Hikmah Di Sebalik Dugaan [ #1 - #To Date ]
Aku berjalan sambil berpijak pada pelbagai jenis permukaan; ada kasar, lembut dan juga tajam. Sakit menusuk-nusuk pada telapak kaki tidak kuhiraukan. Aku tidak menangis meraung seperti seorang budak berusia 7 tahun lakukan apabila di tinggal keseorangan walhal baru sebentar tadi aku menangis kerana tidak ketemui kak Lisa. Mataku meliar sekeliling walau ada yang berbisik melihatku yang berjalan tanpa memakai kasut dan berwajah comot. Tiba-tiba aku terbersin kemudian terbatuk mungkin dingin malam akibat tidur di dalam kotak membuat badanku berasa tidak sihat. Aku menggosok kedua lenganku agar hangat sedikit namun hampa kerana tidak berasa apa-apa.
Aku tidak tahu ingin menuju ke mana walau dalam akal ini ada peta selok belok Kampung Chempaka dan jalan menuju ke rumah setinggan dengan ayah tiri. Takkan aku ingin berpatah balik sedangkan akak menyuruhku berlari pergi? Pokoknya sekarang aku perlu menjaga diriku dan mencari akak. Itu yang penting!
Bau nasi goreng bagai menarikku masuk ke dalam restoran. Perut mula berkeroncong rancak dan aku mampu menelan air liur berulang kali. Air sirap di dalam gelas besar yang basah dingin diluarnya dipandangku lama membuat tekakku teringin sekali dibasahkan.
“Keluar! keluar!”, jerit seorang lelaki berwajah bengis ke arahku serentak dengan suaranya, satu balingan selipar terkena di lenganku keras. Aku terkejut dan cepat-cepat berlalu pergi. Betul kata kakak, dunia tidak seindah yang kita sangkakan.
Aku berjalan lagi walau kudrat hampir tiada. Air mata mula meleleh tanpa di pinta. Peluh merencik membasahi baju yang busuk lagi hapak. Aku dah penat...mana kakak? Baru saja aku ingin mengangkat muka, aku terlanggar dengan seorang budak lelaki yang hampir sebaya denganku.
“Oit, buta ke apa?!”, jeritnya sambil menyapu lengan bajunya.
“Sorry”, balasku pendek dan meneruskan langkah tanpa arahku.
“Oit, comot! Kau ganti balik baju aku. Dah kotor tau!”, jerit lagi budak tadi.
Aku berpusing ke belakang dan memandangnya lemah. Aku dah la tak larat ni, ada pula orang cari pasal dengan aku. Ada ke panggil aku dengan nama Comot? Sama nama dengan kucing jiran aku je. Sengal!
“Apa dia gemuk?”, kataku kepada budak lelaki tersebut. Gayanya tak ubah seperti anak orang kaya kerana rambutnya di sisir kemas, kasut sekolahnya masih putih bagai tidak pernah terpijak benda kotor.
“Apa kau cakap?!Kurang ajar!”, satu tumbukan padu ke arah dadaku namun cepat aku tepis. Aku membalas dengan satu tumbukan pada dada.
Budak tersebut terus menangis walaupun dia bertubuh besar dariku dan dia lelaki. Hahaha...siapa suruh cari pasal dengan aku. Tiba-tiba aku terasa pening, pandanganku mulai kabur kemudian semakin kelam sehingga aku tak tahu apa yang terjadi pada diriku seterusnya.
Hak Cipta: lynethewriter
-Bersambung-
1 comment
huurmmm... lapar sebab tu pengsan... aduh... mcm terasa lapar dan sedih...
ps: bagus cerita ni...