Hikmah Di Sebalik Dugaan [ #1 - #To Date ]
Aku memandang jam di dinding. Tepat pukul 8 pagi. Kejap lagi En. Amran akan keluar. Aku tak boleh terimalah! Macam mana Fat boleh tipu aku? Apalah niat dia sebenarnya tak nak beritahu aku perkara sebenar? Takkan tak nak bercakap sampai tiga hari? Tak elok lah!
Aku mengerling melihat En. Amran begitu tekun membelek dokumen di hujung meja. Sekali-sekala dia mencapai segelas jus oren. Aku pula menyuapkan nasi goreng ke mulut Daniel. Nasib baik Daniel dan Nur tak banyak ragam hari ni. Baik pula, kalau tak pagi-pagi dah memekak dengan suara mereka nak itulah nak inilah.
“Papa, Daniel nak kita semua keluar hari ni nak? Kita pergi berkelah kat pantai. Boleh bawa Mak Nah sekali.”, tiba-tiba si comel Daniel bersuara.
Aku memandang Amran. Macam mustahil harapan Daniel nak dipenuhi. Sejak dua menjak ni, dia sibuk dengan projek. Ahli perniagaanlah katakan.
“Emm...Daniel keluar saja dengan kak Lisa, Mak Nah dan Nur. Ok? Papa sibuk.”
Aku mencebik. Keluar sekejap pun tak boleh. Hujung minggulah masa yang sesuai nak bermanja dengan ayah.
“Pergilah...awak nak pergi mana pun. Ada anak bukannya nak jaga. Saya dan Mak Nahlah yang jaga dari dulu dan selamanya. Projek awak tu sampai bila-bila tak habis. Bila siap satu projek, akan muncul pula projek seterusnya. Jadi, bila awak nak luangkan masa dengan Daniel?. Cuba cakap dengan saya sikit.”
Alamak! selamba gila aku cakap macam tu dengan En. Amran. Gaya dah macam isteri dia dah. Susah pulak rasanya nak anggap Fat dan Encik Amran tu orang sama. Aku dah biasa cakap macam tu dengan dia, tetiba dengan bos kena cakap ayu dah jadi tak kena gaya pula. Aishh!
Perlahan-lahan aku memusingkan kepala setelah beberapa minit menyorokkan kepala di bawah meja makan. Buat malu je! En. Amran merenung tajam kepadaku. Cakaplah sesuatu...tak boleh...tak boleh! nanti dia cakap You’re fired macam Donald Trumph selalu cakap tu...tak ke mampus namanya?
“Lisa, jom kita pergi pantai.”, tiba-tiba Encik Amran bersuara.
“Macam mana dengan meeting, mesyuarat, projek or apa-apa ke bendanya namanya tu?”
“Cancelled.”, kata Amran sambil tersenyum. Aduh, manisnya senyuman tu.
Hak Cipta: lynethewriter
-Bersambung-
2 comments
baru je nak feeling2 haa.
wohoo!