Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]
"Perasaan awak pada saya?? eh chopp, awak ada perasaan pada saya ke?"
"Yup, da lama da, dari dulu lagi, apa awak tak sedar?"
"Tak,saya tak tahu pon awak, saya tak sedar,awak tak pernah cakap pon pasal hal ni"
"Apa perlu saya cakap baru awak akan tau?tak boleh awk tafsir sendiri dari cara saya layan awak,bercakap dengan awak, ambil berat pasal awak, tak ke awak nampak semua benda tu?"
"Ya saya tau awak layan saya baik sekali,selalu ambil berat pasal saya,selalu ada bila saya perlukan seseorang untuk luahkan masalah saya,tapi sekadar kawan je awak,cinta saya pada bf sy,bukan pada awk"
Serentak dengan itu, aku rasa ada satu benda yang sedang meletup di dalam badan aku. ya benda itu, yang dipanggil hati, kini sudah hancur, musnah dibom oleh seorang perajurit yang ayu berjilbab, ternyata dia begitu keras untuk berani memusnahkan hati seorang jejaka yang dipenuhi ego ini. Sekadar kawan je. 3 perkataan yang membentuk ayat ringkas ni berpusing-pusing di dalam kepala otak aku. Arghh seksanya bila difikirkan kembali, aku hanya membuang masa selama ini. aku keluarkan perasaan cinta aku pada gadis yang perasaan cintanya ada pada lelaki lain. Bebal. mata aku berkaca, aku tak boleh menangis, mungkin nanti, tapi bukan di hadapan dia, jangan biarkan dia tau bahawa aku cukup sedih mendengarkan jawapan yang keluar dari bibir manisnya itu tadi.
"Owh, takpe la kalau camtu"
Hanya itu yang mampu terpacul dari mulut aku. Mustahil aku masih mampu petah berbicara atau mengeluarkan jenaka kasar yang pernah tidak disenangi oleh beberapa kenalan sebelum ini.
"Ya Allah,bawa aku pergi dari sini,tolong ya Allah".
Cebisan hati yang sudah hancur tadi berbisik-bisik. Aku mau segera pergi dari sini, aku tidak mahu menyambung perbualan, cukuplah, aku sudah mendapat jawapannya, yang langsung tidak menyebelahi aku. Kau kejam wahai gadis berjilbab, sampai hati kau rahsiakan perkara sepenting ini, membiarkan aku berkhayal setiap hari bahawa akan tibanya hari di mana kita berbahagia bersama.
"Saya nak balik"
"Eh cepatnya, awakkan tak abes makan lagi, lagipun banyak lagi benda yang saya nak cakap"
"Tak pe la, next time, saya ada hal dengan kudi ni"
"Eh nantilah dulu"
Aku bingkas bangun, membuat bayaran di kaunter dan langsung menuju ke arah motor. Enjin dihidupkan,dan aku sempat menjeling ke arah gadis berjilbab, terlihat dia terpinga-pinga akan tindak tanduk dari aku, masih kelihatan comel walau dalam keadaan sebegitu, arghh comel dia bukan untuk aku, untuk si pengarang jantung hatinya. Jangan dikacau gadis yang sudah menjadi hak milik orang, apa kalian ada ilmu taekwando yang cukup untuk bergasak dengan teman lelakinya nanti? Aku cuma belajar taekwando sampai tali pinggang biru, jadi aku tidak berapa yakin andai kata tercetusnya satu pertempuran dengan balaknya nanti jika aku berkeras ingin mengusik gadis berjilbab.
Sepanjang perjalanan pulang, motor yang ditunggang terasa perlahan, bergerak terlalu lembap, terasa masa terlalu lambat berlalu, apa yang terjadi di kedai makan tadi masih segar bugar di dalam ingatanku. fikiran aku khayal, mengenangkan nasib aku, yang baru kehilangan orang yang aku sayang, da lama aku sayang pada dia,sehinggakan aku terlupa untuk luahkan perasaan itu padanya,dan sekarang rasakanlah akibatnya,aku sendiri yang patut dipersalahkan.
"Ko kena cepat bro, setakat pendam je, sampai bila dia takkan tahu perasaan ko"
Nasihat bernas dari Kudi itu melintas dengan tiba-tiba. Punyai penasihat sehebat Kudi juga belum menjamin aku untuk mendapat cinta yang didambakan. Tapi semua itu salah aku, Kudi sudah memberi nasihat, aku yang angkuh menolaknya bulat-bulat. Bukan sengaja aku menolak nasihat kudi pada masa itu, tapi masa itu lain, aku seorang jejaka yang tidak punyai apa-apa, potongan rambut juga masih buruk,bukan seperti ala-ala shah jaszle seperti pada hari ini. Pada ketika itu, aku percaya biarlah jalan cinta aku ditetapkan oleh aku sendiri. Aku mahu berkawan dulu dengan dia, kemudian perlahan-lahan aku mengenali hati budinya, kenal baik buruk perangainya, cuba serasi bersamanya sebelum di pengakhirannya aku luahkan perasaan itu. Tapi, semua sudah hancur, aku tersilap langkah, di dalam dunia yang serba pantas ini, hal-hal perasaan juga harus ditangani dengan pantas. Jika suka,terus kata padanya,ada untung,sabut akan timbul.
Aku sudah sampai di rumah. Terdengar bunyi tapak kaki housemate aku sedang berlari-lari. Apa ke bangangnya main lari-lari time malam-malam sebegini? Satu contoh mudah yang umur 20an belum tentu menjanjikan seseorang itu sudah matang. kematangan itu perlu dibina sendiri, tidak berkait dengan umur ataupun jantina, terpulang bagaimana diri sendiri untuk mencorakkannya, samada masih mahu berperangai kebudak-budakkan pada umur 20an atau berubah menjadi seorang dewasa. Kudi masih tersengih-sengih di hadapan laptop, mungkin sudah ketemu gadis impiannya, aku pula baru saja kehilangan seorang gadis impian.
Laptop dihidupkan, boot process yang memakan masa ini cukup menguji kesabaran aku, hendak saja aku hentakkan penumbuk pada skrin dia, agar boleh aku lupuskan laptop yang mudah panas ini digantikan dengan laptop berjenama Asus yang terbukti cukup efisien ketika bermain games PES. aku membuka partition D pada laptop yang sudah hampir dua tahun aku pakai ini. Cursor mouse dihalakan pada satu folder yang bernama gadis berjilbab. dengan satu klik,terpampang jelas apa yang terkandung di dalamnya. Ada gambar dan jugak lagu.
Yeah gambar dia, dan gambar aku bersama dia. Semuanya aku simpan di dalam folder ini. melihat senyumannya di dalam gambar itu membuatkan hati aku pedih. Semasa gambar itu diambil, terasa seperti langit ini bertukar menjadi satu taman bunga yang indah, ya memang indah tidak terkata. aku masih ingat lagi, ketika itu, aku tersipu-sipu malu tatkala dia, si gadis berjilbab beriya-riya mahu mengambil gambar bersamaku. Aku bukan artis ketika itu, ya sama saja seperti hari ini, aku masih bukan artis, tapi dia bersemangat untuk mengambil gambar bersamaku. Memang pada detik itu aku malu, tapi habis saja acara itu, pantas aku meminta salinan gambar itu. sampai di kolej, aku tidak edit gambar itu, biarlah ia kelihatan neutral, agar momen itu kekal pada gambar itu dan barisan lagu yang terdapat di dalam folder ini, kesemuanya adalah lagu kegemarannya, aku tau benar akan citarasa muziknya. huh hari ni, aku tidak mampu untuk mendengar lagu-lagu ini.
Aku tutup kembali folder ini, malam ini aku sudah nekad. A ku mahu hapuskan segala memoriku bersama gadis berjilbab. Kesemuanya,tanpa ada yang tersisa, aku tidak mahu perkara ini menghantui aku. Cukuplah sampai disini, kisah aku bersamanya, dengan hati yang cukup berat,tanpa diiringi kalimah Bismillah, aku tekan butang delete.
"Yeah, aku ada Nikita Willy."
Hak Cipta: pepol
- Bersambung -
1 comment
hurmmmm nikita? ok...