“Ah! Peduli apa saya kalau awak minat Chelsea sekali pun, saya tetap minat Manchester United! Biarlah orang nak kabor yang saya ni minat sebab dulu Manchester United ada Cristiano Ronaldo, saya tak kisah, janji saya tetap tak akan ikut jejak langkah awak minat Chelsea tu!” Arda emo bila Kamal memaksa dia memakai jersey Chelsea yang Kamal beli khas untuk pasangan kapel yang sedang bercinta.
“Arda, yang awak ni pesen degil sangat kenapa? Awak pakai je la, kalau awak taknak pakai saya bagi perempuan lain pakai. Haa haa baik pakai.” Kamal mengugut sambil buat muka menganjing.
“Eh yang awak ni memaksa maksa ni kenapa? Awak ingat dengan kehenseman Torres tu buat saya terjelupuk jatuh dalam tangan peminat peminat Chelsea ke Kamal? Oh no no Kamal, im not that type of lady Kamal.” Arda sambung marah seraya terasa jengkel sedikit.
“Habis?”
“Habis apa?”
“Taknak pakai?”
“Taknak!”
“Betul?”
“Betul!”
“Tak menyesal?”
“Tak!”
“Ok, kalau macam tu saya bagi orang lain pakai. Malam ni kite jumpe kat Hakim tengok team-ayam-awak tu lawan team Chelsea saya. saya bawak orang lain pakai baju ni . Hah jangan menyesal k sayang?”
Ugut Kamal dalam nada bergurau. Arda menjeling, sambil melihat Kamal berlalu pergi dengan motor skuternya 'Ah! Kalau betul2 betul dia bawak perempuan lain macam mana? Ah kamon Arda kamon, tak semudah itu kau jatuh ke tangan Chelsea.'
Arda bermonolog sendiri sambil berjalan masuk ke dalam rumah.
“Kau kenapa?” tegur Dilla teman serumah arda
“Entah kamal, buang tebiat, ada ke dia suruh aku pakai baju Chelsea teman dia tengok bola malam ni.” Arda membalas pertanyaan Dilla separuh mencebik, jengkel juga di hati.
“Dah apa masalahnya?” Dilla yang sedang leka dengan bertasbih dengan Blackberry memandang Arda mahukan jawapan.
“Besar masalahnya Dilla, ibarat mencemar duli kau tau? Tak terasa ke Alex Ferguson bila tengok peminat dia pakai baju team lain. Ah tak sanggup aku.” Ada nada kasar dalam tutur Arda.
“Ah! tah mende mende la korang berdua ni, pasal team pon boleh jadi gaduh, aku dengan Haris je relax, dia ok je aku minat Kpop. Aku pon takde masalah kalau dia asyik dengan PSP dia.” Dilla mengomel seraya membandingkan tentang keserasian antara dia dan Haris.
“Tu lain Dilla, ni soal maruah team sndiri ni.” Tegas Arda berbicara, tak mahu kalah.
Di restoran Hakim...
Tepat pukul 8.30 malam Arda tiba di Hakim, orang ramai. Arda cari tempat kosong.
“Yes! Ada !”
Arda memilih tempat dan menunggu Kamal tiba.
Arda memakai jersey Manchester United yang semestinya berwarna merah. Sambil tersenyum bangga.
“Adek apa minum?” pelayan mengambil pesanan.
“Sirap.”
“Sirap?” – pelayan mengulang kembali.
Terasa mahu juga di lempang, tak pernah dengar sirap atau apa.haih.
“Ye sirap ane, kasi picit itu limau aa dalam air, kasi letak itu ais sama gula.” – Arda membuat gaya dan meniru percakapan pelayan itu.
“Aaaa oke aa oke aa. Sirap limau ais?”
“Haa pandai ane!”
10 minit berlalu...
Kamal datang segera duduk. Dia memakai jersey Chelsea,. Sengaja memilih untuk duduk menghadap Arda. Tiba tiba, datang seorang gadis yang turut memakai jersey Chelsea persis Kamal pakai,bezanya, cutting wanita. Gadis itu tanpa segan, menarik kerusi lalu duduk di sebelah Kamal, Rapat, ya rapat hingga boleh berlaga bahu.
“Oh ya Arda, ni kawan saya Lina. “ – Kamal memperkenalkan gadis tadi.
“Hai. Arda. I'm Lina , kawan Kamal.” - Lina menghulur tangan .
Arda kekok. Terkejut. Marah. Geram. Cemburu.
Arda kekok dengan situasi itu, Marah, Geram, Cemburu, Sebal kini semua jadi satu.
“Oh ya, im Arda.” Salam disambut , senyum diukir walau nyata kekok menjalar dalam diri.
“Kamal cakap you sepupu dia.” Lina berkata selamba.
“What??” Arda sedikit tersentak.
"Ah ya, anything problem?” Lina hairan.
“Oh nothing, I got to go. See you later, Bye”
Arda bangun, melangkah pantas, sempat menjeling sinis pada Kamal.
Sesampai di rumah. Arda menghantar pesanan ringkas pada Kamal. Pesanan ringkas yang memang ringkas.
“Kita clash.”
5 minit berlalu, masih tiada jawapan dari Kamal
Arda naik angin, bengang, serabut, kusut, semua satu rasa kini, Arda merebahkan diri, dicapai bantal, dipeluk sekuat nya, lalu disembamkan wajah nya.Tangan nya menggeletar, mata yang bergenang dengan air mata tertutup rapat, memutar kembali insiden di Restroran sebentar tadi.
Arda tambah geram, pesanan tadi masih belum berbalas, diam sunyi. Bantal bertukar posisi, dipicit geram, lalu dilempar ke meja solek, berterabur perkakas yang cantik letak.
Arda terlentang, memandang kosong ke arah siling, memandang bilah-bilah kipas yang berpusing, Mata dipejam erat, rapat, mencoba melupakan semua, dengan tidur.
Arda tertidur.
Keesokan hari, Adra bangkit dari tidur, memeriksa handphone, nyata langsung tiada mesej yang ditunggu-tunggu. Arda hampa, Hampa. Arda ke ruang tamu, dilla sedang menikmati sarapan pagi.
“Kau dah kenapa? Dah macam orang mati laki?” tegur Dilla
“Nothing, pening kepala,” Arda beri alasan.
“Ni untuk kau, ada kat depan rumah tadi”. Dilla hulur bungkusan.
Arda buka, sehelai jersey Manchester United. Cutting wanita.
Terselit sekeping nota
“Arda, im sorry. Malam tadi sepupu saya, saja nak kena kan awak, and by the way, saya memang dah belikan jersey man.u untuk awak, saya tau kedegilan awak takkan pakai jersey Chelsea, dan sebab kedegilan itu lah buat saya jatuh hati dengan awak. Jangan marah dah k sayang? “
Luv, Kamal.
Kamal!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Arda jerit! Pantas menuju ke bilik mencari di mana handphone, tanpa lengah dia mendail pantas nombor Kamal.
“Hello Kamal.”
“Ye sayang.”
“Awak jahat”
“Awak lagi jahat.”
“Kenapa saya?”
“Belum dengar explain dah mintak clash”
“Tengah marah kan?”
“Jadi sekarang ni nak clash tak?”
“Esok esok la saya fikir.”
“Hahahaha!!”
“Gelak kan saya!”
“Eh nak tau sesuatu?”
“Apa?”
“Team awak kalah semalam. Nasib baik awk blah cepat. Kahkah”
“Kemal!!!!! I Hate YOU!”
“Sayang, buat apa tu, jom keluar tengok bola kat Mamak nak tak.” Pesanan ringkas yang aku terima buat aku termanggu, tersenyum sendiri, kini insiden setahun yang lepas masih lagi sedar dalam momen aku, kami kini sepasang tunang, bezanya Cuma pasukan bola kami masih lagi tak sama, Cuma aku boleh terima jika Kamal mahu aku memakai jersey Chelsea begitu juga kamal.
Siapa kata tak serasi kita tak boleh bersama.
Adra dan kamal dah buktikan!
Hak Cipta: EZANIDMA
10 comments
dowh... swettt... aaaa...
#aku sokong MAN U... hehehe.
akakakaka... senyum la baca kispen ni :)
kemon arda kemon... keep the blue flag flying high :-)
sweet nye.. :)
baca dr awal smpai akhir senyum aje.. hehe
ini sangat sweet..seriusly!
Wa,best,best,best
Sweet je.senyum je baca.. :)
YNWA...
Comel
Bukan main lagi laaa bukan main tau comel dia
jenis makwe sokong menchester ni jenis malwe tak boleh bawak pergi pavillion