Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, June 7, 2012

Puji-pujian

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips


Aku layaknya hanya berstatus begini, status pasangan yang tak dianggap. Aku hela nafas perlahan. Membuang pandangan ke padang bola di hadapan rumah. Aku kira sudah banyak kali diperlakukan sebegini. Aku sudah lali. Aku sudah tidak peduli. Kerana aku terlalu mencintainya setulus hatiku. Aku hanya jadi pemerhati dia. Aku hanya mampu memerhati. Hanya itu yang layak aku lakukan dalam hubungan aku dan dia. Ah!

Sekalipun aku bertempik, membentak, dan memaki dia takkan membantu apa-apa. Malah aku akan di label sebagai kekasih yang tak memahami jiwa dan raga kekasihnya. Aku hadam sampai lumat. Aku ukir senyum setiapkali bersua dengan dia. Aku tahu dia sayangkan aku. Aku tahu dia takkan tinggalkan aku. Cumanya, perilaku dia amat menjengkelkan aku. Hanya itu.

Perempuan, walau sekeras mana hatinya tetap tidak akan menolak bahawa naluri hati perempuan memang sukakan penghargaan biarpun hanya sebaris ayat. Biarpun yang satu patah perkataan. Itu sudah cukup untuk  buat perempuan senyum. "Awak nak apa lagi? Saya dan mereka hanya sekadar kawan" katanya. Aku hanya angguk lemah. Ya kawan. Kawan pada dia. Dan mungkin lebih daripada kawan pada mereka. "Kalau semua perempuan awak puji cantik, comel, menarik, bla bla bla bla  itu semua apa?" soalku. 

Dan aku tak minta dia puji aku cantik, comel, menarik dan sewaktu dengannya, kerana aku tahu aku tak layak untuk dapat semua pujian itu. Apa yang aku mahu, kenapa dia tak pernah jemu untuk memuji semua perempuan yang dia kenali. Semua! Tiada seorang pun yang tak pernah kena puji.

Dan aku masih jadi pemerhati. Aku setia mendukung tugas itu biarpun sepanjang hayatku. Dia sendiri memberi aku tanggungjawab itu tanpa dia sedar. Dan aku menerima tanpa banyak soal dan aku sayangkan hubungan ini, kerana dia suamiku.

4 comments

Anonymous
June 7, 2012 at 4:29 PM

dan aku mungkin nya terbalik dalam ruangan yang lain . =)


-HEROICzero

June 8, 2012 at 3:22 PM

okwh.. gambar itu akhirnya menghasilkan kistot yg penuh tanda tanya hehehe...

*meh aku tolong ketuk suami si 'aku' tu.. puji2 org lain.. bini sendiri tak cantik ke? ekekeek.. ele.. emosi hihihi!

June 9, 2012 at 11:35 AM

aku berasa di awan awangan melihat gambar hiasan kispen ini..dan kispennya...ada kebenaran..si suami akan sedar dia kehilangan sesuatu yang sangat berharga bila isteri tiada depan mata..bila isteri depan mata pulak, sibuk puji orang lain..sigh!

June 9, 2012 at 1:14 PM

yang... kispen kamu... adoi... akak suka semua rangkap di atas kecuali ending... isteri adalah amanah... kenapa tak remindkan dalam otak sebelum pegang tangan tok kadi...?

ps: endingnya aku rasa menyakitkan... aku lebih rela kalau endingnya ditinggalkan kerana sesuatu yang sakit pada permulaan hidup akan mencambahkan kenikmatan jika sabar itu bersahabat... manusia yang menganiaya manusia lain sehingga menyebabkan air mata menitis... berjaga2lah.. doa mereka tersangatlah makbul... takpa... jadi isteri terbaik...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...