'Saat terindah saat bersamamu
Begitu lelapnya aku pun terbuai
Sebenarnya aku telah berharap
Ku kan memiliki dirimu selamanya'
Alunan nyanyian Bams menari-nari dalam kotak hati yang teresak-esak menahan sedu...
Teringat memori indah bersama yang disayang, bagaikan diulit mimpi indah malam...terlena lagi dalam angan-angan..
'Segenap hatiku luluh lantak
Mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
Sungguh ku tak mampu tuk meredam
Kepedihan hatiku untuk merelakan kepergianmu'
Kita terpisah bukan kerana ajalnya menjemput tapi kerana ego! Kerana kebodohan akal! Kerana ketidakwarasan jiwa! Bodoh sungguh! Masakan ikatan darah ini mahu diputus begitu saja..kerana mulut puaka orang, kerana dengki hati longkang saudara!
'Ingin kuyakini cinta tak kan berakhir
Namun takdir menuliskan kita harus berakhir'
Mulut menahan kata maaf yang mahu diucap...bibir mengetap menahan amukan amarah...tangan dikepal memujuk hati sabar...
Beginikah akhiran yang kita mahukan?
Bahagiakah kita?
Redhakah Allah terhadap kita?
Ujian mendatang untuk diterima pasrah,diharungi payah bersama,menguji tabahnya jiwa,mencabar ikhlasnya hati...
'Ku tak sanggup tuk merelakanmu'
Inginku gapai sekali lagi eratnya genggaman kita bersama, betapa hangatnya pelukan sayang kita belaka, betapa mesranya senyuman yang dipaku diwajah..inginku gapai segalanya namun aku hampa bila akhirnya..setelah sekian lama mencuba...tak tercapai jua~
Hak Cipta: Cik Teddy
3 comments
kispen yang indah dan sabar ya... jgn putus asa... ada usaha... mesti ada jayanya nanti...
penulisan hasil dr bingkisan hati lara?
capai apa yang mampu di capai. :)