Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, June 13, 2012

Mengharapkan Mu Ada

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips

Yana dibawa pergi oleh keluarga angkatnya. Yana dibawa ke Hospital Kajang kerana ingin menjalankan pemeriksaan lanjut semenjak berumur 11 tahun yang ketika itu, Yana terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan Yana mengalami hilang ingatan sepenuhnya.

Orang yang menyiasat tentang kes kemalangan Yana itu mendapati bahawa ada mangsa lain turut terlibat dalam kemalangan itu bersama Yana. Tetapi hilang tanpa dikesan. Adakah ibu atau ayahnya yang turut terlibat? Tiada siapa tahu. Selepas kejadian itu, Yana koma selama sebulan. Tapi pulih serta merta, malangnya Yana mengalami hilang ingatan.

Yana dibawa ke rumah anak yatim buat sementara waktu untuk mencari maklumat sepenuhnya tentang Yana. Gelaran nama Yana diberi oleh keluarga angkatnya setelah mereka mengambil Yana sebagai anak angkat mereka. Selama 7 tahun ingatan Yana masih belum kembali pulih. Hanya satu harapan saja pada diri Yana adalah untuk mencari ibunya yang hilang 7 tahun lalu. Sedaya upaya Yana cuba mengembalikan ingatan yang masih ada. Tetapi gagal. Teguran ibu angkatnya mematikan lamunan Yana.

“ Yana ! Kita dah sampai ” ujarnya lembut sambil melangkah keluar dari kereta mewahnya.

Yana perlahan melangkah keluar dari keretanya. Yana tetap dengan wajahnya muram dan sayu. Malahan seorang pendiam. Yana sendiri pun tidak tahu siapa dirinya sendiri. Ibu angkatnya, Puan Safiya memimpin tangan anak angkatnya terus ke pintu utama. Sampai saja di bilik pejabat seorang doktor pakar yang sentiasa merawatnya sejak 7 tahun yang lalu iaitu Doktor Leong merupakan doktor Pakar Psikologi Yana.

“Baiklah, Yana. Macam biasa, saya akan tanya soalan pertama saya pada kamu, ok ”

Yana mengangguk kepalanya tanda setuju. Ya ! Rutin biasa yang pertama dilakukan oleh Doktor Leong adalah dia akan sentiasa bertanya kalau-kalau Yana dapat menunjukkan perubahan pada penyakitnya. Kalau mahu diingatkan kembali, Yana pernah banyak kali menunjukkan perubahan padanya. Yana dapat mengetahui pendirian sebenar Yana yang satu ini.

“ Wei, kau orang. Aku ada teka-taki untuk kau orang. Itupun kalau kau berani dapat jawab soalan ni. Aku akan bagi hadiah untuk kau orang ” ujar Hafiz ingin mencabar rakan-rakannya dengan mengajukan soalan pada rakan disebelahnya.

“ Kalau macam tu, cepatlah sikit. Tak sabar ni ” ujar Rina teruja.

Yana disebelah Rina hanya mampu mendengar saja. Kalau Rina tak tahu, dia sendiri boleh tolong apa yang patut. Yana terus menumpukan kembali buku yang dibacanya.

“ Ok, aku bagi contoh. ‘ Abu ada RM10. Dia nak beli topi. Tapi tak cukup duit. Dia pinjam duit pada Ali RM50. Baki duit yang dia beli topi adalah RM2. Seringgit lagi simpan dalam poket dia. Lepas tu, Abu nak beli kek, tapi tak cukup duit. Dia pinjam lagi pada kawan dia, Badrol RM50. Baki duit tu RM2. Dalam tangan dia ada RM3. Abu nak bayar hutang kawan dia. Seringgit untuk Ali, seringgit lagi untuk Badrol. Semua hutang dia tinggal RM98. Cuma tinggal seringgit saja di dalam tangannya. Mana nak cari seringgit lagi’ ” ujarnya panjang lebar.

Rina dan rakannya yang turut mendengar teka-teki itu terlopong mulut mereka. Walau apa pun, mereka berfikir juga. Menyelesaikan teka-teki itu demi mendapat hadiah yang diperkatakan oleh Hafiz.

“ Jawapannya…. ” tak sempat berkata apa, Yana tergamam apabila mereka disebelahnya memandang tepat ke wajah Yana.
“ Awak dapat jawapannya? ” tanya Hafiz sambil tersenyum manis. Suka la tu tengok muka Yana yang comel tu.
“ Errmm…..Rasanya, jawapannya…’ dalam poket Abu ’ ” jawabnya dengan penuh yakin.
“ Eh ! Betul ke? ” tanya Rina seperti tidak percaya. ‘ Cepat betul dia ni jawab. Bagusnya. ‘ Bisik Rina dalam hati dengan penuh teruja.
“ Wow !! Great. That is the correct answer ” ujar Hafiz kagum dengan jawapan Yana.
“ Wow ! Yana. Tak sangka, cepat betul awak jawab soalan tu ” ujar Rina kagum sambil menepuk bahu Yana.
“ Saya pun tak tau macam mana saya jawab. Tiba-tiba saja otak saya terus bagitahu jawapan dia. Yang saya rasa logik la. Heheheh ” ujar Yana sambil tersenyum manis. Gembira betul Yana dapat hadiah yang diberi oleh Hafiz.

Sejak peristiwa itu, Yana dan rakannya menjadi kawan rapat. Yana tidak lagi pendiam terhadap rakannya. Ya ! Sekarang Yana tau diri Yana yang satu ini. Yana seorang gadis yang bijak.

Berakhirlah pemeriksaan lanjut yang dilakukan oleh Yana. Keesokan harinya, Puan Safiya dan suaminya pergi ke tempat kerja masing-masing. Puan Safiya masuk ke pejabat sebaik saja suaminya menghantar isterinya ke tempat kerja.

Lisa yang merupakan pembantu peribadi Puan Safiya mengucapkan salam pada majikannya sambil berdiri tanda hormat. Puan Safiya hanya membalas salam sekilas saja. Tidak dengar langsung. Rasanya macam nak cepat.

Lisa mendongak ke atas memandang jam di dinding pejabatnya. Lisa tersenyum sumbing. ‘ Patutlah nampak tergesa-gesa saja tadi. Lewat rupanya. ‘ Bisik Lisa.

Lisa baru saja niat untuk duduk semula, telefon berdering di mejanya. Pasti Puan Safiya. Kenapa tadi bila masuk tak mahu panggil sekali. Biasalah tu, Puan Safiya wanita berumur. Tua dah rasanya. Sampai lupa.
“ Lisa, datang ke bilik I sekarang juga ” mintanya melalui telefon.
“ Baik, puan ” jawabnya terus berlalu ke pejabat majikannya.
“ Lisa, lepas ni I ada apa-apa temujanji ke? ” tanya Puan Safiya sebaik saja Lisa berdiri di depan mejanya. Pantas Lisa membelek buku peribadinya.
“ Err…Lepas ni, puan ada temuduga dengan staf yang baru untuk gantikan saya jadi P.A puan. Puan ingatkan? Lagi seminggu saja lepas ni saya nak berhenti kerja ” jelas Lisa agak pantas percakapannya.
“ Owh ! Ya. I lupa pula. Bila tu? ” tanyanya sambil tangannya masih lagi menulis di fail-fail yang berlonggok di atas mejanya.
“ Pukul 10 pagi hingga 11 pagi, puan ” jawabnya ringkas.
“ Oklah. Tak mengapalah. U boleh keluar. I ada banyak kerja sekarang ni. Kalau orang tu datang bagitau I tau ” ujarnya sambil memandang tepat ke jam dinding di bilik pejabatnya. Baru pukul 9.30
“ Baik, puan ” Lisa akur dengan arahan majikannya.

Setengah jam Puan Safiya masih terkurung dalam bilik pejabatnya. Menyiapkan kerja yang tergendala. Besar tanggungjawabnya sebagai CEO syarikat. Tanpa Lisa sedari, ada seorang wanita yang mendekati meja Lisa.

“ Assalammualaikum ” salamnya pada Lisa dengan penuh mesra.
“ Waalaikummusalam, eh ! Puan Rokiah ” jawabnya sambil terkejut beruk melihat wanita itu berdiri di hadapannya. ‘ Hormatlah sikit kalau ya pun. Orang masuk pun tak sedar. ‘ Kutuk dirinya dalam hati.
“ Err… Saya ada temuduga dengan… ”
“ Tak mengapalah, puan. Saya tahu puanlah kan yang nak ambil kerja sebagai P.A Puan Safiya ? ” ujarnya memotong kata-kata Puan Rokiah. Masih ingat lagi rupanya.
“ A’ah. Ya. Tapi, bukan ke kamu ni P.A Puan Safiya? ” tanya wanita itu.
“ Ya, saya ” jawab Lisa ringkas.
“ Owh, mudanya. Ingatkan P.A sebenarnya dia dah tua nak bersara. Kenapa cepat sangat berhenti kerja? ” tanyanya lagi ingin kepastian sambil tersenyum manis. Ramah orangnya.
“ Hmmm. Sebenarnya, saya ni dah berumah tangga. Dah ada suami. Saya sepatutnya kena tumpukan saja keadaan rumah tangga saya. Biar suami saya saja cari rezeki untuk keluarga ” jelasnya panjang lebar sambil tersipu-sipu malu.
“ Owh ! Baguslah macam tu. Wanita sekarang bekerjaya, betul tak? ”
“ Betul tu. Hehehehe ” jawabnya ringkas sambil tersenyum manis. Sembang-sembang sampai tak ingat dunia ke?.
“ Eh, lupa nak panggilkan Puan Safiya. Maaflah, ya. Saya pergi panggilkan. Sekejap, ya ” ujarnya sambil bingkas bangun menuju ke pintu bilik pejabat majikannya.

Pintu dikuak perlahan-lahan dari luar. Puan Safiya yang leka sedang menaip sesuatu si komputer ribanya menyedari kahadiran Lisa lantas menghentikan kerjanya.
“ Apa lagi, Lisa? ” tanya Puan Safiya agak tegas. Puan Safiya tidak suka apabila orang lain mengganggunya sedang sibuk.
“ Maaf mengganggu, puan. Temuduga puan dengan Puan Rokiah dah tiba. Untuk tawaran kerja jadi P.A ” beritahunya untuk mengingati Puan Safiya lagi. Puan Safiya ni kalau terlalu leka boleh jadi sampai tak ingat dunia. Sampai lupa.
“ Err… Give me 5 mins, ok? ”
“ Ok, puan ” jawab Lisa akur.

Kelam kabut Puan Safiya mengemas mejanya ala kada. Fail-fail yang berlonggok tadi diletakkan di tepi meja dan memberi ruang kosong di tengah-tengah meja. Siap saja berkemas, Puan Rokiah mengetuk pintu tanda mahu meminta kebenaran masuk. Lalu Puan Rokiah memulas tombol pintu itu perlahan-lahan.

“ Assalammualaikum ” salamnya sambil tersenyum mesra.
“ Waalaikummusalam, sila duduk ” minta Puan Safiya mesra . Lantas Puan Rokiah akur.
“ So, your name Cik Rokiah, right? ”
“ Eh, tak payah lah panggil saya cik. Panggil Ria saja. Lagipun, cik tu tak sesuai dengan saya, saya dah tua ” jelasnya sambil tersipu malu merendah dirinya.
“ Owh, ya ke. Berapa umur kamu? ” soal Puan Safiya hairan.
“ 37 tahun, puan ” jawabnnya ringkas.
“ Eh tak adalah tua sangat. Muda saja saya tengok. Ayu lagi ” pujinya sambil tersenyum manis. “ Dah berkahwin? ” soalnya lagi.

Puan Rokiah agak tersentak dengan pertanyaan Puan Safiya. Perkataan ‘ berkahwin ’ sekarang tiada makna apa-apa lagi dalam hidupnya.
“ Err..dah, puan. Tapi dah bercerai ” jawabnya lantas wajahnya berubah pucat.
“ Ada anak? ” cepat saja soalan itu diajukan pada Puan Rokiah. Puan Rokiah apa lagi, hampir tidak berdaya untuk menjawab soalan itu.
“ Ada. Tetapi dah meninggal ” air matanya mula mengalir. Tetapi sempat disapu. Lemah jantungnya apabila bercakap tentang anaknya.
“ Owh. Sorry, tapi, kenapa? Boleh ceritakan tak? Mana tahu,kalau saya boleh tolong \" soalnya bertalu-talu kepada Puan Rokiah. “Tak mengapa. Janganlah malu, saya ni pendengar yang baik ” ujarnya lagi apabila melihat Puan Rokiah menundukkan kepalanya sambil mengetap bibir.
“ Sebenarnya. . . anak saya meninggal disebabkan kemalangan 7 tahun lalu. Anak saya masa tu berumur 11 tahun. Salah saya juga sebab bawa kereta terlalu laju. Sebenarnya….malam tu ”

Puan Rokaiah menceritakan peristiwa hitam yang berlaku 7 tahun lalu kepada Puan Safiya. Malam itu, Puan Rokiah pulang dari rumah emaknya dengan tujuan mahu mengambil pakaian untuk tinggal bersama emaknya. Memandangkan emaknya ketika itu sakit tenat.Puan Rokiah ingin menjaganya sebaik mungkin. Anaknya ketika itu ditinggalkan di dalam kereta. Puan Rokiah pula melulu menuju ke pintu rumahnya kerana hujan lebat.

Pelik dengan keadaan sekeliling. Suaminya tiada ke? Sunyi dan gelap saja. Puan Rokiah tidak peduli semua itu. Dia terus menaiki tangga menuju ke biliknya di tingkat atas. Pintunya dikuak perlahan-lahan. Buntang matanya melihat keadaan suaminya. Air matanya mula membasahi pipi. Tak sangka orang yang selama ini dia cintai, dikhianati begitu saja. Terlopong mulut Puan Rokiah luas tetapi sempat ditekup kemas. Air matanya mula mengalir dengan deras. Tanpa banyak berfikir, Puan Rokiah cepat berlalu pergi lantas menuruni tangga dengan lajunya. Tujuan utama Puan Rokiah pulang ke rumahnya serta-merta dibatalkan.

Suaminya ketika itu bingkas bangun daripada katilnya. Cuba mendapatkan isterinya yang telah berlalu pergi menuju ke pintu utama. Suaminya sempat mencapai lengan isterinya dengan rakus. Mereka bertengkar juga didalam hujan lebat. Habis basah kuyup baju Puan Rokiah. Begitu juga dengan suaminya.

“ Sayang ! Dengarlah dulu. I can explain. Please ! Tu semua tipu belaka, jangan percaya ! ” ujarnya bersungguh-sungguh. Berkerut dahinya cuba berlagak seperti tidak bersalah.
“ Kalau awak rasa tak bersalah, kenapa awak nak fikir apa yang saya fikir? ” buntang matanya mengajukan soalan itu kepada suaminya.
“ Sayang ! Dengarlah dulu, please ! ” rayunya sambil menahan pintu kereta isterinya. Huh ! Benci tengok mukanya dengan penuh kepura-puraan.
“ Tepilah, lelaki buaya ! ” bentak Puan Rokiah pada suaminya. Hilang terus rasa hormatnya selama ni pada suaminya.
Tanpa sedar, suaminya terus menampar pipi gebu Puan Rokiah. Tergamak kau, Fahmi Arshad. Aku benci kau.
“ Aku ceraikan kau ! ” berani betul Fahmi melakukan sebegini rupa. Puan Rokiah sudah tiada hati lagi mahu melihat wajah suaminya. Puan Rokiah mula menangis dengan kuat. Dia menolak tubuh sasa suaminya jauh daripada keretanya. Kereta yang dipandu oleh Puan Rokiah sudah berlalu pergi dan langsung tidak kelihatan lagi di perkarangan rumah mewahnya.

Perit untuk diingati lagi. Suaminya bersama dengan perempuan lain. Malahan melakukan maksiat pula. Memanglah jantan buaya. Puan Rokiah tidak akan mempercayai lagi atau termakan pujuk rayunya untuk kali kedua. Cukup peristiwa hitam ini berlaku sekali dalam seumur hidupnya.

Kemarahan yang membuak-buak itu mempengaruhi emosinya. Puan Rokiah memandu dengan begitu berbahaya. Kereta Toyota Camry itu dibawa laju di jalan raya. Tanpa sedar, keretanya gagal untuk membrekkan keretanya kerana cuaca hujan yang begitu lebat menyebabkan jalan raya sukar untuk dikawal lalu melanggar lori di hadapannya.

Tiada siapa tahu kejadian itu. Sedar saja, Puan Rokiah sudah ada di hospital. Selepas diberitahu oleh Doktor, rupanya Puan Rokiah baru saja sedar daripada koma selama 3 bulan lalu. Puan Rokiah bagai nak gila apabila mengetahui bahawa tiada tanda-tanda anaknya yang turut terlibat dalam kemalangan itu selamat. Jadi, ia dianggap anaknya sudah meninggal dunia. Dia putus asa. Ibu Puan Rokiah telah meninggal dunia akibat terkejut dengan berita yang disampaikan bahawa anak dan cucunya mengalami kemalangan.

Perit hidupnya dengan pelbagai dugaan. Sudahnya Puan Rokiah menjadi janda. Dituruti dengan anaknya telah dianggap meninggal dunia. Ditambah lagi dengan ibunya yang sakit tenat telah meninggal dunia akibat terkejut. Malang sekali.

Emosinya datang lagi kerana Puan Rokiah terpaksa mengingati semula peristiwa itu demi Puan Safiya. Puan Rokiah tiada sesiapa untuk dijadikan tempat mengadu. Puan Safiya yang turut mendengar segala masalah yang dihadapinya turut mengalirkan air mata.

“ Maafkan saya sebab suruh awak ceritakan semua ni, saya tak sengaja. Maaflah ” rayunya apabila Puan Rokiah menamatkan kata-katanya.
“ Tak mengapalah, puan. Saya sebenarnya tidak ada sesiapa untuk meluahkan semua ni ” ujarnya sayu sambil tersedu-sedan menahan tangisannya.
“ Tak mengapalah. Kita lupakan saja masa silam awak ok. Mulakan dengan hidup baru. Tak mengapalah, awak diterima bekerja di sini “ Puan Rokiah terkejut.
“ Tapi……….”
“ Tak ada tapi-tapi lagi, ok. Awak terima ke tak? ” soalnya pada Puan Rokiah.
“ Saya terima. Alhamdulliah ” Syukurnya.
“ Jadi, kamu sanggup ke kalau kena marah atau ikut segala arahan saya, atau kamu sanggup dihantar ke luar Negara atau…….”
“ Baiklah saya sanggup ” ujarnya sambil menganggukan lagi kepalanya. Akhirnya terukir semula senyuman di bibirnya. Puan Safiya tersenyum lega.

Selama sebulan Puan Rokiah bekerja bersama Puan Safiya. Puan Rokiah dapat menyara diri dengan gaji yang lumayan sebagai pembantu peribadi Puan Safiya. Umurnya baru 37 tahun. Walau apapun, dia tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.

Suatu hari, Puan Safiya diminta pergi ke Bangkok selama 4 hari kerana ada tugasan yang perlu dia jalankan. Sudah tentunya Puan Rokiah wajib mengikuti majikannya bersama ke Bangkok. Biasalah, seorang Personal Assistance lah katakan. Kemana majikannya pergi mesti kena ikut sekali.

“ Yana tak mengapakah kalau Yana tinggal seorang diri kat rumah dengan papa? ” tanya Puan Safiya risau jika dibiarkan Yana keseorangan.
“ Mama ! Papakan pergi oversea juga ”
“ Oh ya. Mama lupa pula. Tapi, mama risaulah tinggalkan Yana sendirian ”
" Tak mengapalah, mama. Orang gaji kan ada. Tu ! pengawal keselamatan tu pun akan jaga rumah ni baik-baik. Mama jangan risau ” ujar Yana meyakinkan ibunya sambil jari telunjuknya mengarahkan pada Pak Mail, seorang pengawal keselamatan di banglo mewahnya.
“ Tapi, mama sedihlah tak dapat temankan Yana pergi ambil result SPM. Selalunya, mamalah temankan Yana pergi ambil result ” ujar Puan Safiya sambil tunjuk muka sedih.
“ Jangalah risau, ma. Lagi 2 hari saja result SPM tu keluar. Lagipun, kawan Yana akan ambil Yana pergi sama-sama naik kereta” ujar Yana menenangkan ibu angkatnya.
“ Tapi, kenapa Yana tak mahu naik kereta dengan pemandu kita? Dia boleh hantar Yana juga. ”
“ Tak perlulah, ma. Masa tu hari ahad. Mesti dia cuti. Tak mahulah ganggu dia. Mama jangan risau ok. ”
“ Betul ni? ” ujar Puan Safiya masih curiga.
“ Betul. Sudahlah tu ma, dah lambat ni. Nanti tak pasal-pasal mama kena tinggal flight ” suruhnya sambil menolak tubuh belakang Puan Sofiya.
“ Ok, ok. Ma pergilah ni. Tapi Yana kena janji dengan mama, lepas dah dapat result SPM tu, jangan nak merayap ke mana pula. Bukan boleh percaya dengan kawan-kawan Yana tu ” pesannya bersungguh-sungguh.
“ Ok, ok dan ok. Yana janji ” guraunya sambil angkat tangan sumpah.
“ Great !. Ok, mama pergi dulu. Jaga diri baik-baik tau. Sayang anak mama ” ujarnya sambil mengucup kedua-dua pipi anak angkatnya.
“ Ok. Byebye. Mama pun jaga diri jugak, ya. ” Yana memeluk erat susuk tubuh Puan Safiya. Rasa macam berat sangat mahu meninggalkan ibu angkatnya.
Kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi itu membawa Puan Safiya ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Rasa yang berlainan muncul dalam hati. ‘ Rasa tidak sedap hati pula terhadap Yana. ’ Fikir Puan Safiya.
Dua hari telah berlalu. Keputusan SPM mula keluar. Tengahari baru Yana keluar dari rumah. Kawannya tiba tepat pada masanya. Tergesa-gesa Yana masuk ke dalam perut kereta rakannya.
“ Woi ! Apasal lambat sangat ? ” marah Yana pada rakannya.
“ Biasalah tu, si Joe tu la nak bersiap lama sangat ” rungut Rina.
“ Ish, dia ni. Salahkan aku juga kan ” ujar Joe menafikan kata-kata Rina.
“ Dah la tu. Cepat la jalan. Banyak membebel pula ” suruh Yana.
Kereta itu mula bergerak semula lalu keluar dari kawasan perumahan Yana. Joe yang memandu itu mula memecut laju. Tak sabar juga mahu mengetahui keputusannya. Tanpa sedar, tayar keretanya agak terserong sedikit lalu melanggar kereta yang arah bertentangan. Kejadian itu, berlaku lagi. Tak sangka malang tak berbau.
Yana membuka matanya. Sedar dari tidur. Pelik dengan keadaan sekeliling. ‘ Dimana aku ? ‘ Bisiknya dalam hati. Kaki kiri dan tangan kanannya berbalut. Dahinya juga berbalut. Aduh ! Sakit. Berdenyut-denyut rasanya.
Puan Safiya melulu masuk ke bilik rawatan anak angkatnya. Puan Safiya dan pembantu peribadinya baru saja pulang kembali dari Bangkok. Tersentuh hatinya, sanggup menangguhkan tugasnya semata-mata melihat keadaan anak angkatnya.
“ Ya Allah, Yana. Mama baru saja pergi 2 hari. Dah jadi macam ni. Yana tak ada apa-apa kan? ” tanya Puan Safiya prihatin sambil melabuhkan pungggungnya di kerusi bersebelahan katil Yana.
“ Apa ni, mama. Masuk saja macam nak marah saja. Kenapa ni ? ” tanya Yana hairan.
“ Yana baru saja kena accident kereta dengan kawan-kawan Yana. Kawan-kawan Yana tak cedera parah pun. Tapi Yana ni saja, kena tahan beberapa hari. Taklah teruk sangat. Biasa-biasa saja. Yana tak sedar semalaman tau. Risau mama ” jelas Puan Safiya pada anak angkatnya.
Yana diam sejenak. Kaku seketika. Tak tahu nak cakap apa.
“ Mama ! Ma bolehkan tolong carikan ibu kandung Yana ? Yana dah boleh ingat semua, ma ” rayunya sambil tersenyum. Puan Safiya mula kaku.
Tiba-tiba Puan Rokiah muncul di dalam bilik rawatan Yana sambil membawa bungkusan makanan untuk anak majikannya.
“ Puan ! Saya ada belikan sedikit makanan untuk anak puan ” beritahu Puan Rokiah sambil meletakkan bungkusan makanan itu di atas meja di tepi katil
“ Ibu !!! ” panggil Yana pada Puan Rokiah. Puan Safiya mula berkerut dahi tanda hairan. Selalunya Yana memanggilnya ‘ mama ’ bukan ‘ ibu ‘.
“ Kita pernah jumpa ke, dik ? ” tanya Puan Rokiah. Cuba beramah mesra dengan anak majikannya.
“ Ibu ! Ini April, bu. Anak ibu ! ” jelas Yana pada Puan Rokiah. Gelaran Yana pada masa silam rupanya ‘ April ’. Yana dapat mengingati semula wajah manis ibu kandungnya.
“Err. Maaflah dik, makcik tak ada anak. Anak makcik meninggal 7 tahun lalu. “ Jelas Puan Rokiah. Pelik dengan kelakuan anak majikannya.
“Ya Allah, bu. Ni April, bu. Nama sebenar April, Ani Nadhirah Binti Muhd Fahmi Arshad. Ibu ingatkan?” Jelas Yana panjang lebar.

Puan Rokiah yang mendengar nama bekas suaminya terkejut besar. ' Macam mana dia boleh tahu nama sebenar bekas suami aku. Rasanya sudah jelas. Dia mungkin anak aku yang sebenarnya.' Bisik Puan Rokiah dalam hati.

“Ya Allah ! Betul ke ni, April ?”. Ujarnya seperti tidak percaya. Selama 7 tahun, Puan Rokiah beranggapan anaknya telah meninggal dunia. Tuhan telah menemukan mereka berdua.

Yana memeluk erat Puan Rokiah yang dianggapnya ibu kandungnya sendiri. Ingin melepaskan rindu selama 7 tahun. Alhamdullilah. Puan Safiya yang melihat mereka berdua pun tidak perlu diterangkan lagi. Yana sudah menemui ibu kandungnya. Puan Safiya tersenyum gembira. Puan Rokiah mengucup pipi gebu anaknya. Sudah besar nampaknya. Wajahnya pun sudah berubah. Tapi, apalah penting sangat. Janji Puan Rokiah dapat berjumpa anak kandungnya.

Yana telah mengharapkan ibunya ada disisinya. Setiap hari berdoa moga hajatnya dicapai untuk menemui ibu kandungnya. Takdir semua ditangan tuhan. Tuhan telah merancang semuanya. Akhirnya, mereka berdua dapat meneruskan kehidupannya dengan bahagia.


Hak Cipta: Ani Mustapa

1 comment

June 14, 2012 at 3:16 PM

kemalangan yg memisahkan mereka, kemalangan jugak yg menyatukan mereka semula.. :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...