Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, June 20, 2012

Cita-cita

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

“Baiklah, hari ni hari pertama kita mulakan persekolahan. Jadi, sebagai sesi perkenalan cikgu nak kamu semua fikirkan apa cita-cita kamu semua bila dah besar nanti. Cikgu bagi masa sepuluh minit kemudian cikgu akan panggil seorang demi seorang datang ke depan untuk ceritakan cita-cita masing-masing. Faham semua?”

“Faham, cikgu”. Serentak anak-anak kecil berumur tujuh tahun menyahut.

*************************

SEPULUH MINIT KEMUDIAN…

Giliran Ai Lin…
“Hai everyone, selamat pagi. Nama saya Ai Lin Issabelle. Saya baru sahaja berpindah ke sini. Cita-cita saya mahu jadi doktor. Saya mahu membantu mereka yang sakit dengan memberi ubat yang sesuai. Apa yang saya harapkan adalah semua rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang sihat”. Lancar setiap kata yang dituturkan. Senyuman manis yang terukir turut membuat setiap mata yang memandang tertawan.

“Ai Lin, awak ada darah kacukan ke?”, tanya cikgu ingin tahu.

“Yes, I am. My dad, Australian and my mum, Chinese”. Gadis genit itu masih lagi melempar senyum.

“Okay sweetie, you can sit”.


Giliran abu…
“Hai… Nama saya Abu. Cita-cita saya nak jadi polis”.

Diam.

“Itu je? Siapa nama ayah awak? Ceritakan lah sikit tentang keluarga awak”. Cikgu mula menyuruh.

“Errr… errr… Nama ayah, Sudin. Ayah kerja jaga (guard). Mak, Salmiah. Mak tak kerja pon… Dok kat rumah je… Adik saya kecil lagi. Sorang empat tahun, sorang dua tahun. Lepas tu sorang lagi dalam perut mak. Saya anak pertama. Saya takde abang, kakak pon saya takde. Saya suka…..”

“Ok Abu… Cikgu nak tahu, kenapa awak nak jadi polis?”.

Mata Abu ditalakan ke atas. Bagai memikirkan sesuatu untuk diperkatakan sebagai jawapan.

“Sebab… sebab saya suka main kejar-kejar, cikgu. Kalau saya jadi polis, saya boleh tembak orang jahat. Lepas tu kan cikgu, saya nak keluar kat tv. Masuk 999. Lagipun, polis tu kan baik sebab dia selalu tolong orang. Kan cikgu, kan?”. Satu kelas ketawa dengan kepetahan Abu.Bersahaja dia bercerita di hadapan. Lantas satu tepukan gemuruh diterimanya saat dia di suruh duduk oleh cikgu.

Dan kemudian beberapa pelajar turut berkongsi cita-cita mereka. Masing-masing dengan telatah dan kerenah masing-masing. Ada yang mahu jadi tentera, peguam, juruterbang, dan tak kurang juga yang mahu jadi artis. Cepat kaya, katanya. Dan kemudian…


Giliran Eisya…
“Assalamualaikum semua, selamat pagi. Nama saya Eisya Syuhada. Salam perkenalan”. Kemudian, dia senyap sambil memandang cikgu.

“Ya, Eisya. Salam perkenalan. Teruskan dengan cita-cita awak”.

“Cita-cita saya… Saya teringin sangat nak pergi Korea. Kakak cakap Korea cantik. Orang sana comel-comel macam anak patung. Kalau lelaki pulak, hensem-hensem. Lepastu kakak cakap kat sana ada bunga sakura. Kat Malaysia takde kot. Kalau saya dah kahwin nanti kan cikgu, saya nak suami saya tu nanti bawak saya pergi Korea. Dekat sana sejuk kan cikgu? Nanti boleh lah saya main baling-baling salji macam dalam cerita Winter Sonata tu.  Errr… best kan cikgu cita-cita saya. Cikgu pernah pergi Korea tak?”. Berani Eisya bertanya.

“Errr… Tak pernah. Okay, awak boleh duduk”. Senyum simpul terukir sambil kepala digeleng.

Cita-cita la sayang, bukan angan-angan mahupun impian.





5 comments

June 20, 2012 at 1:30 PM

hahaha..


lawak sungguh.. itulah ragam anak murid.

tapi, cikgu pun salah juga sebab tak terangkan konsep terlebih dahulu masa set induksi. guru tu patut terangkan apa itu cita-cita, barulah murid boleh memahami konsep.

tak semua murid mempunyai kosa kata yang banyak dalam pemahaman mereka..


*sekadar bekongsi pendapat :)

June 20, 2012 at 7:17 PM

sweet je bebudak

patut cikgu tu terangkan cite2 tu ape

nnti eisya sampai besa duk berangan

sbb die ingt bende tu cite2

#besar tgas cikgu

June 20, 2012 at 9:11 PM

bebudak... biasalah..hhuhu.

June 20, 2012 at 10:06 PM

cita-cita vs angan-angan

June 22, 2012 at 9:19 AM

comel la kispen ni..heeeee

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...