"Sya, agak-agak dia perasan tak kita menyorok kat sini?" tanya Liz pada aku yang tengah asyik mengumpul batu-batu kecil di belakang tembok tempat kami menyorok. "Sya! kau dengar ke tak? Dia nampak kita tak?" tanya Liz lagi. "Kalau kau fikir macam tu, maka jadilah macam tu". jawab aku selamba. Liz menolak bahu aku. Aku yang tadi mencangkung terus terduduk ditolak sebegitu. Itulah rutin aku sejak balik ke kampung. Setiap pukul 4.30 petang Liz akan menjemput aku dengan motosikal Honda ayahnya dan kemudian kami akan menyorok di belakang tembok itu sehingga pukul 6.30 petang. "Liz, hari ni masuk hari ketiga aku temankan kau, dan sampai hari ini aku tak pernah nampak kelibat orang yang kau gila-gilakan tu. Kau ni agak-agak la kalau nak 'gila'. Banyak lagi benda lain yang boleh kau gilakan. Gila tengok Nada Cinta kat TV tu misalnya. Takde la kita dok menyorok kat sini!"
Liz hanya senyum. "Sya, kau tak tengok dia lagi. Dia handsome weiii!" bidas Liz. "Aku tak kisah dia handsome ke tak. Yang aku kisahkan kau tu dah gila! Mana orang tu? Mana?? Bayang pun tak nampak!" Liz masih senyum. Aku pelik dengan senyuman Liz kali ini. "Sya, kalau kau nak marah, janganlah kuat sangat. Kang tak pasal-pasal my prince charming perasan kita kat sini." lembut suara Liz. "Eh! yang kau cakap lembut semacam ni kenapa?Biarlah prince charming kau tu nak perasan pun! Biar dia tahu ada orang tergila-gilakan dia. Biar dia...." belum sempat aku menghabiskan kata-kata Liz menekup mulut aku dengan tanganya. "pssstttt...dia dah ada". bisik Liz. "Handsome tak dia?" soal Liz. Aku kaget. Susuk tubuh yang aku kenali. "Lelaki itu ke yang kau maksudkan? Dia kahwin dengan orang kampung kita? Perempuan tu isteri dia? Bila diorang kahwin?" bertalu-talu soalan keluar dari mulut aku. "Err..chop!Chop! Kau kenal ke lelaki tu Sya?" soal Liz pula. "Err tak kenal pun. Saje tanya soalan banyak-banyak.Jom kita balik! Lagipun kau dah tengok prince charming kau kan?" Liz hanya menurut.
Banglo mewah tersergam indah itu kami tinggalkan. Tembok itu akan kami jejaki lagi keesokkannya kalau kegilaan Liz masih ada. "Kita duduk bawah pokok tu" cadang aku pada Liz. Liz memberhentikan motosikal di bawah pokok. Aku duduk betul-betul menghadap banglo mewah itu. Walaupun jarak banglo itu jauh, tapi susuk tubuh yang menghuni banglo itu sentiasa dekat di hati aku. "Handsome tak dia Sya?" sekali lagi Liz bertanyakan soalan yang sama pada aku. "Perempuan tu isteri dia ke?" soal aku pula. "Isk! bukanlah. Dia anak angkat Haji Munir pemilik banglo tu. Perempuan tu anak Haji Munir la. Prince charming aku tu kerja kat Korea sebelum ni. Dia pengurus hotel kat hotel Pulau apa ntah nama.." Pulau Jeju Liz. Pulau Jeju...
"Mana kau tau pasal dia? Pernah cakap dengan dia?" soal aku lagi. "Err..tak pernah. Aku dapat tahu pun dari Mak Mah orang gaji Haji Munir. Err..errr..dia handsome kan?" sekali lagi soalan itu di ulang. Dia terlalu sempurna bagi aku Liz. Kerana beza aku dan dia lah, aku menghilangkan diri. Kerana jurang yang terlalu besar itulah aku menipu dia yang aku OKU. Dia tulus menerima aku walaupun selepas aku mengaku yang aku seorang OKU.
***************
"Nanti saya balik Malaysia, kita jumpa ya Aisya. Lama benar saya kat tempat orang."
"Errr.. tapi Korea best. Lebih-lebih lagi Pulau Jeju. Cantik sangat. Cemburu tengok gambar-gambar yang awak hantar kat email tu. semua cantik-cantik!"
"Malaysia cantik lagi. Malaysia ada orang yang saya sayang. Awak tunggu saya ya Aisya..."
"Errr.. Okay. "
"Aisya, tunggu saya tau. Saya balik ke Malaysia nanti, kita kahwin"
"Isk..Awak tak jumpa saya lagi. Saya ni tak sempurna. Nanti awak malu."
"Aisya..siapa pun awak, saya tak kisah. Kan dah tengok gambar."
"Nanti awak nyesal kahwin dengan orang cacat macam saya ni."
"Saya takkan nyesal. Tak kira. Sebulan dari sekarang kita akan jumpa"
"Okay"
*************
"Sya! dia handsome ke tak?" Liz mengejutkan aku dari lamunan. "errr.. tak" jawab aku ringkas. "Ek eleh! handsome macam tu kau cakap tak handsome?" Liz ketawa kecil. Aku hanya senyum nipis. Satu yang menggusarkan aku, kalau-kalau aku dan dia terserempak kat kampung ni. Bagaimana dia boleh sampai ke sini? Seingat aku, aku tak pernah memberitahu aku berasal dari mana. Memang tak patut aku menipu dia. Tapi lagi tak patut, kalau aku menerima dia tanpa mengenali dia sedalam-dalamnya. Takkan nak tangkap muat je. Memang la dia punya rupa, punya segala. Tapi, aku takut dia sama seperti lelaki lain yang pernah aku kenal. Itu yang menggusarkan aku. Sebab itu sehingga ke hari ini, aku tak punya kekasih hati. Dialah lelaki yang terakhir yang aku kenal. "Kita balik lah Sya. Dah lewat ni." cadang Liz. Aku hanya menurut.
Di rumah, aku capai 'laptop' di atas katil. Ingin memeriksa emel yang hampir setahun aku tak pernah buka. Ada 315 emel baru. Cepat-cepat aku tekan pautan 'New'. Emel dari Emeriz Bin Ahmad. Ya, emel dari dia. Aku periksa satu persatu emel dari dia. Aku sedikit gugup membaca satu demi satu emel yang dia hantar.
---------
"Aisya, awak mana? Kenapa nombor telefon yang awak bagi tak dapat nak contact? Awak okay ke tak?
--------
"Aisya, saya ada kat Malaysia dah. Awak kat mana sekarang ni Aisya? Jangan buat saya macam ni. Saya tak kisah siapapun awak. Saya terima awak seadaanya."
-------
"Awak tahu kan saya tak ada siapa-siapa kat Malaysia selepas keluarga saya meninggal dunia akibat rumah kami terbakar dulu? Saya balik ke Malaysia kerana awak. Sekarang saya bekerja di Pejabat Daerah Kemuning. Tolong hubungi saya. Ni nombor telefon saya, 013-6696669. Saya akan tunggu awak Aisya."
-------
"Saya rindukan awak Aisya. Saya dah ada keluarga angkat kat kampung Kemuning. Awak tahu tak, ada satu tempat kat sini mengingatkan saya pada awak. Saya suka tempat tu. Pokok ketapang yang menghadap pantai. Pokok tu rendang. Mana awak Aisya? Saya nak awak tahu, sehingga ke saat ini, saya tetap tunggu awak. Saya nak sangat jumpa awak. Lepas tu kita kahwin."
------
"Saya takkan pernah jemu menghantar email pada awak Sya. Ia jadi rutin pada saya. Kerana saya yakin awak akan datang pada saya. Saya yakin itu"
----------
Aku baca kesemua 315 emel dari dia. Ya Allah, dia cari aku? Dia tunggu aku? Patutkah aku hubungi dia? Dapatkah dia menerima aku semula kalau dia tahu aku menipu pasal OKU tu? Buntu aku memikirkan semua itu. Nombor telefon dia aku tulis atas sekeping kertas. Lama benar rasanya aku tak dengar suara dia. Petang tadi terpandang dia saja buat aku serba tak kena walaupun dia tak perasan kewujudan aku dengan Liz di tembok itu. Satu yang menggusarkan aku ialah anak perempuan Haji Munir yang aku lihat petang tadi begitu mesra dengan dia. Mustahil dia tak tertarik dengan kecantikan perempuan itu. Jauh benar beza aku dengan perempuan itu. Di nilai dengan cara apa pun, aku kalah dengan perempuan itu dalam semua segi. Sekalipun hati dia nekad hendakkan aku, pasti aku akan rasa canggung dalam kelompok dia dan keluarga angkatnya.
Aku menaip satu SMS kepada dia.
"Assalammualaikum. Hai. Bye" cepat-cepat aku tekan butang 'send'
Belum sempat aku meletakkan semula telefon bimbit di atas meja, ada satu SMS masuk. Dari dia. Aku sedikit gementar membuka SMS yang dia hantar.
"Waalaikummusalam. Siapa yang hai terus Bye ni?" Aku senyum membaca SMS dia. Aku matikan telefon bimbit. Aku tak patut muncul lagi dalam hidup dia. Aku perlu sedar aku dan dia sangat tidak serasa berganding bersama.
Petang itu aku tunggu Liz seperti biasa. Entah kenapa kali ini aku teruja benar jadi teman Liz menyorok di tembok besar itu. Aku nampak kelibat Liz menapak menuju ke rumah. Termengah-mengah Liz melabuhkan punggungnya di bangku kayu depan rumah. "Malas weh aku nak buat keja gila tu lagi. Frust aku." luah Liz. "Kenapa?" soal aku. "Pagi tadi aku terserempak dengan anak perempuan Haji Munir kat kedai top-up depan simpang tu. Dia cakap, diorang nak kahwin." tutur Liz sambil mengipas-ngipas mukanya dengan tangan. Perasaan aku ketika itu tak dapat aku gambarkan. Cemburukah aku? Makanya, petang itu aku dan Liz hanya membatu. Masing-masing melayan perasaan.
Aku taip satu SMS kepada dia. "Awak". Aku tekan butang 'send'. Tidak lama kemudian satu SMS masuk. "Aisya Rasyidah Binta Mohd Nordin?". Belum sempat aku membalas SMS, satu panggilan masuk aku terima dari dia. Lama aku biarkan telefon itu berbunyi. "Wei! Sya. Jawab lah call tu. Suka benar kau dengar bunyi telefon melalak lagu korea kau tu" suara Liz. Aku senyum. Bunyi itu hilang. Cepat-cepat aku taip SMS. "Awak, jumpa saya kat pokok ketapang mengadap pantai tu sekarang."
"Liz, temankan aku boleh tak? Hantar aku kat pokok ketapang kat pantai tu."
"Nak buat apa panas-panas ni?Bosan lah!"
"Ala, hantar je la. Kejap je.Antara hidup dan mati."
"Malas lah. panas sangat."
"Takpela. Aku jalan kaki je la.Kalau aku kena ngorat mamat kampung ni aku salahkan kau."
"Ek eleh! macam lah aku heran dia kena ngorat."
"Alaaa...tolonglah hantar. "
Satu SMS masuk ke telefon bimbitku. "Awak ada kat Kampung Kemuning? Awak dah baca emel saya? Syukur Alhamdulillah. Awak datang tepat pada masanya sayang."
Tepat pada masanya? Apa maksud dia?
"Yelah. Aku hantar kau. Jom jalan kaki ke rumah aku ambil moto ayah aku dulu. Pastu terus pecut ke pokok ketapang harum wangi kau tu. Haihhh!"
Aku senyum gembira.
Aku nampak satu susuk yang aku kenal berdiri di bawah pokok ketapang. Sengaja aku menyuruh Liz berhenti jauh dari pokok itu. Aku menapak perlahan ke arah susuk itu. Belum sempat aku melangkah lebih laju, satu susuk lain datang menghampiri dia. Anak perempuan Haji Munir!
Aku matikan langkah. Tembok besar itu menghalang aku dari mendekati dia.
3 comments
ala KA
kenapaaaaaaa
kenapaaaa endingnye begini
br nk bunge2 sweet
T_T
suspen btoi la..bez..:)
aaa x puas hati ending gini....grrr!