Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, June 11, 2012

Cermin

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Dia memandang wajah di hadapannya. Dari atas sampai bawah. Wajah di hadapannya turut memandangnya. Dia mengeluh. Akhirnya, dia melarikan diri dari cermin di hadapannya. Entah mengapa dia benci cermin itu. Terlalu.

“Kau tak cantik. Jangan harap akan ada lelaki yang mahu kat kau.” Ayat itu masih terngiang-ngiang di fikirannya. Setiap kali dia menghadap cermin, setiap kali itulah ayat itu akan berputar di mindanya. Ya… ayat itu menyakitkan dirinya. Dari mana muncul ayat itu, dia tak tahu. Yang pastinya, ayat itu akan keluar di fikirannya setiap kali dia berhadapan dengan cermin. 

Cermin itu menakutkan dirinya. Dia benci dirinya. Dia benci dirinya. Terlalu. Sebab itu, tidak pernah sekalipun dia punya gambar-gambar tentang dirinya. Dia benci melihat dirinya. Entah… dirinya tidak cantik sepertimana kawan-kawannya. 

“Kau tak cantik. Jangan harap akan ada lelaki yang mahu kat kau.” Ayat itu masih lagi kedengaran. Dia menutup telinganya. Tak mahu mendengar ayat itu. Ayat yang diucapkan oleh bekas teman lelakinya. Ayat yang diucapkan kepadanya setahun yang lepas. Yaaa… ditinggalkan dengan kata-kata hinaan sudah cukup membuatkan hatinya berada dalam keadaan terluka. Mungkin dia sudah mampu untuk melupakan bekas kekasih durjanannya, namun ayat terakhir itu masih terlekat di mindanya. 

Dia memandang cermin itu lagi. “Kau tak cantik. Kau hodoh. Jangan harap akan ada orang suka pada kau.” Ayat itu masih kedengaran lagi. Akhirnya dia mengenggam tangannya sekuat-kuat yang mungkin lalu dihalakan ke arah cermin itu.

PANGGG… bunyi kaca berderaian. Dia tersenyum. Senyumannnya seperti seorang gila. Dia puas. Terlalu. Dia tidak lagi menghiraukan titisan darah yang mengalir di tangannya. Mungkin sakit, tapi tidak sesakit hatinya mendengar ayat itu. Ayat yang mengatakan dirinya hodoh. 

“Sekarang tengok, siapa yang hodoh, kau atau aku?” Dia tersenyum. Puas. Cermin itu sudah retak. Kelihatan darah di retakan itu. Dia tersenyum.


Hak Cipta: reenapple

4 comments

June 11, 2012 at 10:40 PM

tanda-tanda nak jadi Psiko :p

June 11, 2012 at 10:48 PM

aku tak puas

mohon smbungan grrr

June 13, 2012 at 11:13 AM

jgn rasa kerdil pada diri sendiri... kispen monolog yg hebat...

June 14, 2012 at 3:21 PM

aku tak puas jugak grrrrr

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...