Hikmah Di Sebalik Dugaan [ #1 - #Akhir ]
“Awak seronok ke hari ni?”, tanya Amran kepadaku setelah kami tiba di rumah selepas seharian berkelah di pantai.
Aku mengangguk perlahan sambil memandangnya. Kali ini pandangan kami bagai tiada putus. Matanya begitu memikat, bercahaya, berbeza dengan karakter En. Amran yang Fat ceritakan. Aah, Fat tu adalah En. Amran. Macam mana aku tak boleh syak selama ini?
“Berapa lama awak nak pandang saya macam tu?”, pertanyaan Fat membuat aku tersipu malu. Seperti hari pertama aku berjumpa dengan dia.
“Semasa di pantai tadi, saya terfikirkan sesuatu. Saya rasa saya telah buat keputusan yang betul.”, katanya sambil melontarkan pandangan jauh ke luar tingkap. Bunyi jeritan Nur dan Daniel yang berkejaran sekali-sekala bergema ke seluruh pelosok rumah.
“Keputusan apa?”
“Keputusan saya hendak menaikkan pangkat awak. Barulah awak dapat gaji lebih tinggi dari sebelum ini. Lagipun, awak tak beritahu saya lagi berapa awak nak untuk gaji awak.”
Aku mengerut dahi sehingga dua belah kening bersatu. Naik pangkat? Jadi apa? Jadi ketua pengasuh budak ke? Memang peliklah perangai dia.
“Saya memang nak minta sejuta lebih dari En. Amran sebenarnya. Tapi, bila difikirkan balik kalau tak kerana mamat bernama Fat tu bawa saya datang kerja dengan Tuan, saya mungkin dah mati.”
Suasana sepi seketika. Alunan lagu jazz berkumandang di radio menggamitkan suasana menjadi agak romantik. Rambutnya yang tersisir rapi dan sentiasa berpakaian kemas membuatkan aku tak boleh melupakan dia setiap saat. Aku tak boleh jatuh cinta dengan dia. Aku bukannya suci lagi. Siapalah mahu gadis yang sudah di tebuk tupai?
“Lisa...awak ni...kelakarlah.”, kemudian Amran tersenyum sekali lagi. Kenapa terasa debaran hebat di dalam dada sekarang? Pandangannya, senyumannya... Amran...aku...tak boleh!
“Kenapa Lisa? Awak tak suka?”, katanya apabila aku secara tiba-tiba memalingkan muka.
“Saya tak boleh...saya tak boleh. Tolong jangan buat saya macam ni. Saya takut...saya...”
“Awak takut jatuh cinta dengan saya?”
Aku memandang dia dengan pandangan dengan lebih mendalam supaya dapat membaca fikiran dan isi hatinya terhadap aku. Sedarlah, Lisa! Kau tu dah tak ada dara! Siapa nak perempuan macam kau ni?! Kau tak layak langsung dengan En. Amran!, bisikan halus cuba menyedarkan aku tentang hakikat di alam nyata.
“Saya ada hal.”, belum sempat kumampu melangkah lebih jauh, Amran memegang erat tanganku. Erat sangat menyebabkan aku ingin berada di pelukannya dan tidak mahu berpisah dari dirinya. Amran, jangan seksa aku. Cintaku tak layak buatmu!
“Jangan pergi. Saya nak kahwin dengan awak Lisa!”, begitu tegas dan lantang suara Amran menyuarakan hajatnya. Tidak terkurang sedikitpun patah perkataan. Lancar dan jelas-sejelasnya.
“Yahoo! Papa akan kahwin!”, jerit Daniel yang berada di atas tangga namun segera Nur menutup mulut comel tersebut.
“Saya tak layak buat awak.”, aku menjawab perlahan dan ringkas. Aku sedar posisi aku sekarang di mana.
“Kenapa? Sebab kisah pahit awak ke? Lisa renunglah mata saya sekarang. Saya terima awak seadanya sejak kali pertama kita bertemu lagi. Walaupun awak comot dan berbau busuk pada masa itu, saya tak kisah. Sebab...itu awak, Nuranis Alieysa.”
“Awak tak menyesal?”
Amran menggelengkan kepala. Pegangan eratnya belum dilepaskan. Aku juga tidak mahu melepaskannya.
“Kalau macam tu, saya terima jawatan baru ni. Tapi, gaji kena kasi ‘up’ skit. Hehe”, kataku sambil kami sama-sama tersenyum dan membayangkan alam rumahtangga yang bakal kami tempuhi.
Aku bersyukur dengan semua nikmat yang Engkau kurniakan kepada aku dan adik Nur. Berkat kesabaran kami berdua mengharungi rintangan tanpa rasa putus asa akhirnya kami dikurniakan dengan kehidupan yang membahagiakan. Betul pesanan arwah ibu, setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Hak Cipta: lynethewriter
-Tamat-
2 comments
tol..tol..setiap y berlaku de hikmhny.y terbaik dpt y terbaik.
hehe^^
sangat cumil.peace!! ^^v