Leman termenung seorang diri sambil melihat kertas jawapan exam yang diterima dari cikgu sainsnya pagi tadi. Entah keberapa kali dia melihat kertas tersebut. Mungkin ada rasa tidak puas hati. selalunya jika dia berasa yakin dengan jawapannya, susah untuk mengatakan ianya salah. Tapi kali ini berbeza pula. Memang dia yakin dengan jawapannya, tetapi mengapa cikgunya memangkah pada jawapannya? hal ini membuatkan leman sedikit tidak puas hati. "Aku mesti menuntut keadilan!!" getus hatinya. Setelah lama berfikir, Leman mengambil keputusan untuk bertemu cikgunya esok dan menyelesaikan semua permasalahan yang bermain difikirannya.
Malam itu dia tidak dapat tidur dengan nyenyak. Perkara yang difikirkannya adalah mengapa dia boleh salah pada jawapan yang betul dia yakin betul?
Sekejap dia beralih ke kanan, sekejap kekiri. Matanya tidak juga terlelap. Fikirannya bercelaru. Tidak mungkin orang sebijaknya tidak dapat menjawab soalan sesenang itu. Entah berapa lama kemudian dia pun terlena. Dia sendiri pun tidak sedar pukul berapa dia terlena. Dia terlena dalam keadaan yang tertekan. ya. Tertekan kerana masalah yang tidak selesai.
Keesokkan harinya dia bangun pada awal pagi. Terlalu awal, subuh pun belum masuk lagi. bayangkan betapa awalnya leman bangun pada pagi itu.
Bangun dari tidur dia tidak terus mandi. Dia berfikir kembali masalah yang menghantui fikirannya. itulah sifat semulajadi leman yang mana dia akan sentiasa berfikir jika ada sesuatu masalah yang melanda dirinya.
Selepas beberapa ketika dan dia berjaya menenangkan diri, lantas dia bangun capai tuala yang terletak di penjuru biliknya. Lalu dia bergegas ke bilik mandi.
Semasa berendam dalam bath tub fikirannya melayang sekali lagi. Kali ini dia berfikir... Apa jawapan atau alasan yang akan diberi oleh cikgunya. Agak lama dia berfikir dan setelah puas berfikir dia pun bangun dan menyiapkan diri untuk ke sekolah.
Setelah selesai menyiapkan diri dia termenung seketika. Hendak solat subuh, belum masuk waktu lagi. Jadi masa yang ada digunakan sepenuhnya dengan berfikir. Penat berfikir dia ke dapur untuk mengalas perutnya yang tidak berisi sejak petang semalam.
Sampai didapur, hatinya sedikit kecewa, emaknya baru bangun, "Kalau emaknya baru bangun mestilah tiada apa yang dimasak lagi" rintih hati kecilnya.
Usai solat subuh Leman terus kekantin. Mujur kantin sekolahnya buka agak awal. Almaklumlah sekolah yang menempatkan hampir 5 ribu pelajar. Ya. Leman solat subuh di surau sekolahnya dan bersarapan disekolahnya. Semua ini kerana tidak sabar untuk sampai ke sekolah dan menyelesaikan masalah yang membelenggu dirinya. begitu ikhlas jiwa nurani leman ketika ini. sarapan Leman ketika itu ialah nasi lemak dua bungkus dan karipap kelapa tiga biji, almaklumlah perutnya sejak petang semalam tidak berisi. Agak kenyang dia pagi itu.
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat menjelma. Waktu ini adalah saat-saat yang ditunggu oleh Leman. dia akan ke bilik guru untuk berjumpa dengan guru sainsnya yang menyalahkan jawapan yang diyakininya betul.
Cikgu Liza nama cikgu sainsnya. Orangnya agak lembut, berbudi bahasa, cantik, dan yang paling penting bagi cikgu disiplin sekolahnya adalah cikgu liza ini belum berkahwin. Apa kaitan cikgu disiplin dengan cikgu liza? Itu kita bincangkan minggu depan.
Saat dia melangkah kedalam bilik guru tersebut, matanya sudah melihat kelibat Cikgu Liza, cantik sungguh cikgu sainsnya itu dengan berbaju kebaya hijau dan bertudung ala-ala rozita che wan. "Kalaulah aku belum ada awek, dah lama aku ayat cikgu ni" akal jahat bermain dalam fikiran leman.
"Asalamualaikum cikgu" sapa Leman
'Waalaikumsalam" jawab Cikgu Liza
ada apa Leman?'
'Tak adalah cikgu, saya cuma nak bertanya tentang jawapan saya ni, kenapa salah cikgu?'
'Mana?'
'Ni cikgu'
Cikgu liza mengerutkan kening, tapi masih tersenyum. Pehh kalau siapa yang nampak Cikgu Liza ni senyum, ustaz mat pun boleh tinggalkan bini dia. Siapa ustaz mat ni? Sekadar watak sampingan saja.
"Sebenarnya Leman, ni bukan subjek agama tapi sains, jawapan kamu tu memang salah" kata Cikgu Liza sambil berjalan meninggalkan Leman di situ.
Leman terpinga-pinga sendirian.
"Ok, plan pertama gagal akan aku cuba plan yang kedua", rancangan baru muncul dalam fikiran Leman.
Masuk saja dalam kelas, Leman bertanyakan tentang masalahnya kepada kawan rapatnya yang bernama kasim. kasim tengok jawapannnya..
Kasim senyum..
Makin lebar senyumannya..
Lama kelamaan senyuman itu bertukar ketawa berdekah-dekah.
'Memang la salah jawapan kau ni, tak relevan langsung'
Selepas itu hampir satu kelas mentertawakan Leman.
Soalan: Bagaimana Berlakunya hujan dan nyatakan proses yang terdapat semasa berlakunya hujan,
Jawapan Leman: Hujan diturunkan oleh ALLAH dan yang memprosesnya adalah malaikat Mikail
Hak Cipta: deksnamai
6 comments
serius kispen ni comel... hahahaha... jalan cerita yang sgt cikky
memang la salah bila jawapan agama di tulis dalam kertas sains.. hehehe.
selamba je penulisan .. =)
Comel cerpen ni. Good job yaa. Soalan sains jawapan agama pun boleh :)
Hi Lady Windsor, interesting post, even though my bahasa out of tune, I enjoyed reading it.
Oh ya, if ada senang drop by my pondok.
You have a nice weekend.
And keep a song in your heart.
Lee.
keh keh keh...
kelakarlah leman nih.. :D.. tp ideanye bagus.. kaitkan dgn agama, tp ulsnnye tidak diterangkan scr jelas dan saintifik.. tp sgt suke citer ni.. santai.. buat teruja untuk ketahui..