu..?”

Zulaikha memaling lebih tepi, dan mengesat pipinya. “Mana ada, mana ada Zu nangis! Apa Ali Ali! Nama awak Azli lah! Azli!” 

Azli senyum, dan memeluk bahu Zulaikha.



“Zu, Zu jangan marah Ali ya. Ali janji dengan Zu, nanti Ali belajar sebut nama Ali sampai dapat. Sampai betul. Tapi Zu jangan lah marah Ali. Kalau Zu marah Ali, Zu tak nak cakap dengan Ali, siapa yang nak ajar Ali nanti. Zu ajar Ali lagi ya, nanti?”

“Malas lah nak ajar awak. Tak pandai-pandai. Tak apa lah. Biar Zu panggil awak, Ali je. Biar awak, jadi Ali untuk Zu seorang saja, selamanya!”

Pelukan bahu Azli, dibalas Zulaikha, mesra.


.END.

4 comments

June 5, 2012 at 9:16 AM

ala tomei2 hahaha

sweet je ALI ni

#nak sainnnn

June 5, 2012 at 6:35 PM

hemmm...pelat ke...ada kelebihan orang pelat ni..dah besar dah okey le...

June 6, 2012 at 12:17 PM

siot! ini flash back utk cerita sebelumnya. cuba membawa ke alam kanak-kanak. auum! pelat itu comel bila kena gayanya.

June 6, 2012 at 5:45 PM

ahahaha comel sangat zulaikha dan ali ni...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...