"Aku jumpa mangsa baru."
Dari jauh dia melihat telatah dua manusia itu. Dia mengukir senyuman, sinis. Dia mula mengatur langkah dan mendekati pasangan itu. Setelah yakin si perempuan tidak perasan kemunculannya, dia melangkah perlahan-lahan dan dengan sengaja dia melanggar si lelaki.
"Ops, I minta maaf. Inilah padahnya pakai highheels, tersadung pulak. I'm really sorry."
"Eh, takpe cik takpe. Are you ok?" tanya si lelaki, prihatin. Namun apabila melihat kecantikan gadis itu,dia seperti dipukau. 'Cantiknyaaa,' hatinya berbisik.
"Oh yes. I'm ok. Look, I've to go now. Maybe we can talk later?" dia menghulurkan kad namanya dan berlalu pergi. Si lelaki tidak sempat berkata apa-apa hanya melihat dia pergi meninggalkannya. Dia melihat kad nama itu. 'Q? Itu je nama dia? Pelik...'
***********************************
Q seorang gadis kacukan yang memiliki mata yang memukau, bibir yang menggiurkan dan bentuk tubuh yang menarik. Dia seorang yang agak misteri. Tidak mempunyai teman rapat, sentiasa bersendirian dan sering mengelak daripada keramaian. Q mempunyai satu prinsip hidup yang pelik mungkin? Dia sentiasa ingin menjadi 'the only one'. Baginya, menjadi yang pertama itu menyusahkan. Kerana di belakang yang pertama pasti ada yang kedua. Dia cuma mahu dialah satu-satunya dalam apa jua keadaan.
************************************
Malam itu......
Si lelaki bersandar di kepala katilnya. Dimindanya terlakar semua perkara yang dilakukan pada hari itu. Tiba-tiba dia teringatkan gadis yang melanggarnya pada siang itu. Dia tercari-cari kad nama yang diberikan. Dia merenung kad itu. Dia berkira-kira mahu menghubungi gadis itu atau tidak. Tidak lama kemudian dia mendail pantas nombor yang tertera.Tidak sampai seminit menanti,panggilannya berjawab. Dia tergamam mendengar suara di talian. 'Wah, sedapnya suara dia. Boleh buat tak tidur malam ni.' Si lelaki sempat berangan. Setelah lama terdiam, dia mula berbiacara. Dia memperkenalkan diri dan mereka terus berbual. Lama.
Sejak malam itu, hampir setiap hari mereka berbual. Malah kerap juga mereka keluar berdua. Si lelaki mula mengabaikan teman wanitanya. Apabila dia dihubungi oleh si perempuan,alasannya cuma satu. Sibuk.
Di kamar Q.....
Matanya tertumpu kepada skrin komputer riba dihadapannya. Dia ketawa sendirian setelah membaca blog tulisan si perempuan. Semuanya penuh luahan rasa kecewa kerana diabaikan oleh si lelaki. Dia tahu itu semua berpunca daripadanya. Itu yang dia mahu. Memang dia tega menghancurkan hati kaum sejenisnya sendiri. Dia puas dengan tugasnya. Baginya itu merupakan satu hiburan buatnya.Q sebenarnya merupakan seorang perosak hubungan antara dua hati. Setakat ini sudah ramai yang menjadi mangsanya. Tetapi dia licik dalam melaksanakan rencananya. Tiada seorang perempuan yang menjadi mangsanya yang sedar akan kewujudannya. Dan kerana itu dia masih bebas menjadi penghancur kebahagiaan orang lain.
***********************************
Pagi itu si lelaki mengajaknya bertemu. Di pertemuan mereka.......
"I dah break up dengan girlfriend I" ucap si lelaki.
"Oh, really? Apa dah jadi? Tapi you tak nampak sedih pun?"
"I tak boleh nak teruskan hubungan kami lagi. I dah tak cintakan dia!" ujar si lelaki.
"Habis tu apa you nak buat sekarang?"
"Q, takkan you tak nampak? I dah cintakan youlah. Would you be mine?" si lelaki meluahkan perasaan.
"Wait a second! You cintakan I? Are you serious? No way! You senang-senang tinggalkan girlfriend you, lepas tu mengaku cintakan I? Kalau lepas ni you jumpa orang lain, you tinggalkan I jugak? In your dream!" dia berlalu dan terus menghilang. Dalam hati dia tertawa kemenangan. Dia berjaya buat sekian kalinya. Dua lagi hati berkecai kerananya.
***********************************
"Mama,bergembiralah! Q janji semua penderitaan mama akan berakhir. Q janji Ma. Mama akan menjadi 'the only one' macam yang mama inginkan. Mama tak perlu jadi yang pertama lagi. Mama bergembiralah." Dia memeluk tubuh kaku itu. Tubuh yang berbau hapak dan hanya tinggal rangka. Tubuh yang tiada siapa sedar tentang kematiannya. Tubuh yang tiada siapa tahu dimana tempatnya. Yang tahu hanyalah Q satu-satunya. Cuma dia.
Hak Cipta: The PinPin
7 comments
err... tak tahu nk kata apa..nk ckp psiko pun tak. Nak cakp thriller pun. Nk kata aku marah kat Q pun tak.. entah... tapi aku tahu Q tu gila... errr..
I loike Q :D
ini menarik ! tapi kata akhir dia pada lelaki itu , ya mungkin ada benar nya .
-HEROICzero
Salam.
Cool! Suka watak Q. Hehe.
Seronok. Good job, keep it up~
baru aku faham makna the only one... jalan cerita yang menarik dan bagus... *aku suka alasan si lelaki untuk elak diri.. tersangat klise... - i sibuk* petanda yang paling mudah untuk dikesan...
ps: sebetulnya aku nampak realiti. ada jiwa.. ada realiti dalam kispen ini... hanya pada mereka2 yang telah melaluinya... atau saksi penderitaan orang lain..
Baru perasan dah publish kispen ni. Thanks a lot untuk komen semua! :)