Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, June 25, 2012

Kerana Seorang Lelaki #4

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kerana Seorang Lelaki [ #1 - To Date ]


"Hai abang. Nak masak apa ek malam ni? Abang nak makan apa? Meh adik tolong. Ha,adik buat kek cawan nak?. Tanyaku dengan lagak manja.

"Apa nak jadi la dengan adik ni? Dah besar macam ni pun tak pandai-pandai lagi!". Muka abang serius.
"Kenapa abang cakap macam tu? Sedih la macam ni. Huh!". Rungutku pula.
"Adoi sayang ni, ada ke orang makan kek cawan malam-malam macam ni? Abang nak buat sup sayur.Nak?". Tanya abang. Aku hairan. Takkan abang dah lupa.

"Apa pulak abang ni? Muda-muda dah nyanyuk! Adik tak suka la sup sayur. Adik kan suka sup ayam."
"Eh, sorry dik. Lupa pula abang. Dah tua, nak sampai ajal kot. Hi..hi..hi..". Aku tampar lembut mulut abang.
"Padan muka! Cakap pelik-pelik sangat. Cukuplah apa yang adik nampak petang tadi". Abang pandang tepat mata aku.

"Adik, ajal dan maut kan di tangan Allah. Mungkin hari ni abang masih boleh masak untuk adik. Mana tahu esok adik kena masak sorang-sorang pulak? Adik kena la redha kalau abang dah takde nak teman adik lagi".

Air mata mula bergenang. Aku sebak. Mampukah aku hidup tanpa abang?

"Adik nak pergi tengok tv la..", aku berlalu sambil memikirkan kata-kata abang tadi.
"Adik, makanan dah siap. Tadaa..!". 

Abang hidangkan makanan di hadapan televisyen. Pelik.

"Eh, bukan ke selama ni abang selalu marah kalau adik makan depan tv? Sekarang apa abang buat?", soal aku.
"Ala.. sekali sekala best jugak makan depan tv. Dah, jangan banyak cakap. Makan". Arah abang lagak seorang ibu.

Tok! Tok! Tok! Ketukan berbunyi di luar pintu." Boleh abang masuk, adik sayang?". Geli dengar suara abang.

"Masuk jela abang oi!", sahut aku pula. 
"Adik nak tidur dah ke? Abang bosan la, tak boleh nak tidur. Hmm.. adik tidurlah. Abang dodoikan ok?".
"I think that is not a good idea abang since your voice like..". 
"Like what huh?", abang memotong.
"Takde pape la.. ha, nyanyi la. Teringin jugak nak dengar suara merdu abang." Kataku tersenyum.

I love you, you love me
we are happy family
with a great big hug and the kiss from me to you
would you say you love me too..

Lagu Barney & Friends kegemaran aku waktu kecil. Aku terlena. "I love you,adik". Sayup suara abang.
Pagi. Aku kejutkan abang. Liatnya abang pagi ni.

"Abang,bangunlah.Adoi,penatlah kejutkan abang ni". Aku mula geram. Aku ada idea.
"Abanggggg!!". Aku jerit di telinga abang. Kenapa dengan abang ni? 
"Abang? Abang?". Aku usahakan lagi kejutkan abang. Aku terpandang satu surat di atas meja abang. Surat apa pula tu?

Kepada adikku Kirana Airin yang tersayang,

Entah kenapa abang rasa sayu sangat malam ni. Rasa rindu pada mak dan ayah.Seriously,abang tak pernah tulis surat, sorry. Abang cuma nak cakap yang abang sayang sangat pada adik. Adik bosan tak bila abang cakap macam tu? Mesti takkan? Adik selalu senyum bila abang cakap I Love You. Abang suka tengok adik senyum. Lawa macam senyuman mak. Abang bangga ada adik macam sayang aka teddy bear ^_^ . Abang masih ingat adik selalu tanya abang bila abang nak kahwin. Nakalnya! Bukannya abang tak berhasrat tapi abang rasa sayang nak tinggalkan adik. Kalau boleh abang nak curahkan sepenuh kasih sayang hanya untuk adik. Abang tak nak adik akan rasa tersisih kalau ada orang lain dalam rumah ni. Abang nak tengok adik yang kahwin dulu, baru abang rasa lega. Adik, entah kenapa abang rasa macam nak pergi jauh. Sungguh, rasa ni tak pernah abang lalui. 2 hari lepas abang mimpi mak dan ayah datang jemput abang. Jika benarlah apa yang abang rasa ni, adik jagalah diri adik baik2. Abang cuma nak adik tahu yang abang sayang sangat permata abang yang sorang ni. Abang dah uruskan segala-galanya untuk adik. Abang mintak diri dulu ye! Nak tidur sekejap.

Esok kita jumpa lagi, kita pergi makan KFC nak? hi..hi..hi..

Yang Menyayangimu,
Qareef Ziqri yang hensem ?


Ya Allah! Aku mendekati abang. Aku sentuh tangan abang. Sejuk. Aku usap pipi abang. Air mataku menitis jatuh ke pipi abang. Aku sapu air mata itu. Luluh hatiku. Lembut wajah abang.

"Abang kata nak pergi makan KFC. Abang tipu adik ye? Abang cakap nak tidur sekejap je. Tapi sampai sekarang abang tak bangun lagi. Abang tipu adik lagi. Abang kata abang sayang adik tapi abang tinggalkan adik. Abang bohong!".

Aku usap lagi pipi abang. Aku rebahkan kepalaku pada dada bidang abang. Senyap. Jantung abang tak berdegup. Air mata bercucuran mengalir dari kelopak mataku.

"Abang, adik tak kuat sendiri. Adik tak kuat..", rintihku pada abang yang sudah lena.

You know i can't smile without you...
i can't laugh and i can't sing...
finding a hard to do anything...

Telefon abang berdering lagu I Can't Smile Without You. Lagu kegemaran kami berdua.Lina.

"Hello abang Ziqri? Betul ke nak suruh Lina jemput Rin ni? Lina dah on the way ke rumah ni. Hello?", kata Lina lagi apabila tiada jawapan yang diterimanya.

"Lina, aku ni.. Rin. Abang Ziqri.. abang Ziqri dah..". Aku tak dapat meneruskan kata-kataku lagi.
"Rin, kenapa dengan abang Ziqri? Apa yang dah? Kau jangan risau, aku dah nak sampai rumah kau ni. Kau tunggu!".
"Abang..... adik nak pergi jugak..". Lirih suaraku. 


Hak Cipta: Cik Teddy
-Bersambung-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...