Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Friday, June 15, 2012

Hikmah Di Sebalik Dugaan #4

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips

Hikmah Di Sebalik Dugaan [ #1 - #To Date ]





“Besarnya rumah majikan awak. Emm...dia tahu saya akan menjaga anak dia?”, kata Lisa tatkala kakinya melangkah ke dalam banglo mewah yang tersergam indah di atas bukit. Cantik gila rumah...majikan Fat ni menteri besar ke apa?

Ukiran dinding terperinci dengan seni halus Pablo Picaso menjadi ruang tamu tampak menarik di tambah pula pilihan cat warna kuning keemasan menjadikannya lebih elegan.

“Awak suka?”, tanya Fat sopan apabila melihatku masih melihat ke sekeliling rumah.
“Saya suka sangat. Mesti majikan awak ni bercita rasa tinggi. Majikan awak ada dalam rumah sekarang?”
“Aa...dia tiada. Sekarang dia kat pejabat. Pukul 5 petang baru balik. Tapi awak jangan risau, dia tahu awak akan jaga anak dia. Bos saya tu cerewet orangnya. Awak kena ikut peraturan dalam rumah dia ni.”
“Oh, apa peraturannya?”
“Pertama, jangan soal selagi dia tak tanya ‘Ada soalan?’. Kedua, dia ada hak suruh kita buat bukan kerja kita dan ketiga, cukup tiga kali buat dia marah, dia akan terus pecat kita. Faham?”
Aku terpaku di mana aku berdiri. Buat bukan kerja kita? Maknanya kalau dia nak buat tu...aku kena rela ke? Ishh...gila punya majikan!Aku ni datang nak cari kerja halal.

“Saya tak setuju dengan peraturan kedua dan ketiga. Dia fikir dia siapa? Kalau macam tu gaji saya tak setimpal dengan kerja saya sepatutnya. Berapa dia bagi untuk mengasuh anak dia tu?”
“Nama anak dia Daniel. Berapa awak nak itulah gaji awak.”
“Awak serius. Berapa saya nak itulah gaji saya? Itu apa yang dia pesan kepada awak untuk beritahu dekat saya?”
Fat mengangguk kemudian tersenyum. Aku pula tidak terkata. Peraturan pelik...entah-entah lelaki ni psycho ke apa?
“Tak apalah, Fat. Cakap sajalah dengan bos awak tu terima kasih je la. Saya nak cari kerja lain.”

“Tapi...awak perlu kerja ini! Awak tak ada tempat untuk tinggal. Sekarang dah ada peluang. Kat luar belum tentu awak dapat peluang macam ni.”, kata Fat beriya-iya. Kenapa pula lelaki nak sangat aku kerja kat sini. Macam dia tahu apa yang terbaik buatku. Emm...tapi betul juga kata Fat. Kerja lain mana ada boleh letak gaji sendiri berapa.
“Oklah, saya terima. Pasal gaji nantilah saya beritahu berapa saya nak. Anyways, mana bilik saya?”. Ceh, tetiba cakap omputih pula. Bakal jadi OKB(Orang Kaya Baru) katakan. Hehe...
“Sebelum saya lupa, saya nak awak berkenalan dengan Mak Nah, orang gaji di sini. Mak Nah, ni Lisa.”, kataku tersenyum manis sambil menyambut salam dari tangannya.
Terasa bersalam dengan arwah ibu pula. Kasar dan urat timbul sehingga boleh nampak dengan jelas warnanya.
“Satu lagi, Mak Nah tolong tunjukkan Lisa budak yang saya jumpa dekat pagar sekolah tu. Lisa, saya ada jumpa budak perempuan pengsan dekat pagar sekolah Daniel masa jemput dia tengah hari tadi. Tolong tengokkan sekali ok?”
“Budak tu anak siapa? Daniel mana?”, aku blur dengan penerangan Fat. Budak mana pula yang dia maksudkan?
“Daniel masa ni pergi mengaji mengaji al-Quran. Budak tu...entahlah anak siapa. Macam terbuang je sebab comot dan kotor sangat baju dia. Dia masih tidur kat atas. Tadi bawa jumpa doktor, rupanya sama umur dengan Daniel juga. Doktor kata lagi budak tu kekurangan nutrien dalam badan. Oklah Lisa, kalau ada apa-apa beritahu Mak Nah ok? Saya nak keluar jap.”
“Awak nak pergi mana?”
“Aa...saya nak pergi jemput bos jap.”
“Ok.”, kataku sambil tersenyum penuh keikhlasan. Terima kasih Fat, tanpamu aku tak tahulah apa yang terjadi pada diriku.




Hak Cipta: lynethewriter
-Bersambung-

2 comments

February 16, 2024 at 8:29 AM

I really enjoyed your blog posts thank you

February 17, 2024 at 3:39 AM

Nice blog poost

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...