Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Tema - Jun 2012. Show all posts
Showing posts with label Tema - Jun 2012. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

Citarasa Cinta

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips



“I LOVE YOU!” Jerit seorang gadis. Lelaki yang baru sahaja cuba untuk melangkah pergi berpaling semula ke arah gadis yang menjerit tiga perkataan itu.Gadis itu memandang lelaki itu dengan debaran penuh di dada.
“I love you too” balas lelaki itu. Dan kedua-dua lelaki dan perempuan itu tersenyum sambil memegang tangan dengan erat dalam keadaan hujan yang renyai.

“WAHHHHHHHH…. Romantiknya!” Balqis menjerit sambil mengigit sudu aiskrim di tangannya. Dia tersenyum lagi. Scene yang baru ditonton tadi benar-benar buatkan dia teruja. Drama Korea terbaru yang ditontonya benar-benar buatkan dirinya jatuh cinta dengan watak lelaki drama tersebut. Ah… so sweet.

Zara menggelengkan kepalanya melihat gelagat sahabat baiknya sejak kecil. Faham benar kegilaan Balqis terhadap Korea. Dari drama sehinggalah kepada hiasan di bilik tidur, semuanya mahu kelihatan seperti Korea. Kadang-kadang dia juga jelak dengan kisah-kisah tentang artis Korea yang selalu Balqis ceritakan padanya. Dia tiada langsung minat terhadap Korea, melainkan Korea sebagai destinasi percutian. Itu yang dia suka.

“Kau ni kan, tak habis-habis dengan Korea. Tak boring ke?” Soal Zara sambil meletakkan kamera Nikon D3000 di atas meja sebelum melabuhkan punggung di sofa berhadapan televisyen. Dia baru sahaja pulang dari bercuti bersama teman-teman yang berkongsi minat yang sama dengannya, mengambil gambar. Kali ini destinasi mereka Cameron Highlands.
“Taklah. Kali ni ‘boyfriend’ aku berlakon. Lee minho…” ujar Balqis sambil menyuapkan kembali aiskrim perisa strawberry ke dalam mulutnya. Zara menggelengkan kepalanya sekali lagi. Langsung tidak memahami kegilaan Balqis terhadap lelaki yang bernama Lee minho. Kalau mahu dibandingkan dengan Chace Crawford, dia rasa Chace Crawford lagi kacak berbanding Lee minho.

“Kau tak nak join ke? Mehla, teman aku. Mana tahu, nanti kau boleh terminat dengan drama Korea ni?” Balqis cuba memujuk. Dia tahu sahabatnya tidak berapa gemar dengan artis Korea. Zara Qistina yang dikenali lebih menggemari artis Hollywood dari Korea. Mungkin Zara tidak terlalu menunjukkan ketaksubannya terhadap artis Hollywood, tapi Balqis tahu, Korea bukan citarasa Zara.
“Err… tak nak la aku. Setakat tengok tu boleh but nak minat-minat ni, wuuuu… sorry. Aku tak nak curang dengan Chace Crawford aku,” ujar Zara tersenyum sebelum bangun dan melangkah ke biliknya tidak jauh dari ruang tamu itu.

Balqis hanya tersenyum mendengar jawapan Zara. Dia kembali melekapkan matanya ke arah skrin televisyen. Lee MinHo sudah kembali!

***
Balqis mengukirkan senyuman kepada Zara apabila melihat kelibat gadis itu memasuki ruang dapur. Hari ini gilirannya menyediakan sarapan pagi. Zara membalas senyuman Balqis.

“Makaroni goreng? Nampak best je. Terima kasih,” ujar Zara sambil menyuapkan macaroni goreng ke dalam mulutnya. Dia benar-benar lapar. Terlalu.

“Err… Zara, aku nak tanya kau something?” Soalan yang keluar dari mulut Balqis membuatkan Zara memandang teman serumahnya itu.

“Err… siapa lelaki dalam kamera kau tu?” Zara tersedak mendengar soalan Balqis. Dia mencapai milo di sebelahnya, menghirupnya sebelum mengurut dadanya. Balqis masih memandang Zara dengan senyuman. Tentu ada sesuatu tentang lelaki dalam kamera Zara. Dari sudut posisi gambar itu, sepertinya Zara mengambil gambar lelaki itu secara curi-curi. Bukan satu gambar lelaki itu tapi banyak.

“Kau usik kamera aku eh?” Soal Zara dengan niat untuk berdolak dalih. Malas sebenarnya nak menceritakan tentang lelaki itu. Dia sendiri tidak tahu mengapa matanya tidak lekang dari memandang lelaki itu di Cameron Highlands. 

“Saja la tu nak tukaar topic. Selama ni aku usik, mana pernah kau marah. Ada la tu… ce cite pasal lelaki tu,” ujar Balqis sambil memandang Zaara. Dia memang mahu mengetahui siapa jejaka kacak yang Zara Farhana mengambil gambarnya secara curi-curi.

“Err… aku pun tak tahu. Aku just suka tengok muka dia je. Itu je. Tak ada apa-apa maksud pun,” ujar Zara. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia mengambil gambar lelaki itu. Yang dia tahu, hatinya berdebar bila lelaki itu berada di hadapannya.

“From the first time kau nampak dia?” Soal Balqis lagi. Zara mengangguk.
“OMG!!!!! Zara Farhana dah jatuh cinta! Akhirnya… aku happy gila mendengar tu. Ah… aku kena telefon Mama kau ni. Bagitahu berita gembira ni!” Ujar Balqis sebelum meninggalkan Zara keseorangan di meja makan.

Zara melopongkan mulut mendengar ayat balqis. Dia sudah jatuh cinta kah? Dia mahu menghalang Balqis, namun belum sempat dia bersuara, kedengaran suara Balqis sedang bercakap dengan Mamanya. Zara menarik nafas. Sudah pasti Mama akan menelefonnya sebentar lagi. Zara menarik nafas. 

***
“Weh, bukan ke tu lelaki yang ada dalam kamera kau hari tu? Seriouslly, dia more handsome kalau tengok kat luar. Ada iras cam pelakon Korea gitu.” Zara menunjukkan reaksi jengkel mendengar ayat Balqis. Tak habis-habis dengan Korea. Jelak tahu.

“Kau ni, ada pulak nak samakan dia dengan lelaki Korea. Dia melayu la. Muslim. And he’s not from Korea. Aku dengar dia cakap melayu hari tu…” Zara bersuara sambil matanya masih memandang lelaki di hadapannya, beberapa inci sahaja dari tempat dia berdiri. 

“Yeela…” Balqis akur. “… tapi kulit dia cerah macam pelakon Korea, senyuman dia tu macam salah seorang watak lelaki yang aku pernah tengok. Apa cerita dia entah… haaa! Secret Garden! Kau pernah tengok kan drama tu?” Balqis memandang kawannya.

“Kau ni… tak habis-habis dengan Korea kan?” Zara menggelengkan kepalanya.

Balqis tersenyum mendengar ayat Zara. Itu minatnya, tidak boleh diubah. Dia memandang Zara yang sedang memerhatikan lelaki itu. “Apa kata kau pergi usha dia, cakap kau nak berkenalan dengannya, okey tak?” Balqis memberi cadangan.

“Ish… gila ke kau? Nak aku jadi perempuan gedik? Ah… tak nak la aku!” Zara menolak. Gila mahu dirinya memulakan perkenalan dengan lelaki itu. Lelaki yang dia tidak tahu namanya. Entah-entah dah kahwin.
“Why not? Ini alaf baru tahu. Dah tak pakai dah lelaki should make first move. Kalau kau mahu dia, baik kau mulakan langkah kalau tak, kau duduk sini tengok je, dia kena rembat oleh orang lain.”

Zara menelan air liur. Mahu atau tidak? Balqis kemudian menolak dirinya ke arah lelaki itu. Ah… lelaki kini berada di hadapannya. 2 langkah lagi dia akan berdiri di sebelah lelaki. Dia menoleh ke belakang, Balqis sedang memberi sokongan kepadanya. Zara menarik nafas. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah lelaki itu. Dia memandang lelaki itu yang khusyuk membelek baju.

“Hi!” Zara memulakan langkahnya. Lelaki itu menoleh. Jantung Zara berdegup kencang. Dia gementar apabila lelaki itu mengukirkan senyuman. Senyumannya seperti Kim Joo Won dalam drama Korea : Secret garden. Ah… kali ini dia terpaksa akui kata-kata Balqis. Lelaki di hadapannya ada iras pelakon Korea itu. 

“Hi!” Lelaki itu membalas. “Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” Soal lelaki itu lagi. Hairan dengan gelagat gadis comel di hadapannya. Dia memerhatikan gadis itu. Ada reaksi gemuruh di wajahnya. Lelaki itu tersenyum lagi. Akhirnya dia ingat di mana dia pernah lihat wajah gadis ini. Di Cameron Highlands. Gadis yang sengaja menangkap gambarnya secara curi-curi.

“Saya… saya…” Zahra gugup. Lelaki itu masih memandangnya, menanti ayat yang seterusnya keluar dari mulutnya. “… errr… boleh saya nak berkenalan dengan awak?” Akhirnya! Zara menarik nafas yang panjang sebelum memandang lelaki di hadapannya. Lelaki itu mengukirkan senyuman. Zara tidak mengerti senyuman itu!

*** 
Zara mengeluh. Dia mahu menangis. Pintu biliknya terbuka, Balqis melangkah masuk. Balqis mengambil tempat di sebelahnya. Zara mengukirkan senyuman kelat. Dia mahu menangis.

“Weh kau ni, jangan la nangis. Normallah tu. At least kau ada kekuatan tahu. Aku bangga dapat kawan macam kau,” Balqis cuba memujuk Zara. Dia tahu Zara kecewa dengan kejadian tadi. 

Zara memandang Balqis. Ah… dia malu mengingatkan kejadian tadi. Lelaki itu rupa-rupanya sudah mempunyai kekasih. Ah… dia malu! Di saat lelaki itu cuba untuk menjawab pertanyaanya, muncul seorang gadis di sebelahnya. Memegang erat tangan lelaki itu. Ah… tika itulah Zara kecewa. Teramat. Mujur lelaki itu pandai berlakon mengatakan dia ingatkan Zara pekerja di kedai itu, rupanya tidak. Zara mengeluh lagi.
Balqis mengosok-gosok belakang Zara, cuba memberinya semangat. Zara mengeluh lagi. Dia benar-benar kecewa.


Beberapa tahun berlalu,
“Seriouslly babe, bila aku pandang 2 3 kali laki kau, ada iras Chace Crawford kau pun ada jugak,” ujar Balqis sambil memerhatikan Amran, suami Zara dari jauh. Zara yang berada di sebelahnya hanya tersenyum. Dia tahu itu. Selama 2 bulan dia berkahwin, hanya Amran sahaja yang dia pandang. Berkali-kali dipandang, dia tidak pernah jemu. Betul kata Balqis, ada iras Chace Crawford bila dipandang berkali-kali.

“Kan? Sebab tu aku setuju nak kahwin dengan dia. Dia ada iras Chace Crawford masa Mama tunjuk gambar dia kat aku,” balas Zara. Dia teringatkan cadangan Mamanya yang mahu dia berkenalan dengan Amran, anak kawannya. Zara hanya turuti sahaja bagi mengubati lukanya akibat kecewa dengan lelaki yang dia jumpa di Cameron Highlands hari itu.

Balqis ketawa mendengar ayat Zara. “Hurm… Korea memang bukan jiwa kau. Even aku lagi suka mamat yang kau usha hari tu. Serius, dia macam pelakon Korea tahu.” 

“YEela… tapi kau pun bukannya kahwin dengan pelakon Korea juga kan? Kau still pilih Daniel yang keturunan Melayu kan?” Balqis tersenyum mengangguk.

“Yaaa… but still, Daniel kulit macam pelakon Korea. So aku assume anak aku nanti putih macam dia. Dan Daniel kalau dia senyum, buat aku teringat pelakon Korea tahu. Heee.. Kau jangan bagitahu lelaki aku tahu.” Zara dan Balqis ketawa. Kebahagian milik mereka berdua mengikut citarasa masing-masing.

Hak Cipta: reenapple

KOREA

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Kekeringan idea sebenarnya lewat hari hari semalam yang menyapa aku dengan pelbagai kekalutan yang tak dapat aku bayangkan dan aku fikirkan. Namun sesuatu aku harus persembahkan untuk tatapan pembaca pembaca yang begitu setia dengan halaman yang satu ini. Mungkin aku bukan penulis favorit di sini lantaran aku rasa tulisan tulisan aku hambar semuanya. Aku terasa diri di landa konflik yang berterusan sehingga aku rasa ingin pergi jauh sahaja dari segalanya. Namun aku bertekad akan menukarkan semua yang bersifat negatif ini menjadi sebuah energi yang positif.

Pagi itu seperti biasa aku gagal menyiapkan dateline kerjaku... Dipanggil masuk ke dalam bilik ketua dan di marahi...aku terus di hambat waktu dari pagi ke tengahari dan terus melewati senja hingga ke malam. Bagai tiada bezanya hari hari yang ku lalui penuh suram dan kelam. Tak pernah aku meminta ada yang memahami situasi diri ini namun kadang kadang aku kalah jua dengan perasaan aku sendiri. Ikut rasa hati...

Korea. Hanya satu perkataan sahaja. Korea. Kucari di serata halaman halaman yang memuatkan tentang Korea. Ya. Aku hampa. Dengan semua yang di paparkan oleh sesawang di ruang maya itu. Hanya peristiwa dan hiburan yang di rakamkan aku temukan untuk carian ku dengan nama Korea. Aku hampa. Kututup semua fungsi fungsi perkakasan apa yang dikatakan kecanggihan teknologi itu. Kekeliruan dalam jiwa aku rupanya tak akan memungkinkan aku menemui dalam carian carian itu melainkan segalanya datang dari dalam diri aku.

Aku menjengah akan kedai kedai video dan aku cuba membelek belek kembali akan siri drama drama Korea yang pernah aku tonton dan ikuti selama yang aku tahu. Aku hampa lagi . Namun tak sekeping pun dari berlambak lambak cakera cakera drama itu ku bawa pulang.

Aku pun melangkah untuk pulang ke rumah sahaja. Namun aku singgah di sebuah kedai 24 jam untuk membeli minuman. Bila aku masuk sahaja ke dalam kedai itu aku terdengar akan perbualan dari pelanggan di situ yang bertutur dalam bahasa yang sukar aku fahami. Sekali aku amat amati kedengaran seperti bahasa Jepun namun aku rasa bukan. Ya. Bahasa yang mereka tuturkan ialah bahasa Korea . Aku tak pasti apa yang mereka perkatakan namun bila melihat akan sesuatu yang mereka bincangkan ialah apa yang termuat dalam akhbar. Akhbar bahasa Inggeris tersebut memuatkan gambar pemimpin baru negara mereka.

Aku turut mengambil senaskhah untuk aku bawa pulang untuk ku baca. Ternyata aku hanya tertarik pada realiti dan bukan pada apa yang begitu banyak di sogokkan dalam ruang maya bernama Internet. Korea. Negara mereka terbahagi kepada dua bahagian iaitu utara dan selatan.

Sepertimana aku negara Korea juga terus berdepan dengan kekalutan Konflik dan Krisis yang melanda antara dua negara yang beridentitikan bangsa yang sama. Sama seperti negara Jerman tak lama dulu yang kekal dalam lipatan sejarah. Jerman Barat dan Jerman Timur di satukan dengan merobohkan tembok Berlin yang memisahkan mereka. Aku rasa itu juga yang harus mereka lakukan dalam menangani masalah yang sama ini.
Dalam permasalahan ini mereka harus merobohkan tembok keegoan mereka. Dan bersatu demi perpaduan dan kepentingan bersama. Bukan dengan membangunkan keperkasaan kekuatan tentera dan kekuatan pertahanan peperangan. Apakah tujuan mereka membina begitu banyak peluru berpandu? Hanya untuk memusnahkan sesama sendiri? Atau sekadar mencabar kuasa dunia sebelah Barat sana yang hanya cuma menunggu masa untuk mencerobohi kedamaian yang mereka miliki itu.?

Ahhh... aku sudah jauh melalut. Tema Kispen Korea ini membawa aku hanyut dalam dunia persepsi aku sendiri. Aku pun tak pernah memikirkan sampai sejauh ini. Hanya kerana Kispen ini aku menilai kembali akan sesuatu yang di namakan perpaduan. Aku tak mungkin berpeluang ke dunia sebelah Eropah sana namun aku tak juga menolak jika aku dapat mengunjungi negara Korea. Pasti banyak yang mampu aku rakamkan lewat Pulau Nami yang terkenal dengan lokasi drama Winter Sonata itu.
Korea.Robohkanlah tembok keakuan itu.

Saturday, June 23, 2012

Ku Hanya Ingin Mencintai

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips



Safiya bangun dan terus mandi. Letih sangat badannya terasa. Semalam entah pukul berapa baru boleh dia melelapkan mata. Kusut memikirkan masalah keluarganya yang memaksa dia kahwin. Kahwin bukan masalahnya. Masalahnya, dia tak punya calon. Dia tak tahu kapankah dia akan jumpa calon yang mampu menggetar rasa di hatinya. Itu tak pernah terjadi. Jadi dia rimas dengan masalah itu.

Kalau boleh dia mahu lari jauh. Lari dari semua masalah yang membelenggu. Dia tahu lari dari masalah takkan dapat selesaikan apa-apa. Tapi dia mahu tenang. Itu misinya. Nasi lemak sebungkus dijamah. Terasa pasir. Sukar untuk dia cerna setiap butir peluh petani itu. Lantas dia menyudahkan suapan terakhir dan menutup semula bungkusan itu.

“Oit kenapa tak habis tu?” Tasnim mengerutkan keningnya. Gelengan saja yang mampu Safiya berikan.
“Piah oi, sejak bila kau reti membazir? Selalu kau yang berleter suruh aku makan habis. Nasi tu nangislah, apalah,” Tasnim memulangkan paku buah keras. Dia tak sedar sahabatnya sedikitpun tak mendengar tiap butir bicaranya.
“Piah!” Nada dikuatkan.
“Hah?” Safiah berpaling laju. Fikirannya serabut. Jiwanya rasa kosong. Ditenung wajah sahabatnya penuh tanda tanya.
“Kau kenapa?” Dia mengambil tempat. Safiya mengeluh.
“Tak ada apalah. Aku tengah fikir benda lain. Sorrylah, aku masuk dulu okey?” Dia membuka langkah. Tasnim yang masih tertanya-tanya dibiarkan di belakang. Dia benar-benar stress!

***

Pemandangan itu terlalu indah. Dia asyik sekali memandangnya. Hinggakan dia lupa yang mana realiti yang mana fantasi. Dedaunan yang gugur begitu menarik di matanya. 

“Kalaulah aku mampu menahan daun itu dari jatuh…” Bicaranya sendiri.
“Hidup ni jangan dibiasakan dengan kalau,” Suara garau menyapa gegendang telinga Safiya. Namun, tak pula dia berpaling. Dia membiarkan saja lelaki itu dengan kata-kata itu. Dia akui dalam diam. Betul apa yang dia sampaikan. Cuma Safiya masih terpesona dengan keindahan bumi korea. Ya, dia di situ. Dua hari dia menghabiskan duit ke sana. Bukan mimpi lagi. Tapi realiti.

“Awak, kenapa awak selalu sangat lepak sini?” Pertanyaan itu mengundang kemusykilan di hatI Safiya. 
“Mana awak tahu?” Dia mula risau dengan kehadiran ajnabi di sebelahnya. Dijarakkan sedikit jarak antara mereka.

“Dari semalam awak berdiri kat sini. Mula saya ingat awak nak terjun tasik ni,” Safiya ketawa.
“Merepek!” Lelaki itu ketawa juga.
“Dahlah, jangan melepak sini. Korea banyak lagi tempat best. Kalau nak saya boleh tunjukkan?” Pelawa lelaki itu. Safiya mengerutkan keningnya.

“Serius, saya dah lama di sini. Semalam saya melukis pemandangan. Tiba-tiba nampak awak berdiri. Maaf saya terlukis awak sekali,” Safiya ketawa. ‘Tak pasal aku jadi model!’ getus hatinya.

“Nak tengok? Esok saya bawakan. Oh ya, berapa lama kat sini?” Lelaki itu benar-benar menyenangkannya. Entah mengapa Safiya tak pula terganggu dengan orang asing di bumi asing.
“Lagi dua hari balik Malaysia balik. Awak buat apa kat sini?” Ringan mulutnya bertanya.
“Saya? Nampaknya awak berminat nak tahu pasal saya. Saya Azham. Lama dah duduk sini,” Safiya sesekali membetulkan tudungnya yang ditiup angin.

“Oh, dengan family?” Azham menggeleng.
“Tak. Sorang. Saya dulu macam awak,” Safiya membuat riak muka pelik. Pelbagai persoalan yang muncul dibenaknya.

“Tak, maksud saya, masa saya sampai ke sini macam awak. Termenung. Saya lari dari hakikat. Sampai sekarang begitu juga,” Safiya terkejut.
“Mana awak tahu?” 
“Saya macam awak sekarang. Banyak menung. Masalah yang saya tinggalkan di bumi sana masih berlegar-legar. Sampai sekarang masalah saya tak selesai,” Ketawanya kecil.

“Dah tahu tak selesai, kenapa tak balik Malaysia?” Safiya pula cuba mengorek rahsia di dalam hati lelaki itu. Entah mengapa ramah dia melayan. Sedikitpun tiada rasa takut dengan lelaki itu. Rasa selamat adalah.

“Saya tunggu suri hati saya bawa saya balik. Tinggalkan kenangan dulu, bina masa depan. Sebab tu saya lebih suka duduk di tempat orang. Sebab tiada kenangan yang menyakitkan di sini. Awak pun rasa begitukan?” Azham membuang pandang ke air yang tenang. Berbeza pula dengan hatinya yang berkocak hebat. Ya, godaan rasa ingin menyintai kembali. Kali ini dengan gadis sebelahnya.

“Dah jumpa suri awak?” Safiya simpati.
“Dah…tapi…” 
“Tapi apa?” Rasa ingin tahunya membuak-buak.
“Tapi sudike awak jadi suri saya tu?” Terpana. Safiya memandang lelaki itu. Renungan mengharap pengertian. Namun, hanya senyuman yang dia dapat. Dan lama kelamaan dia pun senyum juga. Cinta mula tumbuh meliar dalam hatinya. Siapa Azham dan kenapa Azham? Dia tak dapat jawapan. Yang pasti dia telah jatuh cinta!



Hak Cipta: Iffah Afeefah

Ingin

11:00:00 AM | | | | Best Blogger Tips


Semalam saya pergi ke taman. Taman itu ada tokong. Tempat itu sungguh cantik. Tapi ada tokong. Saya ingin bersantai di sana. Tapi ada tokong. Lalu saya batalkanlah permintaan hati saya. Lalu saya balik. Kesian itu tokong.



Hak Cipta: Faizal Hamdan


Thursday, June 21, 2012

Jurang

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

"Sya, agak-agak dia perasan tak kita menyorok kat sini?" tanya Liz pada aku yang tengah asyik mengumpul batu-batu kecil di belakang tembok tempat kami menyorok. "Sya! kau dengar ke tak? Dia nampak kita tak?" tanya Liz lagi. "Kalau kau fikir macam tu, maka jadilah macam tu". jawab aku selamba. Liz menolak bahu aku. Aku yang tadi mencangkung terus terduduk ditolak sebegitu. Itulah rutin aku sejak balik ke kampung. Setiap pukul 4.30 petang Liz akan menjemput aku dengan motosikal Honda ayahnya dan kemudian kami akan menyorok di belakang tembok itu sehingga pukul 6.30 petang. "Liz, hari ni masuk hari ketiga aku temankan kau, dan sampai hari ini aku tak pernah nampak kelibat orang yang kau gila-gilakan tu. Kau ni agak-agak la kalau nak 'gila'. Banyak lagi benda lain yang boleh kau gilakan. Gila tengok Nada Cinta kat TV tu misalnya. Takde la kita dok menyorok kat sini!"

Liz hanya senyum. "Sya, kau tak tengok dia lagi. Dia handsome weiii!" bidas Liz. "Aku tak kisah dia handsome ke tak. Yang aku kisahkan kau tu dah gila! Mana orang tu? Mana?? Bayang pun tak nampak!" Liz masih senyum. Aku pelik dengan senyuman Liz kali ini. "Sya, kalau kau nak marah, janganlah kuat sangat. Kang tak pasal-pasal my prince charming perasan kita kat sini." lembut suara Liz. "Eh! yang kau cakap lembut semacam ni kenapa?Biarlah prince charming kau tu nak perasan pun! Biar dia tahu ada orang tergila-gilakan dia. Biar dia...." belum sempat aku menghabiskan kata-kata Liz menekup mulut aku dengan tanganya. "pssstttt...dia dah ada". bisik Liz. "Handsome tak dia?" soal Liz. Aku kaget. Susuk tubuh yang aku kenali. "Lelaki itu ke yang kau maksudkan? Dia kahwin dengan orang kampung kita? Perempuan tu isteri dia? Bila diorang kahwin?" bertalu-talu soalan keluar dari mulut aku. "Err..chop!Chop! Kau kenal ke lelaki tu Sya?" soal Liz pula. "Err tak kenal pun. Saje tanya soalan banyak-banyak.Jom kita balik! Lagipun kau dah tengok prince charming kau kan?" Liz hanya menurut.

Banglo mewah tersergam indah itu kami tinggalkan. Tembok itu akan kami jejaki lagi keesokkannya kalau kegilaan Liz masih ada. "Kita duduk bawah pokok tu" cadang aku pada Liz. Liz memberhentikan motosikal di bawah pokok. Aku duduk betul-betul menghadap banglo mewah itu. Walaupun jarak banglo itu jauh, tapi susuk tubuh yang menghuni banglo itu sentiasa dekat di hati aku. "Handsome tak dia Sya?" sekali lagi Liz bertanyakan soalan yang sama pada aku. "Perempuan tu isteri dia ke?" soal aku pula. "Isk! bukanlah. Dia anak angkat Haji Munir pemilik banglo tu. Perempuan tu anak Haji Munir la. Prince charming aku tu kerja kat Korea sebelum ni. Dia pengurus hotel kat hotel Pulau apa ntah nama.." Pulau Jeju Liz. Pulau Jeju... 

"Mana kau tau pasal dia? Pernah cakap dengan dia?" soal aku lagi. "Err..tak pernah. Aku dapat tahu pun dari Mak Mah orang gaji Haji Munir. Err..errr..dia handsome kan?" sekali lagi soalan itu di ulang. Dia terlalu sempurna bagi aku Liz. Kerana beza aku dan dia lah, aku menghilangkan diri. Kerana jurang yang terlalu besar itulah aku menipu dia yang aku OKU. Dia tulus menerima aku walaupun selepas aku mengaku yang aku seorang OKU. 

***************


"Nanti saya balik Malaysia, kita jumpa ya Aisya. Lama benar saya kat tempat orang."
"Errr.. tapi Korea best. Lebih-lebih lagi Pulau Jeju. Cantik sangat. Cemburu tengok gambar-gambar yang awak hantar kat email tu. semua cantik-cantik!"
"Malaysia cantik lagi. Malaysia ada orang yang saya sayang. Awak tunggu saya ya Aisya..."
"Errr.. Okay. "
"Aisya, tunggu saya tau. Saya balik ke Malaysia nanti, kita kahwin"
"Isk..Awak tak jumpa saya lagi. Saya ni tak sempurna. Nanti awak malu."
"Aisya..siapa pun awak, saya tak kisah. Kan dah tengok gambar."
"Nanti awak nyesal kahwin dengan orang cacat macam saya ni."
"Saya takkan nyesal. Tak kira. Sebulan dari sekarang kita akan jumpa"
"Okay"

*************


"Sya! dia handsome ke tak?" Liz mengejutkan aku dari lamunan. "errr.. tak" jawab aku ringkas. "Ek eleh! handsome macam tu kau cakap tak handsome?" Liz ketawa kecil. Aku hanya senyum nipis. Satu yang menggusarkan aku, kalau-kalau aku dan dia terserempak kat kampung ni. Bagaimana dia boleh sampai ke sini? Seingat aku, aku tak pernah memberitahu aku berasal dari mana. Memang tak patut aku menipu dia. Tapi lagi tak patut, kalau aku menerima dia tanpa mengenali dia sedalam-dalamnya. Takkan nak tangkap muat je. Memang la dia punya rupa, punya segala. Tapi, aku takut dia sama seperti lelaki lain yang pernah aku kenal.  Itu yang menggusarkan aku. Sebab itu sehingga ke hari ini, aku tak punya kekasih hati. Dialah lelaki yang terakhir yang aku kenal. "Kita balik lah Sya. Dah lewat ni." cadang Liz. Aku hanya menurut. 

Di rumah, aku capai 'laptop' di atas katil. Ingin memeriksa emel yang hampir setahun aku tak pernah buka. Ada 315 emel baru. Cepat-cepat aku tekan pautan 'New'. Emel dari Emeriz Bin Ahmad. Ya, emel dari dia. Aku periksa satu persatu emel dari dia. Aku sedikit gugup membaca satu demi satu emel yang dia hantar. 


---------
"Aisya, awak mana? Kenapa nombor telefon yang awak bagi tak dapat nak contact? Awak okay ke tak?
--------
"Aisya, saya ada kat Malaysia dah. Awak kat mana sekarang ni Aisya? Jangan buat saya macam ni. Saya tak kisah siapapun awak. Saya terima awak seadaanya."
-------
"Awak tahu kan saya tak ada siapa-siapa kat Malaysia selepas keluarga saya meninggal dunia akibat rumah kami terbakar dulu? Saya balik ke Malaysia kerana awak. Sekarang saya bekerja di Pejabat Daerah Kemuning. Tolong hubungi saya. Ni nombor telefon saya, 013-6696669. Saya akan tunggu awak Aisya."
-------
"Saya rindukan awak Aisya. Saya dah ada keluarga angkat kat kampung Kemuning. Awak tahu tak, ada satu tempat kat sini mengingatkan saya pada awak. Saya suka tempat tu. Pokok ketapang yang menghadap pantai. Pokok tu rendang. Mana awak Aisya? Saya nak awak tahu, sehingga ke saat ini, saya tetap tunggu awak. Saya nak sangat jumpa awak. Lepas tu kita kahwin."
------
"Saya takkan pernah jemu menghantar email pada awak Sya. Ia jadi rutin pada saya. Kerana saya yakin awak akan datang pada saya. Saya yakin itu"
----------

Aku baca kesemua 315 emel dari dia. Ya Allah, dia cari aku? Dia tunggu aku? Patutkah aku hubungi dia? Dapatkah dia menerima aku semula kalau dia tahu aku menipu pasal OKU tu? Buntu aku memikirkan semua itu. Nombor telefon dia aku tulis atas sekeping kertas. Lama benar rasanya aku tak dengar suara dia. Petang tadi terpandang dia saja buat aku serba tak kena walaupun dia tak perasan kewujudan aku dengan Liz di tembok itu. Satu yang menggusarkan aku ialah anak perempuan Haji Munir yang aku lihat petang tadi begitu mesra dengan dia. Mustahil dia tak tertarik dengan kecantikan perempuan itu. Jauh benar beza aku dengan perempuan itu. Di nilai dengan cara apa pun, aku kalah dengan perempuan itu dalam semua segi. Sekalipun hati dia nekad hendakkan aku, pasti aku akan rasa canggung dalam kelompok dia dan keluarga angkatnya. 

Aku menaip satu SMS kepada dia. 

"Assalammualaikum. Hai. Bye" cepat-cepat aku tekan butang 'send'
Belum sempat aku meletakkan semula telefon bimbit di atas meja, ada satu SMS masuk. Dari dia. Aku sedikit gementar membuka SMS yang dia hantar.

"Waalaikummusalam. Siapa yang hai terus Bye ni?" Aku senyum membaca SMS dia. Aku matikan telefon bimbit. Aku tak patut muncul lagi dalam hidup dia. Aku perlu sedar aku dan dia sangat tidak serasa berganding bersama. 

Petang itu aku tunggu Liz seperti biasa. Entah kenapa kali ini aku teruja benar jadi teman Liz menyorok di tembok besar itu. Aku nampak kelibat Liz menapak menuju ke rumah. Termengah-mengah Liz melabuhkan punggungnya di bangku kayu depan rumah. "Malas weh aku nak buat keja gila tu lagi. Frust aku." luah Liz. "Kenapa?" soal aku. "Pagi tadi aku terserempak dengan anak perempuan Haji Munir kat kedai top-up depan simpang tu. Dia cakap, diorang nak kahwin." tutur Liz sambil mengipas-ngipas mukanya dengan tangan. Perasaan aku ketika itu tak dapat aku gambarkan. Cemburukah aku? Makanya, petang itu aku dan Liz hanya membatu. Masing-masing melayan perasaan. 

Aku taip satu SMS kepada dia. "Awak". Aku tekan butang 'send'. Tidak lama kemudian satu SMS masuk. "Aisya Rasyidah Binta Mohd Nordin?". Belum sempat aku membalas SMS, satu panggilan masuk aku terima dari dia. Lama aku biarkan telefon itu berbunyi. "Wei! Sya. Jawab lah call tu. Suka benar kau dengar bunyi telefon melalak lagu korea kau tu" suara Liz. Aku senyum. Bunyi itu hilang. Cepat-cepat aku taip  SMS. "Awak, jumpa saya kat pokok ketapang mengadap pantai tu sekarang."

"Liz, temankan aku boleh tak? Hantar aku kat pokok ketapang kat pantai tu."
"Nak buat apa panas-panas ni?Bosan lah!"
"Ala, hantar je la. Kejap je.Antara hidup dan mati."
"Malas lah. panas sangat."
"Takpela. Aku jalan kaki je la.Kalau aku kena ngorat mamat kampung ni aku salahkan kau."
"Ek eleh! macam lah aku heran dia kena ngorat."
"Alaaa...tolonglah hantar. "

Satu SMS masuk ke telefon bimbitku. "Awak ada kat Kampung Kemuning? Awak dah baca emel saya? Syukur Alhamdulillah. Awak datang tepat pada masanya sayang."

Tepat pada masanya? Apa maksud dia? 

"Yelah. Aku hantar kau. Jom jalan kaki ke rumah aku ambil moto ayah aku dulu. Pastu terus pecut ke pokok ketapang harum wangi kau tu. Haihhh!"

Aku senyum gembira. 

Aku nampak satu susuk yang aku kenal berdiri di bawah pokok ketapang. Sengaja aku menyuruh Liz berhenti jauh dari pokok itu. Aku menapak perlahan ke arah susuk itu. Belum sempat aku melangkah lebih laju, satu susuk lain datang menghampiri dia. Anak perempuan Haji Munir!

Aku matikan langkah. Tembok besar itu menghalang aku dari mendekati dia. 



Wednesday, June 20, 2012

Cita-cita

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

“Baiklah, hari ni hari pertama kita mulakan persekolahan. Jadi, sebagai sesi perkenalan cikgu nak kamu semua fikirkan apa cita-cita kamu semua bila dah besar nanti. Cikgu bagi masa sepuluh minit kemudian cikgu akan panggil seorang demi seorang datang ke depan untuk ceritakan cita-cita masing-masing. Faham semua?”

“Faham, cikgu”. Serentak anak-anak kecil berumur tujuh tahun menyahut.

*************************

SEPULUH MINIT KEMUDIAN…

Giliran Ai Lin…
“Hai everyone, selamat pagi. Nama saya Ai Lin Issabelle. Saya baru sahaja berpindah ke sini. Cita-cita saya mahu jadi doktor. Saya mahu membantu mereka yang sakit dengan memberi ubat yang sesuai. Apa yang saya harapkan adalah semua rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang sihat”. Lancar setiap kata yang dituturkan. Senyuman manis yang terukir turut membuat setiap mata yang memandang tertawan.

“Ai Lin, awak ada darah kacukan ke?”, tanya cikgu ingin tahu.

“Yes, I am. My dad, Australian and my mum, Chinese”. Gadis genit itu masih lagi melempar senyum.

“Okay sweetie, you can sit”.


Giliran abu…
“Hai… Nama saya Abu. Cita-cita saya nak jadi polis”.

Diam.

“Itu je? Siapa nama ayah awak? Ceritakan lah sikit tentang keluarga awak”. Cikgu mula menyuruh.

“Errr… errr… Nama ayah, Sudin. Ayah kerja jaga (guard). Mak, Salmiah. Mak tak kerja pon… Dok kat rumah je… Adik saya kecil lagi. Sorang empat tahun, sorang dua tahun. Lepas tu sorang lagi dalam perut mak. Saya anak pertama. Saya takde abang, kakak pon saya takde. Saya suka…..”

“Ok Abu… Cikgu nak tahu, kenapa awak nak jadi polis?”.

Mata Abu ditalakan ke atas. Bagai memikirkan sesuatu untuk diperkatakan sebagai jawapan.

“Sebab… sebab saya suka main kejar-kejar, cikgu. Kalau saya jadi polis, saya boleh tembak orang jahat. Lepas tu kan cikgu, saya nak keluar kat tv. Masuk 999. Lagipun, polis tu kan baik sebab dia selalu tolong orang. Kan cikgu, kan?”. Satu kelas ketawa dengan kepetahan Abu.Bersahaja dia bercerita di hadapan. Lantas satu tepukan gemuruh diterimanya saat dia di suruh duduk oleh cikgu.

Dan kemudian beberapa pelajar turut berkongsi cita-cita mereka. Masing-masing dengan telatah dan kerenah masing-masing. Ada yang mahu jadi tentera, peguam, juruterbang, dan tak kurang juga yang mahu jadi artis. Cepat kaya, katanya. Dan kemudian…


Giliran Eisya…
“Assalamualaikum semua, selamat pagi. Nama saya Eisya Syuhada. Salam perkenalan”. Kemudian, dia senyap sambil memandang cikgu.

“Ya, Eisya. Salam perkenalan. Teruskan dengan cita-cita awak”.

“Cita-cita saya… Saya teringin sangat nak pergi Korea. Kakak cakap Korea cantik. Orang sana comel-comel macam anak patung. Kalau lelaki pulak, hensem-hensem. Lepastu kakak cakap kat sana ada bunga sakura. Kat Malaysia takde kot. Kalau saya dah kahwin nanti kan cikgu, saya nak suami saya tu nanti bawak saya pergi Korea. Dekat sana sejuk kan cikgu? Nanti boleh lah saya main baling-baling salji macam dalam cerita Winter Sonata tu.  Errr… best kan cikgu cita-cita saya. Cikgu pernah pergi Korea tak?”. Berani Eisya bertanya.

“Errr… Tak pernah. Okay, awak boleh duduk”. Senyum simpul terukir sambil kepala digeleng.

Cita-cita la sayang, bukan angan-angan mahupun impian.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...