Hikmah Di Sebalik Dugaan [ #1 - #To Date ]
Aku berada di beranda setelah puas aku aku memujuk Daniel masuk tidur awal.
“Daniel, jom masuk tidur.”, aku memujuk Daniel.
“Tak nak!”
“Jomlah. Adik Nur pun nak masuk tidur sekarang.”
“Itu dia. Lagipun Kak Lisa tak perlu panggil dia ‘adik Nur’...panggil Comot sudah.”, kata Daniel sambil berpeluk tubuh dan tersengih-sengih.
Adik Nur mencebik. Tiada siapa yang tahu kecuali Mak Nah yang adik Nur adalah adik kandungku. Tapi aku dapat merasakan Fat tahu adik Nur adalah adikku. Aku berahsia kerana ada sebab kerana ini rumah orang dan kami hanya menumpang saja. Kuasa Tuhan menemukan kami dalam keadaan macam ni. Alhamdullillah, aku bersyukur. Nasibku semakin baik dari hari ke hari.
Aku turut berpesan kepada adik Nur agar tidak mengaku aku sebagai kakaknya. Aku takut majikanku yang bernama En. Amran yang belum sempatku bertentang mata lagi menghalau kami keluar. Menurut Fat, En. Amran akan menjadikan adik Nur sebagai anak angkatnya dan bersekolah di sekolah sama dengan Daniel.
Tiada bulan mengambang dan tiada juga bintang mengerlip pada malam ini. Dingin malam menyucuk hingga ke tulang hitam. Mungkin baju tidurku agak nipis menyebabkan sesekali aku menggosok kedua-dua belah tapak tangan supaya hangat sedikit.
“Tak tidur lagi?”, satu suara garau menegurku. Aku tersenyum nipis walau belum melihat lagi gerangan yang berbicara. Kenal sangat dengan suara itu tapi tiba-tiba aku teringat sesuatu.
“ Eh, awak boleh masuk dalam rumah ke? Bukan ke awak kata pemandu kena cari rumah kat luar?”
“Eh, saya ada cakap macam tu ke? Hehe...lupa pula. Bos kata kalau dia ada kat rumah tak apa.”
“Oh, macam tu pula ya. Peliklah perangai bos awak tu. Keluar awal pagi balik pula selepas Daniel tidur. Kadang-kala saya terfikir macam mana Daniel hadapi semua ini.”
“Apa maksud awak?”
“Maksud saya, dia ada ayah tapi dia tidak merasai belaian seorang ayah. Hujung minggu pun tak bawa Daniel pergi jalan-jalan. Nasib baik ada Nur, boleh main sama-sama. Tapikan, Daniel tu macam tak suka dengan Nur.”
Fat kelihatan terdiam sambil memandangku. Aku turut membalas pandangannya sama menunggu reaksinya.
“Awak tak nak cakap apa-apa?”
“Aa..emm..yang pasti En. Amran sangat menyayangi Daniel. Buktinya malam ni dia datang nak tengok Daniel.”
“Oh ya ke? Bolehlah saya jumpa dengan dia malam ni. Dah tiga bulan saya kerja kat sini tapi tak pernah jumpa dengan En. Amran lagi.”
“Eh tak boleh! Dia penat lagipun awak tu pakai seksi sangat malam ni. Nanti buta mata En. Amran baru tahu.”, cepat-cepat Fat membalas. Dia kelihatan menggelabah.
“Kenapa pula? Mak Nah dan awak pernah jumpa dia. Saya saja yang bekerja dalam rumah ini tak pernah berjumpa dengan En. Amran. Hebat sangat ke dia saya nak jumpa sekejap pun tak boleh? Saya nak merajuklah.”, aku menarik muka masam.
“Sayang, janganlah macam ni. Cakk!”, Fat membuat muka comel depanku. Dengan lengan baju kemeja merah tua di tarik hingga ke pangkal siku sambil dia duduk mencangkung ke arahku. Eh, aku salah dengar ke? Dia panggil aku sayang??
“Awak panggil saya sayang ke tadi?”, aku bertanya untuk mendapatkan kepastian.
“Eh...ah...mana ada! perasan je awak ni!”, walaupun cahaya tak begitu terang namun kunampak dengan jelas muka tak tentu arah Fat. Tiba-tiba selimut Daniel bergerak-gerak. Mungkin dia terjaga kerana mendengar perbualan kami.
“Papa, papa ke tu? Papa dah balik!”, Daniel tiba-tiba tersedar dari tidur dan terus berlari ke arah Fat. Ayah?? Bukan ke En. Amran tu ayah dia ke? Aku rasa konfius sekarang.
“Ishh budak ni. Kan papa dah pesan depan kak Lisa kena panggil abang Fat.”, bisik Fat ke arah Daniel.
“Mana boleh macam tu! Nama papa kan Amran. Mana logik Amran jadi abang Fat. Lagipun, kalau nak tipu...papa mesti suruh Daniel panggil papa abang Am ke? Barulah logik sikit.”, Daniel yang baru berusia 8 tahun tersebut memberi penerangan panjang lebar. Fat kelihatan tertunduk-tunduk sambil cuba menekup mulut Daniel dari terus bercakap.
Aku ternganga. Rasanya tak salah lagi telinga aku mendengar. Semalam dah korek dan hari ini pun dah korek. Maknanya...En. Amran dan Fat adalah orang yang sama?? Selama ini orang yang aku nak jumpa sangat rupanya dia? Huh, geramnya! Aku mengetap bibir serapat-rapatnya.
Hak Cipta: lynethewriter
-Bersambung-
1 comment
Thanks for ssharing